Tuesday, March 12, 2013

Pengumuman 9 perkara Sistem Saraan Transformatif (SST)


Antara perkara yang diumumkan oleh Najib semalam:
  • Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52
  • 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian
  • Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu
  • Kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana - dipendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia melibatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak
  • Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi
  • Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak 3 KGT (Kenaikan Gaji Tahunan), berkuat kuasa 1 Januari 2013
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak 1 KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion
Kakitangan awam melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan pengumuman sembilan perkara terutama faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang akan dilaksanakan pada 1 Julai ini.

Menerusi pengumuman berkenaan, 1.4 juta penjawat awam akan menerima kenaikan antara RM80 hingga RM320.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...