Tuesday, September 04, 2012

Jom mengundi Anugerah Blockbuster 2011

Undian Online Anugerah Blockbuster

Anugerah Blockbuster, satu majlis anugerah yang memartabatkan filem-filem serta penggiat seni perfileman pilihan penonton bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Anugerah yang menyenaraikan 15 kategori dan melibatkan hampir 40 pencalonan bagi setiap kategori menggunakan 100% undian darpada peminat dan penonton. 

Untuk fasa pertama pengundian, proses pengundian akan dilakukan dalam talian di laman web rasmi Anugerah Blockbuster di www.anugerahblockbuster.com.my.

Proses undian akan dijalankan bermula 3 September 2012 hingga 18 September 2012. Pengundi hanya perlu berdaftar di laman sosial Facebook untuk mengundi.


Pengundi hanya boleh mengundi 1 undian untuk setiap kategori setiap hari. Sekiranya pengundi sudah mengundi hari ini, mereka boleh kembali semula di hari berikutnya untuk membuat undian. Kiraan undian akan dipaparkan di laman web Anugerah Blockbuster sepanjang tempoh undian online.

10 calon yang mendapat undian terbanyak bagi setiap kategori akan layak ke pusingan seterusnya di mana undian akan dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pemenang bagi undian fasa kedua akan diumumkan dalam Malam Kemuncak Anugerah Blockbuster nanti.

Apa tunggu lagi..... pergila mengundi kategori pilihan korang. sila layari
www.anugerahblockbuster.com.my

ohya.. jangan lupa juga untuk mengikuti perkembangan semasa mengenai Anugerah Blockbuster melalui :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...