Monday, March 26, 2012

Kisah Zulfadhli [Part 3]

Ok... nak sambung lagi PART 3. ada ker nak baca?? hehehehe

Ahad (11.03.2012)
Bangun pagi, misi dah pesan jangan kasi anak makan atau minu,.. sebab nak ke Dewan bedah.... jadi dalam pukul 8.30 pagi adalah 2-3orang misi ke hulur hilir nak uruskan hal-hal ke dewan bedah.


Tengok la Zulfadhli... sikit pun tak nanges.. siap laan 'angry bird adalah...
Kat kaki baru letak jarum tuk letak air... kene letak kat kaki.. kalu kat tangan takut dia cabut.. sian la dia.. dahla kiri tak leh guna.. kalu cucuk kat kanan, lagi la susah dia nak gerak..

Tapi kan.. ingatkan kalu bubuh jarum kat kaki dia akan duduk dia.. emmm.. tak derla.. lagi aktif adalah.. kehulur hilir dia nak jalan. Kita ni dah la risau takut kaki dia sakit sebab jarum tu...ishk... 

Ni dah nak gerak ke dewan bedah... jadi tuk sementara, ayahnya la dulu iring dia ke Dewan Bedah... ibunya macam biasa, sibuk nak merakam gambar kejadian..hik3

 Rilek jer Zulfahli naik katil ni.. ingat lagi masa saya nak bersalin kan Zulfadhli jugak la.. di hospital Kajang juga... berdebar2.. dengan menahan skait perut yang sednag mengeras-geras... Tapi bila tengok dia rilkes jer.. macam x ada apa-apa berlaku jer..hehehe
Setelah masuk ke Dewan Bedah.. saya hanya teman dia sehingga ke dalam Dewan Bedah. Kiranya berdiri sebelah dia sepanjang ubat bius jalan dan dia dah tak sedar. Bila dah mula tak sedar, kene la cepat2 keluar dari Dewan bedah... sebab Doktor dah nak mula buat kerja pembedahan kecil...
Sekejap jer kat dalam bilik tu.. dalam 15 minit kot.. doktor hanya masukkan WAYAR dalam lengan dia jer...
Ni setelah kuar dari dewan bedah tapi masih di kawasna pemantauan.. Zulfadhli tak sedar pun.. masih mamai-mamai... Saya jangkakan dia kaan merengek atau menangis.. tapi tidak.. dia layan tido jer.. sikit pun tak berbunyi...
Memang sungguh kuat Zulfadhli... agak-agaknya la kan.. esok-esok kalu dia kene bersunat, adakah dia akan setabah ini?? mmmmmmm...........
 Jadi setelah dia sedar, baru di hantar kebali ke wad biasa... dan esoknya (Isnin- 12.03.12) di benarkan keluar..... YEAH!!!!
Habis dusah part di Hospital Kajang... setelah 3 hari 2 malam tidur kami tak lena kerana menjaga anak, saya tetak bersyukur kerana kecederaan nya tidak melibatkan nyawa. Semoga selepas ini kami jadikan ia ikthibar untuk anak-anak lain.
Tapi sebagai manusia, kita tidak terlepas juga dari melakukan kesilapan.. walapun kita jaga, pantau dan juga tatang anak-anak tu.. kalu bedna nak berlaku tetap gak berlaku kan??

Selepas keluar dari Hospital, 19.03.2012 ada temujanjji dengan Doktor Tulang untukpemeriksaan dan juga X-ray tulang kembali..
Jadi nantikan sambungan nya lagi yek!! hehehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...