Friday, March 30, 2012

Kisah Zulfadhli [Part 4]

Ok... masuk Kisah Zulfadhli PART 4 pula.... sambungan lagi.. selagi tak bukak simen dia.. selagi tu ada lagi part yg belum habis...

Keluar jer dari WAD hari Isnin, seoknya hari selasa 13.03.2012 kami berangkat  ke PD. Ala duduk hotel kat Glory Beach Resort. Ikut my IR g kursus... dan kebetulan syaa memang ambik cuti selama seminggu nak ikut dan kebetulan cuti sekolah dan jug akebetulan kene jadi jururawat untuk VVIP ni kan...

Tengokla... kemain suka Zulfadhli kalu dapat g jenjalan. Yelah.. 3 hari duduk WAD mestila bosan. Eh..bukan pesakit je bosan, peneman pun bosna tau...huhuhu

Jadi setelah 8 hari tangan bersimen dan berbalut... tibala masanya kene buat temujanjji dengna Doktor Tulang di Klinik Ortropedik pada 19.03.2012 (Isnin). Jadi macam biasalah.. mestila ibunya yang kene g kan.. sebab dah cuti lama menjaga dia.. alang-alang ambik cuti smapai dia pergi temujanjji la..hik3

Isnin (19.03.2012)


Temujanjji pukul 8.00 pagi.. jadi kene la bangun pagi juga. Selepas hantar Huzaiman ke TASKA dan juga Iskandar ke PASTI, terus ke Klinik cepat2. Kene datang awal sebab nanti parking penuh dan juga nanti lambat dapat nombor giliran jadi kene lama lak kat Klinik kang..hehehe

Sampai sana ambik nombor giliran, pas tu g X-Ray lagi (ok.. tak der gambar lagi..hehehe) pas tu baru masuk bilik doktor jumpa doktor  pula...


Muda-muda belaka Doktor-doktor kat Klinik Tulang ni.. lawa-lawa pulak tu.. kalu lelaki pula memang hensem la..hik3...

Jadi Zulfahdli pula di layan oleh Doktor Perempuan kan... lemah lebut jer doktor tu bak balutan tangan sebab nak tukar simen dan balutan di siku Zulfadhli... dan untuk pertama kalinya baru lah saya dapat lihat bagaimana lengan anak saya..... ngeri tau kalu tengok...

Korang nak tengok ker??,,,huhuhuh,,,  ok.. tutup mata tau kalu takut..huhuh
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tu dia... macam arial TV lak ada kat lengan tu...

Baru lah saya tahu kedudukan besi tu di mana... luar memang besi, tapi didalam doktor kata memang WAYAR.. jadi jangan la tkaut macam pertama kali saya tengok tu..huhuhuh

Sempat gak ambik gambar, sebab nak tunjuk kat ayahnya balik tu... sebaik doktor kasi ambik.. sebab dalam klinik tu kata kamera tidak di benarkan di dalam klinik..huhuhuhu

Selepas balutan di tukar... jadi seperti biasa temujanjji akan datang kene datang lagi. Lagi 2 minggu iaitu 26.3.2012 (Isnin depan). Doktor cakap temujanjji akan datang, wayar akan di cabut.

Hah? Cabut?

Ok... saya tanya cabut macam mana. Doktor cakap tarik macam tu jer..GULP!! **telan air liur okey**eee...takut la dengar..huhuhuhu..

Stelah selesai segala urusan di Klinik, harusla kene balik cepat2.. sebab saya nak tidur..hahahaha....


Sebelum balik sempat g cari ANDUH baru untuk Zulfadhli supaya nampak bergaya sikit. Pakai yang kat Klinik punya ada bau sikit... jadi apa salahnya beli yang baru kan? Ala.. hanya RM15.00 jer pun .. kan mahal pun.. hik3...

**Balik jer rumah saya try 'google' kes macam Zulfadhli yang patah siku. Ada sorang blogger namanya MAMA Noriz, saya jumpa anak nya macam kes anak saya. Ikut kata dia :

cabut tanpa bius... adoyaiii... meraung dia tak ingat dunia...
seram sejuk tengok darah memancut kuar... huhuu

Ok.. saya dah mula CUAK!! waaaaaaaaaaaa..........................

Jadi.. Isnin depan saya ada temujanjji lagi.. jadi nantikan sambungan nya yek.. nanti syaa cerita macam mana la doktor tu cabut wayar dalam siku tu.. ishk.. takut la pulak..huhuhuhu

Makaroni Goreng

  
Menu makanan pagi ini adalah : Makaroni Goreng

Makanan yang di beri oleh jiran tetangga saya semalam, tapi di sebabkan semalam terlalu banyak makanan nak di makan. Jadi saya simpan untuk pagi ini... perghhhh... memang sedap. Sebab jarang dapat makan..hehehe (Tau mintak lebih kat jiran...)

Jemput makan semua!!

Thursday, March 29, 2012

Roti Tandoori

Bila tengok gambar kat atas ni.. teringat la pulak masa mengandung tahun lepas... adehhhhh....... ni la makanan tiap2 hari yang saya leh makan...

Roti Tandoori!!!

Cari la nasi ker, mee ker, roti ker... sumer tak leh masuk... mesti pas makan muntahhhh balik. Tapo dengna roti tandoori ni.. saya boleh telan dan siap tambah lagi...

Dan kalu boleh Roti Tandoori ni hanya saya leh makan yang dekat ngan rumah... cuba la beli tempat lain pas tungkau konon beli depan rumah... konpem pas makan saya muntahhhh...........(sebab my IR penah buat gitu) hahahahaha. Pandai pula tekak ni tahu kedia mana yang di beli...keh3

Tapi sekarang ni.. selepas jer bersalin.. jangan kata nak, teringin atau teringat... sikit pun tak nak makannn.......malah kalu pergi kedai mamak tak teringin pun nak pesanan roti tandoori ni...hahaha

Itu la penangan mengandung kan?? tekak akan makan makanan yang bukan kesukaan sendiri... malah akan suka makanan itu sepanjang mengandung..hik3..

Nota kaki : Sebaik nak makan roti tandoori jer.. wat nya nak daging rusa, fengsan my IR nak g cari..hahaha

Huzaiman - 8 bulan

Hari ni 29.03.2012…. bermakna sudah 8 bulan rupanya usia Huzaiman…. Macam ak percaya jer.. anak bongsu saya sudah pun besar rupanya…. sudah pun pandai melakukan bermacam-macam gelagat..hik3



Huzaiman sudah pun pandai duduk dengan sendirinya.. di mana dia yang sendiri berusaha untuk duduk walaupun tidak setegap macam ibu duduk… gaya comel la dia duduk…

Dah mula pandai mengensot sehingga ke dapur.. habis licin la lantai rumah.. tak yah mop lagi.. sebab dah ada orang yang bantu nak mop lantai…hik3

Dah mula nak merangkak.. baru setapak dua.. jadi sekarnag kene la letak dia di lantai jer.. sebab kali letak di katil takut jatuh..huhuhuh



Suka tersengih-sengih…. geram nengok.. macam nak gigit-gigit.. tapi tetap kene gigit gak.. sbb dah geram..hahaha

Setakat ini, gigi belum tumbuh… tak seperti anak kawan saya Alyson yang baru berusia 6 bulan kot.. tapi dah keluar 1 gigi….jadi.. saya sudah mula tkaut kalu dia sudah ada gigi…hehehehehe

8 bulan selalunya tiada suntikan.. cuma pemeriksaan bulanan.. tapi di sebabkan saya pergi ke klinik swasta, jadi tak der la wat pemeriksaan…hehehe.. tapi tak per… nak kene g jugak, sebab saya nak tahu berat badan dia berapa…jadi.. balik nanti leh la g klinik… yeah!!!

Jadi… lagi 4 bulan iaitu bulan 7 Huzaiman akan berusia Setahun. emmm…. nak wat macam mana.. lahir bulan Puasa.. jadi ambut setahun pun bulan puasa jerla..hik3

Saya akhir dengan gambar Pemandu FORMULA 1 yang baru…
.
.
.
.
.
.
.
 


Wednesday, March 28, 2012

#26 Wordless Wednesday - Apa pandang-pandang?


Malaysia International Shoe Festival 2012


Assalamualaikum wtb dan Salam Sejahtera…. 


 
Dimaklumkan bahawa Malaysia International Shoe Festival 2012 yang akan diadakan seperti butiran berikut:


Tarikh                    :         29 Mac 2012 (Khamis) hingga 1 April 2012 (Ahad)
Waktu Pameran    :        29 Mac 2012
                                        (10.00 pagi hingga 6.30 petang) – 
“open to trade only”                                            30 Mac hingga 1 April 2012
                                        (10.00 pagi hingga 8.30 malam) – “open to public”
                       
Tempat                  :        Hall 2,PWTC, Kuala Lumpur               
Tiket Masuk           :         Masuk adalah percuma
                                     
Program ini merupakan program kali ketiga yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Seri Paduka

Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah Haji Hamidun diiringi oleh Y.B Menteri Pelancongan Malaysia pada 29 Mac 2012 (Khamis) bermula jam 10.00
pagi
 
Di antara pempamer lain yang turut serta sempena program ini ialah:

-      LAN BAHARIN - DR CARDIN - MASTER BABY - LULU -      JIMMY CHIA - PALLAS - ZUCCA INTERNATIONAL - SANTA BARBARA -   U.S POLO ASSN - GIRAFFE - ASADI  - SNOWLY -      CASPIA - LARRIE - PAULA MODA - RUCINI

Semua warga Malaysia adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
 
Sekian untuk makluman


Terima kasih,

Tuesday, March 27, 2012

Macam-mcam hal......


MAcam-macam la sekarang berita.... memula kene culik, lepas tu minta tebusan akhirnya tembelang pecah rupanya 'melarikan' diri... semakin takut nak baca suratkhbar.. sebab berita semua menakutkan...
Kadang2 tertanya juga.. mengapa remaja sekarang menjadi begitu BERANI untuk melakukan perkara sebegitu... tak pernah fikir ker kesan nya...

Saya lagi risau, sebab ada 4 orang anak lelaki... saya sentias aberdoa semoga anak-anak lelaki saya menjadi lelaki yang berkerjaya, berwawasa, dan berilmu walaupun tidak kaya.. janjji mereka dapat berfikir dwenan waras sebelum melakukan apa2 perkara....

Susah juga kan.. jika di kawal di katakan di kongkong, jika di biarkan di katakan melepaskan tanggungjawab... apa-apa pun.. memang mencabar bila menjadi ibu bapa di zaman serba moden dan IT... semoga ilmu agama la menjadi pendinding kita tak kira susah atau senang..... amin

Monday, March 26, 2012

Kisah Zulfadhli [Part 3]

Ok... nak sambung lagi PART 3. ada ker nak baca?? hehehehe

Ahad (11.03.2012)
Bangun pagi, misi dah pesan jangan kasi anak makan atau minu,.. sebab nak ke Dewan bedah.... jadi dalam pukul 8.30 pagi adalah 2-3orang misi ke hulur hilir nak uruskan hal-hal ke dewan bedah.


Tengok la Zulfadhli... sikit pun tak nanges.. siap laan 'angry bird adalah...
Kat kaki baru letak jarum tuk letak air... kene letak kat kaki.. kalu kat tangan takut dia cabut.. sian la dia.. dahla kiri tak leh guna.. kalu cucuk kat kanan, lagi la susah dia nak gerak..

Tapi kan.. ingatkan kalu bubuh jarum kat kaki dia akan duduk dia.. emmm.. tak derla.. lagi aktif adalah.. kehulur hilir dia nak jalan. Kita ni dah la risau takut kaki dia sakit sebab jarum tu...ishk... 

Ni dah nak gerak ke dewan bedah... jadi tuk sementara, ayahnya la dulu iring dia ke Dewan Bedah... ibunya macam biasa, sibuk nak merakam gambar kejadian..hik3

 Rilek jer Zulfahli naik katil ni.. ingat lagi masa saya nak bersalin kan Zulfadhli jugak la.. di hospital Kajang juga... berdebar2.. dengan menahan skait perut yang sednag mengeras-geras... Tapi bila tengok dia rilkes jer.. macam x ada apa-apa berlaku jer..hehehe
Setelah masuk ke Dewan Bedah.. saya hanya teman dia sehingga ke dalam Dewan Bedah. Kiranya berdiri sebelah dia sepanjang ubat bius jalan dan dia dah tak sedar. Bila dah mula tak sedar, kene la cepat2 keluar dari Dewan bedah... sebab Doktor dah nak mula buat kerja pembedahan kecil...
Sekejap jer kat dalam bilik tu.. dalam 15 minit kot.. doktor hanya masukkan WAYAR dalam lengan dia jer...
Ni setelah kuar dari dewan bedah tapi masih di kawasna pemantauan.. Zulfadhli tak sedar pun.. masih mamai-mamai... Saya jangkakan dia kaan merengek atau menangis.. tapi tidak.. dia layan tido jer.. sikit pun tak berbunyi...
Memang sungguh kuat Zulfadhli... agak-agaknya la kan.. esok-esok kalu dia kene bersunat, adakah dia akan setabah ini?? mmmmmmm...........
 Jadi setelah dia sedar, baru di hantar kebali ke wad biasa... dan esoknya (Isnin- 12.03.12) di benarkan keluar..... YEAH!!!!
Habis dusah part di Hospital Kajang... setelah 3 hari 2 malam tidur kami tak lena kerana menjaga anak, saya tetak bersyukur kerana kecederaan nya tidak melibatkan nyawa. Semoga selepas ini kami jadikan ia ikthibar untuk anak-anak lain.
Tapi sebagai manusia, kita tidak terlepas juga dari melakukan kesilapan.. walapun kita jaga, pantau dan juga tatang anak-anak tu.. kalu bedna nak berlaku tetap gak berlaku kan??

Selepas keluar dari Hospital, 19.03.2012 ada temujanjji dengan Doktor Tulang untukpemeriksaan dan juga X-ray tulang kembali..
Jadi nantikan sambungan nya lagi yek!! hehehehe

Saturday, March 24, 2012

Apabila blogger menjadi salah seorang peserta ON AIR

on air
Rancangan ON AIR ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Ria yang memaparkan pencarian pengacara pelapis yang boleh dibentuk untuk menjadi pengacara program-program kelolaan Astro. Bidang pengacaraan amat sinonim dengan sebuah stesen TV, Maka dengan itu sesi ujibakat telah diangkat menjadi sebuah program TV.
Sapa pernah tengok Rancangan ON AIR?? hehehehe........ di sebabkan saya dah lama meninggalkan ASTRO, jadi memang tak dapat tengok langsung la... kalu nak tengok ulangan pun kene cari kat Utube jerla....

Tapi kali ni bukan nak cerita apa pun.. nak bagi tahu, salah seorang kawan blogger saya telah pun menjalani ujibakat menjadi peserta Rancangan On Air.....

hilal azmi
Ala..sweetnya LELAKI ini..hik2.. terserlah tahi lalat dibawah bibir...eh.. orang kta kalu ada tahi lalat sebegitu, "pandai berbicara dan tidak mudah kalah".... hehehe...

Mungkin sesuai la kot kalu dia sertai rangangan ON AIR ni.. sebab peserta mestila jenis yang petah berkata-kata kan..??

Jadi seramai 20 orang telah pun terpilih.. dan seperti biasa lah.. mesti ada saringan lagi kan? Jadi Astro nak 10 orang sahaja untuk peserta lelaki... dan

akhirnya........
.
.
.
.
.
.
.
hila azmi
Hilal Azmi telah pun terpilih menjadi salah seorang peserta Rancangan ON AIR....

TAHNIAH!!!!

Jadi sebagai salah seorang kawan yang mengenali nya.. mestila ada sokongan padu dari kawan juga kan?? Pada yang menonton rancangan ni, jangan lupa yek tengokkan kawan saya juga... Tak tahu la konsep Rancangan ON AIR ni sama ada ada undian atau tidak... hehehehe

Wah dik.. sekarang ko dah pemes la kan.. dah ala-ala #retis la kan.. esok-esok, kak sumi tegur pun sure dah tak kenal..hehehe.. maklum la dah terkenal dalam TV...hehehe

Bila dah masuk Tv mesti ramai awek-awek meng'usha' punya.. takper, jangan risau.. pada yang ingin mengenali lebih dekat Hilal Azmi ni.. boleh aja kenal melalui Blog, twitter dan Fan Page Hilal Azmi ni...
JOM LIKE & FOLLOW
Twitter : @hilalazmi

Korang jangan lupa tengok Rancangan ON AIR setiap hari Rabu pukul 9.00 malam di Astro.  Dan yang paling best sebab hosnya  ialah Pak Nil @ Aznil Haji Nawawi....

Ok.. tak mahu cerita panjang la.. udah la umah tak der Astro.. jadi macam ada satu kerugian pula sebab tak dapat sokong kawna sendiri dengna menonton Rancangna ON AIR.. tpai jangan risau.. Hilal Azmi tetap akan update selalu kat Group kami punya... hehehe

Semoga berjaya yek adik Hilal Azmi, kak sumi doakan semoga berjaya hingga menjadi JUARA!! sebab kali orang yang ada tahi lalat dibawah bibir ni, orang itu jenis yang tidak mudah kalah!! hehehe

Friday, March 23, 2012

Kisah Zulfadhli [Part 2]

Ok.. sambung pula PART 2 kisah Zulfadhli...hehehehe

 Sabtu (10.03.2012)
Hari sabtu, sebelah pagi saya pula ke Wad menggantikan my Ir untuk bertukar shift. Kesian my IR, penat balik dari Johor pun belum ilang dah kene menunggu di wad pula.. mesti penat....
Jadi saya tinggalkan anakanak di rumah sepupu saya sementara saya terus ke Spital untuk menjaga Zulfadhli.

Bila lihat dia dah banun dari tidur.. dia tka banyak cakap pun.. makan pun kurang.. mungkin terkejut kot kene tahan Wad..hehehe. Terpaksa la pula saya peluk dia seketika untuk meredakan kegusaran.. cewah.. kegusaran lasangat...
Tapi selepas puas bergelak ketawa kejap.. mungkin dia letih dan terus tidur sekejap.. mungkin sebab makan ubat tahan sakit tu yang ngantuk kot..hehehe
Alahai.. tidur pun tak selesa.. sebab tangna berbalut... dokto suruh tinggikan tangan dia, sebab kalu tak bengkak di siku dia tak surut nanti susah nak bawa ke Dewan Bedah.....
Ni menu tengahari.. Ayam kari + Ayam Kurma.. emmm.. dah menu gini, rasanya anak tak makan.. tapi tukang jaga la makan..hik3
Zulfadhli pun tak nak makan.. jadi saya belikan Waffle kegemaran dia.. habis licin dia makan.. lapar sangat la tu. Susu coklat dia tetap tak lupa minu,.. kalu tak dapat mau nangis dia tau..hehehe
Dah penat duduk, saya bawa dia jenjalan sekeliling wad sekejap. pergi sana-sini.. siap nangis-nangis ajak keluar dari Wad.. ishk.. dia kan paham pun.. mungkin dia rasa terkurung kot dalam Wad tu...
Sebaik ada kawasna mainan untuk kanak-kanak.. jadi saya bawa dia pergi situ kejap.. dapatlah saya menonton TV sekejap di bilik tu sekali...
Dah bosan main dan tengok Tv, ajak jenjalan lagi.. habis la penimbang berat pun dia main... eh.. elok sangat la tu.. leh gak tahu berapa berat badan nya...
12.9 kg jer?? alahai.. ringan jer..hehehehe
Tak pepasal ibunya pun sekali terjebak g timbang berat... adeh...
60.7 kg?? apa??????? tak turun-turun lagi ker?? waaaaaaa...........mana aci ni.. pas bersalin dan hampir 8 bulan.. berat masih dalam 60 kg lagi?? ishk.. tka leh jadi ni...
Diet!!diet!!Diet!! hahahaha
Sebaik saya ada bawa Tablet murah ni.. eh.. harusla cakap murah.. ni bukan Tablet samsung atau iPad tau.. ni saya beli kat Tesco jer.. murah jer tau.. tapi boleh la tuk anak saya main bila bosan...dapat la bertahan dalam 2-3 jam...hehehe

Jadi bila malam menjelma dia dah penat... terus tertidur..... 
Malam pula my IR datang menjaga dia pula.. sebab saya tak beoleh berenggang dengan Huzaiman kerana masih menyusu badan. Di Wad pun saya masih mengepam seperti biasa. Biasalah di Wad selalunya ibu yang lebih meneman anak dari ayah.. nak tak nak kene la saya beralah sedikit..hehehe
Zulfahdli kene tidur awal sebab esok pagi dia kene masuk Dewan Bedah untuk masukkan wayar dalam sikunya...
Jadi bermula pukul 1 pagi sehingga waktu pembedahan, Zulfadhli tidak di benarkan makan dan minum....Ishk.. risau pula saya bila doktor cakap nak masuk dewan bedah...huhuhuhu
Balik jer dari Spital terus saya beli Berger... lapar sangat.. sebab tak teratur sangat makan bila di hospital...hehehe. Tapi malam tu saya ajak mak dan ayah saya datang ke rumah teman kan saya... sebab esoknya (ahad - 11.03.12) saya nak pergi pagi sikit, nak teman Zulfadhli ke dewan bedah...

**Mengikut kata doktor, dia masukkan wayar dalam siku tu supaya dapat cantumkan siku yang lari sikit.. entah la.. saya kurang pasti apa yang Doktor tu cakap.. nak terangkan pun tak berapa tahu..hehehe

Jadi ...ada lagi sambungan kisahnya lagi.. kisah menuju ke dewan bedah pula.. risau kan? kalu pembaca risau, saya selaku ibunya lagi risau tau! huhuhuhu



Formula 1..... kami datang!!

 Yeaaaaaahhhhhhh....... kali ni untuk kali ke 2, syaa dapat lagi tiket Formula 1...
Tapi bukan saya yang beria nak tengok sangat, untuk My IR yang nak pergi... jadi nak tak nak saya akan dapatkan juga...hehehe
Kali ni tiket dapat yang harga RM443.00 sahaja... tak seperti tahun lepas.. dapat kat Grandstand. Tapi tak perla.. janjji ada kannn?? hehehe

Google gambar nak tengok macam mana la rupanya duk kat Stand F ni.. 
Ok.. dah jumpa.. okla.. sekurang2nya bukan duduk atas rumput tnapa bumbung.. ada gka la bumbung tak ler  kene panas  atau hujan kan..hehehe
Suka la tu my IR sebab dapat g lagi tahun ni.. saya?? emmm duduk rumah jaga anak jerla yek..hik3


Thursday, March 22, 2012

Kisah Zulfadhli [Part 1]

Punya la lama kejadian, baru la sekarang ada mas anak bercerita...hehehehe
Bukan tak nak cerita, tapi sebenarnya tak der masa nak upload gmabar masuk komputer....dah la tu, sibuk lagi nak layan anak-anak... maka terkubur begitu aja cerita ni...

Jumaat (09.03.2012)
Nak dijadikan cerita, hari Jumaat (09.03.2012) masa tu saya memang dijangka pulang lewat, gara-gara berkampung kat 'Hotel Kuda'... kuda la sangat, hehehe.. sebaik la dekat The Mines tu jer.. kalu jauh memang seksa saya nak pulang cepat-cepat.

Jadi saya serahkan hal anak2 kepada sepupu saya untuk mengambil dan menjaga sementara saya pulang. Tapi dalam pukul 5.30 ptg saya dapat sms  "Minta nama penuh dan IC Zulfadhli"... Apa lagi, terus saya balas "Oit... apasal?"Ha.. apa lagi terus sepupu saya call dan menerangkan situasi sebenar. Dia bilang tangna Zulfadhli bengkak...

Saya jemput Zulfadhli di rumah sepupu saya dan terus pecut kereta ke Hospital Kajang. Sebaik sepupu saya dah balut siap2 dengna tudung untuk ampu tangan dia.. sebab mengikut kata sepupu saya, Zulfadhli tetap lasak walaupun tangna dia membengkak....

  
Sampai Hospital baru saya dapat lihat kecederaan nya.. sepanjang dalam kereta memang tak duduk senang, sebab tak dapat tgk lengan dia dengan betul....
Adeh... bengkak nampak sangat masa tu.. doktor terus minta saya pergi wat X-Ray.

Selepas X-Ray, doktor lihat dan kata ada tulang di bahagian sikunya bengkak sedikit. Adeh.. lupa pula nak snap gambar X-Ray tu.. x per, temujanjji akan datang saya akan cuba untuk ambil gambar yek...

Dah di simen sementara di sikunya, doktor kata kene tahan wad. Sebab malam doktor pakar x ada, jadi nak tak nak kene tunggu esok pagi. Lagi pun kalu teruk kemungkinan kene masuk dewan bedah.
Ohw.. bila doktor cakap dewan bedah.. saya dah takut.. sebab rasa macam kecederaan nay sangat teruk....
Doktor kata, disebabkan bengkak pada siku tak surut, jadi mereka akan pantau dahulu.. jadi nak tak nak Zulfadhli kene la bermalam di Wad Kanak-kanak. Ok.. saya dah mula panik.

Lagi pun my IR masa tu belum balik dari Johor. Dan nak tak nak saya kene tunggu di Wad sementara my IR pulang dari Johor.

Lihat la Zulfadhli, dah bersimen pun masih aktif ketika ni... adeh.. naik risau saya. Sebab sepanjang ke Hospital dia sikit pun tak nanges....merengek atau meragam.. masih diam dan tersenyum lagi...

Nampak sungguh maca dia 'kuat' dan memahami situasi .. jika dia menangis, mungkin saya lagi akan panik dan mengelabah.. dan mungkin akan nanges-nanges pula..huhuhu

Akhirnya tidur juga hero saya setelah mata semakin mengantuk. Dan ketika itu juga my Ir datang untuk mengantikan saya. Saya terpaksa pulang ke rumah kerana Huzaiman masih menyusu badan, jadi tak boleh la tinggalkan dia di rumah tanpa saya. Lagi pun saya datang tanpa membawa pam susu atau apa2 barang.

**Kejadian ini berlaku di Taska asuhan pada belah petang lebih kurang pukul 5 ptg rasanya. Mengikut kata pengasuh, anak saya seorang diri bermian di kerusi makan yang tidak tinggi dan tahu-tahu dia sudah jatuh kebelakang dan lihat  dia jatuh dengan menahan menggunakan siku kirinya.

Masa mula-mula jatuh dia tak nanges, selang beberapa minit baru dia menangis dan selepas tu dia diam dan terus main... Jadi mungkin pengasuh ingat benda tu tak serius.
Masa sepupu saya jemput baru nampak ketara bengkak nya...

Okla..nanti sambung lagi cerita... nak kene ingat balik pas tu apa terjadi..hehehe

Lunch di Padi House, Putrajaya

Semalam, kawan pejabat saya ajak makan di luar... hengat g makan kat KFC ker... ghupanya g tempat baru... hehehee...
Baru la sangat, sebab baru bukak kann.... jadi kira baru la.... Kami pergi ke Galeria PJH dekat Presint 4. Dekat jer dari Pejabat kami di Presint 5. Macam ni la hidup di Putrajaya, kene pandai cari tempat makan... kalu tak mesti bosan makan tempat yang sama...hik3
Kami sampai dalam pukul 1 petang, jadi tak der la ramai kan.. dah ujung bulan, duit gaji pun lom masuk.. sapa nak makan kat situ..hahahaa
  
Sampai-sampai harusla pesan minumannnn....... haus ko... macma la jalan kaki g sana, padahal naik kereta..hik3
Kami 5 orang sahaja... tapi ada satu jer kumbang hensem yang pergi... hehehehe "Justin Bieber" tau...jangan jelesss....  

3 lemon ais, 1 Fresh Orange dan 1 Vanilla Oreo Milk Shakes

Cukup la tu... sorang satu... tapi saya jenis suka ambik set... sebab jimat sikit dari ambik satu-satu..hik3
Jom tengok apa menu kami makan di situ.....

Seafood Pasta with Marinara Sauce - RM 14.90
 
Grilled Chiken with Pesto Founde - RM 16.90

Grilled Lamb Chop With Black Papper Sauce - RM 16.90

Ingat kat situ tak ada LUNCH SET... rupa-rupanya ada...hehehe... kalu ambik Lunch Set dapat Soup dan Air sekali... jimat sikit...
Lunch Set selalunya dari pukul 12 tengahari - 3 petang... so apa lagi, saya ambik la set punya...hehehe

Menu Lunch Set
 
 
Ini adalah Soup dan juga Ice Lemon Tea untuk LUNCH SET

 
Mongolian Lamb Cultet and  Garden Vegetable  - RM 17.90
 
Fish and Chips - RM  17.90

Jadi dalam banyak-banyak menu, saya hanya berminat dengan Fish and Chip...... sebenarnya tak tahu nak makan apa.. bial terpandangkan harga nya.. omak aik.. telan air liur bebanyak....hahaha
Saya bukan cerewaet.. tapi bila tengok menu yang saya tak der yang minat.. tetiba blur nak makan apa.....hahahaha
Padahal rasanya dalam menu ada juga NASI.. tapi takut rasanya kurang.. jadi jalan selamat ambik jerla Fish and Chip...hahaha


Soup nya memang sangat sedaaaaaaaaaappppppp........berlemak sungguh.... macam tak puas lak makan.... sikit sangat derang bagi... hahahaha
Rasanya lagi sedap dari soup Pizza Hut..hahaha
Jumlah Keseluruhan - RM119.70 untuk 5 orang makan.

Kira murha la tu... Govt Tax - RM6.19, Service Charge - RM 10.32.. di bahagi 5 orang kira sorang kene bayar RM3.30.... hahahaha...
Jadi saya dah pernah lah rasa di sini.. nanti wat nyer orang tanya pernah tak makan di Padi House? Jadi saya dah boleh cakap.. pernah.....hahaha
Makanan nya sangat sedap dan banyak juga.. boleh kenyang dan memenuhkan perut ni la jugak dna berbaloi......... kalu rasa nak mencuba, boleh la pergi di situ.
Nah peta ... kot-kot sesat lak kangggggg.....hehehe
Galeria PjH
Jalan P4W,
Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia

Jadi kalu datang ke Putrajaya, dah ada tempat makanan yang boleh di cuba... jangna lupa yek singgah di Padi House...hehehe




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...