Friday, October 30, 2015

Pembukaan IKEA CHERAS 19.11.2015


Wah,.......ramai tak sabar ni nak menunggu pembukaan rasmi IKEA CHERAS 19 November 2015 ni....

nah alamat nya

24, Jalan Cochrane, Maluri, 
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 
Malaysia

Jadi pada yang selalu merungut jauhhhhhhhhhh nak g IKEA Damansara tu.. leh la terjahhhhhhhhh yang di Cherassssss

Thursday, October 29, 2015

Pledge For Tomorrow – What’s Your Favourite Thing To Do With Your Parents?

Dalam erti kata IKRAR UNTUK ESOK – APA PERKARA KEGEMARAN ANDA LAKUKAN DENGAN IBU BAPA ANDA?

haaa……………. kita mesti pernah berjanjji dengan ibubapa kita yang kita inginkan yang terbaik untuk mereka… jadi AIG Malaysia ingin mendapatkan penyertaan dari orang ramai untuk mengikrarkan masa yang berkualiti dengan ibu bapa mereka.

Jadi mari sertai mereka kerana mereka melancarkan buat julung pertama kalinya  Pledge For Tomorrow bermula dari hari ini sehingga penghujung bulan Novembner 2015. Matlamat mereka  adalah untuk mendapatkan seberapa ramai orang yang mungkin untuk membuat ikrar dan melaksanakannya.

Senang aja……..

Layari http://www.pledgefortomorrow.com/ dan ikuti segala langkah-langkah yang tertera

 

Setelah itu kongsikan di laman sosial dengan rakan-rakan dan keluarga, IKRAR yang anda tulis mana tahu anda berpeluang untuk memenagi beberapa hadiah menarik!

Jadi…. marilah kita berIKRAR dan sebarkan kepada semua… semoga penerima IKRAR kita akan tersenyum dan gembira membacanya…


Membuat ikrar hari ini dan membawa kenangan hebat dengan ibu bapa anda esok.

Friday, October 23, 2015

Kisah J E R E B U

Entah la kenapa... sebenarnya banyak cerita saya nak tulis tau... kisah pergi ke Melaka bersama pejabat... kisah ke sunway lagoon bersama anak-anak, kisah makan sana sini.. kisah beli itu ini... tapi entah la...

Sejak J E R E B U ni.. banyak kisah tertangguh... hahaha seperti kisah jerebu gak la....

Cuba bayangkan ... sepatutnya minggu ini anak-anak selesai menghadapi peperiksaan di Sekolah Rendah.. dan minggu depan akan menghadapi peperiksaan Sekolah Agama sahaja... tapi di sebabkan JEREBU la.. peperiksaan tertangguh... di bawa pula ke minggu depan.. maka minggu depan anak-anak akan menghadapi peperiksaan dari pagi sampai la petang.........

Itu pasal peperiksaan pula.. ini sebab perancangan juga.. sepatutnya minggu depan myIR akan menghadiri Konvokesyen di UUM, Sintok.. tapi sekarang ni.. minggu depan peperiksaan akhir tahun sekolah anak-anak pula.... dah la 3 hari perginya agak lama kan... Maka dengna itu si ibu susah hati sama ada nak pergi menemankan ayahnya atau tak untuk memberi laluan anak-anak menjawab peperiksaan....

Bila minggu ni tertangguh ke minggu depan.. banyak benda-benda lain bersangkut paut.. mujur pergi ke Kedah naik kereta... kalau buatnya booking tiket kapal terbang kan.. haaaaaaa.... pastu minggu depan tetiba JEREBU balik menyerang... kapal terbang tak leh lak meneruskan penerbangan.. jadi makin bertambah2 la kerugian dari segi masa dan kewangan... bertambah pula kos lagi kan...

Entahla... dengan cuaca yang teruk di luar.. secara tak langsung penyakit pun datang menyerang.... saya baru sahaja bercuti skait gara-gara selsema teruk dan batuk sekali... air bergellen-gellen minum dah.. tapi kalau cuaca tak elok pun susah juga nak sembuh kan...

Harap-harap adalah penyelesaian untuk menangani JEREBU yang kian melanda ke Malaysia ni... kalau di ikutkan .. dah macam pesta JEREBU lak setiap tahun kali gini gayannya........

Sekian cerita kali ini tanpa gambar...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...