Wednesday, February 08, 2023

Pil Perancang Loette

 Hai semua.... hari ni nak citer pasal PIL PERANCANG jenama LOETTE. 

Sebenarnya, aku ni ada masalah datang bulan yang panjang... panjang tu dalam 15 hari ko... benda ni berlaku dah lama.. dekat 7, 8 tahun kot.. tapi aku ingat tu normal.

Sebab lepas bersalin anak terakhir tahun 2011, tu terus buat BTL so ingat dia ganggu hormon. Tapi memandangkan masih muda kene la cari solution kan. 

Pernah cuba rujuk dengan pakar O&G di Hospital Kajang, buat rawatan susulan hampir 1 tahun. dibekalkan ubat kurangkan pendarahan. Untuk 2,3 blan pertama ok.. kemudian berpanjangan balik.

Akhirnya biarkan aja begitu... cuma kadang jadi stress juga sbb kene pakai pad lama kan..hehehe

Tahun 2022, kawan opis shorkan 1 pil perancang ni.. so aku pun rujuk dengan doktor panel. 


So mencari la PIL LOETTE ni di farmasi.. harganya RM33.00 beli di Farmasi AA je.

Setelah mencuba hampir 6 bulan.. alhamdulilah, period semakin elok. dulu panjang.. sekarang bawah 7 hari.. ada masa jadi 5 hari.

Sebenarnya makan pil perancang ni bukan untuk elak hamil sahaja...tapi boleh juga untuk menstabilkan period ... so rasanya memang berkesan.


Cara makan ubat ni untuk pertama kali... Makan sahaja pada hari pertama berdasarkan HARI pada papan tablet tu... x kisah pun time tu tengah period ke apa... makan je sbb pertama kali kan.

Makan selama 21 hari... kemudian berhenti 7 hari tanpa makan ubat... masuk hari ke 8 makan balik dan kira sehingga 21 hari.. begitula selanjutnya.

Di sebabkan aku makan ni untuk kawal period aku.. jadi kalau terskip tu x derla risau.. tapi untuk yang makan untuk elakkan kehamilan tu kene jaga-jaga la.. kalau teringat terlupa makan.. cepat2 makan ubat du dan kira balik berapa jam terlepas makan untuk makan next pil lak.

Eh kalau nak selamat korang rujuk la kat Klinik atau Farmasi yek.. kang aku lak korang persalahkan tiba-tiba mengandung.

Tapi ubat ni memang serasi la dengan aku.. mungkin tengok lagi 6 bulan dulu macam mana.. mungkin lepas tu boleh berhenti makan dan tengok adakah period aku kembali panjang atau sebaliknya...hehehe



Tuesday, February 07, 2023

Drama MENDUA

Lama giler tak update blog... hai apa khabar semua... harap sihat... 

Kali ni nak citer pasal drama dari Indonesia.. tiba-tiba terlayan pula citer ni ... ala 15 episod je pun.. mujur sikit.. cuma tu la ending nya macam terganntung sikit... silap2 adalah sambungan hahaha

Citer ni dia tiru citer Korea tu... The Wolrd Of Married.... tapi tu la..dashyat juga pelakon ni. Jadi tak sesuai la tengok bersama keluarga... tengok dengan kawan2 jela ...

Sinopsis :

Tentang kehidupan rumah tangga seorang dokter yang bernama Sekar (Adinia Wirasti) bersama Ivan (Chicco Jerikho).

Rumah tangga yang semula berjalan baik berubah menjadi mimpi buruk bagi Sekar ketika Ivan ketahuan menjalin hubungan dengan perempuan lain.

Jadi nak tahu kisah selanjutnya.. korang tengok jela sendiri... kat Disney Hotstar dah kuar...hehehe

Ok itu jela nak citer.. nanti sambung lagi... bye uollss.............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...