Wei..lama nya x update blog.. nak update blog tapi tu la malas menaip, tak ada ke yang boleh terus taip apa kita sebut kan senang.
Friday, June 16, 2023
Skincare
Wei..lama nya x update blog.. nak update blog tapi tu la malas menaip, tak ada ke yang boleh terus taip apa kita sebut kan senang.
Wednesday, February 08, 2023
Pil Perancang Loette
Hai semua.... hari ni nak citer pasal PIL PERANCANG jenama LOETTE.
Sebenarnya, aku ni ada masalah datang bulan yang panjang... panjang tu dalam 15 hari ko... benda ni berlaku dah lama.. dekat 7, 8 tahun kot.. tapi aku ingat tu normal.
Sebab lepas bersalin anak terakhir tahun 2011, tu terus buat BTL so ingat dia ganggu hormon. Tapi memandangkan masih muda kene la cari solution kan.
Pernah cuba rujuk dengan pakar O&G di Hospital Kajang, buat rawatan susulan hampir 1 tahun. dibekalkan ubat kurangkan pendarahan. Untuk 2,3 blan pertama ok.. kemudian berpanjangan balik.
Akhirnya biarkan aja begitu... cuma kadang jadi stress juga sbb kene pakai pad lama kan..hehehe
Tahun 2022, kawan opis shorkan 1 pil perancang ni.. so aku pun rujuk dengan doktor panel.
So mencari la PIL LOETTE ni di farmasi.. harganya RM33.00 beli di Farmasi AA je.
Setelah mencuba hampir 6 bulan.. alhamdulilah, period semakin elok. dulu panjang.. sekarang bawah 7 hari.. ada masa jadi 5 hari.
Sebenarnya makan pil perancang ni bukan untuk elak hamil sahaja...tapi boleh juga untuk menstabilkan period ... so rasanya memang berkesan.