Monday, October 18, 2021

Dah boleh rentas negeri? Jom bercuti

Halooo semua,

lama tak bersiaran.. seiring ngan pkp.. blog pun pkp gak wakakaka..... Macam-macam perkara dah berlaku kan. Perdana Menteri pun dah bertukar baru. Dari Tans Sri Muhyiddin Yassin kini Dato' Sri Ismail Sabri pula.... Tahniah menjadi PM yang ke 9.

11 Oktober 2021 yang lalu, PM kita telah pun bersetuju memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rakyat juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan ke mana-mana negeri, selain bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang sudah lama berpisah dan sebagainya.

Kalau balik kampung tu... saya memang tak ada kampung la.. tapi kalau bab aktiviti pelancongan... haaa itu yang di tunggu-tunggu sekian lamanyaa....

Memandangkan jenis yang tak ada kampung, dan tak perlu nak pening kepala untuk mencari tempat percutian.... apa kata korang check it out hotel in Kuala Lumpur dulu.... ialah dah nama pun duk di lembah klang... tempat paling dekat of course la kuala lumpur kan?

Ok... jom tengok harga hotel kat kuala lumpur...

Wah... semua hotel berdekatan dengan pusat bandar... senang sikit sebab banyak mall kiri kanan.. tak perlu pening kepala. Yang penting ada kolam renang. Harga pun berpatutan juga....

Ialah kesian kat anak-anak la… setiap hari kelas online.. penat pun ia jug aka.n. Kerja sekolah tetap kene buat, kerja kat rumah untuk bantu ibibapa pun kene juga buat… jadi apa salah kita bawa anak bercuti kan?

Tapi kalau tak nak area lembah klang... boleh la jalan jauh sikit... ala jauh sikit je... macam kat Port Dickson ke. kan? Situ banyak sikit pantai... syok sikit kalau nak mandi pantai kan?

Agak lama juga saya tak pe Port Dickson. Pergi pun tak silap saya tahun 2014. Masa tu pun Huzaiman masih kecik lagi… baru 3 tahun hehehehe


Best wei g pantai… bina-bina istana.. main pasir… pasir kat pantai halus, lembut je.. best sikit tak kasar…lembut jeeee.....

Tapi pas mandi pantai tu.. ha ko.. legam la masing-masing kan.. kene panas matahari hahaha… dah pakai losyen pun tak mau nya.. tapi setakat ni kulit jadi hitam jela.. mengelupas tu kurang sikit la.. sbb pakai losyen kan..

Jadi kalau nak jauh sikit moh la kita ke PD pula, Nak syok... apa kata kita survey Lexis Port Dickson jap...


Tudia... resort atas air ko... menarik sungguh.. leh tangkap ikan terus ni..hehehe

Kalau port dickson ni menarik juga kan? malam-malam boleh makan ikan bakar ni..sedappp...tak jauh dari KL pun... dekat je kalau lalu ikut highway kan?

PD ni macam-macam ada.. Teluk Kemang, Masjid Sendayan, Rumah APi Tanjung Tuan., Pantai Tanjung Tuan.... sekitar situ juga terdapat geria-gerai yang menjual pelbagai makanan, minuman serta cenderahati untuk pengunjung beli untuk kenangan.

Jadi macam mana korang? dah plan ke nak ke mana hujung minggu nanti? Apa salah nya kan bawa anak jalan-jalan sambil release tension kan? Anak-anak pun setiap hari mengadap kelas online kan.... ni la masanya bawa anak-anak berjalan sambil menikmati keindahan alam.

Jadi jangan lupa. untuk yang lengkap dua dos vaksin, dibenarkan merentas negeri namun sentiasalah menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...