Hari tu masa PKPP dapat la kita berkumpul dengan keluarga, rakan serta sanak saudara... lepas tu PKPB balik... kini terus PKP balik gara-gara kes semakin meningkat... paling tinggi 4,000 gaisss.. tinggi tu...
Tapi kita kene juga lihat kes sembuh juga... kes sembuh pun meningkat gak 3,000 - 4,000 kes juga kan? jadi sama rata la... sembuh pun sama banyak dengan kes berjangkit.. semoga kita terhindar dari wabak ni..
Sebut pasal PKP la, PKPB la... kita mesti dah rancang macam-macam plan untuk diri, keluarga atau dengan kawan -kawan.. nak bercuti la, nak jalan-jalan cari makan la...
Hari tu saya dah plan nak ke Langkawi gaisss.... nak naik kapal terbang la.. makluml la tiket penerbangan murah giler tauuu... boleh la time ni nak bawa anak-anak merasa naik kapal terbang sambil-sambil tu boleh la meningkat ekonomi neagara.. kali terakhir pergi pada tahun 2014... nampak tak anak-anak saya kat huruf K tu...heheheheh
Tahun 2014 masa tu anak-anak saya kecik lagi.. yang bongsu pun baru umur 4 tahun.. jadi kenangan tu mungkin dia kurang sikit.. 4 tahun mana la paham sangat kan.. masih perlu di pimpin ke sana sini ....
Itu ingat kalau dapat bawa mereka ketika mereka masih lagi bersama kita ni... nanti masing-masing makin membesar akan meninggal kan saya kerana belajar la, bekerja la.. mana tahu kahwin muda pula.. hehehe
Tiba-tiba teringat bulan Disember 2020 hari tu, yang ramai dapat bercuti ke Langkawi... sampai habis coklat diborong oleh pengunjung ke Langkawi.... nampak tak.. bila dapat peluang bercuti, rakyat Malaysia tak pernah ketinggalan untuk memriahkan sesuatu tempat tu... Coklat sapa tak gemar, saya pun gemar.. kalau ke Langkawi memang akan menuju ke tempat coklat dan pingan mangkuk tau...
Jadi bila dah ada perancangan tu..tiba-tiba PKP balik.. punah harapan... tapi tak perla sambil-sambil tu saya survey la juga hotel sekitar Langkawi tu... mencari la promo-promo yang berpatutan.. maklum la kita ni ramai anak-anak... mereka pun dah besar... yang sulung je dah berusia 17 tahun...
Bila survey hotel in Langkawi tu, ada la juga jumpa yang berkenan di hati... mestila saya akan cari dekat dengan Pantai Cenang... sebab situ aktivi banyak.. kedai-kedai pun banyak sekitar situ.. yang paling penting dekat dengan pantai.. tak perlu la nak bawa kereta kan?
Kebanyakan hotel in Langkawi harga nya sangat berpatutan.... kita boleh pilih mengikut jarak di anatara sesuatu tempat.. antara lapangan terbang ke hotel ke, antara terminal ferry ke hotel ke... ialah bila bawa anak-anak mestila mencari yang dekat, cepat dan tak jauh perjalanan nya..
Bila dah dapat hotel atau rumah penginapan yang di idamkan... boleh la kita book.. nanti lepas habis PKP atau boleh merentas negeri.. senang sikit.. sebab hotel dah tempah awal-awal kan? Hanya packing barang dan terus pergi...
Cepatla wabak ini berakhirkan.. banyak perkara tak dapat kita lakukan seperti dulu... semoga Negara kita bebas cepat dari wabak ni.
Jangan lupa... kalau nak ke Langkawi, cepat-cepat tempah hotel tu,..nanti penuh melepas pula...