Monday, September 17, 2018

Oden di Family Mart

Haaa... sapa pernah pergi ke Family Mart?


Saya pun pertama kali gak pergi.. pernah lalu depan ni.. ingatkan kedai macam 7-eleven yela jual makanan je kan...

Rupanya ada jual macam ala-ala steamboat tu.. tapi kuahnya tomyam.


Jadi saya pun pergila mencuba...

Nampak menarik... tanya adik tu macam mana nak beli...


Dia suruh pilih salah satu pada menu no 1 tu...nampak macam ada mee la kan.. tapi tak ambik.. saya ambik fish ball ke tak silap.. lupa

Kemudian boleh tambah pada menu ke 2...

Jadi saya pilih la beberapa menu.. kebetulan Huzaiman ada.. dia pun minta 1.. ketam..


Dah pilih menu dia bubuh la kuah tomyam dalam angkuk tu

Lepas tu ke cashier nanti dia kirakan...tanya sama ada nak makan terus atau bungkus... kalau bungkus dia tutup.. kalau makan terus dia biarkan terbuka la...

Saya pilih bungkus,,.sebab nak g makan kat McDonalds


Baru ambik 7 makanan pun dah RM7.95 .. lagi 5 sen genap RM8.00...

Rasanya?

Ala.. macam makan kat steamboat tepi jalan tu.. yang orang selalu bawa naik lori tu... bezanya beli kat family mart ni macam kebersihan nya terjaga la sikit kan.

Tempat pun selesa... itu jerla..

Tapi Family Mart ni katanya dari Jepun yek? besanya bila sampai ke Malaysia.. semua makanan di masak dengan betul mengikut spesifikasi HALAL la kan.

Okla kan.. macam sama jerla menu sana ngan sini.. bezanya kalau hujan sedap la makan kan benda panas2...


Nampak gayanya semakin berkembang pesat Gamily MArt ni.. tengok dah banyak cawangan dah...

Mungkin ramai permintaan kan.. harap2 bertahan la macam 7-E...

TAHNIAH la!!!

Saturday, September 15, 2018

[REVIEW] Munafik 2

Siapa dah tonton Munafik 2?


Ok.. saya berjaya pergi tengok atas nak tahu cerita nya...

Tahu tak.. Munafik terdahulu saya tak tgk wayang pun..tengok online je..hik3

Sinopsis :

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.

Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.

Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Tarikh tayangan: 30 Ogos 2018 (Malaysia)
Pengarah: Syamsul Yusof

**************************************


Ok.. saya sebenarnya macam rasa kureng sikit Munafik 2 ni...

So agak keciwa sikit.. tak tahu kenapa.. selepas sejam saya dah mula bosan......hahahha

Kiri kanan duk tutup mata.. pastu terjerit2.. saya pun tak nampak penjiwaan cerita tak meresap dalam jiwa........

So..nak tahu ceritanya.. layan la sendiri... malas nak cerita.. nanti kata MUNAFIK lak...

Cuma nak bagi tahu


Dapat harga tiket kat TGV RM 8.00 sahaja.. eh.. murah la pulak ye....

Pastu sebelum makan kene beli popcorn


Cuba makan popcorn royal tu RM17.50... sedap so..boleh la beli nanti.. besau juga

Tu jerla nak review...

Jadi.. pada yang nak menonton.. SELAMAT MENONTON!

Friday, September 14, 2018

Mesin pengimbas jari


Bermula 03 September 2018, opis saya mengunakan pengimbas jari yang baru...

So kita tengok berapa lama boleh bertahan. dan berapa lama pula dia mula sakit...hahahaha

Saja je buat entry.. senang nak hengat bila pakai yang baru...

Sunday, September 09, 2018

Bubur kacang panggang sambal hitam


Sedap bubur kacang ni....

Sejak dari 2013 tu beli... sedap rasanya.....

Bubur dengan kacang panggang lepas tu ada sambal hitam.. bubuh pula ikan bilis rangup... memang menyelerakan....hik3

Harga RM 4.00 sebekas....

Kat opis saya ni susah nak dapat makanan.... harapkan kafeteria.. itu pun kekadang lauk sama je... pastu setiap hari selasa, rabu dan jumaat ada la jualan.. pun x banyak.. harapkan peniaga jerla. itu pun bendassama...hik3

Saturday, September 08, 2018

Go Gegaria di Putrajaya

Hai... hik3.. citer dah lama.. nak  citer gak...


Sebenarnya tak tahu pun apa benda la GEGARIA ni...

Hari2 kuar dalam tb tu kan... tp di sebabkan sabtu tu tetiba ada free time.. sebab myIR g Melaka... so.. anak2 ajak ke sini kejap...


Bapak panas wei sini......

Datang dalam kul 12.00 kot.. mmg tgh panas... sbb dah alang2 tgh ari. boleh la terus makan kat area sini je kan....


Ada track HUWAEI.. untuk promosi Nova 3 & Nova 3i...

So ada la game sikit.. anak-anak masuk.. dapat la godies bag kan... ada la..hik3




Ada artis sekali...

Izue Islam dan Johan Asari. dgn Ruhaninies sekali...

Seronok tengok telatah derang sempoi dan rileks je.. sebijik mcm mana lakonan.. macam tu gak kat luar....

Ada sesi bergambar bersama artis.. nanti mereka print gambar dan sign...



Dapat la sekeping gambar untuk kenangan.......

Pastu kami makan je apa jual situ... beli nasi ayam kunyit ngn beli air manggo...

Ada jugala makanan free derang bagi macam aiskrim dan kacang...


Sempat merasa masakan Naz.. dalam rancangan JJCM

Dapat main game derang dapat la sehelai t-shirt JJCM....




Emmm.. permainan game takyah cakap la... memang kegemaran kan...

Masuk la kejap area ni.. main la lama-lama juga.. sebab tak ramai org wei... seronok la anak-anak...

Dah dalam kul 2 petang ajak balik la.. sbb ibu dah rasa mengantuk.. nak tidooo... ikutkan nak ke Alamanda @ IOI tapi macam malas lak... ayahnya tak ada kan...

Tup-tup ayahnya balik malam tu gak.. tak jadi bermalam.. mujur tak g gegaria malam.. kalau tak .. termanggu ayah sengsorang nanti..hik3

Itu lah kisah gegaria.. ok la.. next time boleh la g.. tapi area Putrajaya jerla.. kalau kat KL nunnnnn sana.. ishk.. x mohla g.. nanti jemmmmmm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...