Friday, August 31, 2018

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 61

Salam kemerdekaan semua...

Hari ni 31 Ogos 2018... sudah 61 tahun kita medeka...


Tema bagi tahun 2018 adalah SAYANGI MALAYSIAKU

Manakala


Ini adalah penerangan mengenai Tema Hari Kebangsaan 2018...

Tahun ni perarakan di adakan di Putrajaya...

Selamat menyambut Hari Kebangsan 2018

Thursday, August 30, 2018

Menerokai pengalaman di Farm In The City bersama anak-anak

Siapa pernah dengar Farm In The city? Siapa pernah pergi?

Ini adalah kali ke 2 saya pergi ke Farm In The City... dan yeeeee.. masih di tempat yang sama di Seri Kembangan dan masih berkonsep yang sama.. dapat bertemu haiwan..hehehehe


Seelok-eloknya.. datang la awal pagi ...  sebab cuaca masa ni tak panas, sejuk, redup dan nyaman udaranya.. apa org cakap fresh gituew.. dapat bau haiwan di pagi hari..hik3


Harga tiket untuk seorang  menggunakan MYKAD seperti berikut :
- Dewasa : RM 37.00
- Kanak-kanak : RM 30.00
- Kanak-kanak bawah 90cm PERCUMA

Rasa macam mahal ke kalau untuk keluarga? Jangan risau.. sekarang ada promosi dari Farm In The City


Ada pakej untuk famili... RM 125.00 untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak dan dapat juga beberapa cenderahati dari Farm In The City. Agak menarik sikit kan dan dapat juga penjimatan jika ambil pakej family ni.

Jadi selepas pembelian tiket ni.. akan dapat wristband untuk di pakai kat tangan... Kira ada wristband tu agaknya boleh keluar masuk la.. mana tahu nak g beli makanan pastu nak masuk balik ke kan... tak puas ke nak pusing-pusing lagi...

Banyak juga perubahan ke sini... masa saya pergi tu tahun 2013 ok.. agak lama.. 5 tahun yang lalu juga...

Jadi bila masuk je pintu tu... ada beberapa mainan kampung mereka sediakan... antaranya :

BOLA BOWLING KELAPA




SANGKUT BOLA PADA PALANG




Ok.. game ke 2 tu tak tau apa dia.. tu saya punya tekaan je ..hik3

Seronok la anak-anak saya sbb dapat main mainan kampung.. dia tak tahu dulu ibu dia masa kecik-kecik suka duk atas pelepah daun kelapa.. pastu tarik keliling rumah kampung...

Syok wei.. lagi syok dari main game mobile lagend.. *tetiberrrrr..heheheh

Selepas tu baru jumpa pintu gerbang nak masuk ke Farm In The City...


Tu gambar masa pergi tahun 2013 dan terkini...

emm.. nampak gaya perbezan nya adalah anak-anak semakin membesar..hehehe yang lelain mungkin ada penambahan haiwan.. pokok semakin bertambah dan rimbun..

Dulu-dulu pergi tak banyak pokok lagi kan..hehehee


Eh.. kene la ambik 1 keluarga.. kenangan ni... nanti nak buat album gambar khannn........ wat tatapan esok2 hari...


Masuk-masuk memang jumpa kura-kura gergasi ni... Giant Tortoise

Lama nya hidup.. ada lagi kura-kura ni.. Syok anak-anak.. di baginya makan je kerja nya..

Huzaiman ni.. suh bergambar.. sibuk gak nak bagi makan kat kura-kura tu....


Yang seronok nya bila berada di Farm In The city ni...

Anak-anak dapat pegang haiwan-haiwan peliharaan di sini...

Macam bagi burung makan, pegang kulit ular, pegang bulu kambing, dapat bagi makan arnab, mengagau ikan..

erkk.. boleh tak nak tunjuk je gambar.. sebab tak larat lak nak terangkan tapi yang nyatakan memang best la ke sini.... banyak aktiviti boleh buat tau...

Kene la datang untuk merasainya kan?








Mana nak jumpa haiwan macma ni kat bandar?

Ada ker? kebanyakkan semua ada di kampung... anak-anak ni semua lahir kat bandar... mana pernah pegang-pegang haiwan semua ni...hehehe

Masa ni baru leh tengok bertapa penyayang nya anak-anak terutama nya bila jumpa ARNAB... smeua nak pegang...


Ok.. lepas tu kita tengok ikan pula...

Banyak juga ikan kat dalam kolam ni... nak bagi makan ikan pun bukan sebarangan tau...

Kene beli makanan nya di tempat jualan.. ada tersedia di tepi tempat tersebut...



Budak ni la paling suka..

Asyik nak bagi makan je.. ikan la.. arnab la burung la...heheheh



Kesian anak-anak saya.. tak pernah pegang ayam..hik3

Tu dia.. dapat la peluang pegang ayam dan kejar ayam.... nak sangat kan rasa pegang..ha pegang la.. sementara ada kesempatan..

Kat bandar ni banyak jumpa anjing .. kucing.. burung pun semua dalam sangkar...hahahaha


Sapa pernah jumpa merak putih?

Hari tu masa saya ke sana.. terjumpa la merak putih ni.... jap.. meh google mengenai merak putih ni...

Merak putih (pavo cristatus) termasuk merak yang jarang dijumpai , populasinya tersebar di India dan Srilangka dengan status konservasi beresiko rendah (least concern=LC), kategori yang diberikan oleh IUCN-International Union for Conservation of Nature – untuk spesies yang telah dievaluasi tetapi tidak termasuk ke dalam spesies terancam atau mendekati terancam punah, bahkan juga tidak termasuk dalam kategori ketergantungan konservasi.
Merak warna putih ini masih dalam jenis merak india dan merupakan merak yang sangat jarang di dunia karena warnanya yang bisa dibilang aneh dan tidak banyak dijumpai di dunia ini, biasanya hanya dijumpai di kebun binatang dan beberapa dijadikan hewan peliharaan di rumah. Di Indonesia jika ingin menemui hewan ini, kita dapat pergi ke Batu Secret Zoo, Malang, Jawa Timur. 
Kalian pasti berpikir, apalah istimewanya burung merak. Mungkin anda sudah terbiasa melihat burung merak yang warna warni. Namun merak putih ini memiliki daya tarik tersendiri karna warnanya yang bisa dibilang limited edition. Ciri-ciri utama dari burung merak adalah bulu-bulu ekornya yang dihiasi dengan warna-warna yang sangat indah. Namun, hanya merak jantan yang mempunyai ekor sehebat itu.

Maaf la... bahasa indonesia je yang saya jumpa... puas cari dalam bahasa melayu tak jumpa... nanti dah jumpa saya edit la sikit yek..hehehhe


Bila bergambar ngan merak putih ni tak nampak lak..

Putih sangat.. takut lak tengok..kalau memalam jumpa merak ni kan..hehehe


Tu kami punya tour guide... Cik Ika.. rajin melayan anak-anak saya semasa di sana...

Yang banyak tanya mestila anak bongsu saya.. si Huzaiman....

Kali ni agak lega sikit pergi berbanding tahun 2013.... masa tu Huzaiman baru 2 tahun.. jadi agak susah nak kawal dia ke sana ke sini.. pastu tak reti duduk diam..

Kali ni Huzaiman bebas pergi ke mana-mana.. maklum la dah 7 tahun kan...hehehe

Ok.. kita teruskan pengembaraan di Farm In The City....



Saya suruh anak-anak saya pegang kulit ular dan biawak tu...

Supaya nanti kalau ada pelajaran sains.. tahu dah macam mana rasa kulit ular dan biawak kan...

Nak tunjuk sendiri mesti la tak.. kat Farm In The City jerla boleh tunjuk dan rasa...hehehe






Pheww.... setelah berjam-jam di dalam tu...

Berpeluh tauuuuuuu.... hahahahaha

Kalau nak ke sana tak payah la pakai kasut tumit tinggi ke.. baju lip lap lip lap ke... pakai jer baju tshirt.. yang boleh serap peluh... kalau boleh topi jangan lupa bawa.. nanti panas...

Kasut.. pakai je kasut sukan..senang nak lari dari haiwan yang kita tak suka...hahahaa

ok.. setelah berjalan sepanjang di Farm In The City ni.... terdapat 1 haiwan baru di sana...

Alpaka (Vicugna pacos)


Alpaka (Vicugna pacos) adalah sejenis haiwan mamalia di Amerika Selatan seperti llama kecil. Bulunya yang panjang dapat dijadikan bahan untuk membuat pakaian.

Alpaka telah lama diternakkan sejak beribu-ribu tahun, dipercayai daripada penjinakan spesies terdekat yang lebih besar dan liar seperti vikuna - masyarakat Moche di utara Peru misalnya seringkali menggunakan motif haiwan ini dalam seni kraftangan mereka.

Ia dijinakkan untuk memperoleh bulu dan daging. Saiznya yang kecil menjadikannya tidak sesuai untuk digunakan sebagai haiwan pengangkut.


Alpaka hidup secara berkawan-kawan di mana sekawanan haiwan tersebut terdiri daripada seekor haiwan jantan alfa, pasangan-pasangan betinanya serta anak-anak. 

Haiwan ini biasanya akan memberi amaran kepada kawanan mereka di saat datangnya pemangsa melalui jeritan, dan kawanan-kawanan ini boleh menyerang, menggigit serta meludah pemangsa yang lebih kecil sebagai langkah mempertahankan diri.



Haiwan ini kurang memerlukan makanan yang banyak berbanding haiwan-haiwan lain yang sama besar.

Ia biasanya akan memakan rumput - tidak kiralah yang segar mahupun yang kering - ataupun dedaun tumbuhan lain (namun, sesetengah jenis tumbuhan boleh menjadi beracun kepada alpaka sepeti buah oak, gandum kuda, pokok oren dan sebagainya).

Ia juga cenderung akan mengunyah benda-benda yang asing seperti botol plastik.



Semua maklumat mengenai Alpaka ni saya google je... hehehe

Jadi harap bermanfaat untuk semua...sebab saya nak dengar satu-persatu pun tak berapa jelas.. maklumla.. sibuk tengok benda lain lak..hehehe


Tamat sudah pengembaraan di Farm In The City...

Sebelum balik.. anak-anak di berikan sijil membuktikan mereka telah pun melawat Farm In The City... erkk.. sijil ni laku ke nanti nak cari kerja? hehehe

Tak la.. sijil tu untuk suka-suka je.. kenangan dari Farm In The City kan..hehehe


Sebelum balik.. kita pekena aiskrim dulu...

Panas litlit ko kat sana...hahahaa.. tu pasal kene bawa air putih sekali.. haus minum.. haus minum...hehehe

Jadi pada yang ingin pergi .. nak pula hujung bulan 8 dengan bulan 9 ni banyak kan cuti umum.. boleh la bawa anak-anak pergi ke Farm In The City ni...

Tak rugi pun pergi.. sangat-sangat berbaloi dan seronok....

Farm in The City,
Lot 40187 - 40188, Jalan Prima
Tropika, Bandar Putera Permai, 
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City

Waktu operasi : 10.00 pagi - 6.00 petang

Jadi.. apa tunggu lagi.. jangan lupa kunjungi FARM IN THE CITY................


Wednesday, August 29, 2018

Sarapan pagi bersama Milo

Walaupun cerita ni dah lama.. x kira..nak gak update...hahahaha


Sap apernah sertai MBD2018 ni?

Setiap tahun acaara ni ada.... nak sertai.. tapi tak sertai...hehehe... Jadi kali ni ada buat kat Putrajaya lagi.. jadi tekad nak g gak.. bukan nak lari.. saja nak memeriahkan acara.....hahahaha

Jadi pada 11 Ogos 2018 dapat gak pergi ke acara sarapan pagi bersama MILO....bersama dengan anak-anak...

Pertama kali pergi ni wei...........


Rupanya banyak tempat dia buat. tempat pertama di Kuching kemudian Kota Kinabalu, seterusnya Kuantan kemudian Pulau Pinang pas tu Johor Bahru terus ke Kota Bahru dan yang terakhir di Putrajaya......

Jadi kenapa kita tak g kan.. jom jerla ye dak...


Rupanya kene daftar juga walaupun tak lari....

Ingatkan kene bayar.. eh.. percuma la.. jadi kalau ada 4 orang yang pergi.. 4-4 dapat cenderahati dari MILO tau...


Selepas pendaftaran... boleh la redeem makanan pagi di kaunter makanan...

AIR? eh x yah beli.. minum je seberapa banyak milo pun tak per.. percuma ko........


Menu yang di beri sama ada bihun goreng atau roti... dan ada epal ngn air mineral.

Anak-anak suka la.. sebab dapat minum air milo percuma..hahaha

Di minum je sepanjang acara ni... dan yang best dapat main permainan nya... lepas lengkapkan permainan nya.. dapat la 1 plastik milo 200 grm.. ok la kan.. sapa nak bagi ye dak?



Banyak sebenarnya acara boleh sertai...

Kalau tak dapat masuk larian.. jangan kecewa.. sebab boleh join permainan yang derang buat...



Ni hasil kutipan sepanjang di acara milo....

Seronokla.. sebab dapat banyak cenderahati... boleh buat stok beberapa bulan la...

So.. lain kali ada acara milo lagi..boleh la pergi... pasti seronok............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...