Wednesday, May 16, 2018

Melawat Istana Kellie Castle, Perak

Ok..sambung lagi kisah masa di Ipoh, Perak.. tak habis lagi ni... hik3

Dapat la juga saya ke Kellie Castle.. setelah memujuk myIR ke sana...susah wei nak ajak.. dia tak gemar sangat sebenarnya...

Jadi saya dan anak2 melawat la sebentar ke Kelllie Castle


Istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak. Jadi dari Tambun terus ke Batu Gajah menjejak sejarah Kellie Castle...


Suasana ketika saya sampai sangat panas....

Memang terik menjadikan rasa bahang dengan keadaan sekitar Kellie Castle ni...


Kellie's Castle atau Istana Kellie's yang terletak di Batu Gajah, Perak telah dibina pada tahun 1905 milik seorang peladang Scotland yang bernama William Kellie Smith.

Walaupun sudah berusia 107 tahun, istana lama ini masih kukuh berdiri di puncak bukit yang menghadap estet getah. Istana Kellie's ini dibina oleh tenaga buruh india termasuklah artisan yang dibawa khas dari India Selatan.


William Kellie Smith dilahirkan pada 1 Mac 1870 di Scotland. Dilahirkan dalam keluarga petani dan merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Pada 1 Mac 1890, sewaktu berumur 20 tahun, William telah datang merantau ke Malaya untuk menambah baik taraf kehidupannya. Beliau bermula dengan bekerja sebagai Jurutera awam dengan kontrak 2 tahun dengan kerajaan untuk membina laluan keretapi,malangnya projek itu terpaksa diberhentikan.

Bagaimanapun, beliau telah bekerjasama dengan seorang kontraktor iaitu Charles Alma Baker untuk membuat projek membina jalan raya di Perak.Dari situ beliau telah menjadi seorang peladang dengan menanam kopi, dan mengusakan ladang getah.

Kellie Smith telah berkahwin dengan isterinya iaitu Agnes yang merupakan pewaris kepada perniagaan kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau dan bakal mewarisi dana sebanyak 300 000 pound. Kellie telah dikurniakan 2 orang anak iaitu, Helen dan Antony.



Di dalam Kellie Castle ini ada di paparkan sejarah dan juga kisah2 pembinaan oleh pemilik nya William Kellie Smith.

Boleh baca sambil memahami setiap cerita di sebalik nya...


Semasa saya datang... ramai pelajar Konvo datang untuk bergambar bersama jubah masing-masing...

Merakam detik kegembiraan di sini... memang seusai juga di jadikan lokasi bergambar... kene pula dengan cuaca yang panas.. gambar semestinya menjadi lagi cantik kan?


Kellie telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan wang dan ideanya untuk memastikan rumah ini lain dari yang lain.

Kellie berhasrat ingin meletakkan lif didalam istana tersebut agar menjadi lif yang pertama di Malaya ketika itu.



Disamping itu juga, istana ini juga bilik khas untuk menyimpan arak, kain linen, dapur memasak dan kandang kuda.

Selain itu juga, istana ini mempunyai ruang untuk bermain tenis di atas bumbung.


Istana ini bukan saha mendapat perhatian Malaya ketika itu, tetapi mendapat perhatian diluar negara hinggakan surat khabar The London Financier juga menulis tentang istana ini pada awal pembinaannya.


Apa yang menarik tentang istana ini, istana ini dibina dengan mengambil kira cuaca Malaya yang panas. Walaupun kawasan luar panas dan terik, anda pasti berasa selasa jika berada dikawasan dalam istana ini kerana mempunyai ruang angin yang banyak.



Dengan kedudukan istana yang dibina di atas bukit dan juga kedudkan yang strategik, Kellie dan juga pengawal beliau telah bersiap sedia untuk melarikan liri jika berlaku apa-apa serangan orang tempatan terhadap beliau.

Bilik-bilik ahli keluarga Kellie mempunyai laluan rahsia didalam bilik mandi untuk membolehkan ahli keluarganya melarikan diri melalui tangga sempit ke tingkat bawah.


Bukan itu sahaja, kawasan taman istana tersebut juga dibina beberapa laluan terowong bawah tanah rahsia yang boleh keluarga Kellie lari dari istana ke kuil berdekatan.


Hajat Kellie ingin melihat istananya siap akhirnya tidak kesampaian. Istana ini akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunh ramai pekerja Kellie. 11 tahun selepas ia mula dibina, istana ini masih belum dapat disiapkan.

Kellie tidak sempat merasai tinggal di istana tersebut kerana semasa perjalan beliau ke Lisbon, beliau telah meniggal duia kerana penyakit pneumonia


Apabila datang ke istana ini, pasti anda dapat tahu lebih banyak sejarah tentang istana ini. Anda juga boleh merasai dan melihat sendiri istana ini dengan lebih dekat.

Anda juga boleh melihat bangunan yang terbengkalai atau bangunan yang tidak sempat disiapkan di istana ini. Malahan, pengunjung boleh juga melihat terowong rahsia yang ada didalam istana Kellie ini.


Jika anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

Bayaran masuk : RM5.00 dewasa, RM3.00 kanak-kanak

Monday, May 14, 2018

5 tahun sekali sempena PRU 14

Alhamdulilah..........


Pakatan Harapan berjaya menumpaskan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 14 kali ini.. satu detik bersejarah di mana... Perdana Menteri yang ke 4 dilantik kembali mejadi Perdama Menteri yang ke 7 dan juga menjadi sejarah di mana Timbalan Perdana Menteri di pengang oleh wanita iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah....

Tahniah..........

******

Ok.. part tu dah lepas.. ni nak imbas kembali kenangan mengundi sempena PRU 14.. nanti lagi 5 tahun baru ada lagi PRU..hik3

Kali ni mengundi di Bangi... jadi tak perlu nak keluar awal-awal... maka saya keluar jam 10.30 pagi mengundi..



Haaa..... ko.. rupanya ramai..

Ingatkan tak ramai wei... tu dia.. panjang sampai luar dari tempat mengundi.....

Bertabah la di kala matahari tengah meninggi...



Tapi hari tu memang panas terik.. ada la juga angin sepoi2 bahasa lalu lalang...

Mujur bawa payung.. kalau tak.. mau pitam..hik3


Lagi sikit jer lagi nak ke depan...

Tabah lagi menunggu wei.. walaupun macam-macam ragam masa beratur...


Dah dekat sangat..

Saya di saluran 4... dapat la berkenalan beberapa orang pengundi.. saja2 borak meghilangkan bosan ketika beratur...


Akhirnya............

Selesai mengundi jam 12.30 tenghari....

Dekat 2 jam la beratur dengan sabar demi NEGARAKU....


Habis mengundi baru boleh selfie dengan bendera PH....

Suka warna nya.. merah dan biru muda........ kombinasi warna yang lawa...

Selesai sudah tanggungjawab saya... dan keputusan pun dah di ketahui.... marila kita berdoa untuk NEGARA dan juga PERDANA MENTERI supaya di panjangkan umr untuk mentadbir MALAYSIA....

AMIN

Friday, May 04, 2018

Dah semak tempat mengundi PRU14?

Lagi 5 hari kita bakal keluar mengundi bagi PRU 14

Semua dah semak ke di mana tempat mengundi?

Kali ni saya mengundi di Bangi setelah menukar alamat di kad pengenalan....



Nampaknya

Kawasan saya ada 4 bendera berkibar megah di jalanan




Barisan Nasional, Pakatan Harapan, PAS dan PRM

Jadi marila kita tengok calon-calon nyaaaaa.............


Jadi... untuk tahu keputusan PRU 14 siapakah bakal menjaga DUN dan PARLIMEN Bangi.... nantikan pada 9 Mei 2018 selepas jam 9 malam......

Menunggu teka teki siapa bakal mentadbir SELANGOR pula kali ni...hik3

Selamat mengundi kawan-kawan!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...