Wednesday, December 05, 2018

Alhamdulilah, akhirnya semua dah bersunat!


Pada 25.11.2018, hari ahad saya telah hantar Huzaiman dan Zulfadhli bersunat.....

Saya bersunatkan mereka di Klinik Mega Zahran di Bangi sahaja.. dekat sikit tak la jauh nak bawa derang ni..hik3


Ni muka tengah happy kan...

Dapat la pakai tanjak sorang satu klinik bekalkan....



Sorang main game, sorang jalan-jalan...

Masa i ada dengar suara budak menangis..hahaha.. tapi saya layan anak-anak nak elakkan derang dengar... so borak2 jerla...

Jadi Zulfadhli dahulu masuk...



Masa kene cucuk bius tu nanges.. kemudian nak sunat muka dah nak menangis..

Nak menangis tapi tahan.. hahaha.. so kesat2 air mata jerla...Dah sunat keluar muka monyok.... tak bercakap-cakap..hahaha

Kemudian turn Huzaiman pula



Yang si adik ni.. kemain happy... rileks jer...hahaha

Cuma masa cucuk bius je dia melalak.. adoii..hahaha pastu sunat rileks je.. keluar pun muka ada senyum lagi tu...


Jadi pulang la kmi ke rumah... tapi dalam kereta yang buat drama adalah Huzaiman............

Melalak tak hengat dunia.........hahaha baru rasa sakit la tu lepas bius ilang....


Sampai rumah terus tidur... sebab dah menangis kan...

Si abang rileks je tengok tv tak rasa sakit... nampak sangat la dia memang jenis kuat........


Malam tu saya suh tido dalam bilik jerla...

Malas pula tido kat bawah.. hahaha.. ala sunat jer.. ibu dulu bersalin 4 kali kot.. nak jalan pun payah.....hahahaha

Kini setelah 1 minggu alhamdulilah.. anak2 dah sembuh... cuma jahitan jer lum luruh.. yang lelain ok dah.. dah siap pakai seluar, main luar lagi.. adoii la anak-anak zaman sekarang...

Takut la tengok kelasakan mereka kan?

Jadi selesau sudah ke 4-4 anak saya bersunattttttttttttttt................... lega rasanya..hik3

Monday, November 19, 2018

Cuti Sekolah Akhir Tahun 2018

Sedar tak sedar, minggu depan dah cuti sekolah.............


Cepat jer dah hujung tahun......... 24.11.2018 bermula la cuti akhir tahun bagi pelajar sekolah....

Tahun ni Huzaiman dan Zulfadhli saya daftarkan untuk bersunat... semoga berjalan lancar la pada waktunya.....

Danial pula belum lagi cuti sekolah.. pada 15.12.2018 aru bermulanya cuti sekolah untuk dia... Macam2 dah rangka sepanjang di bercuti.. 

Perbelanjaan pun dah kene catu sikit.. maklumla tahun 2019 penggal persekolah akan di buka.. macam2 nak di bayar pula kan,....

Pada anak-anak yang bakal bersunat.. selamat la bersunat yek!...hehehe

Thursday, November 15, 2018

Huawei Wooden Bluetooth Speaker

Agak lama tak update blog.. nah la.. citer terbaru..... kisah speaker je pun....... hahaha



Chantik kan speaker ni...

Benda percuma.. sbb beli hp huawei.. pastu masuk peraduan putar dan menang dalam website huawei...

Putar..putar.. dapat la Huawei Wooden Bluetooth Speaker.. ok la kan....

Jangan memain wei.. bila pasang perghh.. bunyi nya power ok.. kuat giler.... beestttt gilerrrr...... dengar lagu berdentum dentam..hahahaha


Harga kat pasaran RM 199.00 .. kalau beli kat shopee dapat la RM 79.00 hahaha.......

Okla benda percuma kita guna jela kan....

Thursday, October 04, 2018

Menjamu selera di Konichiwa Cafe

Makan.. makan.. makan... hahaha

Ok .. lama tak update pasal makanan ni.... jom kita tengok mana saya  pergi bersama anak menajmu selera..hehehe

Selalu sangat lalu depan restoran ni... nak sangat mencuba kan.. sama ke macam kedai jepun lain...hik3


Konichiwa Cafe.......... jepun sangat kan bunyi nyaaaaaaa....

Ajak anak-anak.. mujur semua nak pergi cuba kan.... jadi apa salahnya pergi... sementara ayahnya balik lambat.. kita g la makan dulu ye...




Kedainya tak la besar... kecik je....

Kebetulan saya sampai tak ada orang.... jadi rasa lenggang la kan... tak la sibuk kan.. jadi mesti tenang nak makan...

Moh la tengok apa saya order... tak sempat nak snap menu makanan pula...

Nobita Meatball Spaghetti - RM 10.90

Saya order ni untuk spaghetti untuk Zulfadhli... lepas tu si Huzaiman nampak.. dah tak pepasal kene order dua...

Em... masa pinggan pertama .. ok.. terima makanan nya. bila saya order yang ke 2 tu... meatball dia keras dan sejuk.. saya panggil pelayan untuk maklumkan...

Derang ambil 2 ketul meatball tu dan rebus balik.. pastu bg balik... emmm.... Rasa spaghetti untuk pinggan ke 2 rasa masin sikit... emm.. malas nak komplen dah.. as long anak saya makan ok la...

Chicken Teppanyaki - RM 23.90

Saya suka makan teppanyaki... tak sangka pula dapat macam ni set nya... siap ada coslow dan ais krim sekali..hahaha

Tapi sayang nya.. ayam teppanyaki tu tawar.... huhuhu...


Maka orderla juga air..........air epal ... TAWAR,, air teh ais limau.. so.. so jerla...

Adoii la... hahahaha.. telan jerla

Grilled Chicken Chop - RM 16.90

Iskandar order ni.... grill ayam.... semua ok.. kecuali kuah sos lada hitam nya... oitttt.. sejuk rasanya... kuar peti ais pun.. agak2 la.. panaskanla betul2... huhuhu


Entahla.. susha nak cakap.. nak kata ramai pelaggan.. x der orang.. hanya saya dan ada lagi 1 pelanggan lain...

Nak kata saya datang lambat.. tak juga.. saya sampai dalam jam 6.00 petang... bukan waktu kedai nak tutup kan?

Sebab saya baca review.. ada yang kata sedap... tak tau la.. harga kemain mahal.. tapi kualiti makanan tak sama ngan harga ...


Kesimpulan nya... ini kali terkahir la saya datang... rasa macam tak kene tekak dan selera pula....

PAda yang ingin mencuba silakan tak salah.. mungkin saya mendapat makanan di waktu yang salah kot... hahahaha. Boleh la tukar tajuk khuchiwaaaaaaaaaaaaa cafe...

Sila-sila la ke kedai nya.. mana tahu korang datang dapat makanan yang di maska sempurna ke...

Konochiwa Cafe
Jalan 6/7b, Seksyen 1, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan

Kedai nya sebelah TM Point Bangi dan D'One Steak House....


Wednesday, October 03, 2018

Missi Pak Jen: Jamu makan golongan kurang berkemampuan



Pada awal pembukaan Pak Jen Gulai Panas Langkawi sekitar bulan Disember tahun lepas, nawaitu pengasas Restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi adalah untuk menyediakan sajian makanan Melayu Utara yang enak lagi lazat pada harga mampu bayar oleh pelanggan.

Sejak pembukaan Pak Jen Gulai Panas Langkawi, ribuan pelanggan telah singgah ke restoran ini untuk merasai sendiri keenakan masakan gulai panas ikan bawal, daging dendeng, itek golek dan daging wagyu masak lemak.

Sasaran Pak Jen seterusnya: Menjamu makan kepada golongan yang kurang berkemampuan.


Hari ini, Pak Jen tampil membuat projek amal dan kebajikan atau CSR dengan melancarkan Program Jom Makan.

Dengan konsep “Pay It Forward”, para pelanggan Pak Jen akan digalakkan untuk membayar untuk hidangan seterusnya atau membuat sumbangan kecil. Semua kutipan Program Jom Makan akan disalurkan kepada badan-badan bukan berkeuntungan dan badan bukan kerajaan (NGO) pilihan Pak Jen yang akan menikmati makanan di Pak Jen setiap akhir bulan. Bagaimanapun, sekiranya kutipan itu tidak mencukupi, pihak Pak Jen sendiri akan menampung kekurangannya.

"Sewaktu kami memulakan operasi, hasrat kami adalah untuk menyajikan makanan tradisional yang popular dari Utara tanahair di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Sajian yang dihidangkan kepada pelanggan bukan sahaja rasanya mesti sedap tetapi pada harga mampu bayar, tidak membebankan dan pelanggan mudah untuk datang ke lokasi operasi restoran," kata Tan Jen, salah seorang pengasas Pak Jen Gulai Panas Langkawi.

Pelanggan yang makan di Pak Jen Gulai Panas Langkawi boleh menikmati hidangan dengan berbelanja kurang dari RM10. Namun begitu, kata Tan, kita sedar wujudnya golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat kita yang tidak mampu untuk makan di restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi.


"Justeru, sejajar dengan misi kami iaitu memberi makan, kami lancarkan Program Jom Makan supaya golongan yang kurang berkemampuan dapat menikmati makanan yang enak dan lazat yang disediakan di Pak Jen," kata Tan Jen bersungguh-sungguh.


 Sebagai permulaan Program CSR Jom Makan, 50 orang kanak-kanak termasuk kakitangan dan sukarelawan dari Yayasan Chow Kit dipilih menjadi golongan pertama yang akan diraikan. Selain daripada menjamu selera, mereka juga akan diajar cara-cara untuk menyediakan lempeng dan membancuh minuman istimewa Pak Jen, Cenang Ais.

Sementara itu, pengasas bersama Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Safwan Bahari berkata, Yayasan Chow Kit dipilih untuk Program Jom Makan kerana Pak Jen sememangnya mensasarkan masyarakat setempat sebagai permulaan.

"Kita sekarang mempunyai dua cawangan iaitu di Quill City Mall dan satu lagi di Sunway Putra Mall. Kedua-dua kawasan ini berhampiran dengan kawasan Chow Kit. Jadi, menjadi satu kelaziman untuk kita memilih Yayasan Chow Kit, apatah lagi mengambil kira segala usaha murni yang dilakukan oleh mereka selama bertahun-tahun lamanya," kata Safwan. Berbalik kepada Tan Jen, Program Jom Makan mungkin akan dikembangkan untuk memberi latihan untuk penyediaan makanan kepada “soup kitchen”.


"Kami suka dengan konsep memberi makan kepada golongan gelandangan atau yang kurang
bernasib baik menerusi kaedah “soup kitchen”. Oleh kerana restoran kami baharu 10 bulan beroperasi, kami sedar akan kekangan kami yang mana agak mustahil untuk kami menyediakan makanan untuk satu kelompok yang ramai.

"Akan tetapi, dengan kesanggupan kami untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bersama mereka untuk memasak secara pukal atau “soup kitchen” ini, sekurang-kurangnya inisiatif kami tidak terhenti setakat memberi makan setiap bulan.

"Kami rela untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu masak memasak. Resipi kami bukan rahsia pun kerana kita semua tahu, resipi masakan tradisional adalah turun temurun iaitu dari satu generasi kepada satu generasi. Bab makanan, kami amat bersemangat dan oleh kerana itulah, di Pak Jen, kita tidak menggunakan ramuan paket atau sos yang sedia ada sebaliknya kita sediakan sendiri ramuan dari mula sampai akhir," kata Tan Jen.


Lempeng sambal ini hanya RM7.00 sahaja.... kurang dari RM10.00.. jadi kita dapat menyumbang sedikit untuk kutipan Program Jom Makan... jadi singgah la ke Restoran Pak Jen di Quilt City Mall @ Sunway Putra Mall

Monday, September 17, 2018

Oden di Family Mart

Haaa... sapa pernah pergi ke Family Mart?


Saya pun pertama kali gak pergi.. pernah lalu depan ni.. ingatkan kedai macam 7-eleven yela jual makanan je kan...

Rupanya ada jual macam ala-ala steamboat tu.. tapi kuahnya tomyam.


Jadi saya pun pergila mencuba...

Nampak menarik... tanya adik tu macam mana nak beli...


Dia suruh pilih salah satu pada menu no 1 tu...nampak macam ada mee la kan.. tapi tak ambik.. saya ambik fish ball ke tak silap.. lupa

Kemudian boleh tambah pada menu ke 2...

Jadi saya pilih la beberapa menu.. kebetulan Huzaiman ada.. dia pun minta 1.. ketam..


Dah pilih menu dia bubuh la kuah tomyam dalam angkuk tu

Lepas tu ke cashier nanti dia kirakan...tanya sama ada nak makan terus atau bungkus... kalau bungkus dia tutup.. kalau makan terus dia biarkan terbuka la...

Saya pilih bungkus,,.sebab nak g makan kat McDonalds


Baru ambik 7 makanan pun dah RM7.95 .. lagi 5 sen genap RM8.00...

Rasanya?

Ala.. macam makan kat steamboat tepi jalan tu.. yang orang selalu bawa naik lori tu... bezanya beli kat family mart ni macam kebersihan nya terjaga la sikit kan.

Tempat pun selesa... itu jerla..

Tapi Family Mart ni katanya dari Jepun yek? besanya bila sampai ke Malaysia.. semua makanan di masak dengan betul mengikut spesifikasi HALAL la kan.

Okla kan.. macam sama jerla menu sana ngan sini.. bezanya kalau hujan sedap la makan kan benda panas2...


Nampak gayanya semakin berkembang pesat Gamily MArt ni.. tengok dah banyak cawangan dah...

Mungkin ramai permintaan kan.. harap2 bertahan la macam 7-E...

TAHNIAH la!!!

Saturday, September 15, 2018

[REVIEW] Munafik 2

Siapa dah tonton Munafik 2?


Ok.. saya berjaya pergi tengok atas nak tahu cerita nya...

Tahu tak.. Munafik terdahulu saya tak tgk wayang pun..tengok online je..hik3

Sinopsis :

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.

Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.

Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Tarikh tayangan: 30 Ogos 2018 (Malaysia)
Pengarah: Syamsul Yusof

**************************************


Ok.. saya sebenarnya macam rasa kureng sikit Munafik 2 ni...

So agak keciwa sikit.. tak tahu kenapa.. selepas sejam saya dah mula bosan......hahahha

Kiri kanan duk tutup mata.. pastu terjerit2.. saya pun tak nampak penjiwaan cerita tak meresap dalam jiwa........

So..nak tahu ceritanya.. layan la sendiri... malas nak cerita.. nanti kata MUNAFIK lak...

Cuma nak bagi tahu


Dapat harga tiket kat TGV RM 8.00 sahaja.. eh.. murah la pulak ye....

Pastu sebelum makan kene beli popcorn


Cuba makan popcorn royal tu RM17.50... sedap so..boleh la beli nanti.. besau juga

Tu jerla nak review...

Jadi.. pada yang nak menonton.. SELAMAT MENONTON!

Friday, September 14, 2018

Mesin pengimbas jari


Bermula 03 September 2018, opis saya mengunakan pengimbas jari yang baru...

So kita tengok berapa lama boleh bertahan. dan berapa lama pula dia mula sakit...hahahaha

Saja je buat entry.. senang nak hengat bila pakai yang baru...

Sunday, September 09, 2018

Bubur kacang panggang sambal hitam


Sedap bubur kacang ni....

Sejak dari 2013 tu beli... sedap rasanya.....

Bubur dengan kacang panggang lepas tu ada sambal hitam.. bubuh pula ikan bilis rangup... memang menyelerakan....hik3

Harga RM 4.00 sebekas....

Kat opis saya ni susah nak dapat makanan.... harapkan kafeteria.. itu pun kekadang lauk sama je... pastu setiap hari selasa, rabu dan jumaat ada la jualan.. pun x banyak.. harapkan peniaga jerla. itu pun bendassama...hik3

Saturday, September 08, 2018

Go Gegaria di Putrajaya

Hai... hik3.. citer dah lama.. nak  citer gak...


Sebenarnya tak tahu pun apa benda la GEGARIA ni...

Hari2 kuar dalam tb tu kan... tp di sebabkan sabtu tu tetiba ada free time.. sebab myIR g Melaka... so.. anak2 ajak ke sini kejap...


Bapak panas wei sini......

Datang dalam kul 12.00 kot.. mmg tgh panas... sbb dah alang2 tgh ari. boleh la terus makan kat area sini je kan....


Ada track HUWAEI.. untuk promosi Nova 3 & Nova 3i...

So ada la game sikit.. anak-anak masuk.. dapat la godies bag kan... ada la..hik3




Ada artis sekali...

Izue Islam dan Johan Asari. dgn Ruhaninies sekali...

Seronok tengok telatah derang sempoi dan rileks je.. sebijik mcm mana lakonan.. macam tu gak kat luar....

Ada sesi bergambar bersama artis.. nanti mereka print gambar dan sign...



Dapat la sekeping gambar untuk kenangan.......

Pastu kami makan je apa jual situ... beli nasi ayam kunyit ngn beli air manggo...

Ada jugala makanan free derang bagi macam aiskrim dan kacang...


Sempat merasa masakan Naz.. dalam rancangan JJCM

Dapat main game derang dapat la sehelai t-shirt JJCM....




Emmm.. permainan game takyah cakap la... memang kegemaran kan...

Masuk la kejap area ni.. main la lama-lama juga.. sebab tak ramai org wei... seronok la anak-anak...

Dah dalam kul 2 petang ajak balik la.. sbb ibu dah rasa mengantuk.. nak tidooo... ikutkan nak ke Alamanda @ IOI tapi macam malas lak... ayahnya tak ada kan...

Tup-tup ayahnya balik malam tu gak.. tak jadi bermalam.. mujur tak g gegaria malam.. kalau tak .. termanggu ayah sengsorang nanti..hik3

Itu lah kisah gegaria.. ok la.. next time boleh la g.. tapi area Putrajaya jerla.. kalau kat KL nunnnnn sana.. ishk.. x mohla g.. nanti jemmmmmm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...