Friday, October 30, 2015

Pembukaan IKEA CHERAS 19.11.2015


Wah,.......ramai tak sabar ni nak menunggu pembukaan rasmi IKEA CHERAS 19 November 2015 ni....

nah alamat nya

24, Jalan Cochrane, Maluri, 
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 
Malaysia

Jadi pada yang selalu merungut jauhhhhhhhhhh nak g IKEA Damansara tu.. leh la terjahhhhhhhhh yang di Cherassssss

Thursday, October 29, 2015

Pledge For Tomorrow – What’s Your Favourite Thing To Do With Your Parents?

Dalam erti kata IKRAR UNTUK ESOK – APA PERKARA KEGEMARAN ANDA LAKUKAN DENGAN IBU BAPA ANDA?

haaa……………. kita mesti pernah berjanjji dengan ibubapa kita yang kita inginkan yang terbaik untuk mereka… jadi AIG Malaysia ingin mendapatkan penyertaan dari orang ramai untuk mengikrarkan masa yang berkualiti dengan ibu bapa mereka.

Jadi mari sertai mereka kerana mereka melancarkan buat julung pertama kalinya  Pledge For Tomorrow bermula dari hari ini sehingga penghujung bulan Novembner 2015. Matlamat mereka  adalah untuk mendapatkan seberapa ramai orang yang mungkin untuk membuat ikrar dan melaksanakannya.

Senang aja……..

Layari http://www.pledgefortomorrow.com/ dan ikuti segala langkah-langkah yang tertera

 

Setelah itu kongsikan di laman sosial dengan rakan-rakan dan keluarga, IKRAR yang anda tulis mana tahu anda berpeluang untuk memenagi beberapa hadiah menarik!

Jadi…. marilah kita berIKRAR dan sebarkan kepada semua… semoga penerima IKRAR kita akan tersenyum dan gembira membacanya…


Membuat ikrar hari ini dan membawa kenangan hebat dengan ibu bapa anda esok.

Friday, October 23, 2015

Kisah J E R E B U

Entah la kenapa... sebenarnya banyak cerita saya nak tulis tau... kisah pergi ke Melaka bersama pejabat... kisah ke sunway lagoon bersama anak-anak, kisah makan sana sini.. kisah beli itu ini... tapi entah la...

Sejak J E R E B U ni.. banyak kisah tertangguh... hahaha seperti kisah jerebu gak la....

Cuba bayangkan ... sepatutnya minggu ini anak-anak selesai menghadapi peperiksaan di Sekolah Rendah.. dan minggu depan akan menghadapi peperiksaan Sekolah Agama sahaja... tapi di sebabkan JEREBU la.. peperiksaan tertangguh... di bawa pula ke minggu depan.. maka minggu depan anak-anak akan menghadapi peperiksaan dari pagi sampai la petang.........

Itu pasal peperiksaan pula.. ini sebab perancangan juga.. sepatutnya minggu depan myIR akan menghadiri Konvokesyen di UUM, Sintok.. tapi sekarang ni.. minggu depan peperiksaan akhir tahun sekolah anak-anak pula.... dah la 3 hari perginya agak lama kan... Maka dengna itu si ibu susah hati sama ada nak pergi menemankan ayahnya atau tak untuk memberi laluan anak-anak menjawab peperiksaan....

Bila minggu ni tertangguh ke minggu depan.. banyak benda-benda lain bersangkut paut.. mujur pergi ke Kedah naik kereta... kalau buatnya booking tiket kapal terbang kan.. haaaaaaa.... pastu minggu depan tetiba JEREBU balik menyerang... kapal terbang tak leh lak meneruskan penerbangan.. jadi makin bertambah2 la kerugian dari segi masa dan kewangan... bertambah pula kos lagi kan...

Entahla... dengan cuaca yang teruk di luar.. secara tak langsung penyakit pun datang menyerang.... saya baru sahaja bercuti skait gara-gara selsema teruk dan batuk sekali... air bergellen-gellen minum dah.. tapi kalau cuaca tak elok pun susah juga nak sembuh kan...

Harap-harap adalah penyelesaian untuk menangani JEREBU yang kian melanda ke Malaysia ni... kalau di ikutkan .. dah macam pesta JEREBU lak setiap tahun kali gini gayannya........

Sekian cerita kali ini tanpa gambar...........

Thursday, October 08, 2015

Jadual Baru Peperiksaan UPKK 2015

Disebabkan JEREBU yang melanda minggu ni.. maka beberapa subjek UPKK terpaksa ditunda...

Akhirnya.. hari ni pelajar Tahun 5 KAFA menduduki Peperiksaan UPKK seperti yang di tetapkan...


Di sertakan sekali surat dari JKM mengenai Peperiksaan UPKK
 

Hari ni Danial akan menjawab pepriksaan nya pada belah petang... semoga Danial berjaya menjawab nya.

Tapi minggu depan adalah hari yang mencabar untuk Danial, sebab sekolah rendah pun ada peperiksaan... ini bermakna dari pagi hingga petang dia akan menjawab peperiksaan sahaja...

Harap2 dia dapat menjawab dengan jayanya.... doa2 kan yek...

Selamat menjawab peperiksaan kepada anak-anak yang mengambil UPKK 2015!

Monday, October 05, 2015

Sekolah dicutikan gara-gara J E R E B U !

Sabtu dan Ahad lepas, IPU memang tak sehat sungguh la.. kelabu jer permandangan

Paling teruk hari Ahad... jam 6 pagi 220, tak sampai 3 jam terus naik ke 238


Maka, semalam KPM terus umumkan cuti sekolah gara2 jerebu. Pelajar sekolah di cutikan selama 2 hari iaitu 05.10.2015 - 06.102.2015.



Semua sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan diarah tutup dua hari bermula esok ekoran situasi semasa jerebu yang semakin buruk. 

Menyentuh tentang peperiksaan awam, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula minggu depan, kata Mahdzir, kementerian tidak berhasrat menangguhkannya.

Sekiranya jerebu sampai ke tahap yang perlu diisytiharkan darurat oleh kerajaan, pada waktu itu barulah peperiksaan berkenaan akan ditangguhkan.

Jelas beliau, sebagai langkah persediaan kementerian akan melaksanakan Ops Topeng dengan Jabatan Pendidikan negeri dan sekolah akan mengambil langkah membekalkan penutup hidung dan mulut kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing.

Peperiksaan PT3 dijadual berlangsung pada 12 hingga 15 Oktober ini, SPM (2 November hingga 8 Disember), STAM (17 hingga 24 November) dan SPTM (November).

- Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Itu sekolah kerajaan...manakala bagi pelajar sekolah agama pula mengalami kesulitan berikutan sekolah di tutup pula.

Sepatutnya hari ini ada Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi Tahun 5... dan terpaksa di tangguhkan pula...


PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) DAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA)
  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri di Malaysia pada Isnin dan Selasa bertarikh 5-6 Oktober 2015.
  2.  Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim seluruh Malaysia bagi subjek  Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang dijadualkan pada hari Isnin 5 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta subjek Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan. Walaubagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual.
  3. Penangguhan ini melibatkan semua pusat  peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baru bagi pelaksanaan peperiksaan bagi 3 subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.
  4. Dipohon kerjasama kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan SEGERA memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terlibat.
  5. Pihak Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5-6 Oktober 2015) selaras dgn arahan KPM supaya semua sekolah ditutup Isnin dan Selasa.
  6. Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan  akan ditunda kepada hari Isnin dan Selasa depan (12-13 Oktober 2015). Bagi jadual hari Rabu dan  Khamis  berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada KPM.
Sekian
DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
4 Oktober 2015

*****************************************
**********************

Agak-agak bila la akan hilang jerebu ni yek?

Sebab segala perancangan terganggu.. jika begini la keadaan nya.. sekolah ditutup, pelajaran tertangguh, peperiksaan di tangguh.. bagaimana kalau mereka yang dah merancang perkara lain... mesti akan berubah juga perancangan nya kan?

Banyak faktor perlu di ambil kira akibat jerebu ni......

emmmmmmmmmmm............................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...