Wednesday, July 29, 2015

Selamat Hari Jadi Huzaiman yang ke 4!

29.07.2015 - Rabu
13 Syawal 1436H

Eh..eh..sedar tak sedar dah 4 tahun rupa-rupanya anak bongsu saya ni......... cepaaaaattttt sungguh masa berlalu...


Ni gambardi ambil pada July 2013 - 2 tahun


Ni pula gambar pula di ambil pada July 2014 - 3 tahun


Ni pula gambar pula di ambil pada bulan ini.. kan bulan raya...hehehe.. jadi kini dah 4 tahun...

Ishkkkkk.. macam-macam perangai la dia kuar.. pandai dah minta nak main PSP ngan abang-abang nya.. ikut mood abang-abang nya la juga.. kalau dia rajin dia bagi.. kalau tak nanges la kuat-kuat.. tak layan dek abang-abangnya..

Sekarang ni.. kalau ibunya pegang baby.. mula la dia datang kendeng-kendeng kat kita.. tak kasi pegang baby tu.. macam-macam la aksinya nanti...

Tapi kalau dia tido.. rasa lega sikit.. sebab aman..tapi tak leh juga lelama.. mesti nak kejutkan dia.. sebab sunyi pula dia bila tidoooooo...

Kalau saya tak sihat.. MC ker, cuti ker.. Huzaiman memang tak akan g TASKA la.. sebab takut saya sunyi kat umah.. dia la penghibur di kala sunyi...

Ishkkkkk.. tahun depan dah masuk TADIKA.. cepat sungguh masa berlalu.. pas 2 tahun darjah 1.. erkkk.. makin lama dah makin besar...

Apa-apa pun semoga Huzaiman semakin membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup...

Selamat Hari Jadi Huzaiman

Thursday, July 23, 2015

Gambar raya 1 Syawal 1436H

Hahaha.. entah kenapa tahun ni ghajin sikit nak bergambar sakan.......

Sikit-sikit ambik gambar.. tpai tu la.. ambik gmabar org banyak. gambar 1 family memang x banyak..hahaha

Malas nak cakap.. tengok gambar jerla.. letih lak nak menaip walaupun puasa dah habis..hehehe





Seronok bila dapat jumpa sanak saudara...

Ni baru sebahagian.. belum jumpa yang lain.. mau riuh rendah weii...hik3


Ok.. selit sekeping gambar 2 Syawal.. mala snak wat entry baru..hehehe

Monday, July 20, 2015

Masih dalam mood Raya ke?


Ada ker yang dah bekerja pada hari raya 4?? hehehehe

Raya ke 4 dan ke 5 sekolah masih cuti... tapi pejabat lain masih beroperasi seperti biasa.. cuma mungkin kurang orang jer... bukan la tak ada orang kan??

Tapi dalam masa seminggu raya ... memang masih dalam mood raya... nak keje pun malas.. kafetaria kat pejabat pun tutup hahahaha.......

Apa-apa pun.. sapa yang bekerja pada hari ni, selamat bekerja yek....

Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidlifitri 1436H/2015M


Alhamdulilah... hari ni 17 Julai 2015 bersamaan 1 Syawal 1436H , hari Jumaat kita menyambut Hari Raya....

Jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari.... pagi solat Aidilfitri, tengahari pula solat Jumaat... petang la yek semua baru jalan-jalan berhari raya...hehehe

Hari ni saya beraya di rumah mak saya di Pandan Indah dahulu... nanti selepas tu baru ke Melaka menuju rumah mertua pula...

Jadi pada mereka yang sedang berhari raya, nak berhari raya... yang penting.... hati-hati di jalan raya... biar lambat asal selamat....

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H kepada semua pembaca sumijelly.com

Wednesday, July 15, 2015

Amalan Sunat Yang Dilakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri

Amalan Sunat Yang Dilakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri


Kala Kemeriahan Syawal, marilah kita berkongsi sedikit ilmu berkenaan 10 amalan sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai sunnah baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk memaknakan Aildilfitri dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah yang di situ terdapat keredhaan Allah.



1. Bertakbir
  • Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga  untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.

2.Lafaz ucapan selamat

  • Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”
3. Meneruskan Qiamullail
  • Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.
4. Mandi sunat pagi hari raya
  • Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.
5. Makan sebelum solat Aidilfitri
  • Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.  Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.
6. Memakai pakaian yang indah
  • Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
  • Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.
8. Mengerjakan solat aidilfitri
  • Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.
 Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:
"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."


9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
  • Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.
10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal
  • Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.
  • Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
Sekian artikel 10 amalan sunat/sunnah rasulullah berkaitan hari raya aidlfitri daripada saya.

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima amalan Ramadhan kita.

Tuesday, July 14, 2015

Hari terakhir persekolahan sebelum Raya 1436H

wah.. hari ni hari terakhir persekolah sebelum menjelang hari raya...
(kredit : www.mrpetak.com)

comel grafik gambar dari mrpetak buat...ehehehe

Anak-anak dah siap kira...

"lagi 2 hari nak raya" - Danial

"Iskandar dah 6 hari tak puasakan ibu?" - Iskandar

"Cikgu cakap jumaat raya la ibu" - Zulfadhli

.................. - Huzaiman


hahahaha....... Huzaiman apa heran.. kalau ada ibu dan ayah kat rumah.. maknanya tak der la g TASKA kan? maka berkepit jerla bawha ketiak ibu haaaaaaaaa...hehehe

(kredit : otoreview.my)


Esok jalan lenggang la nak ke kerja... tapi akan sibuk la highway-higway dengan kenderaan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman....

Jadi kepada semua, hati-hatila di jalan raya....... pandu cermat, biar lambat asal selamat.....

Selamat memandu semua......

Friday, July 10, 2015

Keputusan Permohonan Kemasukan SRAI Tahun 1 2016

Semalam dah keluar keputusan pepriksaan ujian SRAI tempoh hari.....

Siapa lagi kalau bukan anak saya no 3, Zulfadhli.....

Sapa yang ada mohon tuk anak2 dan sudah menduduki ujian kelayakan Tahun 1 SRAI, boleh la layari

------->> http://semaksrai.jais.gov.my/index.php


Hanya perlu masukkan No Kad Pengenalan anak jer...

Pastu akan kuar keputusan macam ni...


Ok... Zulfadhli tak berjaya untuk bersekolah di SRAI untuk kali ni....

Tak perla... tak der rezeki.... lagi pun dia dah daftar si SKJ4 sekolah dengan abang-abang nya........ ramai kot pelajar yang hadir ujian tempoh hari.. dekat 500 lebih la.. tapi nak ambik pelajar dalam 200 ker 100 dah lupa....hehehe

Tunggu Huzaiman la.. lagi 2 tahun baru try lagi sekali...hehehe

Makluman Pengeposan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M

haaaa.....jangan ingat hari raya ni Pejabat Pos pun tak cuti yek... derang pun nak raya gak... jadi pada yang nak buat pengeposan tu.. ingat sikit.. pejabat pos tutup.. jadi jangna ingat barang dah hantar.. tapi bila jatuh time raya sibuk tnaya bila barang nak sampai...

Nanti bukan barang smapai.. tapi pelempang yang sampai..hahaha

Untuk POS LAJU


Tarikh akhir pengeposan : 10.07.2015

kemudian derang bekukan pengeposan.. tapi tetap menerima barang sehingga 15.07.2015.

Barang akan di antar kembali : 20.07.2015

Jadi cepat..cepat g pos... kalau lambat.. 20.07.2015 la baru barang dapat di hantar oleh pos laju


Untuk POS BIASA

Tarikh tutup : 16.07.2015 - 19.07.2015
Beroperasia kembali : 20.07.2015

haaa..... tu dia.. lagi lama POS BIASA tutup.. segala surat menyurat biasa memang tertangguh la kan...hehehe

Apa-apa pun.. kepada yang berniaga tu.. inform-inform la kat pembeli.. nanti tertunggu-tunggu lak.. sebab kekadang ada pembeli ni tak baca semua kot.. yang dia tahu barang ps hari ni.. esok sampai...heheheh

Thursday, July 09, 2015

Kad Raya Tourism Malaysia bagi Tahun 2015

hahaha.... motif nak bagi tau kad raya Tourism Malaysia kat orang...... haaaaaaaaaa... tu la kad ni bukan sebarang kad hokey!!

Sapa dapat KAD ni memang special la... hahaha

 Nampak luar macam biasa... haaa

Sebenarnya ada app yang perlu di muat turun untuk melihat keajaiban berlaku tau....

Memula uolls kene la muat turun aplikasi nya...

muat turun kat google play yek.. jangan korang muat turun kat tempat lain.. memang sah la tak jumpa..hahahah

 Dah muat turun... haaa... buka la aplikasi nya yek...

Sebab kina nak mula scan gambar kat kad hari raya tu....


Sebelum mula tu dah ada cara-car anak guna plikasi ni...

>>>> cari wallipop
>>>> cari gambar yang nak di scan tu
>>>> pastu scan....

 

G cari logo SELAMAT HARI RAYA kat atas kad raya tu 

Dah jumpa gambar tu kan... haaa apa lagi tekan jer.. nanti scan la gambar tu...
 
 Lepas scan tu...

Nanti ada video kuar... ala.. video ringkas jer wei.. tak la macam movie 1..2 jam... ni video dalam 1..2  minit jer...

video ni mesti la mengenai Tourism Malaysiakan.. cuti-cuti Malaysia yang tajuk nya Dekat Jer...heheheh

Haaa....... agak-agak ada ker yang nak KAD RAYA ni?? 

Rempah Rendang Mak Mortuo Den oleh Noorshila Amin

Hari tu ada jualan kat pejabat.... tetiba tersinggah 1 gerai... tengok banner gambar penyanyi Noorshila Amin... ohw.. berniaga rempah ghupanya sekarang...


Pastu ada sorang kakak ni duk bagi penerangan... .

pastu saya tegur..  "rempah penyanyi tu yek" ...

sekali dia jawab.." iyerla... ni kak Shila la.... "

hahahahaaaaa........ laaaa mana nak perasan.. dah kak Shila tu pakai spek mata itam. mano nak nampak kan???

Apa lagi saya pun beli la 1 pek... ala.. hanya RM10 aja la... leh pula buat tuk 1 kilo daging @ ayam kan... nak raya ni.. kita cari kerja senang jerla..

Nanti tak sempat nak melayan tetamu lak kan??

Resepinya ada di sediakan di belakang paket... yang penting kene la ada SANTAN kan... kalau tak der santan mana lak datang nya rendang wei...hehehe

Memula kecutkan daging dengan rempah dan bahan-bahan dalam kuali....

Masak sehingga air dah nak kering la sikit.. jangan la kering sangat wei... kang kelat lak.. sebab hangit kan?

Pastu baru la masukkan 1 kilo santan.... eh.. eh.. sebenarnya santan saya ni pekat giler pula.. patut kurangkan sikit.. tpai bila dah masak perghhhhhhh........... berlemak2

Seyes... rasanya memang sedap.. macam yang selalu mak-mak kita masak la kan...

saya masak dalam kul 12.00 tgh ari sehingga pukul 1 petang tuk kecutkan daging.. pastu tambah santan dalam kul 2.30 petang selesai... tu pun masih basah...

Kalau suka kering... korang leh kecikkan api.. dan biarkan dia kering maybe dalam 1/2 jam ke 1 jam lagi ker...
Tapi saya cadangkan at least ada la 1 paket rempah ni kat umah.. senang..

Nanti tetiba ada member nak datang.. kita tak tau nak masak apa.. leh la guna rempah ni kan? senang jer.. masukkan dalam kuali pastu masak... ala.. budak sekolah pun leh masak kot.. sebab tak perlu guna banyak bahan...hehehe

Tapi kalau rasa suka tradisional.. boleh jer masak sendiri kan tanpa rempah.. cuma banyak keje jerla...hehehe

Saya boleh jualkan dan poskan.. RM10.00 kalau pos tambah RM6.00, tapi kalau sekitar Putrajaya atau Bandar Baru Bangi tu boleh la kita set kat memana atau boleh pick up kat saya...

Apa-apa pun selepas raya yek baru order... sekarang ni mood nak raya.. hahahaa tak de rmood lak nak menjual...hahaha

Tuesday, July 07, 2015

20 Ramadhan 1436H

Hahaha...........

Punya la lama tak update blog.. dekat 1 minggu koooooooooo...... Mood puasa pun ada dan mood nak raya pun ada...



Sedar tak sedar dah masuk puasa ke 20 yek... ini bermakna lagi 9 hari nak raya. Anak-anak saya sibuk tanya baper hari algi ibu nak raya?? baper hari lagi ibu? hahaha

Tahun ni persiapan biasa-biasa sahaja... tak der pula nak beli baju raya... pakai jerla baju yang sedia ada...hehehe

Okla... dah tak tahu nak taip apa lagi.. penat la pulak..wakakaka...nanti ada mood sambung lagi.. tak surela bila lagi nak update...hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...