Wednesday, January 29, 2014

Notis dari CIMB sempena CNY 2014

haaaa....... sapa pengguna CIMB kene baca notis ni.. sebab melibatkan AKAUN CIMB tau....

Dah la CNY ni cuti panjang bermula dari 31.01.2014 - 03.02.2014.... 4 hari tau....



Ni pula saya dapat melalui EMEL :



Dear valued customers,
 
Our banking services will be temporarily unavailable from 11.45 pm, Friday, 31 January 2014 to 6.00 am, Monday, 3 February 2014  to facilitate a system upgrade. During this period, all transactions set for 1st and/or 2nd February 2014 will not be processed. As such, we advise you to perform the impacted transactions before or after the disruption period.
 
As the service interruption coincides with the 2014 Chinese New Year holiday period (and Federal Territory Day for Klang Valley) we request your assistance to ensure all payments are made no later than 28 January 2014 to avoid any disruptions. This is especially crucial for payroll payments to allow sufficient time for staff to access and withdraw their salaries.
 
Please be advised that effective Monday, 3 February 2014, all your existing Deposits and Loans/Financing accounts will be assigned new account numbers, with the exception of credit cards.  In view of this, we wish to highlight the following:

1.   While your old account numbers will continue to be operational*, please note that all our banking channels, statements and correspondences will display only the new account number from this date forward.
2.   To look up your old or new account number after 3 February 2014, you may:
a.     Visit the nearest CIMB Bank/CIMB Islamic branch;
b.    Log on to CIMB Clicks or BizChannel@CIMB;

For more information, please log on to www.cimbbank.com.my or cb.cimbislamic.com.my, or call 1300 888 068 or +603-2281 2688 if you are overseas. Alternatively, email us at businesscallcentre@cimb.com.
 
Thank you for your understanding and continued support.
 
The Management
CIMB Bank & CIMB Islamic
 
* Except for Phone Banking and MyMobile


************************************
Haaa......... dah baca ke belum??

Jadi sebelum 31.01.2014 tu sila la keluarkan semua duit yang perlu digunakan dan simpan di dalam BANK lain.. nanti x dpt pula nak kurkan pastu nak guna lagi la parah....

Tuesday, January 28, 2014

Selamat Hari Jadi Iskandar yang ke 7!

Hari ni 28 Januari 2014....... 7 tahun yang lalu Iskandar telah dilahirkan...

Kini.......


Iskandar dah berusia 7 tahun...dah masuk sekolah darjah 1 pun.....

Semoga Iskandar menjadi anak yang soleh dan dapat la menimba ilmu hingga berjaya... ibu sentiasa doakan yek!

Kacak tul iskandar ni... sebab ada tahi lalat kat pipi....hik3

Monday, January 27, 2014

Sekolah Ganti sempena Tahun Baru cina 2014

lagi 4 hari CNY bakal menjelma... jadi seperti biasa sekolah mula mengadakan sekolah gantian mengikut sekolah masing2...


Hari Sabtu lepas, sekolah anak-anak saya telah pun mula aktiviti menganti sekolah gantian..

Dah la cuti sekolah awal 1 hari dan buka lewat 1 hari.. ikutkan kalendar cuti bermula dari 31.01.2014 hingga 03.01.2014 sahaja....

Alahai... bila dah mula awal tutup sekolah ni kene la cari alternatif lain nak letak anak kat mana ni??

Sekolah anak-anak korang ada yang dah mula ganti sekolah ker??

Wednesday, January 22, 2014

Mencari bekas letak bijirin......

Ishk.... anak bila dah ramai.. pastu kene ada makanan sentiasa depan mata ni memerlukan tempat dn kawasan yang mudah mereka capai dan makan...

Kat rumah bijirin coco crunch ngan honey star menjadi pujaan mereka la.... tapi selalu simpan dalam bekas tupperware yg kedap udara....

Tapi bila selalu sangat buka tutup tu, adakalanya tak tertutup dan lemau... gggrrrrrrrrr

Jadi teringin nak beli bekas letak bijiran ni.....


Macam comel jer.. macam best jer......

Ala.. baru RM90.00 aja kot... beli 2 baru RM180.00 jer....

Masalahnya.. nak g beli tu la entah bila... eeeemmmmmm... sapa nak belikan tuk saya??hik3... Dapat free pun best gak ni....

Tuesday, January 21, 2014

Bantuan Khas Persekolahan 2014

Semalam sekolah anak saya mengadakan hari pemgambilan bantuan khas persekolahan....


Sebaik dalam hari yang sama untuk sesi pagi dan petang... maklumla anak dah 2 orang dan berlainan sesi.... masa rehat semalam saya lari kejap ke sekolah....

Tahun ni 2 orang bersekolah... jadi dapat la RM100 seorang jadi dapatla RM200.00

Dapat duit tu trs simpan dalam SSPN... simpanan untuk pelajaran dia akan datang.. biarla sikit.. asalkan bertambah kan?

Anak2 korang dah dapat ke bantuan khas persekolahan ni??

Friday, January 10, 2014

Batu seremban permainan kegemaran dahulu kala.....

Sapa pernah dengarn perkataan BATU SEREMBAN?? haaa......... bukan batu kat seremabn yek... tapi ini adalah permainan menggunakan buah....

Agak lama x main batu seremban ni.... dah lama di tinggalkan... rasanya dah berpuluh tahun kot.. kalu main pun masa kat sekolah menengah jerla kot.....


Tak sangka ada juga yang menjual batu seremban ni yek... saya terjumpa di Mydin... RM1.00 dan dalamnya ada 5 buah... tapi isinya saya tak apa la.. sama ada kacang atau biji saga..'

Nak buat batu seremban ni senang jer kot.. ambik kait.. potong dan isi buahnya.. sama ada letak biji kacang atau buah saga atau beras.. terpulang pada masing2...

Ishkkk...tetiba macam nak main lak batu seremban ni.. tapi malang nya anak sumer lelaki.. kene tunggu anak-anak buah balik bercuti la baru leh main sekali...hik3

Di sini saya selitkan sekali mengenai BATU SEREMBAN ini...

Asal-usul batu seremban.
  • Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
  • Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
  • Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Menentukan Giliran
  • Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara Bermain
  • Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Buah Satu
  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua
  • Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.
Buah Tiga
  • Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
Buah Empat
  • Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah Lima
  • Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam
  • Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
  • Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Menimbang
  • Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
  • Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
Mati Permainan
  • Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Amacam.....agak2 teruja tak nak g main kembali batu seremban ni?? hik3

Kesibukan melanda di awal tahun

Ishk..agak lama blog tidak berupdate...... sibuk tul di awal tahun.....

Uruskan persekolahan anak.. dan masih lagi dalam mencari kesesuaian di awal pagi dan petang....


Di pejabat pula sibuk juga..... sebab cuti selang seli kan.. jadi bila masu kerja banyak lak kerja kene buat....

Masih di awal tahun.. masih mencari juga keseimbangan kerja.. dan sedang menyesuaikan diri untuk menulis tahun 2014...selalu tersasul tulis 2013.....hik3

Monday, January 06, 2014

Zulfadhli kini bersekolah di PASTI

Pagi-pagi dah kejut suruh bangun.. sebut nak pakai baju sekolah terus bangun awal..hik3

Macam biasa.. aktivi pepagi bersenam sedikit dan juga nyanyian...

Baru test jer... kawan-kawan pun masih belum jumpakan...


Tapi adalah kawan masa kat taska tu hari....

Jadi dia cepatla mesra sikit... entah apa yang dibualkanpun tak tau... ni kelas sementara jer..

Nanti akan di pecahkan balik... harap2 Zulfahdli dapat dengar arahan Ustazah di sekolah....

3 orang dari 4 orang beradik.......

Hari ni dah hari ke 6 bulan Januari....

Hari ni rasanya ramai ibu bapa masih bercuti untuk membawa anak2 darjah 1 dan juga tadika ke sekolah lagi.. termasuk saya la...

Hari ni baru dapat ambik gambar mereka bertiga...........



Ishk..tak sangka.. dah 3 orang masuk sekolah..hik3...

Semoga mereka dapat menimba ilmu dengan baik di sekolah.....AMIN

Sunday, January 05, 2014

Hanif Naufal dan Huzaiman

Hari tu Hanif Naufal, anak adik saya dtg ke rumah.. bukan dia datang sendiri la... bonda nya datang sekali la... kalu dia leh dtg sendiri hebatla tu.. br 1 tahun dah pandai datang sendiri..hahaha





Bezanya merka adalah 1 tahun.....

Hanif Naufal lahir pada 19.07.2012, manakala Huzaiman lahir pada 29.07.2011, bulan sama tahun jer berbeza....hik3

Saturday, January 04, 2014

Kisah pembalut buku

Rupanya2 bila anak dah 3 orang masuk sekolah, tak kira la sekolah rendah atau tadika ni.. terasa la sikit bab-bab nak balut buku ni kan....

Danial sumer buku teks dan latihan kene balut.. sebab dia batch pertama yang terima buku KSSR.... Iskandar ok lagi sebab dia hanya kene balut buku latihan sahaja, buku teks dah 3 generasi yang guna... jadi tak yah balut.

Zulfadhli lak buku tahun 5 sumer kene balut.. bukan boleh pakai yang abang-abang punya kan... sebaik la Huzaiman x ada buku nak kene balut.. kalu idak habis......


Sekarang ni bukan buku kerja jer kene balut, ada juga beberapa buku lain punkene balut... ishk.. makin tambah buku anak-anak bawa g sekolah....

Dulu beli yang bergulung-gulung tu potong dan lekat... dah ramai ni beli yang pasang siap.. tapi harga nya boleh tahan gak......
  • Pembalut buku kerja 260mm - RM7.30 (10 kpg)
  • Pembalut buku teks 255mm - RM6.80 (10 kpg)
  • Pembalut buku lebaran kerja 295mm (lupa lak) - RM1.50 (1 kpg)
Tu dia.. sekali beli kene 3 size.... leboh kurang habis dalam RM60++ juga la nak membeli pembalut ni... huhuhuhu

kalu nak balut kesemua buku mau lenguh tangan kot... tak perla.. beli sahaja yang segera.. jimat masa dan tenaga serta tak perlu nak salotape bagai... cum abuku yang tiada pembalut jer saya balut.. jadi tak derla terasa sangat kan?

Friday, January 03, 2014

Laporan Tahunan 2013 untuk Sumijelly.com

Ok.... Tahun 2013 dah pun berakhir... meh tengok prestasi Sumijelly.com


Crunchy numbers
The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 240,000 times in 2013. If it were an exhibit at the Louvre Museum, it would take about 10 days for that many people to see it.

In 2013, there were 409 new posts, growing the total archive of this blog to 1,652 posts.

The busiest day of the year was January 7th with 1,297 views. The most popular post that day was Jadual Gaji bagi tahun 2013.

Attractions in 2013 These are the posts that got the most views in 2013. You can see all of the year’s most-viewed posts in your Site Stats.
Some of your most popular posts were written before 2013. Your writing has staying power! Consider writing about those topics again.

How did they find you?
Some visitors came searching, mostly for resepi bebola daging, cavenzi tipu, drypers, susu anlene, and jadual gaji 2013.

The top referring sites in 2013 were:
  1. facebook.com
  2. kakinakl.com
  3. matjoe.com
  4. ctliyana86.blogspot.com
  5. abangensem.com

Who were they?
Your most commented on post in 2013 was IIftar Ramadan bersama Denaihati Network
These were your 5 most active commenters:
******************

Terima kasih pada mereka yang hadir dalam Blog Sumijelly.com ni... tak sangka pencapaian dari blog sebegini...

Terima kasih pada semua yang sudi baca secara terang-terangan atau sembunyi atau senyap-senyap....


[NOVEL] Playboy itu suami aku

Hehehehe.... saya tahu ramai dah tengok dan ada juga dah habis baca kot novel playboy itu suami aku... tpai saya baru jer habis baca... dan sangat-sangat mendukacitakan la dari novel beralih ke drama ni kan........


Sebelum tu meh baca sinopsis novel ni dulu...

"Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

***************************

Berbeza sungguh kot antara drama ngan novel tu....

Dalam novel Afina bertudung, tapi dalam drama free hair dan seksi sangattttttttt ok!!!  Yang Fahmi lak.. tak derla macam gila meroyan sangat ngan Fina tu.. dalam drama terlalu over watknya dengan Dahlia tu....

Dan terakhir lak.. pasal Fisya,.... dalam drama derang matikan watak nya dengan kene kelar dgn BF nya.. tapi dalam novel dia insaf dan berkahwin.......

Ishkkkkkkkkk........ memang lari tul citer dia.. dan kenapa si Suri Ryana setuju untuk mendramakan novelnya dengan menukar beberapa jalan cerita asal...... eeeee..... x best sungguh!!hahahaha

Okla... tu jerla nak cakap.. yang nyata novel lagi best dari DRAMA!!!!!!!!!!

Thursday, January 02, 2014

Hari Pertama Iskandar bersekolah rendah

Hari ni 2 Januari... sesi persekolahan 2014 sudah pun bermula.... jadi hari ni adalah hari pertama Iskandar bersekolah rendah....


Pagi-pagi Iskandar kene g sekolah agama dulu....

Jadi pakai uniform sekolah agama.... tak jauh pun dari sekolah... tempat sekolah agama Danial juga.. jadi satu sekolah ngan abangyala...

Bezanya Danial petang,Iskandar sekolah pagi....


Dari sekolah agama Iskandar tukar baju...

Bersiap-siap dari situ menuju ke sekolah rendah.. belakang jer sekolah nya.. jadi jalan kaki jer..x jauh pun.... jalan kaki ramai2 tak terasa... tup..tup dah sampai kan??

Cuma kalu hujan susah la... takut basah kan.........


 Ni dah sampai kat kelas nya....

Suh dia tunggu depan kelas tu... dah keluar pelajar pagi, baru masuk kelas...


Habis jer sesi pagi, terus masuk kelas...

Danial datang melawat adiknya.. kelas darjah 4 sama kelas ngan darjah 1... jadi memang akan nampak la abang nya dahulu si adiknya...hik3


Bagus guru kelas Iskandar, siap pimpin ke kantin waktu rehat...

Harap2 mereka paham apa yang cikgu ajar... siap bagi tau jgn tinggalkan beg duit, botol air, bekas makanan kat kantin.. bawa balik ke kelas..hik3


 Saya perhatikan Iskandar membeli... sambil perhatikan tu tengok juga tukang jual tu macam mana dia layan pelajar kan...

Kesian anak2 tu.. di hulurnya RM1 patut ada baki tak dipulangkan.. ada kalanyaanak2 tu terus jer berlari lepas bayar...

Masa time Iskandar, penjual tu tak tgk pun apa barang anak2 beli.. main ambik jer duit... saya tegur gak.. sebab bagi RM1 tapi tak pulangkan RM0.50 nya...emmmm


Sebenarnya Iskandar tak nak pun membeli makanan sebab saya dah bekalkanroti gardenia...lagi pun dia dah makan nasi kat sekolah agamanya...

Tapi saja suh dia beratur sebab nak kasi dia tahu bagaimana cara beli makanan...

So... itu la cerita hari ni untuk pembaca semua...hik3... Alhamdulilah rasanya semua berjalan lancar.... kita tengok minggu depan bagaimana mereka menghadapinya....

Baagaimana dengan anak2 korang???

Wednesday, January 01, 2014

Selamat Tahun Baru 2014!


Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca!!

Selamat bercuti dan esok jangan lupa sekolah mulai di buka dan selamat melangkah ke alam persekolahan pada anak2 yang melangkah tahun 1 dan tingkatan 1 esok!!

Gambar atas tu adalah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014...... maklum la dah keje situ kene la promote kan!!hik3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...