Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-55




Selamat Hari Kemerdekaan!!

Hari ni genapla MALAYSIA menyambut KEMERDEKAAN yang ke 55 tahun!!

Sebanyak 42 Slogan telah di cipta.... sejak dari tahun 1970 sehingga kini 2012......

1970Muhibah dan Perpaduan
(Love and Unity)
1971 Masyarakat Progresif
(Progressive Society)
1972 Masyarakat Adil
(Fair Society)
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
(A Society with Malaysian Culture)
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
(Science and Technology as Tools of Unity)
1975 Masyarakat Berdikari
(A Self-Reliant Society)
1976 Ketahanan Rakyat
(Strength of the People)
1977 Bersatu Maju
(United and Progressive)
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
(Culture is the Core of Unity)
1979 Bersatu Berdisplin
(United and Disciplined)
1980 Berdisplin Berbakti
(Discipline and Service)
1981 Berdisplin Berharmoni
(Discipline and Harmony)
1982 Berdisplin Giat Maju
(Discipline Creates Progress)
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
(Together Towards Success)
1984 Amanah Asas Kejayaan
(Honesty Brings Success)
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
(Nationalism is the Core of Unity)
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
(Steadfast Society, Strong Country)
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
(Loyally United and Progressively Working)
1988 Bersatu
(Unity)
1989 Bersatu
(Unity)
1990 Berjaya
(Success)
1991 Wawasan 2020
(Vision 2020)
1992 Wawasan Asas Kemajuan
(Vision is the Basis of Progress)
1993 Bersatu Menuju Wawasan
(Together Towards Vision)
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
(Good Values Makes the Vision a Success)
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
(Steadfastness Moves the Vision Forward)
1996 Budaya Penentu Kecapaian
(Culture Determines Achievements )
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
(Good Values Make a Successful Society)
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
(Our Country, Our Responsibility)
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
(Together Towards the New Millennium)
2000–2006 Keranamu Malaysia
(Because of you, Malaysia)
2007 Malaysiaku Gemilang
(My Glorious Malaysia)
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
(Unity Is The Core of Success)
2009 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
(1 Malaysia: People First, Performance Now)
2010 1 Malaysia: Menjana Transformasi
(1 Malaysia Transforming the Nation)
2011 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
(1 Malaysia: Transformation Success, People Peace)
2012 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati
(55 Years of Independence: Promises Fulfilled)

Selamat berhujung minggu!!!!!


Thursday, August 30, 2012

Kampung segera!

Gini la kalu tak der kampung......... kalu ada pun Kg Pandan ngan Kampung Pandan Indah..... sumer dah di bandarkannnn.......hik3..

Hari tu jenjalan kat Alamanda..... terjumpa pulak Rumah Kampung ni... jadi apa lagi. suh la anak-anak berposing..keh3


Dulu-dulu yerla kan. rumah kayu, sekarang ni pun ramai yang umah kayu pun di batu batakan...... rumah kalu di batubatakan tak per... sbb yang penting suasana kampung tetap ada....


Teringat pula kenangan semasa si kampung dulu........saya merasa juga pasang pelita di kampung... tutup pintu tingkap bila dah senja, panjat, pokok rambutan, pokok manggis, guna daun pokok kelapa dan duduk atas nya sambil sepupu tarik pusing2 laman rumah, naik basikal tua dan yang paling scary....merasa duduk tandas di luar rumah waktu malam.... hahahaha... siap berteman lagi bila ke tandas...


Betul la.. kenangan lama susah nak di cari di zaman serba moden ini.... macam mana nak kasi anak-anak merasa... sekarang pun pelita pakai eletrik, nak buah-buahan beli kat kedai....
 


Sekarang anak-anak membesar dengan gadget-gadget yang canggih manggih.. sampai kita ni pun tak mampu nak ikut...heheheh

Apa-apa pun.....pada sesiapa yang mempunyai kampung... nikmati la ia sebelum telan di arus kemodenan.........hehehe



Wednesday, August 29, 2012

Kari hijau ker Masak Lemak Ketam?

Pernah makan KFC?? gila la kalu tak pernah makan kannnnn???

KFc suka menyajikan menu-menu baru kan?? Saya pula jenis suka mencuba kan?? jadi kini KFC Green Curry atau bahasa melayu nya.. Kari Hijau la.......hahahaha



Ramai yang cakap, kari hijau ni dari menu orang Thailand....  ye ker?? hehehehe........ selalu kalu g memana restoran Thai.. menu ayam masak kari hijau mesti kene pesan.. kalu tak x sedap la.......


Jadi saya pun ingin la sangat nak mencuba......... memula rasa kuah kari nya... tetiba rasanya macma sedap.... pas tu cuba dan cuba lagi... baru teringat........ rasanya macammmmmmmm.........

KARI KETAM!!!

yer...... bila saya cakap kat my IR, dia pun cakap gitu... rasa ketam...hahahaha dan tak pedas punnnnnnn.............

Jadi pada mereka yang ingin mencuba.... leh la cuba... dah cuba mesti nak rasa lagi......tak yah susah-susah nak masak lemak ketam.. g jer kat KFC dah leh rasa masak lemak ketam tu... bezanya tak ada KETAM tapi ada AYAM..hik3

Blogger popular di blog, tidak di dunia realiti?

Selamat Hari Raya!!!

Eh... Syawal sebulan, jadi ucapkan jerla selamat Hari Raya selama sebulan kan? hik3... amacam raya korang? best ker? Dapat banyak duit raya? kad raya?

Haaa......citer pasal kad raya...... saya apat gak.. SATU jer......... tu la satu-satunya kad raya yang diterima selepas raya.. agaknya posmen tak sempat nak hantar sebelum raya..hik3

Kalu tengok kad design kad Raya ni sure ramai dah tahu dari siapa kan??

Sapa lagi kalu bukan dari Mejah tu.. pergh......sekarang Mejah dah pemesssss......... jangan memain tau...

Kiranya tahun ini adalah tahun ke -2 dia bagi kad raya kad saya......... memula dulu tahun lepas dia bagi.... tapi dia kuar duit sendiri la nak poskan...

sekarang ni dah ada orang sponsor..... hebak! hebak!!

Mau tak hebak..... bulan Mei hari tu dah masuk TV... la ni masuk paper pulok......pergh.....pemes dah sekarang kan??

Tapi...asal tajuk dia macam tu yek??

Popular kat blog, tidak popular kat dunia relaiti
Apa-apa pun kak sumi ucapkan semoga maju....maju...maju dan makin maju la lagi....... jangan lupa kak sumi bila dah pemes..... dan Mejah , sila la jemput ke rumah kak sumi lagi yek..... leh makan sedap2..hik3

Sunday, August 26, 2012

Ulser dibibir mungilnya...........

Alahai... kesian Huzaiman...tetiba demam panas sangat, rupa-rupanya dia kene ulser di bibir...

Sebaik kene kat biibir...kalu bahagian dalam lagi susah..... mesti lagi tak selesa.....

Suruh minum air putih dalam botol x mahu... mungkin rasa sakit puting kene ulser tu kot... kene sua dia guna cawan jer.. tu pun tak minum banyak...

Tapiii hari ni alhamdulilah... demam nya dah surut... sekarang kene habiskan antibiotik jer....harap2 semakin baik ulser di bibirnya...sebab esok ibu dah keje.. susah hati kalu g keje bila Huzaiman x sehat nanti...

Ok la.. pada mereka yang dah cuti lama tu, ingat-ingat...esok keje..hik3

Friday, August 24, 2012

Huzaiman tumbuh gigi lagi!

Hari tu ujung bulan July sebelum dia setahun, Huzaiman dah tumbuh gigi sebatang... kali ni tumbuh lagi berbatang-batang...hik3

2 atas, lagi 1 batang kat bawah.....


Tu dia.... penat tau nak ambik gambar betul-betul..dia gerak sana sini.. last sekali saya ngangakan mulut dia......hahahahaha


Air mata real tu tau.. bukan letak "eye more" ok...hahaha

Okla...pas ni mesti giginya akan tumbuh lagi berbatang-batang.... dan sehingga kini dia masih lagi menyusu badan sepenuhnya...... alhamdulilah....






Thursday, August 23, 2012

Hari Raya Tahun 1433H / 2012 Masihi


Wah..diam tak diam sudah hampir 5 hari kita berhari raya yek... tak sangka masa berlalu dengan cepat kan?? sebulan berpuasa, kemudian kita berhari raya pula...

Tahun ini saya berhari raya di rumah MIL saya di Melaka. Tapi kali ni saya balik pada pagi raya.. maklum la dengan anak yang ramai, jadi rasanya balik pagi raya jerla...lagipun jalan pun kurang jem berbanding balik awal sehari kan??hehehe

Tahun ni bertemakan warna merah sahaja... my IR hanya pakai balik baju 7 tahun yang lalu hanya anak-anak dan saya sahaja beli baju baru...hahahaha

Lagipun saya pun jenis yang kurang membeli baju baru... selalu tempah jer... entah mengapa kali ni tak tempah pula... jadi mengagau juga la mencari baju untuk di suai padankan dengan tone kaler baju anak-anak......


Setelah 2 hari di Melaka, belah petang nya kami pulang ke Bangi dan keesokkan hari nya menyambung pula berhari raya di sebelah keluarga mak saya...

Anak-anak seronok la.. sebab berjalan sakan sambil tu bersama dengan sepupu nya...

Okla.. tak leh panjang-panjang sangat karangan... bukan ada ramai orang nak baca pun... okla.. masih mood raya.. tapi hari ni saya sudah mula bekerja..hik3..

Selamat Baehari Raya lagi yek kengkawan.... kawal sikit makan.. nanti naik pula berat badan selepas hari raya langsung sumer baju takmuat...hik3



Friday, August 17, 2012

Surat untuk Jejai

Surat untuk Jejai



Assalamualaikum Jejai,

Semoga sentiasa sihat walafiat di smaping keluarga tersayang. Sesungguhnya amat berat hati ini bila ingin membuat entry untuk ko... (biasa bahasakan dengan Jejai, ko aku jer...hehehe) Aku paham... ko mesti tak suka kan?? sebab sekarang orang ramai dah mula tahu penyakit ko...

Jejai,

Aku kenal ko bukan semalam tau.. dah lama.. tapi betul la.. kali terakhir aku jumpa ko makan-makan kat Restoran Satay King, Sg Kantan tu...... selepas tu aku dah tak jumpa ko.. sekadar bertegur sapa melalui Fb @ Twitter jer...

Jejai,

Aku dah tau lama penyakit ko.. tapi seperti biasa, orang kata RAHSIA, jadi aku pun berahsia la juga kan... tapi kalu dah masuk samapi TAHAP 4 Kanser paru-paru tu.. aku rasa memang patut kami semua bertindak membantu ko la ...

Jejai,
Ko ngan Maz tu bukan sesiapa lagi dengan kami.. dah macam 1 family tau... kalu aku sayang ko, bermakna aku sayang seluruh family ko... aku tak mahu ko dalam kesusahan malah dalam kesedihan...

Dengan itu aku terpaksa juga buat surat ini untuk ko... untuk membantu ko dari segala-galanya... Jadi pada mereka yang ingin membantu Jejai atau lebih di kenali Teratakamor boleh lah salurkan bantuan ke akaun :

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )

Semoga dengan bantuan ini dapatlah meringgankan beban ko Jai......

Dikesempatan ini aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk ko sekeluarga......


Galaxy Note 10.1 mula dijual

Pengarah Pengurusan Produk Adobe Systems, Jim Mohan, memberi penerangan tentang komputer tablet Galaxy Note 10.1 semasa satu sidang media di New York, Amerika Syarikat, kelmarin. - AFP 
 
SEOUL 16 Ogos - Samsung Electronics Co. seolah-olah memberi tamparan kepada Apple apabila mula memasarkan komputer tablet Galaxy Note 10.1 di Amerika Syarikat (AS) bermula hari ini.

Galaxy Note 10.1 yang dilengkapi dengan kemudahan WiFi akan dijual pada harga AS$499 seunit (RM1,564) bagi model asas penyimpanan memori 16 gigabait (GB) dan AS$549 seunit (RM1,721) bagi penyimpanan memori 32GB yang turut dilengkapi slot kad memori binaan luar.

IPad terbaru keluaran Apple dijual pada harga yang sama dengan produk terbaru Samsung itu, tetapi Galaxy Note 10.1 menawarkan beberapa ciri yang tidak dimiliki oleh iPad.

Resolusi skrin komputer tablet Samsung itu juga lebih rendah daripada iPad.

Galaxy Note 10.1 merupakan komputer tablet pertama Samsung yang menggunakan program Android dan dilengkapi dengan pen digital serta boleh melakukan dua aplikasi secara serentak menerusi skrin yang boleh dibahagikan kepada dua paparan.

Menurut penganalisis, kebolehan Galaxy Note 10.1 bertujuan untuk menarik minat pelanggan terdiri daripada ahli perniagaan dan golongan akademik.

Ia merupakan satu strategi yang berkesan daripada bersaing secara langsung dengan iPad yang telah menguasai kira-kira 70 peratus pasaran tablet seluruh dunia.

Samsung mengeluarkan kira-kira enam komputer tablet Android bagi tempoh dua tahun lalu menerusi siri Galaxy Tab namun tidak satu pun daripadanya mampu meraih populariti setanding iPad.

Menurut penganalisis lagi, komputer tablet Android kurang berjaya kerana kekurangan aplikasi dan harga yang lebih tinggi.

Tetapi, menerusi Galaxy Note 10.1, syarikat Korea Selatan itu percaya mereka mempunyai produk yang akan menarik minat firma korporat dan sekolah berbanding iPad yang kaya dengan aplikasi dan paparan skrin yang lebih jelas. - AGENSI

Sumber berita : Utusan Malaysia

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H


Selamat Hari Raya, semoga pulang ke kampung dengan selamat dan jangan lupa pula selepas cuti hari raya, kene masuk kerja hehehe

PAda mereka yang memandu pada hari ini. esok,, lusa atau tulat... semoga memandu dengna penuh cermat dan bersabar....

Jumpa lagi selepas raya.. sebab tuan rumah pun cuti beraya gak..hik3

Monday, August 13, 2012

Hantarkan ucapan hari raya kepada kawan @ yang tersayang dengan U Eratkan Lagi


Apakah Cerita Mereka?

Bulan Ramadhan merupakan peluang untuk kita bersua dengan keluarga yang tersayang dan sahabat handai. Ia juga merupakan peluang untuk bermaaf-maafan sesama sendiri.

Sempena ini UMobile mempersembahkan kepada anda clip bersiri yang bermula dengan Alif yang setelah sekian lama tidak pulang ke kampung untuk berjumpa pak ciknya. Hubungan mereka telah terjejas akibat pergaduhan yang berlaku.

Bersiap sedia la untuk webisode yang akan datang! Sementara itu, anda boleh menghantar mesej peribadi melalui App UEratkanLagi!


Lama tak update blog...hehehehe

Lama dah tak update blog.....

Tetiba mood nak update tak ada.. sama ada berpuasa atau memang x ada mood....padahal banyak benda nak citer... tu dia.. sekali datang penyakit M memang macam ni la gayanya...

Sedar tak sedar lagi beberapa hari kita bakal menyambut Syawal... adeh... cepat sungguh masa berlalu... alhamdulilah, tahun ni saya diberi peluang untuk berpuasa sehingga hari ni tanpa sebarang masalah.... syukur.. semoga saya dapat teruskan sehingga ke akhir ramadan.

Ok la.. nanti kita cerita lagi yek... sebab idea tak der nak menulis.. tetiba mata macam kuyu jer.. maklum la.. time rehat.. macam nak lelap seminit dua dulu..hik3..


Thursday, August 02, 2012

Sumijelly vs Dato' Siti Nurhaliza

Secara kebetulan dapat berjumpa dengan Dato' Siti Nurhaliza...hehehe.. bertuah badan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...