Wednesday, January 25, 2012

Tukar Kad ATM CIMB ke DEBIT CIMB Master pula!

Hari ni saya mash mood bercuti lagi. Kerana sekolah anak saya masih bercuti, maka nak tak nak saya dan my IR kene la bercuti...hehehe

Jadi di kesempatan yang ada, saya terus terjah bank CIMB harini kerana ingin menukar kad ATM saya yang dah uzur dek terkopek plastik depan nya...


Dah alang-alang ke CIMB, terus la tukar kad dr ATM ke Kad Debit Master pula....

eceh....eceh.....macam aplly kad kredit pula....hahahaa....

Ada beza tau kad kredit dan kad debit... kad kredit ni kita utang dulu baru bayar, kalu kad debit ni, kita bayar apa yang ada dalam duit kat bank kita jer...

Kalau tak der duit dalam bank, jangan la nak memandai-mandai g 'swipe' kad memana shopping centre...hehehe


Ini lah rupanya Debit Kad Master saya....

Wah..sudah feeling-feeling macam banyak duit la pulak pakai ini kad..hahahaha... tapi kene ingat la, kalu setakat sebulan sekali jer kaya... maka pepandai la berjimat cermat yek!! hehehe


Nak apply kad ni sangat senang wei......

  • Pergi memana CIMB Bank dan cakap kat pegawai khidmat pelanggan cakap nak tukar kad ATM ke kad Debit
  • Isi borang dan ambil nombor giliran.
  • Sediakan IC, KAD ATM lama, KAD PEKERJA, LESEN MEMANDU (saya tak tahu la bank lain ada ker tidak memerlukan ini, di Cawangan CIMB Bangi mereka minta sumer itu)
  • Dalam masa yang sama mereka akan keluarkan kad DEBIT dan aktifkan dalam masa 24 jam

DAH BOLEH PAKAI!!!

Senang bukan??


Yang penting sumer kegunaan nya sama seperti kad ATM CIMB Bank yang biasa kita guna... jadi tak perlu risau pasal INTEREST BANK yek... beberlanja apa bila duit dalam BANK ada jer...

Sekarang dah boleh membeli belah di mana-mana kedai kompleks membeli belah yang ada logo MASTERCARD!!

Notakaki : ok.. skrg tgh cari kedai mana yang akan merasmikan dulu kad DEBIT saya ni....hehehe

Monday, January 16, 2012

Tempat simpanan beras yang PERTAMA!

Dah lama teringin sekalli ingin membeli bekas tempat simpanan beras di rumah.... tapi tak pernah berkesempatan nak beli....

Dari dulu selalu belek-belek katalog Tupperware ni... dan selalu juga jeling-jeling 'rice dispencer' nya... nampak menarik dan comel jer...Percaya tak, selama 7 tahun berumah tangga saya tidak pernah pun memiliki bekas simpan beras yang memang khas untuk beras.

Dulu saya menggunakan bekas plastik yang murah dan simpanan dalam tu, tapi di sebabkan ada cik CT datang menyerang bekas tu, langsung saya tak pakai dan letak beras tu di   luar sahaja. Hanya gunting plastik atasnya dan guna apabila di perlukan aja...


Jadi dengan bersungguh-sungguh saya ingin juga memiliki bekas simpanan beras dari jenis Tupperware ni...

Harganya RM288.00 seunit... adehh... nampak mcm murah bg orang yang ada duit banyak la.. macam saya ni, kene fikir 2-3 kali untuk membeli...hahahaha,.....

So, dengan semangt kesukanan ....hahaha.. simpan duit sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... akhirnya pada hari sabtu lepas berjaya gak saya menjejakkan kaki ke kedai Tupperware. Alhamdulilah.. sekarang sangat senang nak g membeli barang Tupperware sebab kedainya hanya dekat kawasan rumah saya sahaja!



Wah...dapat jer barang ni terus saya masukkan beras..... tapi selepas masukkan beras baru perasan banyak sungguh kutu rayau dalam beras... dan dengan cepat-cepat keluarkan balik beras dan jemur dahulu...

Dengan baik hati, my IR la tolong halau kutu rayau tu dulu sebellum masukkan kembali beras dalam bekas ni....

Bekas beras ni sangat best rupanya sebab dia tak licin pun bila letak atas meja rumah saya. So kira tak derla risau dek kenakalan anak-anak saya untuk menolak-nolak bekas beras ni...hehehe



Dan dengan pembelian bekas beras ni, saya dapat hadiah percuma 2 jenis barang. Iaitu sudip nasi dan juga bekas mangkuk kecil sebanyak 6 bekas. perghh....sangat seronok!! sebab sangat sesuai untuksaya yang memiliki anak-anak yang sangat lasak, di mana suka membaling segala pinggan mangkuk bila mengamuk...hahaha

Jadi kebarangkalian untuk pecah sangat susah la kan bila pakai mangkuk dari brand tupperware ni....


Sebenarnya saya mencari tempat bekas beras seperti gambar di atas ni. Mak saya di Pandan Indah sudah memilikinya.... dan masih berguna sehingga kini.

Bekas ni tak silap saya desgin lama kot... tu yang keluar bekas baru yang berwarna merah putih tu. Jenis yang lama ni boleh menampung sebanyak 12kg beras dan di reka sama seperti yang baru yang menggunakan kan konsep FIFO juga.

Bekas simpanan beras yang lama ni harganya seunit dalam RM319.00..mahal la sikit sebab dia 12kg kot... tapi tak perla... memana rupa pun boleh jer... sebab sama jer...hehehe

Maka dengan ini, jadilah bekas simpanan beras saya yang PERTAMA sejak 7 tahun berumah tangga ..hahaha

Jadi sekarang sudah ada, tak derla nak jeling-jeling lagi katalog tupperware tu kannn....hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...