Friday, November 18, 2011

Hari terakhir persekolahan Tahun 2011

Yeahhhhhhhh………….. hari ni adalah hari terakhir untuk sesi persekolahan tahun 2011, tahun depan Danial akan memasuki darjah 2. Hah?? Darjah 2?? ishk….. dah besar dah Danial yek… cepat jer masa berlalu….

buku
14.11.2011 hari tu adalah hari pemulangan buku teks sekolah. Dah pinjam maka kene la pulangkan semuanya… tahun depan budak Darjah 1 tahun 2012 pula nak guna kan…

Kalu tak pulangkan semua buku sekolah tu, tahun depan dia senarai hitamkan untuk menerima bantuan bukuk teks.. hehehe.. tak pepasal la pulak kene beli…

buku
Semua buku teks sekolah Danial aku balut cecantik… ialah paham jerla kalu budak darjah 1 yang membawa nya… mau lunyai kalu tak berbalut.

Puas cakap ngan Danial, kalu rosak nanti ibu marah yek.. dan alhamdulilah, kebanyakkan buku tak rosak dan koyak cuma ada kesan lipat jerla.. sebab dia main masuk jer buku teks dalam beg bukan nak susun betul.. penat tau aku cakap..huhuhu

buku
Sebanyak 17 buah (- buku pendidikan moral) @ 18 buah (+ buku pendidikan moral) buku kene pulangkan.. iaitu buku teks dan buku aktiviti mereka sekali…

Aku hengat buku AKTIVIT tu tak yah pulang kan sebab mereka buat kerja sekolah dalam buku tu. Rupanya itu adalah buku pinjaman, kene pulangkan. Tak pulang nanti kene bayar..hehehe

Sebaik semua buku aktivit tu ada so tak derla yang kene bayar.. cuma buku aktivit tu dah x serupa buku la.. dah macam belacan aku nengok. sebab banyak conteng dari buat kerja sekolah..hehehe
tak perla janjji buku tu telah selamat pun di pulangkan…

bantuan khas
Dan juga semalam adalah pengambilan BANTUAN KHAS RM100 untuk Awal Persekolahan 2012 seperti yang di bentangkan dalam Budget 2011.

Alhamdulilah… dah ada RM100 tu leh la beli pakaian sekolah Danial nanti. Dan semalam juga lah UPSR di umumkan. Tak pepasal aku kene bawa balik Danial balik umah, sebab cikgu kata x der aktiviti pun kat sekolah…hahaha…

Tapi hari ini kene datang sekolah macam biasa sebab nak bagi tahu kelas untuk Darjah 2 bagi tahun 2012.

Jadi mulai 19.11.2011 – 01.01.2012 bermula la cuti persekolah akhir tahun. Dan tahun 2012 bermula la Darjah 2 bagi Danial dan Tadika PASTI untuk Iskandar pula…

Nota kaki : 2 orang anak aku dah mula bersekolah, maka acara mencuci baju sekolah akan bertambah la tahun depan..hehehe

Tuesday, November 15, 2011

Gigi susu pertama Danial tertanggal

Masa jemput Danial dari sekolah, aku macam perasan sesuatu bila lihat wajahnya... tapi tak perasan la apa benda... Tetiba Danial pun cakap ngan aku....
Danial : Ibu, Danial tak boleh sebut huruf F, sebab ada angin
Ibu : hah? ada angin??
Danial : Ialah, gigi Danial dah patah. pagi tadi.
Ibu : hah? dah patah? mana giginya?
Danial : Dah buang..........
Ibu : ala....... (cis.. x dapat nak ambik gambar gigi dia nak buat blog)

 
Tapi masa dalam kereta dia sempat citer pasal pari-pari nak ambik gigi.

Dia cakap, kengkawan dia suruh simpan gigi bawah bantal, nanti ada pari-pari nak ambik. hehehe........ masih ada juga yang bercertia pasal pari2 gigi yek...hehehe

Sebaik gigi Danial tertanggal sendiri, kalu g klinik mau dia tak moh sebab nak g cabut....sebab dulu dia pernah dengar ada budak nangis kuat sebab nak cabut gigi....hehehe

So, tak dapat la nak bagi gigi susu Danial kat pari-pari, sebab Danial dah buang gigi dia entah kemana.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...