Yeahhhhhhhh………….. hari ni adalah hari terakhir untuk sesi
persekolahan tahun 2011, tahun depan Danial akan memasuki darjah 2.
Hah?? Darjah 2?? ishk….. dah besar dah Danial yek… cepat jer masa
berlalu….
14.11.2011 hari tu adalah hari pemulangan buku teks sekolah. Dah
pinjam maka kene la pulangkan semuanya… tahun depan budak Darjah 1 tahun
2012 pula nak guna kan…
Kalu tak pulangkan semua buku sekolah tu, tahun depan dia senarai
hitamkan untuk menerima bantuan bukuk teks.. hehehe.. tak pepasal la
pulak kene beli…
Semua buku teks sekolah Danial aku balut cecantik… ialah paham jerla
kalu budak darjah 1 yang membawa nya… mau lunyai kalu tak berbalut.
Puas cakap ngan Danial, kalu rosak nanti ibu marah yek.. dan
alhamdulilah, kebanyakkan buku tak rosak dan koyak cuma ada kesan lipat
jerla.. sebab dia main masuk jer buku teks dalam beg bukan nak susun
betul.. penat tau aku cakap..huhuhu
Sebanyak 17 buah (- buku pendidikan moral) @ 18 buah (+ buku pendidikan moral) buku kene pulangkan.. iaitu buku teks dan buku aktiviti mereka sekali…
Aku hengat buku AKTIVIT tu tak yah pulang kan sebab mereka buat kerja
sekolah dalam buku tu. Rupanya itu adalah buku pinjaman, kene
pulangkan. Tak pulang nanti kene bayar..hehehe
Sebaik semua buku aktivit tu ada so tak derla yang kene bayar.. cuma
buku aktivit tu dah x serupa buku la.. dah macam belacan aku nengok.
sebab banyak conteng dari buat kerja sekolah..hehehe
tak perla janjji buku tu telah selamat pun di pulangkan…
Dan juga semalam adalah
pengambilan BANTUAN KHAS RM100 untuk Awal Persekolahan 2012 seperti yang di bentangkan dalam Budget 2011.
Alhamdulilah… dah ada RM100 tu leh la beli pakaian sekolah Danial
nanti. Dan semalam juga lah UPSR di umumkan. Tak pepasal aku kene bawa
balik Danial balik umah, sebab cikgu kata x der aktiviti pun kat
sekolah…hahaha…
Tapi hari ini kene datang sekolah macam biasa sebab nak bagi tahu kelas untuk Darjah 2 bagi tahun 2012.
Jadi mulai 19.11.2011 – 01.01.2012 bermula la cuti persekolah akhir
tahun. Dan tahun 2012 bermula la Darjah 2 bagi Danial dan Tadika PASTI
untuk Iskandar pula…
Nota kaki : 2 orang anak aku dah mula bersekolah, maka acara mencuci baju sekolah akan bertambah la tahun depan..hehehe