Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Friday, February 12, 2010

Tayangan Filem Adnan Sempit Bersama Bintang

Tayangan Filem Adnan Sempit Bersama Bintang









Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan meneruskan program Malam Bersama Bintang yang akan diadakan pada 12 Februari (Jumaat) jam 8.00 malam di Dataran Karyawan FINAS, Hulu Kelang.


Program  Malam Bersama Bintang bertujuan untuk menarik peminat filem untuk menonton filem tempatan. Berkonsepkan santai sambil berhibur, pengunjung berpeluang bertemu dengan barisan pelakon filem Adnan Sempit dan menikmati persembahan nyanyian Saleem,Street Five Band dan Pija Mentor.


Pada program berkenaan juga, Metrowealth Movies Production juga akan mempromosikan filem terbarunya,Niyang Rapik.







Pengunjung juga boleh menikmati juadah ringan yang turut dijual seperti teh tarik, mee goreng, nasi lemak sambil berintraksi dengan artis dan pelakon yang hadir.Acara karoke lagu filem dan kuiz filem juga turut diadakan.

Keterangan lanjut berhubung program ini, sila hubungi 03 41041349/50 (Bahagian Pemasaran) atau layari www.sinemamalaysia.com.my / www.finas.gov.my

Valentine Day's

VD



Ingat x aku dapat jemputan menonton Movie anjuran Nuffnang.. yer..aku pergi juga bersama my IR yek.. anak ku tinggalkan pada mak sunya sekejap.. dalam kul 12.00 mlm aku sampai rumah.. ngantuk siot..

bean



Sebelum tu aku nak ucapkan la bebanyak terim akasih pada Bean yg sudi menebus tiket aku dahulu.. sbb aku tau, aku sure lambat.

Ces Bean..ko x sebut pun nama kak Sumi yg ko jumpa kak sumi masa kita tgk citer tu.... marah ni..marah ni..

nama Lily ngan Amy gak yang ko sebut yek.. hahahaha

lily



Sempat la juga bergmbr ngan Cik Lily Putih.. yer.. dia adalah org kuat MBP okey.. mana2 events pasti aku akan jumpa ko lily..hahahaha

K..meh sini aku nak citer serba sedikit citer nie..

Pelakon yang di barisi amatlah populer dn glamer okey... sumer memang yg cun2 dn hensem2 ko... leh jatuh cinta di buatnya.. hahaha. Seramai

  • Jessica Alba (“Fantastic Four”)

  • Academy Award® winner Kathy Bates (“Misery”)

  • Jessica Biel (“I Now Pronounce You Chuck & Larry”)

  • Bradley Cooper (“The Hangover”)

  • Eric Dane (TV’s “Grey’s Anatomy”)

  • Patrick Dempsey (“Enchanted”)

  • Hector Elizondo (the “Princess Diaries” films)

  • Academy Award® winner Jamie Foxx (“Ray”)

  • Jennifer Garner (“Juno”),

  • Topher Grace (“Spider-Man 3”)

  • Academy Award® nominee Anne Hathaway (“Rachel Getting Married”)

  • Ashton Kutcher (“What Happens in Vegas”)

  • Academy Award® nominee Queen Latifah (“Chicago”)

  • Taylor Lautner (“The Twilight Saga: New Moon”)

  • George Lopez (“Beverly Hills Chihuahua”)

  • Academy Award® winner Shirley MacLaine (“Terms of Endearment”)

  • Emma Roberts (“Hotel for Dogs”)

  • Academy Award® winner Julia Roberts (“Erin Brockovich”)

  • Aaward-winning singer-songwriter Taylor Swift


Kisah nya adalah berkait2 juga antara satu sama lain gak... tp memang seronok...ada la juga lawak2 walaupun x selawak mcm Adnan Sempit la kan...

Ala2 Romatik komedi.. di mana kisah sebelum ,semasa dn hingga penghujung hari Valentine la, memacam kejadaan berlaku.

Ada yang br tahu pasangan dia dh berkahwin, ada yang putus kasih ada yang menanti cinta, ada yang membenci cinta... hehehe... bestla



Apa da Eric Dane ni...ghupanya HOMOSEKSUAL da... badan tegap2 punya chantik body leh la pulak mempunyai hubungan songsang..hahahaha



Ohw... cute kan Julia Roberts nie.. ades.. mau x pengsan Pramugari tu.. asyik pandang lelaki ni setiap 5 saat.. hahaha....

Peranan Julia Robert amat berkesan sekali.. sungguh touching ko... hehehe.. nak tahu ?? hehehe.. g tgk sendiri yek.. hahaha





Yang nie pulak untuk yang menyokong I HATE VALENTINE DAY'S... hehehehe... tp akhirnya ??? haa.....tu korang kene tgk sendiri la...




Aksi yang amat mencemaskan la.. di mana berlari2 menyelamatkan diri tanpa sempat memakai pakaian hanya berselindung dengan gitar sahaja...

Kantoi! Kantoi!

Tp sebenarnya puncak yang best adalah mengenai KANAK2 kecil yang ingin mencari cinta sejati dari seseorang yang memang di nanti2kan.. oh,,ketika itu rasa terharu sungguh apa bila dia dpt menemui cinta sejati nya.... siapa kah dia?? haaa......korang kene g tgk la.

Apa2 pun, aku nak bagi tahu la.. bukan BUDAYA kita menyambut Hari Valentine Day's yek.. tp untuk menonton tidak salahnya.. tp mcm x seuai jer untuk pasangan bercinta.. kerana leh menjerumus ke perkara yg tidak sepatutnya.

Kalu yg dh kahwin x per.. aku x kisah.. apa2 pun terpulang la.. dh ada kat pawagam kan.. x tgk x rugi.. tgk pun x rugi gak..hehehe

img



Terima kasih Nuffnang atas pra tonton ini.. lain kali leh la anjur lagi.. pasti aku akan turut serta lagi..hehehe

Friday, January 29, 2010

FBI (Hot FM) kena tangkap?

Yer...betul FBI yang kerja kat HOT FM tu kena tangkap...

kornag x percaya ker?? baik korang percaya...sbb yang tangkap tu aku gak tau...

Ishk..ishk...cian dia..kene tangkap...............

kena tangkap

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

GAMBAR LA!!!!!!!!!! wakakakaka...............jgn marah daa.........

Ingat x entry yg aku kata aku dapat tgk wayang ngan FBI...

FBI



Ala, citer Adnan Sempit tu... errkk..dh habis ker @ masih lagi ada kat pawagam yek?? aku dgr org kata akan tamat ujung bulan nie.. tul ker???

Bestkan citer tu?? Tiket kat atas tu di sponsor oleh FBI tau...perghh...rezeki tul aku..

aku book 4 tiket ko..kalu aku tau FBI betul2 nak banjer.....aku book satu panggung tu, leh panggil satu kampung tgk.....hahahahaa

FBI



Sampai jer kat Cineleisure, Damansara PJ..FBI dah sedia menanti.. dia suh wat satu barisan..

ala-ala mcm budak masuk kelas jer kan?? hahahah..

x la..tu barisan tuk ambik booking online nyer tiket daa....

FBI



Perghh.... ko tgk tu... akauntan dah bersedia ngan duit di kaunter,...

kita orang just bagi nombor booking jer...

yang bayar tentu la FBI...heheheh

FBI



Sementara ayahnya sedang membayar tiket wayang tu..

sempat la anak daranya jadi model jap..

tu dia... macam pasangan bahagia...ehh..silap macam adik beradik..

di sebbkan anak FBI lebih tua dr anak aku..jadi x dapat la nak berbesan ngan FBI..

x per..x per..tunggu anak seterusnya (aku harap pompuan gak la...) hahahaha

FBI



eceh...eceh..... mana leh x ambik gmbr ngan FBI..

chet...rugi la nanti... penant tau dari bangi aku g, x ambik gmbr..

kan x pepasal..dh kene TANGKAP gmbr ngan aku..

tgk..yg pemes aku gak...dn yg terlebih pemes..mesti la FBI..hahaha

x pasan la pulak anak aku pun ada terselit..hehehehe

FBI



antara wajah-wajah yang hadi menonton bersama FBI..

inilah dia...ada yang book kemain dalam FB tu..

tp x dtg pun... mungkin dernag ingat FBI memain kot...hehehe

tu pun sempat lagi FBI wat status "anda baru sahaja terkena panggilan.....eh..x..x...gurau aja."

perghhh....sebaik sebut gurau..kalu tidak, aku serbu Hot FM..hahaha

FBI



sebelum berpisah...eh silap...wayang pun lom start dh berpisah..

sebelum tgk wayang, ambik gmbr beramai2...

sebenarnya ada lagi..tp dernag segan la pulak..

maka yang ini ajalah ada yek..

rugi derang... tgk dh masuk dlm blog aku...leh pemes tau...hehehe

FBI



perghh......dah la di belanja tgk wayang..

di belanja la pulak makan tengahari...ades...rezeki datang bergolek lak tu..

dh la perut kau tgh lapar... maka harusla pergi makan bersama kan..

itu kak Lina isteri FBI..peramah ko.. mesti kak Lina bosan layan aku..

dr tempat tiket kaunter sampai kat tempat makan..asyik bercakap jer...hahahaha

FBI



yer...aku duk mengadap FBI..

ko nampak x sebelah FBI siapa?? haa.....tu la Danial..

leh la pulak menyorok...siap x moh bergmbr...

dia x kenal lagi tu penyampai radiao populer tu...

apa da Danial... ingat senang ker nak duk sebelah abang FBI..hahahaha (erkk..abang ker..bukan FIL yg akan datang ker??hahahaha)

FBI



ha..pas makan..kene la bayar....

memang lapar giler la aku..siap mintak nasi tambah..mensti mengeleng kepala FBI tgk aku makan..

mentedarah ker apa budak nie...kopak aku...hahahaha

FBI



yer...wayang dh nak mula...

perghh....aksi depan pintu masuk wayang kene la ambik kan...

Zulfadhli kena la bawa..kang sapa nak jaga lak...

FBI



Perghh....memang best giler la citer Adnan sempit nie...

tergelak2 ko...x kering gusi...

mesti TONTON tau...amat seronok menonton sambil bergelak..

FBI



Yer..lepas menonton...sempat lagi jumpa FBI sebelum beransur pulanh...

cian adik aku..nak bergmbr..

ku abadikan la gmbr dia bersama FBI tu..

kang x caya lak org kampung kang..hahahaha

apa-apap pun...terima kasih pada FBI kerana sudi belanja menonton wayang bersama..


nanti kalu teras nak makan kat Restoran Saba' tu..meh roger2 kat status saya yek..


nanti saya banjer lak FBI sekelurga...di tanggung FREE punya.. jgn risau..


tp FBI sekelurga jerla.. kornag yang baca nie x der la yek..hahaha


Wednesday, January 20, 2010

Invitation to Premiere Screening of Tooth Fairy

Yer...seperti yangku harapkan .. dengan berbekalkan entri ini, aku berjaya mendapat jemputan dari Nuffnang...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the Premiere Screening of Tooth Fairy happening on;

Date : 25 January 2010 (Monday)
Time :9.00pm
Venue : TGV 1 Utama

TWO (2) invites have been reserved under your name and email address. Kindly confirm your invitation by writing in to toothfairy@nuffnang.com telling us you'll be attending by 12pm, 22 January (Friday). Failure to confirm your invitation by then will result in your invites revoked and passed to other bloggers who didn't make it into the initial list.

A collection counter will be set up by 8pm at the lobby of the cinema. Kindly collect your invites from the counter by 9pm as latecomers will not be entertained.

Look forward for an entertaining time ahead as The Rock shows his fairy side next Monday as the Tooth Fairy.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yer aku dh rely pun.. aku jawab aku akan pergi.....Yahuu.......

tp tgk la.. sama ada bawa suami @ bawa anak......hahaha..sbb mcm citer budak2 jer kan.. pasal gigi ni.. so better bawa Danial..hahahaha

Thursday, January 14, 2010

Duhai Si Pari-pari @ GSC, Alamanda

Yer..semalam aku bercuti... bercuti untuk si Kecik ku...

Kerana si kecik ku x berapa sihat..dah 2-3 hari asyik demam + batuk... maka aku korbankan cuti ku kerana dia..hehehe

Dah alang2 cuti.. ku ambil kesempatan untuk berlibur bersama dia.. kiranya kau meluangkan masa sepnuhnya untuk Zul la.. suker la anak aku, sbb aku duk ke hulu hilir ngan dia..

Aku call adik kawan aku June, ajak g tgk wayang. G ngan adik aku sekali.. bawa la si kecik tu..x kan nak tinggalkan lak..

Sampai sana.. banyak citer hantu.. maka di sebabkan aku bawa si kecik..maka tgk citer yg leh bawa budak jerla..

img



Maka DUHAI SI PARI-PARI lah menjadi pilihan kami..hahahaha... kan nak support citer melayu.. kene la tgk kan.. x tgk kang mana nak tahu taraf citer melayu lak kang..

Yup..sila la percaya... 3 tiket siap di beli..terus g makan.. sbb dh nak kul 2.30ptg...lapor la ..

makan secepat kilat..kerana wayang akan start lagi 15 minit..hahahaha.... giler lajus kitaorg makan kan??

img



Masuk jer panggung wayang ...ohw...sudah start la..hikhikhik..

terkedek...kedek la kitaorg berkejaran nak masuk panggung...

img



chait...sompek lagi bergmbr di escalator..padahal dh lambat tu..

yer...gmbr harus di snap..kahkahkah.......



SINOPSIS DUHAI SI PARI-PARI

Syadon merasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantik menganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya dan selepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di lorong gelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilang.

Yang ada di depan mata ialah teko keemasan yang terselit di celah sampah-sarap, lalu dibawanya pulang. Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari) tidur di sebelahnya. Setelah Pari menerangkan yang beliau sedang mencari ‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anak bujang. Disangkanya Pari tersalah rumah.

Bapa Pari (Para) kurang bersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang ke dunia kayangannya.

Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya. Syadon pulang ke rumah mendapati Pari masih lagi di situ.



Syadon bertanya siapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukar mempercayainya. Dia bukan bodoh untuk percaya cerita karut Pari itu. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya dengan menunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadon percaya dengan kata-kata Pari.

Dengan duit dua guni tersebut, Syadon mahu membeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya. Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala. Mala yang pura-pura terkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampak duit Syadon yang begitu banyak.

Syadon kembali mabuk cinta. Pari kecewa… tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budi sebenarnya.

Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatan Mala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhirnya mengetahui siapa Mala sebenarnya. Tetapi dapatkah Syadon melihat wajah Pari yang sebenarnya? Sementara itu, Pari pula semakin kesuntukan waktu… apakah cinta yang dicarinya akan hilang bersama dengan kelopak bunga yang terakhir.

img



Opss.....wayang dah habis...

yer...masa tuk balik la pulak kan....

Amboi...siap nmengeliat lagi budak depan tu..hahahaha

img



sampai tertidur ko si kecik ni...

x per...sebaik tido..tenang cikit aku menonton..

img



Untung sikit bawa zul... x perlu aku pening pala nak jaga..

masuk panggung, kejap jer dia tgk..pas tu dh ngantuk..terus lena..

x sedar dah kiri kanan...hahahaha



Sapa pernah tgk citer nie?? yer...citer yang bbbbbooooooollllllllleeeeeeehhh laaaaaaaaaa.....

kalu setakat nak habsikan masa mcm aku...hahaha

Nak tahu ada gak yg review citer....meh baca ENTRY dr The Movie Blogger Fella....

korang baca jerla..aku no komen..hahahaha

Paribang! oh Paribang! .......hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...