Walaupun stok aku x penuh macam dulu, tp still lagi mengepam seperti biasa, cuma kurang kerap la...tp still maintain....
Ini kejadian pagi tadi, amat segar lagi tuk tatapan koraang.. rasa x nak tgk, sila buka entry lain... :)
Aku guna 2 pam serentak sekali..amat cepat dan senang sekali. AKu pernah wat PANDUAN : Stock susu badan dan PANDUAN : Breast Pump kat dalam blog aku ni..
Korang rajin?? g la baca entry tu yek! :love:
Susu yang aku pam pada pukul 9.15 pagi tadi berjaya menghasilkan 5 oz sahaja... cukp untuk 1 botol susu kecil
Pada pukul 12.30 tengahari pula, berjaya mengepam sebanyak 3.5 oz sahaja..kurang dari pagi tadi..
dan pada pukul 3.30 ptg pula, aku akan mengepam tuk kali ke 3.. leh la menapung bekalan untuk Zulfadhli yang sekarang makin lasak dan x reti duduk diam.
Alhamdulilah, sehingga sekarang Zulfadhli masih lagi menyusu badan. Sekarang Zulfadhli dh makan bubur nasi. Jadi kadar kelaparan mungkin kurang la..sebab dah seimbang, makan dan minum.
Entry ni khas ku tujukan untuk kawan ku Oney, sebagai pembakar semangat untuk meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak yang baru dilahirkan 2 bulan yang lepas..
Oh ya..selamat menimang cahaya mata, untung Oney, sepasang dah anak ko!
Dengan sepatah dua kata dari ku :
Oney, cuba sehingga berjaya, jangan mudah putus asa!