Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, February 15, 2010

Tosei oh tosei!

Oh ya..entry ini dh lapuk..tp x kira nak gak aku publish kat korang..muahaha

Hari Jumaat yang lepas, kawan aku ajak g makan TOSEI..

ala..korang sure tahu kan?? TOSEI tu apa.. tp kwn aku kata TOSEI kat The Mall nie sedap.. jadi aku pun FOLLOW la..

img



ini lah TOSEI nya...

menarik bukan?? hehehehe... kawan aku siap order 2 keping ko..hehehe...

Dia kata sedap...tu yg order lebih..

img



Air wajib ORDER yek..

kang tercekik lak... Milo, Nescafe Ais, Tea O...

bermakna kami pergi berempat la..hehehe

img


img


img



yer...sumer gmbr kawan aku sedang menikmati TOSEI..

mcm sedap jer kan....

img



dan..aku??

yer..hanya order ROTI CANAI SARDIN....hahahaha

tu dia.. org lain sumer bedal TOSEI..

aku jer roti canai sardin..lari konsep ko...

sorri..aku x makan TOSEI yek..hahaha

img



dan gmbr terakhir...

pinggan mangkuk yang telah kosong dr makanan..

hahaha.. kenyang ko...

aku punya LICIN..x tinggal langsung..

jadi kesudahannya org melayu pun gemar TOSEI kan??? hehehe

Thursday, February 11, 2010

Restoran Singgah Selalu

Oh ya...masa aku kat Johor tu ha...ala masa tu  kat M Suite Hotel..

Sempatla aku g makan kat luar...hehehe

aku suker tul kalu dpt singgah makan kat sini... makanan kat sini banyak pilihan.. bersih dn amat mudah nak kesana.. paling nyata..ia dekat ngan Danga Bay yek..

img



Nama Restoran ni Restoran Singgah Selalu..

Ada 2 tempat..terbuka dn tertutup... kalu tertutup kene masuk dalam sikit la.. tempat air cond la katakan..

ada tmpt mainan bebduak gak..tp ada bola jer..kan ada gelugnsur @ jongkang jongkit..hehehe

img



tu dai...bapak besau ko screen TV dia..

puas tul kalu tgk kan ?? ni wat kat umah mesti x cukup ruang..hahaha

img


img



inilah sekeliling tempat makan nya...

masa aku g x berapa penuh... selalu penuh tu..

banyak meja dan kerusi..memang selesa la..

im



iyer... my IR order Chiken Chop...

ko tgk dia punya hidangan.. complete... ada jagung, tomato, salas, sayur, kentang goreng..

pergh... kenyang arr kalu makan nie aja.......

img



ni aku order tu Iskandar... dia kan nak makan sgt pun..

dpt nie pun dh cukup.. x der set meal tuk kanak2 la, jd order jerla kentang goreng..

banyak ko kentan ggoreng dia.. sebakul dia bagi...

img



ni order aku lak... MEE BANDUNG...

mesti la kene rasa..dh sampai johor org kata x rasa mee bandung x sedap..

tp..aku rasa cam biasa jerla... x der la sedap sgt.. muahahaha (mampus aku kalu org johor baca...hehehe)

img



ni air untk kami bertiga...

air manggo, nescafe dn air kosong...

air mangga dia memeang sedap ko... manis secukupnya.. bila aku tmbh lagi air putih.. masih lagi terasa air mangga nya...

img



oh ya..x lupa jugak OTAK2..

5 keping aku bedal... sedap..tebal dn kenyang...hehehe

img



sambil makan ternampak la pulak ada yg isap rokok arab tu..

ala..shissha kan?? aku pun x tahu sgt..

ada la nampak org muda2 hisap.. tu rokok ker apa yek??

skrg mana2 kedai aku nengok mesti ada benda nie..hehehe

img


img



Perghh.....ko tgk licin kan?? hahaha...

tinggal kuah jer.. tu pun x larat dh nak hirup...

so..pada yg nak ke Johor Bahru.. memang dekat jer nak cari Restoran nie..

Danga Bay



dekat jer ngan Danga Bay yek...memang korang akan nampak kedai ni bertentangan Danga Bay

so..masalah makanan x perlu riasu kat situ..memacam masakan pun ada.. hanya order dan bayar jerla..hehhe

Monday, February 08, 2010

Pertanyaan yang x seberapa

Boleh x nak tanya sesutu kat korang...

ala pertanyaan seorang pecinta COKLAT VOUCHELLE tidak la terlalu berat dn susah...

AKu cuma nak tnya.. BAPER RM COKLAT nie kalu kat LANGKAWI?? hehehe

coklat

Kalu kat KL RM6.90... kat Langkawi tu baper?? rasanya murah dr ini kan?? kan??

Madam casper...orr...madam casper...

di manakah anda?? tekak sumijelly nak makan coklat nie... hehehe

Tuesday, February 02, 2010

Aku yang penuh dengan kekayaan

Yer..apakah hari anda yang penuh dengan kekayaan??

Inginkan kekayaan itu??

hehehe,,....yer..aku telah menjumpai kekayaan aku... korang nak tahu?? ingin tahu?? nak tahu sesangat?? hahahaha

yer..sempena bulan ini bulan kekayaan...maka..aku persembahkan kekayaan yang aku miliki.......

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

img



Yer..PROSPERTY BURGER dari MCDonald...

Aku telah menemuinya...pada minggu lepas... memang kaya la hari tu.. pass tu kayap..hahaha

sebabnya...aku telah membeli DOUBLE PROSPERTY BURGER okey!

img



Ni Nizaa punya pasal la.. tolong la nizaa..ko ni telah menghasut kak sumi..muahahaha...........

asyik kuar entry makan......makan...makan........

maka aku telah terjebak dengan makanan pula .....muahahaaaaaaaaaa..........................

img



bersedia dengan aksi aku nak me'ngap' DOUBLE PROSPERTY BURGER???

Yer...saksikan setiap aksi dengan penuh keterujaan yek...hehehehe

img



yer...saksikan la dari aku mula makan ....hingga ke gigitan yang terkhir....

last sekali tinggal kertas pembalut burger jer...

klau la leh makan pembalut tu..lama dah aku telan....muahahaha

img



Licin sungguh aku makan...

sumer sekali adalah RM 19.00++ okey..termasuk Sundea Cup tau..

perghhhhh..kenyang giler arrr.................

kenyang sampai ke malam ker?? oh tidak..

balik tu aku mencari NASI..muahahaha....lapor ko...

sah minggu nie aku kene DIET...huhuhuhuhu

Wednesday, January 20, 2010

Menghabiskan malam yang indah

Yup...pada 10.01.2010, adalah hari jadi abang sulung aku yang ke 36 tahun...huhuhu...bermakna sudah 37tahun juga la mak aku berkahwin...

Cucu mak aku pun dh bertambah2 ko...

Jadi, abang aku mengajak kami sekeluarga makan di luar la...

img



Di mana lagi kalu bukan Restoran Saba, Cyberjaya..

Perghh...memalam g redah tu... padahal AJL sedang berlangsung ketika itu.. dan aku x terfikir langsung pasal AJL..

Naik 2 kereta jer.. kete mak aku park kat umah aku..so..naik kete aku ngan abang aku la..

img



Yer..samapi2, meja dah tersedia...

mengambil port memasing la..

img



Anak aku duk melayan perasan lak.. apa la yang ko pikir tu Iskandar??

jauh menung????hahahaha

img



Ini lah abang sulung aku yang menyambut hari jadi nya..

dah 36 tahun dah abang aku...dn sudah memiliki 3 cahaya mata perempuan...

tu yang di kendong tu adalah yg baru lahir pada 28.11.2009..kira dah 2 bulan la..

img



Ini yang aku sekeluarga order...

sebenarnya ada lagi..tp di sebabkan lapor..aku dapat snap ini aja..hahaha

yang lain dah ngap ke perut..kehkehkeh.....

img



Tu dia..memasing sedang menikmati makanan dgn penuh perasaan...hahaha

AKu x makan nasi, sbb kat umah dh makan, jadi aku makan kebab jer...

Tp kebab yg aku minat tu x der, sbb kedai tu tgh renovation, jd mcm x banyak pilihan la..

Air panas pun x der tau...huhuhuh..sadis tul ko Jun....hahaha

img



Dah makan, balik la kan??

nak pulak ada org yan banjer... tp bukan la aku yg banjer, tp abg aku la..

img



habis licin makanan ko.. lapar giler tu...

tulang jer tinggal..hehehe

img



Yer sebelum balik harus la bergmbr ngan Isteri Pemilik kedai..

Nama dia Jun, kawan adik aku..

Dia pun dh biasa ngan keluarga aku... anak 2 yek..

img



Yer inilah pemilik kedai Restoran Saba', En Sulaiman..

Aku nengok dia keje penat ko..dia la manager, dia la ambik order, dia gak yang bersihkan tempat..

Kakitangna x mencukupi tu.. walaupun ada lebih 10 org..tp still x cukup..

tiap2 hari memang penuh memanjang ko...

img



Yer..sumer memasing sudah kenyang...

meninggalkan restoran saba ini...

perghh...kenyang ko... leh la datang lagi..

tp x tahu la bila...

img



Yer..kesudahannya.. bukan abang aku yang banjer...

tp org lain yang banjer...hehehe..

mana leh bg tahu kan..tp terima kasih la..sbb sudi membelanja kami sekeluarga..

Kalu korang datang Cyberjaya, jgn lupa singgah ke Restoran Saba' yek..

nak ke sana korang cuma perlu cari signbord CBD Perdana

memang itu jer landmark yang senang korang cari.. :)

Friday, January 15, 2010

Restoran Saba' @ Cyberjaya

Yer...hari ni nak citer Restoran Saba'...

Aku rasa kebanyakkan ada yg pernah dengar nama Restoran ini.. Terletak di Cyberjaya, di miliki oleh orang Arab tp menetap di Malaysia.

Antara menu2 nya ialah :




peta



Alamatnya :

Suite 4800, 0-2, Tingkat Bawah, Blok A1,
Jalan Perdana, CBD Perdana
City : Cyberjaya
State : Selangor


Tel : 03-8320 2544

Waktu beroperasi : Tengahari hingga larut malam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti yang di paparkan di dalam Merto Ahad 30.08.2009

Sulaiman bersama hidangan asli Arab


Sulaiman bersama hidangan asli Arab



AOUKDH, fasolya, mogalgal, tebsi, shawerma, kabsah atau hanith. Mungkin ada tertanya-tanya apakah makna perkataan terbabit, namun bagi yang biasa pasti mahu menikmatinya lagi manakala bagi masyarakat Arab pula ia tidak perlu diperkenalkan.

Sebenarnya, menu yang dikatakan pelik dan sukar ditemui itu antara senarai makanan orang Arab yang boleh dinikmati di Restoran Saba, Cyberjaya.

Bukan itu saja yang ada di restoran milik seorang warga Yaman itu kerana deretan atau puluhan menu lain turut disediakan.

Hampir 50 menu asli boleh didapati di situ dan yang pasti seperti diberitahu pemiliknya, Sulaiman Hamid, rasa atau keenakan menu disediakan saling tidak tumpah di Timur Tengah.

Ini diakui bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu yang mengatakan, chef terlatih dibawa dari Timur Tengah untuk menyediakan pelbagai juadah istimewa itu.

Jika ke Restoran Saba, antara menu yang seharusnya dicuba ialah daging kambing kabsah (Lamb Kabsah) atau hanith.

Untuk kabsah, daging kambing dimasak bersama nasi dan pelbagai campuran herba manakala hanith pula, daging kambing dibalut dengan kertas aluminium.

Rasanya hampir sama seperti nasi beriani tetapi daging kambingnya lembut dan tidak berbau kerana diadun bersama rempah ratus seperti jintan, kayu manis dan lada hitam.

Selain itu, pengunjung boleh mencuba ayam shawerma yang mengandungi isi ayam seolah-olah disiat kecil dengan campuran kentang goreng, roti, salad dan mayonis.

Tidak ketinggalan ada menu menarik seperti ayam atau daging kambing aoukdh. Pelik bunyinya, begitu juga makanan. Sama ada ayam atau kambing, dagingnya dihancurkan dan dicampur dengan kentang serta lada atau cili hijau. Biasanya menu ini dinikmati bersama roti seperti mana kita menjamah roti canai dengan kari.

Ada pelbagai menu lain seperti kebab sama ada ayam atau daging kambing, ikan dan ayam panggang, barbeku campur seperti sate mengandungi isi ayam atau daging kambing.

Sulaiman berkata, sejak beroperasi Jun 2007, masyarakat Malaysia antara pelanggan setianya selain warga Arab.

"Meskipun tidak sampai tiga tahun, ramai rakyat negara ini menyukai menu Arab, malah kami ada pelanggan tetap.

"Jika tiada halangan, kami akan membuka cawangan di Setiawangsa tidak lama lagi," katanya yang mengahwini rakyat negara ini.

Tarikan utama restorannya ialah makanan dan rasa yang sama seperti di Timur Tengah.

Beliau menggaji empat chef berpengalaman dan kerana itu rasanya tetap sama. Mengenai bahan, semuanya ada di sini dan tidak sukar memperoleh, terutama rempah ratus.

Mengenai idea membuka restoran makanan Timur Tengah di negara ini, Sulaiman berkata, ia tercetus sejak 2001 selepas melihat ramai masyarakat Arab mengunjungi negara ini sama ada menyambung pelajaran atau melancong.

"Selepas tamat pengajian di UIA saya pulang ke Yaman dan bekerja selama enam tahun. Namun pada 2007 saya kembali dan melihat ramai orang Arab di Malaysia. Saya terfikir mengapa tidak membuka restoran di sini," katanya.

[Metro Ahad]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...