Maaf..entry ini terpaksa di publish lagi sekali..
kerana ada masalah server beberapa hari yang lalu..
maka entry ini di ulang tayang kembali..
khas tuk tatapan pembaca di Sumijelly...
Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya,masih ambil tahu tentang perkembangan saya,masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya,tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya……
Saya sudah selesai shooting filem ‘4madu’ arahan prof razak, drama ‘lakar’ arahan aziz m osman dan drama ‘madu di tasik hempedu’ arahan murali. Drama bersiri ‘cuci2 the series’ akan ditayangkan di rtm tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!!….
Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib jewel. 25hb august saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk tv3 yang bertajuk ‘akulah perempuan itu’ arahan fairuz loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘langkawi kamikaze’. Alhamdulillah,masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam2 cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru2 ni…..
Saya dapat macam2 pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan rizal ashram(jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni,biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya,ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!!….
HAAA TERUSKAN MEMBACA CERITA PASAL JEJAI DAN LAIN-LAIN.