Friday, April 12, 2019

Palm Garden Golf Club buffet Ramadan 2019

Wah...sedar tak sedar dah nak hujung minggu yek... cepat nya masa berlalu...

Sabtu dan ahad la masa untuk bersama dengan keluarga kan?


Ni pertama kali saya ke Palm Garden Golf Club.. cantik rupanya kawasan ni...

Ada haiwan ternakan juga seperti ayam, itik, kambing dan beberapa lagi haiwan lain...

Jangan tak tahu, di Pam Garden Golf Club juga ada tersedia buffet Ramadan berkoncepkan 'NOSTALGIA CITA RASA KAMPUNG' 








Sajian utama di sediakan seperti Nasi Bukhari, Lemak Pucuk Manis dengan Labu, Goreng dengan Sos Thai, Gulai Lemak Telur ltik dan banyak lagi akan di tukar setiap hari untuk mengelakkan menu berulang.














Pelbagai pencuci mulut yang sedap dan menarik di hidangkan.



Air minuman yang sejuk dan panas di sediakan untuk pembasah tekak.

Selain menu yang terdapat di dalam.. ada juga menu lain yang di sediakan di luar.




Kambing golek dan juga ayam golek di sediakan.

Sedap makan panas-panas ni...






Bagaimana dengan menu tersebut.. ada yang menarik hati?

Tempat parking yang tersedia dan pemandangan yang menarik untuk di nikmati ketika berbuka puasa memang sesuai dengan konsep NOSTALGIA CITA RASA KAMPUNG


Untuk menikmati buffet ramadan ini yang berlangsung dari 08.05.2019 - 01.06.2019 seperti berikut :

Harga Walk In :
RM78nett (dewasa)
RM48nett (kanak-kanak 5-12 tahun)
RM58nett untuk warga emas.

Untuk harga promosi sebelum 7hb Mei 2019 bel 10 dapat 11.

Palm Garden Golf Club, 
Ioi Resort, 
62050 Putrajaya
no tel : 603 8213 6366 atau 017 2167101  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...