Wednesday, September 09, 2015

Bayaran pengurusan jenazah

Erkk....tetiba pula masuk bab jenazah...hehehee

Saja nak share... sebab terjumpa kat FB kengkawan share bayaran ni... jadi apa salahnya kita berkongsi kan sama...mana tak tahu boleh jadi tahu...hehehe


Tapi harga di atas tu untuk sekitar Qariah Alor Setar... tak semua tempat sama harga nya.. mungkin berbeza-beza

Maklumla... setiap Qariah nya mungkin pendalaman, luar bandar, jadi banyak faktor di ambil kira...

Ingat tak dulu awal tahun 2015, heboh pasal 1 resit pengurusan jenazah tersebar luas di mana harga nya mencecah hampir RM5 ribu ringgit...


Dah di viralkan di media sosial... kemudian Setiausaha Masjid Qariah tersebut tampil menjelaskan perkara tersebut
Sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.

Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya sekitar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat.

- Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan

Ishk... macam-macam pula kan.... ikut keluarga waris la kan.. nak wat macam mana... kita mana leh pertikaikan kan...

Rupa2 nya untuk kakitangan awam juga terdapat bantuan mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah bagi  pegawai  yang  meninggal  dunia  semasa  dalam  perkhidmatan, sama  ada  di  dalam  atau  di  luar  tugas  rasmi  adalah  layak  diberi.

Seperti termaktub di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 6.4/2013 kadar bantuan kepada waris pegawai adalah seperti berikut:
  • bayaran Bantuan Mengurus Jenazah sebanyak RM3,000; dan
  • bayaran  pengangkutan  jenazah  mengikut  kadar  perbelanjaan sebenar yang munasabah dan disokong dengan resit
Ohw... baru tahu... hehehe...

Jadi kepada waris2 yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam, boleh la membuat tuntutan mengikut perkeliling yang di nyatakan... nak tahu apa dia, leh la baca dengan lebih lanjut....

Ok... 1 bab dah tahu.. hahaha.. ialah.. saya dan myIR kan kakitangan awam.. jadi kene la ambik tahu sikit kan... dan harap2 sesiapa yang tahu boleh la bagi tahu kan.. ialah.. dalam sedih2 mana nak fikir benda2 macam ni.. sebab dah sedih tak dapat fikir...huhuhu

Semoga kita di panjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di berikan kesihatan yang lebih baik lagi .. maklum la usia meningkat bukan menurun kan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...