Friday, February 01, 2013

Selamat Hari Wilayah 2013


Hari ni cuti umum sempena Hari Wilayah.

Hari Wilayah disambut pada tarikh 1 Februari setiap tahun, di mana warga Wilayah Persekutuan dan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur menikmati satu hari cuti untuk sama-sama meraikannya.

Tahukah korang bilakah bermulanya sambutan Hari Wilayah dan sejarah kewujudan Kuala Lumpur?

Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.

Jadi harap dengan sedikit info ni ramai la yang tahu sejarah Hari Wilayah ni yek...hik3

Selamat Menyambut Hari Wilayah 2013!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...