Tengok la anak bujang saya... kemain sungguh berposing bersama pelampung... tapi bila nampak ombak. langsung kuar dari pelampung...hik3
Huzaiman dan Danial pun tak lepaskan peluang... bila dapat mandi dia pulun cukup-cukup...hehehe
sudahnya selepas seharian bermain air di tengah-tengah panas.. walaupun tak panas sangat.. badan terus jadi gelap.. alahai. makin hitam anak bujang saya ni...hik3
Baru-baru ni saya dapat barangan berbentuk Losyen... iaitu Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50. Dapat 2 pek bersama dengan topi nya....
Wah... bestnya....... sebab lepas ni kalu saya nak g mandi manda di mana-mana leh la guna kan losyen ni. Sebab ia kaya dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Eh kalu bagi tau kan nak percaya kan? Ni saya tempek sebra seidikit info nya...
Info Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 :
Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 dirumus
untuk penggunaan harian yang ringan dan berpanjangan, serta diperkaya
dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Diuji secara
hipoallergenik dan dermatologi, produk Banana Boat lulus Ujian Sinaran Matahari dan mempunyai perlindungan Sun-Proven® terhadap sinar matahari.
Selain itu, Teknologi AvoTriplex® Banana Boat menggabungkan:
- Avobenzone, penyerap yang berkesan terhadap sinar UVA yang mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit. Sinar UVA menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit
- Penyerap UVB untuk melindungi dari kesan terbakar cahaya matahari. Tanpa perlindungan yang mencukupi, sinar UVB akan menembusi lapisan epidermis kulit, menyebabkan ia mudah terbakar bergantung kepada jenis kulit anda.
- Ejen penstabilan sinar suria yang mengekalkan perlindungan berpanjangan dari pancaran matahari dan tidak mudah cair.
Bukan sahaja boleh guna waktu bercuti jer tau.. waktu kerja pun leh pakai. sapu sebelum pergi kerja ker, jenjalan ker.. haa.. leh la terlindung dari sinaran matahai kan... baru la senang hati nak berjalan di tengah2 panas tu kan? hehehe
Kalau rasa nak cuba bolehla beli Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 yang terdapat di semua rangkaian farmasi, kedai runcit dan pasaraya dengan harga RM32.90 (60ml) sahaja....
Peknya kecilm ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja........
No comments:
Post a Comment