Hai semua.....
lama rasanya tak bersiaran...sedih nyaaa
1...sebab MALAS...
2..sebab blog bermasalah....
Mana tak tension... asyik dapat notification je cakap blog down je...
Tak tahu apa masalah... dah la saya ni tak berapa pandai nak edit2 templete apa bagai.... nak harapkan tukar theme blog pun suh orang buatkan....
Nanti yek..tengah cari solution... kalau macam ni susah la nak update blog kan? (alasan sungguh) wakakaka
Saturday, August 25, 2018
Tuesday, July 03, 2018
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018M
Selamat Hari Raya 1439H....
Hari ni dah Syawal ke 19... lama nya tak update blog weiiiiiiiiiiiii...........hik3
Ini la gambar kami di pagi raya........
Sempat bergambar kat kedai makan... hahahaha
Beraya di Mcdonalds...
syahdu tak? kah3
Lepas tu jalan2 di Tesco pula membeli belah barang keperluan untuk makan-makan di rumah.... kali ni saya sekeluarga beraya di Melaka sahaja... duduk sana dekat 5 hari memandangkan ibubapa say apun stay di Melaka... so kita sekali arungkan aja...hik3
Jadi itulah kisah raya saya sekeluarga di pagi raya bagi tahun 2018.......
Raya korang macam mana? Meriah tak?
Hari ni dah Syawal ke 19... lama nya tak update blog weiiiiiiiiiiiii...........hik3
Ini la gambar kami di pagi raya........
Sempat bergambar kat kedai makan... hahahaha
Beraya di Mcdonalds...
syahdu tak? kah3
Lepas tu jalan2 di Tesco pula membeli belah barang keperluan untuk makan-makan di rumah.... kali ni saya sekeluarga beraya di Melaka sahaja... duduk sana dekat 5 hari memandangkan ibubapa say apun stay di Melaka... so kita sekali arungkan aja...hik3
Jadi itulah kisah raya saya sekeluarga di pagi raya bagi tahun 2018.......
Raya korang macam mana? Meriah tak?
Tuesday, June 12, 2018
Nikmatilah hari raya yang sihat bersama Quaker Oats
Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia*, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral!
Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum[1], Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.”
Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru MultigrainCerealdan Biskut Onde-Onde Oatmeal!
Ok la.. mari kita tengok resepi Quaker Oats iaitu Biskut Onde-Onde Oatmeal
Bahan-Bahan
- 130g Quaker Instant Oatmeal
- 130g tepung
- 20g kelapa parut kering
- 20g serbuk santan
- ½ sudu teh soda penaik
- ¼ sudu teh garam
- 125g marjerin
- 30g gula perang
- 50g gula kabung (gula melaka), diparut
- 60ml minyak canola
- 1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
- Gula melaka cair (untuk hiasan)
- Kelapa parut kering (untuk hiasan)
Cara-caranya
- Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.
- Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan.
- Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
- Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
- Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)





