Wednesday, April 11, 2018

Gadget Dapur - Oven 42L

Tahun 2014 yang lalu saya dah beli oven 40L brand Cornell.... tapi tahun lepas oven tu dah tak berfungsi.... pemanas dia problem...

Dok pikir gak.. nak repair ke apa yek? lama..lama pikir.. sudahnya.. beli jerla baru...



Boleh la... besar..

Nak beli yang 20L tap macam kecik lak.. dan harga nya lagi mahal dari yang promosi ni...

01.04.2018 - 31.05.2018

Beli kat Seng Heng sempena members days...

Harga asal RM 459.00 tapi untuk ahli dapar la RM279.00 + 80 point... ok la kan..

Tahun 2014 40L - RM 249.00 + 255 point... eh... lagi banyak point kene tolak yek dulu..hik3..

Harap2 oven ni bertahan lama la hendaknya... maklum la.. bulan 6 ni kan raya... boleh la buat projek kuih raya bulan puasa nanti dengan anak-anak.

Kit Undi Negaraku

Minggu lepas terima 1 slip pos laju.... pueh pikir apa benda la yang saya beli yek?


Gigih la ke Pejabat Pos nak g kutip... dah hari kerja tak ada orang... dapat slip jerla kan...

Sekali dah ambil.. rupa-rupanya.........
.
.
.
.
.
.
.
.

Kit Undi Negaraku....

haaaaaa... baru teringat.. iya la.. ada daftar kat laman web Undi Negaraku tu.... tak teringat sungguh la...



Dapatla buku panduan mengundi, pasport book holder, pen, keychain, sticker kereta dan juga phone stand. Boleh la kan...... sapa nak bagi ye dak?

Kalau baca kat laman web nya

"Jika anda seorang pengundi baharu dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses pengundian serta sistem pilihan raya Malaysia, kit Undi Negaraku ini khusus untuk anda!"

Tapi saya bukan pengundi baru... pernah mengundi.. tapi ada saya kisah.. janjji dapat.. benda free kan..hik3

Thursday, March 29, 2018

Cabaran 14 hari bebas jerawat menggunakan Eucerin



Alhamdulilahhhhhh........ sudah melepasi 14 hari menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ....

Sebenarnya, wajah saya ni tidak la mengalami masalah kulit. Tapi biasalah perempuan, mana lepas dari masalah jerawat yang suka-suka hati muncul kan?

Masa zaman sekolah... lagi la, jerawat penuh 1 muka... hahahaha. Kemudian bila sudah bekerja tahu penjagaan wajah semasa bekerja. Kemudian bila berkahwin, tak der masa pula nak jaga muka.

Mujur muka jenis tak der masalah sangat.... cuma bila dah meningkat usia ni ... biasalah.. wajah tak la selicin seperti zaman muda -muda kan?

Jadi saya di beri peluang untuk menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni.


Masa menerima Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni , terfikir juga... betul ke boleh mengatasi masalah jerawat di muka kan?  Ialah perempuan ni mana tak lari dari masalah jerawat.

Kalau period berjerawat, masalah pun berjerawat.. kadang-kadang tak der masalah pun boleh berjerawat..bila masanya tak berjerawat kan? hik3

Jadi bila saya terima jer Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni.. tak sabar ok nak pakai. Jadi sebelum tidur, saya cuci muka bersih-bersih-bersih dan sapu krim ini di muka sebelum tidur.

Krim nya tidak berbau malah lembut... menjadikan wajah saya tidak kering. Sentiasa lembab je.... seronok rasa.

Maka saya pakai selama 14 hari setiap malam....

Hasilnyaaaaaaa......................


Seperti yang tertera di kotak Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ini... menyatakan membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati.

Jadi betul la.. ia berkesan di wajah saya di mana kurang pori-pori dah di muka.... jerawat memang susah nak timbul selepas pakai Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment .... nampak ketara la.. bila di tegur oleh kawan pejabat... tetiba terasa.. berkesan juga produk ni yek...

Malah formula yang di hasilkan juga mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Kesimpulan bagi saya selepas menggunakan produk ini, wajah saya kini bebas jerawat, malah kulit muka saya juga dapat membersikan pori-pori di wajah.. yang itu lah menjadikan wajah kita ada perubahan...secara tak langsung dapat juga menanggalkan sel kulit mati di wajah kita kan?

Kalau menggunakan produk Eucerin yang lain mungkin lebih baik dan dapat menjaga dan merawat muka dengan lebih baik.


Produk ini boleh didapati di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Jadi pada mereka yang ingin mencuba, boleh beli di farmasi ya.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...