Sunday, June 29, 2014

PICC, Putrajaya Buffet Ramadhan 2014

 
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyediakan lebih 200 hidangan istimewa untuk umat Islam berbuka puasa sepanjang Ramadan mulai 30 Jun hingga 25 Julai ini.

Bertemakan ‘Hidangan Tradisi Warisan Budaya’, hidangan yang mendapat inspirasi daripada makanan tradisional Malaysia itu bukan saja dapat mengembalikan kenangan tetapi juga memperkenalkan makanan istimewa setiap negeri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badlishah Ahmad, berkata juadah yang disediakan sangat istimewa dan  tidak dapat dibeli di gerai biasa. Beliau berkata, PICC menawarkan makanan yang unik dan tidak dijual pada hari biasa menerusi buffet Ramadan kerana memahami kebiasaannya orang ramai akan mencari juadah sedemikian ketika berpuasa.

“Selain makanan tradisi Malaysia, kami juga menyediakan makanan Jawa dan Barat untuk menarik minat pelancong luar mencuba hidangan yang ada di sini,” katanya.













Beliau berkata, setakat ini sudah ramai menghubungi PICC untuk mendapatkan maklumat mengenai buffet Ramadan yang ditawarkan dan berharap warga Putrajaya akan turut memeriahkannya.

Katanya, PICC juga menyediakan surau bagi kemudahan pengunjung mendirikan solat tarawih berjemaah.

Selain itu, katanya, persembahan muzik juga akan diadakan bagi menghiburkan pengunjung sewaktu berbuka puasa.


“Pengunjung akan dihiburkan dengan dendangan lagu oleh Rosma Akademi Fantasia yang diiringi kumpulan pemuzik Seri Niara.

“Persembahan akan diserikan dengan muzik langgam, iaitu lagu dan muzik yang berentak rancak. Selain itu, lagu pop dan lagu berunsur ketuhanan juga akan dipersembahkan, dan 15 hari sebelum menjelang Syawal, mereka akan memainkan lagu Hari Raya untuk menaikkan suasana,” katanya.
Muhammad Anuar

 Mahmad Anuar

Pengurus Operasi Makanan dan Minuman PICC, Mahmad Anuar Othman, pula berkata antara hidangan utama yang disediakan ialah gulai tunjang, beriani PICC, kambing panggang, ayam panggang pedas pucuk paku, rendang paru, dan sambal goreng Jawa.


  



Katanya, PICC turut menawarkan pelbagai jenis nasi, air, bubur, sup dan pencuci mulut yang ditukar setiap hari.

“Selain itu, kami juga menyediakan dua hingga tiga kambing golek setiap hari sebagai tarikan kepada pengunjung yang datang ke buffet ini,” katanya yang akan bekerjasama dengan lebih 100 cef semasa buffet itu berlangsung.

Mahmad Anuar berkata, antara menu lain yang disediakan ialah cendol, bubur lambuk, sup ekor, nasi tomato, gulai ayam nangka, kek keju, kek coklat, bubur caca, hidangan berasaskan pasta, kuih koci, kuih seri muka.


Pakej berbuka puasa itu akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, dengan bayaran RM80 untuk dewasa, RM40 untuk kanak-kanak, dan tiada bayaran bagi kanak-kanak bawah  lima tahun.

Sempena minggu pengenalan pada 30 Jun hingga 6 Julai ini, pengunjung berpeluang menikmati buffet dengan diskaun 10 peratus, iaitu RM72 bagi dewasa dan RM36 untuk kanak-kanak.

Sambil menjamu selera, pengunjung juga boleh memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama duit raya sebanyak RM3,000 di samping hadiah lain bernilai lebih RM10,000 seperti TV LED 40 inci dan telefon pintar Samsung Note 3.

Acara itu terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Syawal di laman Facebook PICC.

PICC juga menyediakan hidangan moreh dari jam 10 malam hingga 12.30 tengah malam pada harga RM15 seorang, dan orang ramai boleh menghubungi talian 03-88876162 untuk tempahan.

Selain itu, PICC juga menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat yang berminat majlis itu bersama kakitangan mereka, dengan jumlah minimum 100 orang. Tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-88876000 atau layari laman web www.picc.com.my.

Monday, June 23, 2014

Chit Chat Mama dalam Pa&Ma

Ishk... malu pula nak citer kalu kisah sendiri... tapi kalu tak cerita nanti tak der sapa lak tahu kan?kan??

Walaupun senyap-senyap.....ada gak yang dapat hidu kisah tersebut..kah3 #bajetretis sungguh rasa la kan??hahaha. Ingat tak hari tu saya pernah tunjuk gambar photoshoot tu hari... ala entry tu hari la...hehehehe...

Jadi ini lah hasilnya........




Memang 1 pengalaman baru la... bersama orang-orang hebat... maklumla saya seorang jer orang-orang biasa...huhuhuhu

Tu hari masuk TV.. kali ni masuk majalah....

Walaupun biasa-biasa sahaja....tapi ia tetap pengalaman baru tau... sapa tak teruja kan? kali ni tak perlu cakap.. sebab wartawan akan tulis apa kita bagi tahu.....senang sikit..

Kalu suh cakap macam hari tu..... mampus pas ni tak kuar suara dah......hahahaha



Ok.....jangan cakap banyak la......... memang lain muka saya dalam ni.....hehehehe

Jenuh tau lilit-lilit tudung gitu. siap google dalam u tube cara pakai ok.... dah la sakit kepala sebab nak kene tegak dengan jarum banyak kat kepala tudung dan bahu...hahahaha

Pest time wat sendiri tau.... make up sendiri.... baju sendiri.. cuma tudung ngan kain labuh tu jer pinjam kawan punya... kalu guna saya punya... mesti la warna pilihan HITAM.....wakakaka


Okla.... malas citer banyak.... cepat-cepat dapatkan di pasaran. Majalah Pa & Ma bulan June 2014 ni.... kalu lambat tak dapat la baca kisah saya dalam tu...hehehe



Ok.......sapa nak sign saya?? cepat..cepat..  #bajetretis sungguh.......wakakaka

Wednesday, June 11, 2014

[RESEPI] Congo Bars

Sejak akhir-akhir ni.. saya rajin pula main-main bakar dalam oven..hik3

Maklumla.. tak lama lagi nak raya kan.. so tengah asah bakat untuk menggunakan kembali mixer, oven, sukatan dan juga peralatan memasak kan?hik3

Ok kali ni nak share resepi Congo Bars... ini pun cuba dari resepi kak Azlita Masam Manis.... dan yang nyata jadi ok!


Bahan-bahan :
  • 315 gm tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 gm butter
  • 320 gm gula perang - boleh kurangkan
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 250 gm chocolate chips
  • 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
  • Kepingan badam untuk taburan - optional
Cara-caranya :

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.

  1. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  2. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  3. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

********************************

Saya dah cuba resepi ni 2 kali.. dan 2-2 kali tu memang lembab kat bahagian bawahnya...

Rupa-rupanya memang dia lembab di bahagian bawahnya.. jadi saya x gemar sangatla lembab tu.. jadi saya bakar lagi sehingga perang sikit atasnya......


Kurang la sikit lembab di bawahnya... dan rasanya macam kek la sikit...hik3

Alhamdulilah.. dah ada menu tuk hari raya ni... leh la buat tuk mak saya nanti.. maklumla tahun ni saya beraya di Melaka....hik3




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...