Kalu bab-bab kumpul dan tebus memang peberet la....kene pandai la sikit macam mana nak kumpulkan point..point ni..keh3
Saya
memang tak minum pun susu Enfamama ni...tapi ada cara lain selain
minum...iaitu perkenalkan rakan yang mengandung...dapat 100 point..hik3
Sebenarnya dah banyak barang dah tebus.....cuma kali ni tebus banyak sikit sebab dah x nak kumpul lagi point...keh3
Dapat la dalam 3 barang mainan tuk Huzaiman...cuma yang mainan ni jer dia paling suka..
Tak
perla.. dia jer yang bongsukan..jadi dapat kat dia la kan.... tapi tiap
kali dia nak main baru keluarkan. .kalu tak jahanam la dikerjakan nya..
Hehehe
Sunday, March 30, 2014
Friday, March 28, 2014
Kem kuasai Al-Quran Kaedah Al-Jabari
Sedar tak sedar, dah hampir nak ke penghujung cuti sekolah....
Kalu ikutkan anak-anak saya tiada apa2 program sepanjang cuti sekolah pun... tapi kebetulan jiran tetangga ada war-warkan mengenai Kem kuasai Al-quran mengikut kaedah Al-Jabari, terus saya berminat nak hantar...
Terus saya hubungi Ustaz yang mengajar dan ingin masukkan 2 orang anak bujang saya menyertai kem tersebut.. dan alhamdulilah.. merea dapat menyertainya...
Dalam kelas nya tak la ramai sangat.. mungkin bawah 50 orang rasanya...
Ada juga kawan-kawan anak saya yang turt serta tak lupa juga anak-anak jiran tetangga... di sebabkan dekat dan tak perlu bermalam.. tak derla saya risau kan...
Kelas nya bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang selepas solat azar berjemaah bersama Ustaz...
Jadi tidak menggangu waktu kerja dan saya tak perlu terkejar-kejar nak hantar dan jemput mereka balik...
Esok hari Sabtu hari terakhir mereka mengikuti Kem tersebut.... dan pada pukul 4 petang akan di adakan Majlis penutup untuk Kem tersebut...
Setakat ini, saya ada bertanya pada Danial bagaimana pengajian nya.. alhamdulilah.. dia kata senang nak kuasai dan ada juga tunjuk saya cara-cara membacanya.. seolah2 berlagu dan beralun...
Sekarang ni terlalu banyak kaedah menjadi yang di ajar.. bermula dari Iqra, Qiraati, Al - Baghdadi, Al-Jabari dan banyak lagi...
Mana-mana kaedah pun sama.. yang penting kita faham apa yang kita belajar dan pelajari.
Insyaallah............
Thursday, March 27, 2014
Hari Sarapan Milo Malaysia 2014
Sebut sahaja milo.... mesti ramai yang kenal... jenama yang berada dipasaran sejak 60 tahun yang lalu dan ia adalah salah satu jenama minuman yang di gemari oleh semua lapisan umur tak kira bangsa.
Dengan tagline yang dari dulu hingga kini iaitu MINUM MILO JADI SIHAT DAN KUAT menjadikan jenama milo amat mudah dikenali terutamanya anak-anak yang sedang membesar.
Ingat lagi semasa saya bersekolah dahulu..... datang 1 van milo ke sekolah, memberi peluang kepada para pelajar menikmati air minuman milo secara percuma.... saya juga tidak ketinggalan untuk merasai kesedapan air milo tersebut.
Kini setelah berkahwin, saya tetap setia dengan milo.... setiap pagi air bancuhan milo mesti saya hidangkan kepada anak-anak saya.... ada kala saya akan buatkan roti ditaburkan dengan milo sebagai sarapan pagi... malah anak-anak saya amat gemar meratah serbuk milo begitu saja.
Rasa milo yang enak, sedap menyebabkan anak-anak saya menyukainya....malah, saya yang dah besar panjang pun tetap menyukai milo ini sehingga kini.
Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Tenusu Nestle Product Sdn. Bhd., Ho Hau Chieh
Kini Milo melancarkan lagi Hari Sarapan Malaysia yang akan di adakan di Petaling Jaya 20 Mac 2014 sebagai kesinambungan kejayaan Malaysia Hari sarapan pada tahun 2013 yang lalu.
Dengan kempen Hari Sarapan Malaysia ini dapat menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan sarapan pagi melalui pelbagai cara.
Tahun ini , MILO ® membawa spin baru untuk sarapan dengan memperkenalkan manfaat Tenaga Positif daripada mempunyai sarapan yang seimbang dan berkhasiat. Tenaga Positif berasal daripada nisbah yang sempurna nutrien yang terdiri daripada protein , karbohidrat dan lemak untuk menyediakan badan kita dengan bahan api yang amat diperlukan untuk mengambil kedua-dua cabaran fizikal dan mental setiap hari.
Pasukan The Nestle MILO ® menghidangkan sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat bersama dengan mug MILO
Pada tahun ini juga, acara tahunan tersebut akan di adakan di Dataran Putrajaya pada 20 April 2014 iaitu hari Ahad dimana acara akan bermula seawal 7.00 pagi.
Acara ini menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama sebagai sebuah keluarga untuk menikmati hidangan yang paling penting hari ini dan bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal.
Selain daripada acara berjalan kaki dari 8km dan 3km, terdapat juga makanan sarapan disediakan kepada semua pelari dan juga hadirin semasa menjalankan aktiviti sukan interaktif yang akan memberikan tenaga kepada seluruh keluarga.
Mr Ho menghuraikan lagi bahawa Malaysia Hari Sarapan tidak hanya terhad di Putrajaya sahaja pada 20 April ini tetapi perlu disokong dari mana sahaja kita berada.
Jangan lupa untuk menghadiri acara ini dengan membawa seluruh ahli keluarga untuk sama-sama menyertai Hari Sarapan Malaysia ini....
Maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia dan aktiviti yang akan
dijalankan, sila layari laman web www.milo.com.my/breakfast.
Labels:
Hari Sarapan Milo Malaysia 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)







