Friday, June 21, 2013

Menjamu selera di Subway, Shaftsbury Cyberjaya

Bila duduk area Putrajaya ni, asal ada kedai baru buka mesti nak g terjah. Bukan kedai baru tu maksud saya kedai yg tak pernah pergi.... pernah pergi cuma tempat baru kan.. jadi kene la try service derang ok ker tidak.hik3

Jadi pergila kami ke Subway di Shaftsbury Cyberjaya.... sebab masa hari pembukaan nya....... mak aik ramai giler ok. sampai kat luar beratur..... jadi sekarang dah buka lama, boleh la terjah..hahaha

Sebenarnya ini kali ke 2 mencuba makan Sandwich di Subway..... selalu lalu jer dan baca iklan kat paper....hehehehe

 

Sampai juga saya di Subway, Shaftsbury Cyberjaya ni.......

Iyerla... nak g sini pun kalu ada urusan jer.. kalu tidak tak sampai la ke Shaftsbury Cyberjaya ni.... Eh tak lama lagi Cyberjaya akan ada Shopping Kompleks.... tak sabar nak tunggu!!hehehe


Sebelum nak pergi Subway ni kene dulu tau tujuan nak makan apa kan... sebenarnya nak makan yang Promosi ni... Sub of the day yang bernilai RM7.50 jer....

Kalu nak suruh pilih menu lain, tak reti. sebab ada yang cakap kalu salah pilih sandwich tu leh jadi RM20 tau!!hahaha


Memula kene la beraturkan......... sebab nanti marah orang ang dah beratur tu... tetiba potong barisan lak..hik3

 
 

Sambil beratur tu... tengok2 la menu kat atas tu kan?

Tapi disebabkan nak pilih menu sub of the day tu, tak yah la gatal2 nak g tengok menu tu....


Dah sampai depan tu kene bagi tau menu pilihan.....

Di sebabkan saya datang hari Khamis, just cakap jerla saya nak menu tuk hari Khamis.... hahahaha


Pastu pilih JENIS ROTI.......

Ada 5 jenis roti dan 1 jenis yang bergulung.......

Selalu saya akan pilih ROTI WHEAT. sebab roti tu kan tawar....hahaha 


Kemudian pilih isi nya......

Tapi kalu dah pilih menu sub of the day tu, korang tak yah la sibuk2 tunjuk isi mana korang nak kan? Tak layan la kan.......

Sebab dia akan letak isi mengikut hari sub of the day tu kan.. jadi kalu hari Khamis saya dapat la Rosted Chicken kan...


Pastu pilih sayur-sayuran nya....

Letak la banyak mana korang nak.. derang tak kisah...

Tak nak sayur pun tak per....... tapi apala namanya sandwich kalu tak ada sayurkan,.,.,.,. jadi saya letak sayur yang biasa makan la....hahaha


Pastu yang terakhir pilih jenis SOS.......

Sos cili, tomato, maonis, thousand island, BBQ... ishk.. banyak la kan

Kalu korang nak rasa semua SOS, suh jer derang letak....... hahahahahaha


Dan bila dah ambik tori tu jangan lupa bayar..........hahahaha

Jadi saya tak beli pun air kat situ, sebab dah beli air kat luar....... hehehehe......


Tapi kalu nak beli yang set Combo ni, rasa berbaloi kot. Sebab dapat air dan 1 cookies... baru RM10.90. Cuma terhad la sikit isi nya.. ada 2 jenis jer kan...hik3

Tapi tengok pada gambar menu ni mesti pilihan ramai, tu yang wat promosi macam ni kan....


Tu dia, menu pilihan kami.........

Air kami beli di Chattime jer.......

Untung juga makan di Shaftsbury Cyberjaya ni.... sebab banyak kedai pilihan kat sini....
 
Jadi pada mereka yang nak ke Shaftsbury Cyberjaya sangat senang jer ke sana......kalu dari Putrajay pun dekat kot...

Okla itu jer kot citer makan2 saya..... nanti ada masa saya cerita lagi kedai makan mana saya dah pergi.....muahahaha

Thursday, June 20, 2013

Selamat Pengantin Baru Syawal & Boy!

Bulan depan jer dah nak masuk Ramadan, rasanya ramai yang mendirikan rumah tangga sebelum puasa ni...

Maklumla... tahun ni dapat la merasa berpuasa bersama pasangan, beraya bersama pasangan dan mertua masing2 kan??

Minggu lepas dapatlah menghadiri 2 lagi kenduri kawen. 1 kenduri kawen kawan Sekolah Rendah dan lagi 1 kenduri kawen sepupu (sebelah ayah saya)

Sabtu - 15.06.2013


Inilah pengantin nya... chantik dan kacak kedua mempelai... tapi ni majlis nikah mereka pada minggu sebelumnya... yang ni saya tak g pun... ambik gambar dari FB pemilik jer..hik3


Inilah baru majlis perkahwinan nya...

Dapatla berjumpa dengan guru sekolah serta kawan2 yang lain...

Hai la.... baru erasan, dari reramai kengkawan dahulu kini dah tinggal sikit. Maklumla, kebanyakkan sudah berkeluarga dan masing2 ada hal tersendiri. Adakala dapat berjumpa adakala tak dapat...
Selamat Pengantin Baru yek Syawal dan Nawwar, 
Semoga kekal ke akhri hayat!

Ahad - 16.05.2013

Esok nya hari ahad, saya menghadiri perkahwinan sepupu lelaki (sebelah ayah saya) pula di Dewan Kem Sg Besi.


Sepupu saya lelaki, Inspektor Mohd Sufi... anak lelaki bongsu dari 3 beradik.

Akhirnya bertemu jodoh juga bersama pilihan hatinya. Dan sekarang tengah berhoneymoon jauh di perantauan... ewah.. macam pantun lak..hahaha


Sempatlah saya berjumpa sepupu saya... Bila kenduri macam nila baru dapat berjumpa.. padahal salah seorang sepupu saya duduk bersebelahan Seksyen jer ngan saya..hik3

Tapi biasala, dah berkeluarga ni masing2 sibukkan... entah bila la dapat berkumpul lagi kan?hehehe

Sebelum saya pulang, sempat la bergambar bersama kedua mempelai bersama ibubapa saya. Ishk.. baru pasan, mana pulak Zulfadhli ni,.... tak derlak dalam gambar. Ni mesti merayau2 entah kemana..hik3
Selamat Pengantin Baru Boy (Mohd Sufi),
Semoga kekal ke akhir hayat!
Selepas ni tak tahu kenduri siapa pula saya akan hadiri. Ramai lagi kawan serta sepupu2 saya belum mendirikan rumahtangga. Semoga saya mendapat undangan dari mereka nanti.

Sekarnag kan zaman IT, segala jemputan banyak di hantar melalu laman sosial kan? Eh, kalu ada yang nak jemput saya, jangan lupa ajak yek!!hik3

Chef Johari lancar aplikasi Chef Jo untuk pengguna android.


Siapa tak kenal Chef Johari ??
Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 55 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA, Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA pada tahun 1975 dengan lulusan Diploma Latihan Chef.

Bermula dari situ, Chef Johari menimba banyak pengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di ibu negara. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.

Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.


Perwatakannya mungkin dilihat agak serius, hakikatnya Chef Jo yang juga dikenali dengan panggilan Papa Jo seorang yang mesra dan mudah didekati.

Saya telah dijemput untuk menghadiri pelancaran aplikasi dalam talian iaitu aplikasi Chef Jo untuk mereka yang menggunakan android.


Yang menariknya aplikasi ni, di tulis dalam bahasa Malaysia tau... jadi memang sangat mudah di fahami dan di baca....


Malah, bukan resepi sahaja yang dikongsi oleh Chef jo,  petua yang berguna pun ada diselitkan sekali,

Jika ada kemusyikan mengenai apa2 resepi dan petua, boleh terus berhubung pada ruangana ' Tanya Chef' di aplikasi tersebut di mana setiap pertanyaan anda akan di jawab melalui emel.


Tak sangka dapat juga bertemu Chef Jo buat pertama kalinya, kerana selalu saya hanya dapat melihat dia melalui Tv iaitu rancangan MasterChef.

Bagaimana perwatakan nya dalam master chef begitu juga dia bila diluar kamera. Bercakap sangat lemah lembut dan sungguh sopan bahasanya.....

Apa yang saya tahu, Chef Jo ada katakan bahawa dia memang bersekolah untuk belajar memasak. Minat nya dalam bidang masakan sejak kecil memang sangat mendalam sehingga la kini, dia sudah mendapat apa yang di hajati iaitu menjadi Chef.

Selepas pelancaran tersebut kami di jamu makan...


 Semua dah tak sabar nak makan... laparr........hahhaha

Semua makanan yang disediakan sangat sedap dan memuaskan....... nyum..nyum...

Selepas makan acara bergambar pula...hik3

 Bersama Chef Adu Amran Hassan

Bersama Raja Azmi dan Salamiah Hassan

 Bersama Zainal Alam Kadir

(kredit picture : shakiddo)
Bersama para blogger yang turut hadir...

Dan sebagai penutup entry.........

Bersama Abang ***** (ishk... tak leh taip sungguh)

Aksi comel dari si kacak dan si chantik...............hahahaha *sila jangan muntah!!!bluweeekkk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...