Wednesday, October 03, 2018

Missi Pak Jen: Jamu makan golongan kurang berkemampuan



Pada awal pembukaan Pak Jen Gulai Panas Langkawi sekitar bulan Disember tahun lepas, nawaitu pengasas Restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi adalah untuk menyediakan sajian makanan Melayu Utara yang enak lagi lazat pada harga mampu bayar oleh pelanggan.

Sejak pembukaan Pak Jen Gulai Panas Langkawi, ribuan pelanggan telah singgah ke restoran ini untuk merasai sendiri keenakan masakan gulai panas ikan bawal, daging dendeng, itek golek dan daging wagyu masak lemak.

Sasaran Pak Jen seterusnya: Menjamu makan kepada golongan yang kurang berkemampuan.


Hari ini, Pak Jen tampil membuat projek amal dan kebajikan atau CSR dengan melancarkan Program Jom Makan.

Dengan konsep “Pay It Forward”, para pelanggan Pak Jen akan digalakkan untuk membayar untuk hidangan seterusnya atau membuat sumbangan kecil. Semua kutipan Program Jom Makan akan disalurkan kepada badan-badan bukan berkeuntungan dan badan bukan kerajaan (NGO) pilihan Pak Jen yang akan menikmati makanan di Pak Jen setiap akhir bulan. Bagaimanapun, sekiranya kutipan itu tidak mencukupi, pihak Pak Jen sendiri akan menampung kekurangannya.

"Sewaktu kami memulakan operasi, hasrat kami adalah untuk menyajikan makanan tradisional yang popular dari Utara tanahair di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Sajian yang dihidangkan kepada pelanggan bukan sahaja rasanya mesti sedap tetapi pada harga mampu bayar, tidak membebankan dan pelanggan mudah untuk datang ke lokasi operasi restoran," kata Tan Jen, salah seorang pengasas Pak Jen Gulai Panas Langkawi.

Pelanggan yang makan di Pak Jen Gulai Panas Langkawi boleh menikmati hidangan dengan berbelanja kurang dari RM10. Namun begitu, kata Tan, kita sedar wujudnya golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat kita yang tidak mampu untuk makan di restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi.


"Justeru, sejajar dengan misi kami iaitu memberi makan, kami lancarkan Program Jom Makan supaya golongan yang kurang berkemampuan dapat menikmati makanan yang enak dan lazat yang disediakan di Pak Jen," kata Tan Jen bersungguh-sungguh.


 Sebagai permulaan Program CSR Jom Makan, 50 orang kanak-kanak termasuk kakitangan dan sukarelawan dari Yayasan Chow Kit dipilih menjadi golongan pertama yang akan diraikan. Selain daripada menjamu selera, mereka juga akan diajar cara-cara untuk menyediakan lempeng dan membancuh minuman istimewa Pak Jen, Cenang Ais.

Sementara itu, pengasas bersama Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Safwan Bahari berkata, Yayasan Chow Kit dipilih untuk Program Jom Makan kerana Pak Jen sememangnya mensasarkan masyarakat setempat sebagai permulaan.

"Kita sekarang mempunyai dua cawangan iaitu di Quill City Mall dan satu lagi di Sunway Putra Mall. Kedua-dua kawasan ini berhampiran dengan kawasan Chow Kit. Jadi, menjadi satu kelaziman untuk kita memilih Yayasan Chow Kit, apatah lagi mengambil kira segala usaha murni yang dilakukan oleh mereka selama bertahun-tahun lamanya," kata Safwan. Berbalik kepada Tan Jen, Program Jom Makan mungkin akan dikembangkan untuk memberi latihan untuk penyediaan makanan kepada “soup kitchen”.


"Kami suka dengan konsep memberi makan kepada golongan gelandangan atau yang kurang
bernasib baik menerusi kaedah “soup kitchen”. Oleh kerana restoran kami baharu 10 bulan beroperasi, kami sedar akan kekangan kami yang mana agak mustahil untuk kami menyediakan makanan untuk satu kelompok yang ramai.

"Akan tetapi, dengan kesanggupan kami untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bersama mereka untuk memasak secara pukal atau “soup kitchen” ini, sekurang-kurangnya inisiatif kami tidak terhenti setakat memberi makan setiap bulan.

"Kami rela untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu masak memasak. Resipi kami bukan rahsia pun kerana kita semua tahu, resipi masakan tradisional adalah turun temurun iaitu dari satu generasi kepada satu generasi. Bab makanan, kami amat bersemangat dan oleh kerana itulah, di Pak Jen, kita tidak menggunakan ramuan paket atau sos yang sedia ada sebaliknya kita sediakan sendiri ramuan dari mula sampai akhir," kata Tan Jen.


Lempeng sambal ini hanya RM7.00 sahaja.... kurang dari RM10.00.. jadi kita dapat menyumbang sedikit untuk kutipan Program Jom Makan... jadi singgah la ke Restoran Pak Jen di Quilt City Mall @ Sunway Putra Mall

Monday, September 17, 2018

Oden di Family Mart

Haaa... sapa pernah pergi ke Family Mart?


Saya pun pertama kali gak pergi.. pernah lalu depan ni.. ingatkan kedai macam 7-eleven yela jual makanan je kan...

Rupanya ada jual macam ala-ala steamboat tu.. tapi kuahnya tomyam.


Jadi saya pun pergila mencuba...

Nampak menarik... tanya adik tu macam mana nak beli...


Dia suruh pilih salah satu pada menu no 1 tu...nampak macam ada mee la kan.. tapi tak ambik.. saya ambik fish ball ke tak silap.. lupa

Kemudian boleh tambah pada menu ke 2...

Jadi saya pilih la beberapa menu.. kebetulan Huzaiman ada.. dia pun minta 1.. ketam..


Dah pilih menu dia bubuh la kuah tomyam dalam angkuk tu

Lepas tu ke cashier nanti dia kirakan...tanya sama ada nak makan terus atau bungkus... kalau bungkus dia tutup.. kalau makan terus dia biarkan terbuka la...

Saya pilih bungkus,,.sebab nak g makan kat McDonalds


Baru ambik 7 makanan pun dah RM7.95 .. lagi 5 sen genap RM8.00...

Rasanya?

Ala.. macam makan kat steamboat tepi jalan tu.. yang orang selalu bawa naik lori tu... bezanya beli kat family mart ni macam kebersihan nya terjaga la sikit kan.

Tempat pun selesa... itu jerla..

Tapi Family Mart ni katanya dari Jepun yek? besanya bila sampai ke Malaysia.. semua makanan di masak dengan betul mengikut spesifikasi HALAL la kan.

Okla kan.. macam sama jerla menu sana ngan sini.. bezanya kalau hujan sedap la makan kan benda panas2...


Nampak gayanya semakin berkembang pesat Gamily MArt ni.. tengok dah banyak cawangan dah...

Mungkin ramai permintaan kan.. harap2 bertahan la macam 7-E...

TAHNIAH la!!!

Saturday, September 15, 2018

[REVIEW] Munafik 2

Siapa dah tonton Munafik 2?


Ok.. saya berjaya pergi tengok atas nak tahu cerita nya...

Tahu tak.. Munafik terdahulu saya tak tgk wayang pun..tengok online je..hik3

Sinopsis :

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.

Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.

Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Tarikh tayangan: 30 Ogos 2018 (Malaysia)
Pengarah: Syamsul Yusof

**************************************


Ok.. saya sebenarnya macam rasa kureng sikit Munafik 2 ni...

So agak keciwa sikit.. tak tahu kenapa.. selepas sejam saya dah mula bosan......hahahha

Kiri kanan duk tutup mata.. pastu terjerit2.. saya pun tak nampak penjiwaan cerita tak meresap dalam jiwa........

So..nak tahu ceritanya.. layan la sendiri... malas nak cerita.. nanti kata MUNAFIK lak...

Cuma nak bagi tahu


Dapat harga tiket kat TGV RM 8.00 sahaja.. eh.. murah la pulak ye....

Pastu sebelum makan kene beli popcorn


Cuba makan popcorn royal tu RM17.50... sedap so..boleh la beli nanti.. besau juga

Tu jerla nak review...

Jadi.. pada yang nak menonton.. SELAMAT MENONTON!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...