Friday, March 31, 2017

Penggemar Nasi Kerabu

Ingatkan dalam keluarg ani x ada penggemar nasi kerabu la kan..rupanya silap hahahaha

Selain Danial... Huzaiman pun suka rupanya makan nasi kerabu


Yang ni nasi kerabu dari jiran... sedappppppppp

Air tangan jiran yang memang di tunggu2 kalau hari minggu... tapi x dapat gak la selalu... ikut kelapangan masa dia untuk masak...


Huzaiman ni kalau nak bagi dia makan.. kita la kene suapkan.. kalau suh dia makan sendiri.. alamat tak habis la...hahahaha

Jaket A dan B dari Milo dah dapat

Bab mengumpul plastik milo memang kesukaan saya....hahahhaa

Jadi memang dari awal tahun dah kumpul.. sebab tahu akan ada pengumpulan pembungkus milo ni kan...hahaha


Dari tahun lepas gigih g pos.. hahaha... 

Tebus pun untuk anak-anak jer.. maklum la anak-anak kan semua lelaki... jadi sesuai la untuk mereka....


Jaket A dan Jaket B dah sampai....

Saya tebus size S dan M jer... tak teringat nak tebus semua size kan.. teringat pula ada anak kakak saya sorang tu... hahahaha

Jadi untuk Jaket C dn D dalam proses penghantaran.. nanti dah ada .. sy update yek....

Tarikan terbaru di Kidzania - Pusat Penyelidikan Pembersih Udara dan Pembangunan SHARP


Taman tema kanak-kanak, Kidzania, menjalin kerjasama dengan SHARP Malaysia mewujudkan Pusat Penyelidikan Pembersih Udara dan Pembangunan SHARP di taman tema berkenaan yang juga menjadi aktiviti terbaru yang boleh dinikmati pengunjung.

Pusat penyelidikan itu akan memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai tahap kebersihan udara melalui demonstrasi teknologi pembersihan udara dan bagaimana kualiti udara mempengaruhi kehidupan manusia.



Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad, berkata inisiatif itu bertujuan memberi pengalaman kepada kanak-kanak selain melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan sains dan teknologi.

“Kami percaya kanak-kanak lebih bersedia menghadapi dunia sebenar dengan pengetahuan sains dan teknologi kerana mereka adalah masa depan kita,” katanya pada pelancaran pusat penyelidikan itu di taman tema kanak-kanak itu di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengarah Urusan Sharproxy Sales & Services Company (M) Sdn Bhd, Tadashi Ohyama.


Majlis berkenaan menyaksikan kerjasama strategik antara Sharp dan KidZania Kuala Lumpur dengan Sharp menyediakan pusat penyelidikan dan kajian pembersih udara yang memberikan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak di taman tema pendidikan berkenaan.

Sementara itu, Ohyama berkata, melalui kerjasama itu, SHARP berharap dapat mendidik generasi muda mengenai pencemaran udara dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjaga alam sekitar.


Antara aktiviti yang boleh dicuba di pusat penyelidikan itu adalah proses penapisan asap dan ujian bau di mana kanak-kanak boleh melakukannya sendiri.

Kidzania menawarkan lebih 100 permainan berkaitan pekerjaan yang menggalakkan kanak-kanak bersedia hadapi alam dewasa pada masa akan datang.


“Kami berharap ia akan menjadi inspirasi kepada pengunjung bagaimana untuk menikmati kehidupan yang lebih baik melalui pembelajaran dan minat serta menjaga alam sekitar,” katanya.

Sempena kerjasama dengan KidZania dan kejayaan yang diraih, Sharp menawarkan promosi bermula 29 Mac hingga 2 April depan bagi setiap pembelian dalam talian pembersih udara Sharp model FUA80EW, pembeli akan diberikan dua unit pembersih udara FPF40LW secara percuma.

Thursday, March 30, 2017

Tanaman dalam pasu

Bab nak menanam ni kekadang hasil jadi kekadang hasil tak jadi.....

Nak pula kalu dah tanam-tanam.. pokok mati atau makan dek ulat... tension ko.........

Pokok Kari

Daun Kunyit

Pokok Limau Purut

Daun Pandan

Daun Kesum
Sebelum ni pernah tanam kat tanah........

Tapi myIr marah.. sebab lalang lagi tinggi dari tanaman... wakakakaka... so dia simen tanah belakang...hahahaha

Kemudian.. buh dalam pasu.. tepi letak ruangan sebelah kanan... matahari terpacak.. so tanaman selalu kering.. dah la pemalas nak menyiram...

Pastu alihkan balik ke kiri pula.... redup la sikit.. sbb bila matahari naik dari belah kiri.. so.. macam redup la sikit walaupun x banyak..hahaha

Sekarang musim hujan.. suburla tapi masalah pula lain.. banyak ulat.. hanis daun2 kunyit kene makan dek ulat.. grrr geram gak..hahaha

Takperla janjji ada dari nak g beli kat kedai.. daun kunyit nak pakai sikit tpai beli RM1 hahahaha

Wednesday, March 29, 2017

Milo cube yang pemes ames tu

entah kenapa.. dalam bulan Mac ni.. tetiba ada pula benda VIRAL....

MILO CUBE


Ni gambar googgle...

Entah kenapa ramai pula share benda alah ni kat FB ngn IG...

So.. tertanya-tanya gak.. sedap sangat ker? Sampai ramai orang share dan jual wei....



Harga pula cer tengok...

10 pcs - RM 9.00

100 pcs - RM 60.00

Perghhhhhh.... bapak mahal gak...

So saya ni imagine la.. mesti macam kuib pati ayam kot besarnya....

Akhirnya..... member saya bagi share rasa......hahahaha


Yeahhh!! dah dapat gak pegang dan rasa milo cube ni...

Perghhhhhhhhh....... memang ras anak nanges bila dapat tgk milo cube ni depan mata weii........



Keciiiiiiikkkkkkkkkkk giler ko kiub nya...

Lagi kecik dari kiub pati ayam weiiiiii...hahaha.. dan rasanya pula macam rasa milo keras masuk angin... nak gigit punya la payah..

Dari beli 100 pcs henam puloh henget tu... baik la beli milo serbuk tu.. makan gitu lagi sedapppppppppp... baru RM 30.00 koooo...hahahaha

Jadi lain orang lain rasanya.. .. kalau nak tahu rasanya sendiri.. g la beli weiiiii

Ayam Goreng Pedas dari McDonald's

Minggu lepas... ayamg gorenng dari McDonald's mengeluarkan ayamg yang baru... di mana lebih pedas, rangup dan sedap....hehehe. Bagi saya sedap la kan...


Rupanya baru di lancarkan pada 19 Mac 2017 yang lalu....

Nampak lagi menyelerakan pula bila tengok iklan ayam ni...



Perghhhhhhhhh.......... dari lapar terus menjadi lapar...kah3...

So.. apa lagi saya pun pergi la ke McDonalds sebab nak cuba.. padahal macam tak leh cuba hari lain kan.. kalau g time baru keluar.. macam goreng pisang panas la.. letak jer habis.. letak jer habis...hahahaha


Harga pun lain dari yang lain la...

5 ketul ayam berharga RM 23.50 manakala 9 ketul ayam berharga RM 39.95... elok la ada bucket macam ni.. sebab selalu tak cukup pun nak makan kalau beli ayam....


Maka untuk set ayam.. terus naik harga nya... selalu kalau beli time promosi dalam RM11.59 tak silap... sekarang harga nya RM 13.65 dah... ok la kan.. dapat ayam 2 ketul, kentang goreng dan air minuman...


Kali ni memang tak beli happy meal sorang satu la.. sebab dah ada klokesi masing-masing.. cuma Zulfadhli jer x gemar makan ayam goreng McD,.... dia jer makan burger...hehehe

Beli 5 ketul ayam, 2 set ayam, 1 set happy meal, 2 cawan air frozen fanta ala-ala slurpee tu serta redem 1 cawan air Latte ... total keseluruhan baru RM 59.80...


Ok la... berbaloi2 la... sebab ayam memang jadi kegemaraan masing2-kan..... Jadi.. korang dah cuba lom ayam goreng yang baru ni?

Tuesday, March 28, 2017

Berakhirnya cuti sekolah pada bulan Mac yang lalu

Khemainnn tajuk entry.. panjang sungguh... hahahaha.. gigih gak taip panjang-panjang tu... sebenarnya nak cipta 1 tajuk pun hazab gak.... hahaha


Cuti sekolah pada 18 - 26 Mac 2017 yang lalu.... Danial pulang ke rummah... emm.. kiranya hampir 11 minggu la juga Danial dah belajar di Tahfiz...

Alhamdulilah... akhirnya.. hatinya memang terbuka untuk belajar di Tahfiz... walaupun pelbagai dugaan seperti barang-barang hilang.. dia tak kisah katanya sebab dia kata seronok belajar di sana...

So setelah seminggu.... pulang la dia ke Tahfiz balik...hehehehe



Sibuk la Huzaiman nak pakai serban gak...

Masa memula Danial pun tak tahu pakai serban ... dah lelama.. pandai dah...



Berjubah dah....

Oh ya.. sekarang dah kene pakai nametag pula.. mujur ada 1 name tag pernah buat..hehehe.. harap2 tak hilang la...

Dalam bulan 5 nanti ada REHLAH pula.. dia nak pergi.. emm. x perla. demi menuntut ilmu agama pergi saja la sayang.. ibu benarkan..

Semoga dapat menimba ilmu sebaik mungkin.. nanti boleh bimbing adik2 pula....

Russian Honey Cake

Hari tu jiran rumah ada buat kek....

Kek Russian Honey Cake... teringin nak makan.. tapi dia jual besar... emm.. x der siapa nak makan kalau beli besar2 siapa nak makan...

sekali tu dia buat yang ecik2.. dapat la rasa......


kecik jer kan...

sedang elok la tuk makan seorang ni... anak-anak bukan makan pun.. nanti di tinggalkan aja begitu.. baik ibu jer yang makan seorang...



rupanya berlayer-layer kek dalam nya yek...

Tak pernah rasa sebenarnya.. sedap.. manis2 gitu... boleh la next time kalau jiran buat lagi order kan... sedap pula bila makan...

sesekali boleh la.. hehehehe

Thomas & Friends Happy Meal Toys

Kalau g McDonalds yang di cari adalah mainan dari Happy Meal nya...


Budak ni la.. dia la pengumpul mainan happy meal...

Huzaiman suka benar kalau nak pergi McDonalds... nak pula kalau minggu tu Happy Meal ada Thomas & Friends... lagi la meronta-ronta nak pergi...


Jadi... pada 2 - 29 Mac 2017 ada 2 jenis mainan.... My Melody dengan Thomas & Friends

Jadi dapatla Huzaiman kumpul.. gigih tiap2 minggu pergi..huhuhuhuh





Tu semua dia la tampal....

Tak kasi ibu tampalkan.. dia nak tamal sendiri... hehehehe

Tapi bila dah banyak sangat mainan.. pening kepala la.. mana nak letak pun tak tahu.... tapi yang best nya.. mainan McD ni tahan lama.. takmudha rosak dan elok jerrrr...........

Ok.. tunggu 30hb pula...apa pula mainan dari Happy Meal yang keluar.... hehehe

Monday, March 27, 2017

Mari sertai rekruit M.A.T.A di KidZania

Siapa yang tak kenal Ejen Ali? Rasanya sekarang cerita kartun yang sangat popular adalah Ejen Ali selain Upin-ipin dan Boboiboy....


Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya daripada sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.


Jadi pada minggu lepas, anak saya telah pun menjadi ejen baru M.A.T.A di Kidzania dan menyelamatkan Bandar Cyberaya di Kidzania...


Meta Advance Tactical Agency ialah sebuah institut untuk ejen rahsia. Setiap ejen dalam M.A.T.A ditaksir dan mendapat pangkat sebagai sama ada NEURO, TEKNO, INVISO atau KOMBAT bergantung pada kebolehan teras mereka.

Jadi apa lagi.. anak-anak saya mencuba nasib untuk menjadi ejen dan mencuba segala kebolehan mereka...


Anak-anak akan di berikan kad untuk melengkapkan misi mereka....

Terdapat 4 cabaran yang mereka perlu lakukan.. dan untuk menganalisa kebolehan masing-masing, mereka akan di akhir stage...

Memula mereka perlu ke NEURO


Neuro Agents ialah pegawai risik. Mereka terdiri dari orang yang mempunyai satu bakat untuk mengekalkan, menganalisis dan mendapatkan maklumat.

Neuro Agents baik di perancangan strategik dan penyelesaian masalah.

Belajar untuk menyelesaikan misteri dan teka-teki dengan sahabat anda untuk menyiapkan misi kool ini. Program ini mengajar anak akal logik berguna, perancangan strategik, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.

kemudian mereka ke TEKNO


Ejen-ejen TEKNO ialah pakar-pakar teknikal. Mereka membangunkan alat-alat paling maju, menggunakan senjata-senjata rumit dan melaksanakan tugas-tugas khas yang sangat sedikit mampu buat.

Mereka ialah peramal-peramal kreatif yang berfikir di luar kotak.

Bergabung pasukan dengan ahli pasukan anda untuk menyelesaikan satu kes khusus. Anda akan hendaklah mengguna keberanian anda yang kreatif dan mental melalui latihan ini.

kemudian mereka ke INVISO


Ejen-ejen INVISO cepat dan mencuri-curi. Mereka merupakan pakar-pakar dalam seni penyembunyian, penyusupan dan rahsia. Mereka mampu menusuk barisan musuh dengan berpadu.

Mereka cemerlang dalam kemahiran sosial dan baik di membaca orang.

Membaiki kemahiran sosial anda dan belajar bagaimana untuk berpadu oleh simpannya asal tanpa mendedahkan identiti sebenar anda, menguasai seni menyamar.

kemudian terus ke KOMBAT


Ejen-ejen KOMBAT ialah pejuang terbaik dan terkuat. Sering ada kekuatan fizikal dan teknik menembusi mana-mana penentang atau halangan, mereka juga kuat dalam kerja berpasukan, penyelarasan, dan keupayaan fikir dan bertindak pantas di kaki mereka.

dan yang terkakhir... Peringkat Akhir Kemungkinan Misi


Peringkat akhir Mission Possible oleh Ejen Ali. Berpeluang memenangi barangan eksklusif Ejen Ali dan memperakui diri sendiri menjadi seperti Agent Rasmi M.A.T.A !


Akhirnya... anak-anak berjaya menyelesaikan misi-misi Ejen Ali dengan jayanya!!!

Nak tahu... apa kebolehan anak-anak ni setelah mereka selesaikan misi-misi tersebut...


2 orang berjaya di iktiraf sebagai KOMBAT dan 2 orang lagi di iktiraf sebagai INVISO.... hehehehe

Seronok anak-anak kerana dapat menjadi Ejen Rasmi M.A.T.A


Dapatla sorang satu barangan esklusif dari Ejen Ali --> PENSIL BOX...hehehe

Jadi... masih sempat lagi untuk anak-anak korang menyertai nya....


Misi Ejen Ali di Kidzania bermula dari 18.03.2017 - 31.03.2017... dan semua kanak-kanak di alu-alukan untuk menjadi ejen baru di M.A.T.A ini...

Dan untuk masa sekarang.. dapatkan tiket Kidzania dengan potongan sebanyak 30% dari harga pembelian.

Jadi...Misi ini akan mencabar penyelarasan badan anda dan tahap kesihatan. Adakah anda siap untuk ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...