Tuesday, November 29, 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun 2016

Emmm.. lama dah tak update ni.. cerita banyak nak update tapi x ada masa.. sibuk sungguh la...

Cuti sekolah pun dah bermula... anak-anak dah ada kat rumah... entah la nak kemana pun tak tahu lagi.. hahaha. Sebelum cuti sekolah macam-macam acara settlekan .... 

Tahun ni saya rasa macam sangat padat aktiviti.. mungkin sebab Danial tahun terakhir di Sekolah Rendah.. dan macam-macam perlu di lakukan kan?

Puas saya cari tahun lepas punya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik tapi tak jumpa.. emm.. tak update la tu.. hahahaha.. Jadi tahun ni nak update juga walaupun anugerah nya x sehebat anak-anak orang lain..hehehe

25 November 2016


Hari terakhir minggu persekolahan tu hari rupanya ada juga Majlis Anugerah Kecemerlangan ni.. saya ingatkan tak ada...hahahaha

Pastu Zulfadhli bagi la surat suh hadir.. ok nama dia pun ada dapar anugerah.. kali ni untuk Anugerah Kehadiran Terbaik..hehehe Tak perla janjji ada...

Danial dan Zulfadhli dapat.. Iskandar tak dapat sebab dia MC lebih awal dari cuti sekolah..hahaha



Ini adalah tahun pertama Zulfadhli dapat... tak perla.. pelan-pelan.. yang penting belajar dan faham apa yang cikgu ajar...



Untuk Danial pula adalah tahun terakhir di Sekolah Rendah.. lepas ni melangkah ke alam menengah pula...

Semoga tahun akan mendatang semua anak-anak ibu cemerlang.... tak kira di mana jua berada.

Friday, November 18, 2016

Keputusan UPSR 2016

Semalam 17.11.2016 adalah keputusan UPSR bagi tahun 2016.....



Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A.

Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu.

Selain itu seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C). Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E.

Gred Purata Nasional ialah 2.96.

***********************************************

Alhamdulilah... semalam keputusan UPSR telah pun keluar.. setelah berdebar-debar berminggu-minggu terjawab sudah keputusan nya...

Alhamdulilah juga, anak saya Danial berjaya mendapat keputusan yang BAIK... jadi tak GAGAL ok... yang penting dia dah usaha sebaik mungkin....


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata pencapaian calon UPSR 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon tahun lalu.

"Calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

"Keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B, C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D.

"Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran untuk menjawabnya," katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213793 

Tuesday, November 15, 2016

Gara-gara stesen NGV banyak yang di tutup sementara

29 OKTOBER 2016

PENUTUPAN SEMENTARA BAGI PERKHIDMATAN NGV DI 67 STESEN PETRONAS
PETRONAS 

Dagangan Berhad (PDB) sedang melaksanakan proses penambahbaikan prosedur keselamatan di stesen PETRONAS yang mempunyai fasiliti NGV.

PDB sedang melakukan penutupan sementara bagi operasi NGV di 67 stesen PETRONAS yang terletak di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor bagi tujuan kerja-kerja menaik taraf dan pembukaan semula akan diberitahu kelak. Walau bagaimana pun, perkhidmatan bagi produk bahan api lain dan Kedai Mesra di stesen-stesen ini akan beroperasi seperti biasa.

PDB sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan standard keselamatan yang tertinggi di premis kami.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Senarai kemudahan NGV di stesen Petronas yang masih beroperasi dan ditutup sementara boleh didapati di www.mymesra.com.my.

***********************************

Baru-baru ni keluar kenyataan mengenai setesen NGV ditutup sementara.... konon nya sebanyak 67 Stesen Petronas.. tapi sebenarnya melebihi dari 67 stesen tu...



Bila tengok balik kat stesen minyak petronas yang ada NGV tu... kemain panjang beraturnyaaaa.........

Untuk mengisi gas sahaja mengambil masa dekat 1 jam lebih untuk beratur.. ada yang sampai 2 jam.. tapi bila waktu isi.. hanya dapat dalam RM 2 @ RM 5 kerana pressure gas makin rendah...

Emm.... kalau la NGV di tutup terus... adakah harga tambang TEKSI akan meningkat juga?? emmm... habis la karier teksi mcm ni kan... pakai minyak memang mahal... kalau guna NGV berbaloi.... cuma kene sentiasa wat penyelenggaraan jerla...

Okla.. saja jer share kisah NGV ni..hahahaha

Friday, November 11, 2016

Majlis Graduasi Tahun 6 SKJ4

Wah... beruntung betul anak-anak sekarang kan?

Baru darjah 6 tapi telah di buat majlis penutup gilang gemilang... majlis graduasi ala-ala konvokesyen universiti tu..hik3

Hari ni adalah hari Majlis Graduasi Danial yang berlangsung di Hotel Bangi-Putrajaya.... saya sempat la berkejaran ke sana sekejap...

Jadi seperti biasa.. mak nya kalau dah blogger.. mesti la nak buat blog kan? hahahaha... jadi meh ler layan gambar-gambar nya yek...hik3




Dapat la juga tengok jap.. lepas habis dia ambik sijil.. bergambar la kejap.. terus la saya balik ke opis.. hehehe

Mujur dekat jer Putrajaya ke Bangi kan?



Cepat jer dah besar kan.. dah 12 tahun.. ishk.. tak sedar dah... dia bakal menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah pula...

Dulu ingat lagi kecik jer dia kan.... pejam celik.. pejam celik.. huhuhuhu


Kenangan ramai-ramai 1 kelas 6C9.. ni pun tak cukup pelajar nya.. mungkin ada yang tak dapat hadir atau x der dalam gambar berlegar2 la tu kat dewan.. pemalu nak bergambar..hik3

Dalam kelas Danial ada 36 orang... ramai juga kan...


Berbeza sungguh 6 tahun yang lalu.. semasa dia baru jer habis Tadika....

Nampak sungguh perbezaan nya.. dulu berisi sikit.. sekarang dah tinggi dan kurus dannnn semakin gelap......hehehehe

Apa-apa pun ibu doakan semoga Muhammad Danial dapat menimba ilmu tak kira di mana jua berada...

Dapatkan diskaun 30% untuk pemegang kad IKEA di Little Kingdom

Haaa.... lagi 2 minggu jer nak cuti sekolah kan? Dah rancang ker nak kemana bawa anak-anak sempena cuti sekolah ni? Sekarang ni banyak dah taman tema wujud... sekitar KL pun ada...


Haaa... siapa yang belum lagi ke taman tema di Little Kingdom boleh la cuba ke sana....anak-anak saya dah ke sana... memang seronok...

Nanti cuti sekolah ni boleh la pergi lagi!!!!


Sekarang ni untuk pemegang kad ikea... ada potongan sebanyak 30% untuk tiket masuk ke Little Kingdom tau... banyak tu potongan nya 30%!!!

Terma dan syarat :

  • Sah untuk semua tiket masuk
  • Ahli IKEA FAMILY/smales mestila tunjukkan KAD semasa pembelian di kaunter tiket Little Kingdom
  • Tidak sah untuk sebarang promosi dan potongan diskaun yang lain
  • Kanak-akanak hendakla di temani sekurang-kurang nya 1 orang dewasa 
  • Pihak pengurusan berhak untuk menukar segala terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Pada yang nak ke Little Kingdom ni.. memang sesuai la waktunya... kerana promosi ni berlangsung sehingga 31 Disember 2016 ok!


Jadi ambil la peluang untuk bawa anak-anak ke Little Kingdom... tempat pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar....

Promosi : 30% diskaun untuk pemegang kad IKEA
Tempoh : 01 November 2016 - 31 Disember 2016

Lokasi : Little Kingdom, Level 3, Maju Junction Mall, Jalan Sultan Ismail, KL

Waktu operasi : 
Isnin – Jumaat dan Ahad : 10:00 pagi – 6:00 petang
Sabtu dan Cuti Umum : 10:00 pagi – 7:00 petang

Jadi kenapa perlu pergi jauh... datang la ke Little Kingdom yang terletak di tengah-tengah ibu kotaraya di mana ia sesuai untuk anak-anak dan ibu bapa bersukaria sambil meningkatkan pengetahuan dan imiginasi anak-anak sambil belajar sesuatu.

Thursday, November 10, 2016

Bergambar dengan kenderaan rasmi POLIS

Sabtu lepas SKJ4 ada wat Hari Karnival... ala.. macam Hari Kantin.. tapi tak panggil Hari Kantin.. panggil Karnival pula...hehehe

Zulfadhli masuk acara sukaneka... jadi yang abang-abang nya sibuk gak nak datang.. menghabiskan duit ler.. beli kupon RM10 sorang satu.. untuk masuk rumah hantu la.. main game la.. emm.. nama pun budak-budak.. nak main jerla...

Saya tinjau-tinjau jer.. tengok gelagat anak- anak kan... tetiba nanpak satu sudut kenderaan polis.. so fikir mungkin mereka di arahkan menjaga keselamatan pelajar...

Tapi tengok ramai lak yang sibuk bergambar...eh..eh.. boleh bergambar la.. apa lagi... mestila ajak anak-anak..hahaha



Kemain bergambar anak-anak atas motor....

Suka la Zulfadhli dan Huzaiman dapat naik motor polis...hehehehe


Baik sungguh hati polis tu...

Tolong naikkan Huzaiman atas motor..hehehhee... rajin melayan anak-anak yang nak naik motor ni...



Sebelum balik.. sempat la berposing depan kereta polis..hehehe

Emm... bukan ada sebab nak naik kereta polis kan... jadi jangan la ada sebab nak naik kereta polis ni selain ada pameran jer..hik3

Wednesday, November 09, 2016

Hari pemulangan buku teks Tahun 6

Semalam hari pemulangan buku teks SK Jalan Empat... sekolah anak saya. Tapi di sebabkan tahun 2016 adalah tahun terakhir dia.. jadi special sikit la... mestila ada entry untuknya..hahaha

Nanti Iskandar tahun 6 saya wat gitu juga la.. maklum la.. geng seluar biru untuk Danial bakal berakhir pada 26 November 2016 ni kan...hahahaha



Tu dia.. masing-masing tengah susun buku teks... untuk makluman anak saya adalah kumpulan pertama bagi KSSR sebelum ni KBSR....

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

  • Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  • Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.



Jadi dari Tahun 1 (2010) hingga la Tahun 6 (2016) anak saya adalah pemilik PERTAMA bagi BUKU TEKS KSSR... jadi setiap kali dapat buku teks ni memang dapat BARU la kan...

Semua saya balut cantik-cantik dan kemas supaya anak-anak seterusnya dapat menggunakan nya... tapi sampai kat kumpulan Zulfadhli di mana sudah 5 tahun berlalu.. emm.. memang buku smeua dapat macam belacan la...

Ada yang terkoyak.. terburai..hancur.. dan rosak... huhuhu.. Tak tahu la zaman Huzaiman macam mana nanti... tak terfikir pula nak beli buku teks sendiri.. kalau tau beli je kan.. sekurang-kurang nya buku sendiri beli memang leh jaga sebab hanya adik beradik jer kan pakai..hehehe

Ok la.. lupakan sekejap pasal KSSR ni.. sebab dengar kata tahun 2017 akan di mansuhkan pula UPSR ni... emmm... tengok jerla nanti..hahaha



Terima kasih kepada Cikgu Ronizan guru kelas anak saya..

Rajin post gambar anak-anak..hehehe.. kenangan ni.. tu yang nak di abadikan kat blog.. mana tahu esok2 dia besar.. leh google sendiri jerla blog ibu nya...

Ishk.. lagi  2 minggu jer sesi persekolahan 2016 bakal berakhir... tak sabar nak tengok Danial jadi geng seluar hijau lak...hehehehe

Tuesday, November 08, 2016

[REVIEW] Berdetox dengan Passion D'Tox untuk kesihatan

Bila usia dah meningkat ni.. hai.. memacam produk pula nak di cuba ye dak?

Cari info sana.. sini.. google sana sini.. tanya sana sini... mana yang jumpa cuba... jadi apa salahnya kita cuba.. kalau serasi boleh la teruskan kan?

Jadi baru-baru ni di perkenalkan dengan produk untuk membersihkan usus dan lemak degil yang terkandung dalam tubuh badan ... maklumla.. makan berminyak.. lemak tu kan.. lelama terkumpul gak.. pastu degil nak ilang..hahahaha

Nama produk tersebut adalah PASSION D'TOX


Passion D'Tox?

Passion D'tox (PDX) adalah produk yang mengandungi ekstrak buah-buahan dengan  kepelbagaian
serat yang kaya dengan vitamin C dan E. Minuman kesihatan ini mengandungi serat yang menghalang karbohidrat berlebihan serta kalori kesan dari pengambilan makanan harian anda. jadikan jus berkhasiat ini sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda bagi menggalakkan pertumbuhan bakteria, melancarkan sistem pencernaan agar sihat berbanding sebelum ini. Dan paling penting PASSION D'TOX TIADA KESAN SAMPINGAN !

Bila sebut tak der kesan sampingan tu yang ramai cari kan... ialah.. kalau makan ada kesan sampingan sapa nak kan? hahaha


Khasiat dan nutrisi Passion D'Tox

  • Kaya dengan Serat, Vitamin C dan Vitamin E
  • Serat larut membentuk gel dalam laluan pencernaan mengepam keluar kekotoran dan toksin.
  • Mengelakkan sembelit
  • Menyingkir lemak yang tidak diperlukan dan menyekat lebihan karbohidrat dan kalori.
  • Bahan semulajadi dan tiada pewarna tiruan.
  • Tiada kesan sampingan 
  • Meningkatkan jumlah bakteria sihat.
  • Meningkatkan pemulihan kulit.
  • Anti-penuaan.
  • Melembap.
  • Agen pemutihan kulit.Khasiat dan nutrisi P

Cara pengambilan Passion D'tox 
  • Mix 1 sachet ke dalam 150ml air dalam suhu bilik, kacau dan minum segera.
  • Untuk kesan maksimum, minum segelas air suam keesokan harinya.
  • Pastikan pengambilan air secukupnya setiap hari untuk menyokong proses detox 
  • AMARAN !! Tidak digalakkan minum produk ini oleh wanita hamil atau kanak-kanak..
  • Tetapi selamat untuk penyusuaan..


Yang menariknya.... Passion D'tox ada pensijilan KKM diluluskan dan Halal disahkan. Dengan insurans produk RM 2,000,000. .... perghh terbaik tau

Mana ada lagi produk yang buat insuran produk banyak macam tu... ha Passion D'Tox ada tau...

Sekotak : RM 110.00

Dalam sekotak ni ada 15 pek... setiap pek mengandungi 12 g yang kaya dengan vitamin C dan E tau... jadi kalau sesiapa yang berminat untuk mencuba Passion D'Tox ni boleh la dapatkan maklmuat lanjut di :



Jom sihat dengan Passion D'Tox

Monday, November 07, 2016

Tarikh keputusan UPSR 2016

Baru-baru ni saya dapat gambar dari wasap... rasa dah ramai kot share...



Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 adalah : 17 November 2016 bersamaan hari Khamis bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing

Ishk......berdebar-debar pulak rasanya.. maklum la anak sulung nak ambik keputusan..hik3

Dan keputusan PSRA pula ramai kata 9hb November.. ada yang kata selepas UPSR keluar...ishk.. bertambah berdebar2 ni,....

Wednesday, November 02, 2016

Pakej Hosting Baru NetKL (Xtended Plans)

Sebenarnya nak bagi tau... saya untuk blog Sumijelly.com ni saya pakai hosting yang di beli dari NETKL ni....

Bermula harga dari RM60.00 hingga la ke RM650.00.....

Kalau baru berjinak2 dengan blog dan nak guna DOMAIN sendiri boleh la beli dengan NETKL ni....

Meh lihat jadual pakej yang ditawarkan oleh NETKL



Kalau nak di bandingkan dengan yang lama.... yang bari kini telah di naiktarafkan seperti Disc Space, Bandwidth, SQL Database, dsb nya) telah dinaikkan, antara 200% sehingga 500% bermula 10 September 2016 yang lalu....

Saya bagi contoh pakej lama ngan baru yek.. kita ambik pakej mySilver


Kalau pakej lama :

Hosting Specifications :

  • 400 MB Disc Space Storage
  • 7 GB Monthly Bandwidth
  • 1 MySQL Databases
Kalau pakej baru :

Hosting Specifications :

  • 500 MB Disc Space Storage
  • 10 GB Monthly Bandwidth
  • 1 MySQL Databases
Nampak tak perbezaan nya?? semakin naikkan?

Ha.. kalau masih mencari-cari pakej hosting.. boleh la pilih NETKL... so far sepanjang saya pakai sejak 2009 memang x ada masalah... sangat tip top layanan nya...


Kalau nak beli domain sahaja pun boleh.. beli domain dan masih kekal dengan Blogspot... tapi kalu nak guna hosting dan domain.. selalu guna wordpressla..hehehe

DOMAIN sahaja : RM45.00
DOMAIN +  HOSTING  bermula dari RM60.00

Jadi.. kalau sesiapa tengah mencari PAKEJ DOMAIN dan HOSTING boleh la cuba NETKL.COM

Tuesday, November 01, 2016

#Bajet2017 – Infografik

#Bajet2017 – Infografik


**Klik gambar untuk lihat lebih jelas**

Menjawab Online Self-Assessment (OSA) MRSM

Hari tu permohonan secara online untuk MRSM telah dibuka dari 13 September hingga 21 Oktober... selepas tu kene jawab onlinr self assessment pula...


Masuk jer laman web MRSM

--->> https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Nanti ada butang OSA.. klik aja...


Kalau boleh biarla anak yang jawab... jangan la mak ayah yang jawab....

Soalan ni lebih kepada diri sendiri... senang jer soalan.. dan jawapan pun senang...


Sebenarnya ada 2 pilihan tuk jawab soalan... sama ada JAWAB SEKARANG atau pilih slot untuk di jawab...

Saya lebih suka pilih JAWAB SEKARANG.. tu pun setelah 2..3 kali masuk baru dapat...

Kalau pilih slot.. takut terlupa.. atau sibuk.. nanti tak jawab.. sebab jawab pula kene sekali.. dengan internet pantas dan tidak teganggu.. kalau dah terlepas.. x leh jawab lagi..

Untuk Danial.. semua saya mohon.. walaupun tak tahu keputusan nya macam mana.. hahaha.. tak perla.. janjji apply.. dapat tak dapat belakang cerita..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...