Tuesday, September 29, 2015

Majlis Resepsi Perkahwinan Hafiz & Farah

 Sabtu lepas kawan opis kawen...heheheheh

Tapi buat kat Kluang Johor la.. maka pergila saya bersama rakan opis jer.. sebab myIR ada hal maka, bawa 2 orang anak jer.. lagi 2 tinggal ngan ayahnya...hehehe

Ohya.. pada hari sabtu tu juga kawan blogger Hazman pun bersanding gak.. emmm.. x dapat g jumpa Hazman.. sebab sampai umah dah malam.. sangat penat sungguh..hehehe

Jom tengok gambar pengantin ......

Sampai jer apa lagi.. ambik gambar kat photobooth derang...

Comel dan manarik ok...hahaha.. tengokla.. apa la si Iskandar nak buat ngan motor tu..hahaha. Nak naik la tuew...

 Ok.. pengantin pun sampai...

Huzaiman sambut pengantin...hahahaha.. sibuk tul ke hulur hilir...

 Meja beradap.....

Panjang dan cantikkkkk kan?

Meja dessert tuk tetamu meja beradab....

Kami duduk di meja beradab ok... esklusif kan?

Kek pengantin,... 3 tingkat ko...

 Menu makanan...

Nasi nya sangat lembut dan seddddaaaaaaappppp... bertambah-tambah la makan..

 Ada gerai air batu campur...

Memang elok sangatla kan.. haus dan panas.. sesuai la makan kan...

Ada gerai goreng-goreng...

Hei.. bukan la Johor kalau tak ada pisang goreng di cicah ngan sambal kicap kan?? hehehehe

Ok.. dah la tu.. kesian pengantin nya gambar tak nampak lak.. jom tengok gambar pengantin sat..hehehe

 
 

Cantik kan pengantin.........

Tempat singah sana pun cantik.. bunga tu kiri kanan bunga hidup tau... memang segar bugar...

Selamat pengantin baru Hafiz dan Farah..

Semoga kekal ke akhir hayat... dan selamat menempuh alam baru ok!

Friday, September 25, 2015

Jom raikan sambutan bulan Play-Doh!


Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Kanak-kanak suka menghasilkan sesuatu yang menarik jika di berikan pendedahan lebih awal seusia 2 tahun.....


Jadi saya ajak Zulfadhli dan Huzaiman untuk mencipta sesuatu dari Doh dengan melambangkan kita sebagai rakyat Malaysia...

Terdapat pelbagai warna untuk menghasilkan kerya mereka

Di sebabkan mereka masih kanak-kanak, saya ajarkan mereka yang mudah dan senang sahaja...

Kalau setakat mencantum dan meletakkan doh tu, Zulfadhli sudah boleh lakukan sendiri..

cuma Huzaiman saya perlu bimbing untuk menghasilkan sesuatu....

Akhirnya.... siap sudah hasil kreativiti Zulfadhli dan Huzaiman iaitu Bunga Raya, Muka Harimau dan juga kuih karipap.

Boleh la hasilnya dari kanak-kanak bawah 6 tahun kan?

Ohya... untuk semua, sebenarnya bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Korang boleh mencipta sesuatu yang baru atau buat kembali apa yang sedia ada untuk turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu).

Untuk mereka yang berjaya mencipta ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik! dan ukiran tersebut akan dipamerkan untuk tontotnan semua rakyat Malaysia.

Jadi ayuh semua untuk hadir di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama pada 26.09.2015 hari Sabtu ini untuk mencipta rekod Malaysia!

Tuesday, September 15, 2015

MyIPU aplikasi untuk maklumat terkini IPU

Sekarang ni musim jerebu.... kita nampak macam ok.. tapi sbeenarnya IPU dia tinggi...

Sekarang ni dah zaman teknologi.. apa susah.. muat turun jer myIPU yang di hasilkan oleh JAS tu...


Jadi lepas dah muat turun, senang nak tahu IPU berapa kan.. senang sikit sama ada selamat untuk berada di tempat tersebut atau tidak....

Harap2 jerebu berkurangan la.. mujur esok cuti kan?

Selamat Hari Malaysia semua!!

Pakaian Tradisional masih kekal untuk di pakai tak kira masa

Baju kurung merupakan pakaian tradisi turun temurun masyarakat Melayu. Ciri-ciri tradisinya yang menutup aurat dan fungsi reka ciptanya yang sesuai dengan iklim panas lembab Malaysia, serta potongan yang sesuai dengan semua susuk badan empunya diri, maka tidak hairan lah mengapa baju kurung dan baju Melayu bagi lelaki dominan dan kekal sehingga kini.

Sejarah merakamkan baju kurung adalah nama yang diberikan kepada pakaian tradisional masyarakat Melayu sama ada bagi lelaki mahupun wanita.


Selama ini kita sering kali mengaitkan pemakaian pakaian tradisional wanita dengan majlis-majlis formal dan keagamaan sahaja. Sememangnya, jenis pakaian tradisional yang sering menjadi pilihan kaum wanita adalah baju kurung pesak. Ia juga merupakan pakaian kebangsaan wanita di Malaysia yang dipakai ke majlis-majlis rasmi serta dijadikan pakaian ke sekolah.

Namun, dengan perkembangan fesyen yang semakin berkembang pesat, kita dapat lihat kini terdapat pelbagai rekaan pakaian tradisional yang telah ditambah dengan sentuhan moden. Bermula dengan rekaan baju kurung pesak yang asal, kini terdapat aneka rekaan baju kurung moden yang benar-benar mengikuti trend terkini. Oleh itu, pakaian-pakaian tradisional ini bukan sahaja boleh dipakai ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, malah boleh anda gayakan ke apa jua acara.

Sebagai contoh;
Untuk midi kurung seperti berikut, ia sesuai untuk anda gayakan ke pejabat mahupun ketika ingin menghadiri resepsi perkahwinan. Rekaan kurung yang seakan-akan blouse ini dipadankan dengan kain yang mempunyai potongan ala mermaid.
Untuk rekaan baju kurung moden yang seperti ini pula boleh anda gayakan apabila ingin menghadiri majlis-majlis yang berprestij. Atau mungkin anda boleh gayakan ketika majlis makan malam tahunan syarikat anda.


Untuk pakaian tradisional seperti jubah pula, tampil sopan dan bergaya dengan koleksi kubah moden yang kini boleh anda dapati dalam pelbagai pilihan rekaan. Dengan rekaan yang moden dan trendi ini, membuatkan ia sesuai untuk digayakan ke pejabat, keluar bersiar-siar, atau pun ke mana sahaja!

Sekarang ni zaman pun sudah semakin maju, teknologi pun semakin hebat.. semua dihujung jari sahaja. Apa susah.. lagi pun nak raya haji ni.. apa kata beli baju kurung tradisional semua ini secara online, pilih, bayar dan barang sampai depan pintu jimat masa dan kos...

Pastu waktu hari raya haji dah boleh melaram depan sanak saudara .. kan meriah ! Tapi kalu tak smepat pakai waktu raya haji, pakai aja ke pejabat... kan dah ada banyak pilihan untuk bergaya!

Selamat membeli belah semua!! 

Monday, September 14, 2015

Menjamu selera di Tappers Cafe, Cyberjaya

Minggu lepas, kawan ajak makan kat Cyberjaya sebab nakbyar bill kan... dah alang2 tu.. kita ni ikut jerla kan...hahaha

Tak tahu dah nak makan apa.. nak makan tempat baru la .. takkan nak makan tempat dah biasa pergi.. jalan.. punya jalan.. terjumpa kedai ni...

Tappers Cafe, Cyberjaya

 

Masuk jer kedai ni.......

waaaaaahhhhhhhhhhh......lawa konsep kedainya.. warna putih bersih sesuci muka saya.. wakakaka

 

Malas nak cakap.. trs tengok menu sebab lapar ok!


 

Dah pilih mana yang berkenan...

Macam biasa la.. gunakan wifi sepenuhnya sementara makanan sampai..hahahhaa

Tappers Nasi Lemak

 
 Chicken Parmigiana


Semua set menu di atas termasuk air sekali.... jadi tka yah susah2 nak tambah2 lag kos kan..hahaha


Okla kan makan bertiga baru RM50.95 termasuk GST dan servise charge...

Jadi kalau nak pergi boleh jer g memana outlet.. adalah dalam 13 outlet dah di buka.. tu pun macam ada lagi 2 nak buka lagi...

Mentang2 dah masuk JJCM .. terus popular...hehehe..mujur service tiptop..hehehe

Tappers Cafe Cyberjaya
P1-08, Shaftsbury Square,
Lot 2350, Cyber 6,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya.

Tel : 03 8322 4788
Mon - Fri 7.30 AM - 10 PM
Sat - Sun 9.30 AM - 10 PM

Selamat menjamu selera uolls!!!

[HAJI] Alhamdulilah, jiran tetangga dapat menunaikan Haji 1436H

Labaik ALLAH huma Labaik

Alhamdulilah.... jiran setaman saya ... dan juga selorong jalan saya di kawasan perumahan dapat panggilan menunaikan haji bagi tahun ini 1436H bersama suaminya. Walaupun bukan saya yang pergi.. tetap hati merasa gembira dan sayu...

Semua pun berimpian nak ke sana kan...saya pun berimpian nak kesana dalam usia muda... sedang berusaha mengukuhkan kewangan serta membuat persediaan diri juga... hehehe

Pada 3 September 2015 lepas pada hari Khamis, jiran saya ada buat kenduri sebelum menunaikan berlepas ke Mekah.

Seperti biasa.. kami kalau berjumpa mesti borak2 lama.. maklum la semua bekerja.. bila ada kenduri macam ni sahaja la dapat berjumpa dan berbual2 tapi bukan melepak umah kenduri.. tapi g rumah jiran sebelahnya...hahaha

Kiranya kami x ganggu la majlis kendurinya.. kalau duduk situ.. memang x leh nak borak2 la kan...sbb mestila jemaah lelaki pandang2 nanti..hahaha

 
 
 
 
 
Kemudian, pada 6 September 2015 hari Ahad, bertempat di Surau Taman, kami menghantar jiran saya dan suami nya dengan iringan doa serta pandangan mata sahaja... tak dapat nak hantar sampai Kelana Jaya.. sebb penerbangan jiran saya pada 7 September 2015 jam 1.20 pagi tak silap saya dengan menaiki penerbanga KT42.

 
 
Mujur sempat menghantar... saya ingatkan hari bekerja..hehehe

Jumpa lagi... asal jumpa sedih.. sedih dan gembira..hehehe... ni tengah menaip pun meleleh lak air mata.. betulla air mata dan perempuan tak dapat di pisahkan yek..hahaha


Kepada Sarah dan Faez (suaminya)

Kami doakan semoga dipermudahkan segala urusan ibadah haji dan dapat melaksanakan dengan sempurna serta pulang ke tanahair dengan selamat...

Doakan kami semua dapat menunaikan juga ibadah haji yek...

Amin..amin yarabbal al amin....





Wednesday, September 09, 2015

Bayaran pengurusan jenazah

Erkk....tetiba pula masuk bab jenazah...hehehee

Saja nak share... sebab terjumpa kat FB kengkawan share bayaran ni... jadi apa salahnya kita berkongsi kan sama...mana tak tahu boleh jadi tahu...hehehe


Tapi harga di atas tu untuk sekitar Qariah Alor Setar... tak semua tempat sama harga nya.. mungkin berbeza-beza

Maklumla... setiap Qariah nya mungkin pendalaman, luar bandar, jadi banyak faktor di ambil kira...

Ingat tak dulu awal tahun 2015, heboh pasal 1 resit pengurusan jenazah tersebar luas di mana harga nya mencecah hampir RM5 ribu ringgit...


Dah di viralkan di media sosial... kemudian Setiausaha Masjid Qariah tersebut tampil menjelaskan perkara tersebut
Sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.

Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya sekitar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat.

- Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan

Ishk... macam-macam pula kan.... ikut keluarga waris la kan.. nak wat macam mana... kita mana leh pertikaikan kan...

Rupa2 nya untuk kakitangan awam juga terdapat bantuan mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah bagi  pegawai  yang  meninggal  dunia  semasa  dalam  perkhidmatan, sama  ada  di  dalam  atau  di  luar  tugas  rasmi  adalah  layak  diberi.

Seperti termaktub di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 6.4/2013 kadar bantuan kepada waris pegawai adalah seperti berikut:
  • bayaran Bantuan Mengurus Jenazah sebanyak RM3,000; dan
  • bayaran  pengangkutan  jenazah  mengikut  kadar  perbelanjaan sebenar yang munasabah dan disokong dengan resit
Ohw... baru tahu... hehehe...

Jadi kepada waris2 yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam, boleh la membuat tuntutan mengikut perkeliling yang di nyatakan... nak tahu apa dia, leh la baca dengan lebih lanjut....

Ok... 1 bab dah tahu.. hahaha.. ialah.. saya dan myIR kan kakitangan awam.. jadi kene la ambik tahu sikit kan... dan harap2 sesiapa yang tahu boleh la bagi tahu kan.. ialah.. dalam sedih2 mana nak fikir benda2 macam ni.. sebab dah sedih tak dapat fikir...huhuhu

Semoga kita di panjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di berikan kesihatan yang lebih baik lagi .. maklum la usia meningkat bukan menurun kan...

Tuesday, September 08, 2015

Penempatan Tahun 1 Sekolah Zulfadhli bagi tahun 2016

Alhamdulilah, kini anak saya no 3, Zulfadhli akan melangkah ke sekolah rendah tahun 2016. Ishk.. sekejap jer masa berlalu.. dah masuk 7 tahun ko... hehehe
Pilihan sekolah saya mestila SK Jalan empat kan...

Sebab abang-abang nya memang bersekolah di situ... jadi macam biasa.. kene la daftar melalui online di
--->>> https://esppsel.moe.gov.my/

 Lepas permohonan di lakukan secara online..

Macam biasala.. kene la tunggu surat pengesahan sekolah .. sama ada di luluskan atau tidak..Ala erti kata.. lepas ker tak masuk sekolah tu...hahaha

Tapi entah kenapa.. kali ni, permohonan untuk ke SK Jalan Empat tidak berjaya...


Zulfadhli telah di tempatkan di SK Letenan Adnan di Sg Ramal Luar... ini bermakna terpisah dari abang-abang nya...

Ah sudah!.. saya dah risau.. mana boleh kan.. abang-abang nya di Seksyen 4.. saya duduk di Seksyen 7, tapi Zulfadhli seorang jer di Sg Ramal Luar...

Macam mana nak buat penghantaran dan jemput dari sekolah. Danial dan Iskandar memang kami hantar sendiri, kalau naik bas sekolah.. alamatnya sampai umah dah malam.. memang letih la kan.

Mujurla opis saya menuju ke Putrajaya, jadi memang ikut laluan belakang la.. tapi myIR still boleh jemput dan hantar jika saya outstation.

Tapi andai la kata Zulfadhli bersekolah di SK Leftanan Adnan tu.. macam mana saya nak hantar 2 tempat dalam 1 masa???

Danial sekolah Pagi, Iskandardan Zulfadhli sekolah petang.. balik jam 6.30 ptg.. agak2 korang la.. jam berapa saya boleh sampai rumah kalau nak jemput sampai 2 tempat yang memang terpisah utara dan selatan di tambah dengan kesesakan lalulintas sebab balik sekolah dan balik kerja??? huhuhuhu

Memang kene buat rayuan la jugak weiiiiiiiiiiiiii....hehehehe

Jadi nantikan.. cara2 saya buat rayuan dan juga keputusan nya adakah berjaya atau tidak...huhuhu

SK Jalan Empat kini menjadi Sekolah Kluster


Tahun 2015, SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dinaiktaraf menjadi Sekolah Kluster. Saya perasan signboard sekolah ini berubah dalam penghujung bulan June tu hari....

Saya ingat tukar signboard kaler jer.. rupa tukar nama sekali la...heheheh


Saya pun terus la google nak tahu makna Sekolah Kluster Kecemerlangan tu apa
Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. 
Jadi secara tak langsung... waahhhhhh.. kagum la kan.. sebab sekolah anak saya dah dinaiktaraf menjadi sekolah kluster...hehehe

Sebab bila dah kluster, jika kecemeralangan berterusan.. boleh di naiktaraf menjadi sekolah berprestasi tinggi pula... jadi kalau dah jadi sekolah SBT... emmm.. peluang nak masuk situ memang susah la sikit kan..huhuhu

Kini anak saya no 3 menghadapi masalah tersebut.. bagi tahun 2016, Zulfadhli telah di daftarkan ke Sekolah Kebangsaan Leftandan Adnan di Sg Ramal Luar... mmg terpisah dengan abang-abang nya la...

Saya sedang berusaha untuk membuat rayuan untuk bersekolah di SKJ4 ni.. kerana faktor perjalan dari rumah ke SK Leftandan Adnan agak jauh dari rumah saya.. entah la apa la nasib anak saya yang ke 4 nanti...huhuhu... entah dapat ker tidak lagi sekolah kat situ... waaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...