Monday, April 20, 2015

Monday, why you not FRIDAY?


Monday, why you not FRIDAY?

Saturday, April 18, 2015

Sistem Perakaunan Debit Kredit yang Senang

Sistem perakaunan berasaskan Ms Excel. Mudah dan praktikal untuk membuat akaun perniagaan. Sistem perakaunan yang berasaskan debit dan kredit (catatan bergu).

Menjana laporan kewangan dengan automatik dengan cara yang senang.

Boleh dapatkan di sini


Jadi saya nak kongsikan sistem DKS ini dengan anda. Saya berharap agar sistem DKS ini memudahkan anda mengawal aliran tunai perniagaan anda seterusnya perniagaan anda mempunyai akaun perniagaan yang baik dan lengkap.

Friday, April 17, 2015

Hanya 3 Kali Panggilan Allah Swt

Kisah ini di ambil dari emel seorang kawan... untuk kita ingat mengingati... sebagai renungan dan juga panduan.

***************************************

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah........aku bertanya pada Ibu.

"Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....? "

Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku  punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.Ibu berkata...

 "Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup .."

Keningku berkerut........

"Sedikit sekali Allah memanggil kita..?"

 Ibu tersenyum.

"Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?"

 Saya menggelengkan kepala.


"Panggilan pertama adalah Azan ", ujar Ibu.

 "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat,sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi  Allah masih  fleksibel,Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau  tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".

 Saya terpekur.....mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih  melambatkan sholat karena meeting lah,
 mengajar lah, dan lain lain. Masya  Allah.........

 Ibu melanjutkan,



"Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji . 

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya denganpanggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran". Hamba yang satu  mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya  bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi,  ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang  ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji /  Umrah bagi yang mampu".

Mata saya semakin berkaca-kaca.........

Subhanallah.......saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang say  rancangkan.......
Alhamdulillah...



"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN .

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya...... Jawablah 3 panggilan Allah dengan  hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah..... Insya Allah syurga adalah balasannya....."

** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.....

Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan  dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat......... Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam...........**

Pendaftaran Zulfadhli ke SRAI 2016

Tahun 2016 anak saya no 3 Zulfadhli akan melangkah ke Tahun Satu.... jadi setakat ini saya dah daftarkan dia di Sekolah Rendah Kebangsaan di mana bersekolah bersama abang-abang nya...


Tapi sambil tu.. saya cuba juga untuk daftarkan Zulfadhli di Sekolah Rendah Agama Islam di Bandar Baru Bangi... bukan apa.. nak mencuba nasib jer.. kalau dapat alhamdulilah la....

Sekarang SRAi sedang buka pendaftaran untuk kemasukan ke SRAI dari 01.04.2015 - 30.04.2015... jadi cepat-cepatla saya pergi daftar dulu. Daftar jer.. belum lagi tentu dapat.. sebab akan menduduki ujian dahulu sebelum di terima masuk...


Sebelum tu meh kita tahu serba sedikit apa itu SRAI

Apakah yang di maksudkan Sekolah Rendah Agama Integrasi? 

Sekolah Rendah Agama Integrasi atau ringkasnya SRAI merupakan sekolah projek rintis yang dilaksanakan bermula tahun 2000 oleh Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor. Sehingga tahun 2010, sebelas (11) SRAI telah diwujudkan di 8 daerah.

Sekolah ini mengabungkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama JAIS dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) / Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).Waktu operasi pengajaran dan pembelajaran adalah dari jam 7.40 pagi hingga jam 4.00 petang (kecuali SRAI Dato' Mufti Yusuf Shahabuddin).

Perlu di ingatkan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) merupakan sekolah Agama Negeri (SAN) yang di tadbir urus oleh JAIS. Statusnya di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sekolah SWASTA. Walau pun SRAI berstatus sekolah swasta, lepasan sekolah SRAI masih boleh bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di bawah KPM atau meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (SAM) Negeri Selangor.

*************************************


Semasa saya mendaftar anak saya... nama pelajar dah hampir 288 orang... hehehe...

Mujur saya bawa segala surat /dokumen yang diperlukan semasa mendaftar..


Jadi dapat la kad pendaftaran bernombor 116. Nanti pada 20.06.2015 kene bawa kertas pendaftaran ni untuk menduduki ujian kelayakan sebelum dapat masuk SRAI...

Lepas tu beli la buku koleksi soalan latihan SRAI ni... RM10.00 . Demi Zulfadhli beli la.. entah boleh jawab ker tak..huhuhu

 
 

Belek... belek gak soalan... bapak susah wei...

Reti ker Zulfadhli baca ni... dah la macam susah gak soalan... huhuhu... dekat 2 jam juga ujian nya.. dahla waktu tu bulan puasa... Kerani pejabat dah cakap siap-siap.. suh bawa bekalan. Sebab time puasa kan.. takut anak-anak lapar...hehehe


 Alamak.. goyang pula snap gambar... hahahah

Harap-harap dapat baca la yek... maaf yek.. anak-anak kaco masa snap..hehehe


Saya tak mengharapkan sangat.. sebab ramai lagi yang layak untuk bersekolah di sini.. cuma saya harap.. jika anak saya berpeluang bersekolah disini adalah 1 rezeki untuk kami...sekurang-kurang nya dapat memperluaskan anak-anak dengan ilmu agama dengan lebih mendalam...

Harap-harap, Zulfadhli dapat menjawab ujian kelayakan tu nanti..kawan-kawan doakan yek...

Thursday, April 16, 2015

Anugerah Pelancongan Malaysia ke-19

 
ANUGERAH PELANCONGAN MALAYSIA

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1987 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, dan dikenali sebagai “Anugerah Emas Pelancongan Malaysia” tetapi dijenama semula sebagai “Anugerah Pelancongan Malaysia” pada 1993 bagi menggambarkan keunggulan anugerah tersebut dan juga imej korporat Tourism Malaysia.

Anugerah berprestij ini merupakan satu penghormatan kepada mereka yang cemerlang dan sentiasa memberi sokongan padu terhadap pembangunan pelancongan di Malaysia. Ia juga bertindak sebagai insentif bagi para peserta untuk berusaha dengan lebih keras lagi bagi mencapai tahap profesional dan kualiti yang tertinggi dalam pembangunan produk dan perkhidmatan.

Anugerah Pelancongan Malaysia adalah pengiktirafan tertinggi kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada pembangunan dan kejayaan industri pelancongan di Malaysia. Ia telah berkembang daripada program penghargaan yang hanya tertumpu kepada skop pelancong dan perjalanan sahaja kepada keseluruhan industri perkhidmatan yang turut menghargai kepentingan pengunjung tempatan. Ia juga mengiktiraf para penggiat industri yang mampu menghasilkan idea di luar batasan bagi membangunkan produk dan perkhidmatan yang unik sekaligus menghasilkan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan di Malaysia.



Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan sukacitanya telah membuka pencalonan untuk Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015.

Anugerah Pelancongan Malaysia (APM) yang berprestij ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para penggiat industri pelancongan tempatan dan antarabangsa atas sumbangan dan pencapaian cemerlang mereka dalam pembangunan produk-produk dan perkhidmatan yang inovatif. APM kali ini adalah edisi yang ke-19 dan dianjurkan setiap dua tahun sekali.

Ahli fraterniti pelancongan Malaysia adalah dijemput untuk menghantar pencalonan bagi 14 kategori anugerah seperti yang tersenarai di bawah:
  •  Pengusaha Pelancongan Tempatan Terbaik
  •  Pengusaha Pelancongan Antarabangsa Terbaik
  •  Artikel Pelancongan Terbaik
  •  Penerbitan Pelancongan Terbaik
  •  Perkhidmatan Hotel Terbaik
  •  Tarikan Pelancongan Terbaik
  •  Pakej Pelancongan Terbaik
  •  Pemandu Pelancong Terbaik
  •  Pusat Beli-Belah Berinovasi
  •  Inap Desa Terbaik
  •  Spa Terbaik
  •  Restoran Berinovasi
  •  Dokumentari Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia
  •  Promosi Online Terbaik Mengenai Malaysia
Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015 telah memperkenalkan beberapa perubahan bagi memberi gambaran yang lebih baik terhadap lanskap industri pelancongan global yang terkini. Ia kini mempunyai 14 kategori dan 50 subkategori untuk dipertandingkan.

Dua kategori baru yang telah diperkenalkan ialah:
a. Dokumentari Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia
– Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada penerbitan dokumentari pelancongan mengenai Malaysia yang ditayangkan dalam pelbagai medium elektronik dan dalam talian (online).

b. Promosi Online Terbaik Mengenai Malaysia
– Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada pengusaha yang mempromosikan pelancongan Malaysia secara dalam talian.

Selain itu, kategori Pengusaha Pelancongan Antarabangsa Terbaik telah diperluaskan dari 10 kepada 18 subkategori, manakala Penerbitan Pelancongan Terbaik pula tidak lagi terhad kepada majalah pelancongan sahaja. Kini, ia turut terbuka kepada medium penerbitan lain seperti coffee table book, guide book tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan mengenai Malaysia.

Borang-borang pencalonan boleh dimuat turun melalui laman web www.motac.gov.my atau www.tourismmalaysia.gov.my. Borang yang telah lengkap dan sebarang pertanyaan boleh dihantar ke:

Jawatankuasa Penghakiman
Sekretariat Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Tingkat 2, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Malaysia

Tarikh tutup percalonan adalah 19.06.2015

Selamat berjaya!!!!

Wednesday, April 15, 2015

Kisah ADSENSE saya........

Rata-rata ramai yang memohon ADSENSE sejak awal tahun... ialah.. bila ramai bagi tahu ADSENSE dah boleh terima BAHASA MALAYSIA untuk permohonan ADSENSE


saya pun tak terkecuali untuk memohon adsense di bog sumijelly.blogspot.com...

Jadi saya dah cuba dari tahun 2013... apply sekali jer.. lepas tak berjaya... saya pun wat derk jerla.. walaupun rasa eeeeeeeee........geramnya tengok kengkawan dah ada adsense...hahahaha

Tapi bila tahun ni ramai duk kata boleh apply kalau blog BM... terus la saya apply awal bulan April hari tu...

Akhirnyaaaaaaa.............


Tak berjaya.......

ok.. kecewa lagi....

Tak per.. saya try lagi sekali untuk kali ke 3.....

Dan akhirnyaaaaaaa.......................


BERJAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yeahhhhhhhhh................. ok... sekarang ada masalah gak ni.. macam nak setting adsense ni...hahaha

Risau gak wei... ramai cakap.. berhati-hati bila dah dapat adsense ni.. nanti boleh kene BANNED dengan google...

Tak per..tak per.. nanti kita pelan-pelan belajar kan... sesiapa yang tahu boleh la ajar sikit-sikit kat saya...

Saya budak baru belajar.......hik3

Monday, April 13, 2015

Buat Duit Dengan Bisnes Import Dari China sekarang!



Salam semua...

Adakah anda tahu bahawa cara untuk membuat duit dengan banyak melalui penjualan barangan fizikal di Lelong.my, eBay dan juga laman web anda sendiri adalah dengan cara mendapatkan bekalan barangan yang popular dengan harga yang murah secara berterusan supaya anda dapat menjualnya semula untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi?

Pada masa ini, tidak terdapat pembekal lain kecuali di negara China yang mana anda boleh mendapatkan barangan popular yang berkualiti serta murah berbanding tempat lain di seluruh dunia...
Negara China kini lebih dikenali sebagai "Kilang kepada dunia" kerana anda boleh menjumpai barangan buatan negara China di hampir setiap negara di seluruh dunia. Komputer yang anda sedang gunakan untuk membaca laman web ini juga besar kemungkinan mengandungi barangan buatan negara China.

Berikut merupakan di antara sebilangan kecil barangan popular yang boleh anda perolehi daripada negara China.




Jadi.....

Pelajari rahsia mendapatkan barangan berkualiti dengan harga yang murah terus daripada negara China!

Langkah-langkah yang salah akan membazirkan masa, wang dan tenaga anda. Untuk itu, perlu belajar langkah demi langkah terlebih dahulu supaya tindakan yang anda bakal buat ini lebih tersusun dan tepat.


Friday, April 10, 2015

Bila 1 badan gatal

Malam tadi dah perasan kaki dan tangan Huzaiman bintik-bintik.. makin lama makin banyak lak... sapu minyak gamat la kan... biasala umah mana yang tak ada minyak gamat tu tipu la kan..hehehe

So.. pagi tadi bangun macam biasa la nak g keje kan.. check la 1 badan.. hilang la kan.. lega rasanya.. x perlu la cuti kan.. dia ok. lepas mandi kan dia.. tetiba naik balik.. habis di garu-garu 1 badan.. sudahnya bengkak pula 1 badan...



Ohw... tak boleh jadi.. kene la bawa dia g klinik ni...

Nanti habis 1 badan bengkak lak.. di agaru-garu tanpa henti tu.. risau tengok..kesian dia nangis...nangis..


Mujur kat ru,ah ada calamine lotion tu...sapu kasi dai tak rasa gatal..

Kan ubat lotion tu sejuk jer...jadi kurang la dia nak mengaru...

g klini kerajaan kat Bangi jap.. sebab saya dah alang-alang cuti kecemasan kan... g jerla.. asyik g swasta jer... hehehe


Dapatla ubat kurangkan bengkak dokto tu cakap.. ubat ni mengantuk...

Memang betul ngantuk wei... pas bagi dia makan..duk depan tv..tup2 dia dah tido...hahaha... elok la benar... kalau tak ada jer keja nak di buatnya kan? hehehe

Harap-harap bengkak nya tak la melarat 2-3 hari.. tak tau apa punca nya.. makan/minum rasa macam biasa... rasnaya tempat tido kot..mesti ada hama ada pepijat kan...

Kene tukar cadar la gini nampaknya..hehehe

Wednesday, April 08, 2015

Perjalanan anak saya ke sekolah tidak sesukar perjalanan ke sekolah Horlicks



 Bila pandang ketiga-tiga anak saya ni...... terasa cepat sungguh masa berlalu... sedar tak sedar.. Danial dah Darjah 5, Iskandar dah Darjah 2 manakala Zulfadhli tahun 6 dan tahun depan akan memasuki sekolah rendah. Tinggal la Huzaiman yang akan menjejak kakn kaki ke Tadika pula tahun hadapan.

Bila di perhatikan rutin setiap hari anak-anak bersekolah.. memang padat jadual persekolahan nya... Seawal 5.30 pagi saya dah mula kejutkan mereka untuk bangun bersiap ke sekolah. Tapi biasalah... kejut jam 5.30 pagi.. bangun sebetul-betul nya 5.50 pagi... lihat.. berapa minit saya perlukan untuk kejut mereka..hahahaha

Sementara anak-anak bersiap mandi dan memakai baju sekolah.. saya dah turun ke bawah untuk menyediakan sarapan untuk mereka...


Saya tak sediakan la yang berat-berat.. sekadar air dan juga roti atau biskut untuk alas perut mereka sebelum ke sekolahkan. Ialah jam 6.30 pagi mereka dah bertolak ke sekolah di hantar oleh ayahnya. Jadi sementara menunggu waktu rehat jam 10.00 pagi.. dapatla perut mereka bertahan kan...


Anak-anak saya jenis tak kisah sebenarnya apa yang hendak di makan.... ada kala roti, ada kala sosej, ada kala biskut...sus dan koko crunch atau apa yang mudah untuk di makan di waktu pagi. Mereka leboh gemar minum yang bercoklat seperti Horlick Coklat yang sarat dengan 23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat, protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral. Yang penting sarapan pagi bermula di rumah.

Sebenarnya ada manfaat nya bersarapan pagi seawal mungkin.. antaranya ialah

1) MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN
  • Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.
2) KURANGKAN BERAT BADAN
  • Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.
3) TINGKATKAN DAYA TUMPUAN
  • Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.
4) CEGAH SAKIT JANTUNG
  • Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.
 

Jika di ikutkan .. anak-anak setiap hari memang akan bersarapan pagi tak kira lewat mana pun mereka siap untuk ke sekolah atau lambat mana saya siapkan makanan untuk mereka... hehehe.

Maklumla.. ada kala saya terlewat juga menyiapkan sarapan untuk mereka.. kerana banyak betul tugasan di pagi hari untuk di selesaikan..hehehe


Untung anak-anak zaman sekarang... pergi sekolah dan balik sekolah di jemput oleh ibubapa... Setiap pagi saya dan suami akan pastikan mereka di hantar terus ke sekolah Agama.. Memandangkan 2 anak saya 2 sesi persekolahan.. jadi suami akan hantar terus ke sekolah agama.

Dalam jam 6.50 pagi... sampai la anak-anak saya di sekolah agama.... Jadi jam 7.00 pagi, van akan hantar Danial ke sekolah rendah pula.. manakala Iskandar sekolah agama sehingga jam 11.00 pagi. Di sekolah saya adakala bekalkan mereka makanan juga.. sama ada biskut atau roti. Maklumla.. anak-anak cepat lapar bila aktif kan.


Bila masuk tengahari... Danial akan pulang dari sekolah rendah, manakala Iskandar pula bersiap menuju ke sekolah rendah yang dihantar oleh van kafa.

Saya sentiasa ingatkan anak-anak untuk minum 1 liter air di sekolah untuk memastikan mereka tidak cepat letih dan haus. Sekarang ni cuaca sangat panas.. jadi air memang diperlukan sentiasa....

Pengangkutan dari sekolah rendah ke sekolah agama di uruskan oleh sekolah agama.. di mana anak-anak saya akan bersiap dan makan sekali dari sekolah agama dan terus di hantar ke sekolah rendah. Begitu juga sebaliknya.

Cuma jika waktu pulang petang dari sekolah rendah.. adakala saya dan suami akan terus jemput mereka... ialah.. jika kami yang jemput.. dapatla samapi kerumah lebih awal sedikit. Dalam 6.50 petang.. anak-anak sudah berada di rumah, jika mereka naik van... sekalunya jam 7.15 malam baru sampai ke rumah. Ialah.. dari sekolah rendah menuju ke sekolah agama, banyak tempat berhenti turunkan pelajar di rumah masing-masing kan...hehehe

Lihatla perjalanan sekolah anak-anak saya... seawal jam 5.30 pagi bangun, kemudian sampai di sekolah masing-masing jam 7.00 pagi kemudian waktu tenghari bersiap pula untuk sesi petang sehingga jam 6.30 petang dan sampai rumah dalam pukul 7.00 malam.

Selama 11 jam mereka berada di luar dari rumah dan berada di sekolah. Begitu penat mereka.. sampai di rumah selepas makan malam, mereka perlu siapkan kerja sekolah yang di beri guru. Dan keesokkan hari nya bermula kembali rutin harian mereka...hehehe

Cuba bayangkan mereka berada di kampung-kampung yang tidak mempunyai laluan yang sempurna untuk ke sekolah. Dan belum tentu lagi sekolah mereka segah seperti di bandar di mana cukup segala keperluan untuk belajar.

Tak perlu kita ambik luar negara.. cukupla di negara sendiri, seperti Kampung Chuwah. Pernah dengar ker tidak nama perkampungan ini? Saya pun pertama kali mendengar nama perkampungan ini.

Di sini saya ringkaskan serba sedikit pengenai Kampung Chuwah :-
  • Kampung Chuweh terletak di TasikTemenggor, lebih biasa merujuk sebagai Tasik Banding 
  • Sekitar 6 jam memandu dari Kuala Lumpur dan terletak kira-kira 80 km dari Gerik
  • Gerik ialah sebuah bandar di Perak atas Daerah di Negeri Perak. 
  • Kampung Chuweh ialah terdiri daripada tiga buah pulau kecil di sebelah satu sama lain;
    Chuweh A Kampung, B, C.
  • Terdapat 32 orang kanak-kanak dalam jumlah di semua tiga buah pulau, dipecahkan seperti berikut:
    Dari Kampung Chuweh A - 17 orang kanak-kanak kampung
    Dari Kampung Chuweh B - 10 orang kanak-kanak kampung
    Dari Kampung Chuweh C - 4 anak anak
    1 orang dari RPS Banun (bandar dekat) 
  • Sekolah terdekat kepada Chuweh Kampung ialah sekitar 30 kepada 45 minit dengan bot dan 15 kepada 25 minit oleh kereta atau bas. 
  • Sekolah dipanggil Sekolah Kebangsaan RPS Banun (RPS bererti Resettlement Plan untuk Peribumi Community).
  • Walaupun ia sebuah sekolah rendah, sekolah itu juga menyediakan pendidikan menengah. 

Bila lihat vedio yang saya kongsikan nampak kan perbezaan antara penduduk di bandar dan penduduk di kampung pendalaman. Memang sangat berbeza dengan persekitaran sekolah anak saya berbanding di Kampung chuwah tersebut.

Jika di lihat.. begitu selesa anak-anak saya ke sekolah.. pergi di hantar, pulang di jemput.. malah dapat dapat menaiki kenderaanyang selesa ke sekolah bersama rakan-rakan lagi.

Menyedari hakikat tersebut, jenama minuman susu malt terkenal negara, Horlicks dengan kerjasama Persatuan Pekerja Sosial Malaysia menggerakkan kempen bagi membantu seluruh kanak-kanak di negara ini mendapat akses pendidikan formal melalui Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Horlicks.

Penempatan Orang Asli Kampung Chuweh, Tasik Banding, Gerik, Perak dipilih sebagai komuniti pertama bagi merealisasikan inisiatif tersebut, memandangkan tiada kanak-kanak di situ yang mendapat pendidikan formal.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk kehidupan seseorang. Malangnya, ramai kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai akses yang terhad kepada pendidikan dan Horlicks ingin membawa perubahan sebenar serta berkekalan untuk kanak-kanak ini bagi memupuk potensi masa depan mereka.

Pihak Horlicks berharap dengan membantu masyarakat mengatasi halangan perjalanan yang mencabar untuk ke sekolah, kanak-kanak akan berpeluang untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.

Di bawah Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Horlicks, sebuah program dilaksanakan dalam dua fasa untuk komuniti Kampung Chuweh, Banding, Perak.

Fasa pertama membabitkan tenaga pengajar memasuki kawasan penempatan Orang Asli ini untuk menyampaikan pelajaran  ke kampung tersebut bagi memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Manakala fasa kedua membiayai bot sekolah khas untuk mengangkut kanak-kanak daripada komuniti itu ke sekolah yang paling hampir iaitu Sekolah Kebangsaan RPS Banun. Ini akan membantu mengatasi halangan utama kanak-kanak tersebut iaitu perjalanan sukar ke sekolah yang menghalang mereka daripada mendapatkan pendidikan. Pihak Horlicks juga mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk mengekalkan perkhidmatan bot.

Inisiatif ini diharap dapat memacu perubahan secara berterusan sekali gus memberi manfaat kepada generasi akan datang serta membantu mereka yang masih tidak mempunyai akses kepada pendidikan sempurna memperoleh peluang belajar, sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan atau buta huruf.

Jadi sebagai ibu.. saya bersyukur kerana anak-anak saya dapat belajar dengan selesa dan sempurna walaupun tidak semwah mana. Cukup untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru di alam persekolahan sebelum menginjak ke alam dewasa yang lebih penuh pancaroba.

Jadi bantu la Horlick untuk membantu mereka menambahbaik akses ke sekolah menjadi kenyataan!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Horlicks ini boleh la layari :
 

Friday, April 03, 2015

Splash Park @ The Mines

Ingat tak hari tu saya bawa anak saya g mandi manda kat Splash Park, The Mines...hehehe

Lupa lak nak share sekeliling nya.. ok..ok.. nah saya kongsikan sekitar tempat tu...



Kolam nya tak besar mana pun..... kecik gitu jer..

Tinggi pun sampai lutut kot.. Huzaiman suka mandi.. sebab tak dalam kan..hehehe

Jangna risau..tandas untuk mandi atau bersihkan badan di sediakan.. hanya perlu bawa tuala dan sabun jerla kan... kang tak bersih pula badan.....hehehe\


Ada tempat mainan.. kalau tak nak mandi kan.

Tapi anak-anak saya g bantai pakai baju renang g main kat tempat mainan ni.. dah penat masuk air balik...hahaha


Ada kawasan lapang...

Kalau wat event mesti bestkan.. 1 kawasan tu kita punya.. leh mandi manda kat situ tuk anak...sambil makan2.. hahaha


 


Ada 1 tempat pancuran situ...

Tapi kalau tengok post-post orang lain.. tempat ni macam di ubah.. dulu ada la warna warni dan macam payng cendawan.. tak tau kali ni masa saya g tak ada.....



Kat luar ada la lukisan 3D...

Leh la snap jap gambar...hehehe


Gini la rupanya sebelum masuk....

Kat tingkat 5 The Mines... naik atas sekaliiiiiiii...... boleh la tuk anak-anak.. tapi saya tak sure kalau hari minggu.. sure penuhkan?

Dan yang penting PERCUMA!!!!!!!!!!!!

Bila dapat berjumpa Afina dan Naufal

Minggu lepas.. pergi la saya anak beranak ke rumah mak... kebetulan adik saya si Norfa pun datang... leh la jumpa Afina kan...


Inila dia Afina....

Maklumla saya kan x ada anak pompuan.. menumpang la kasih pada anak buah pompuan kan..hehehe




Dalam banyak-banyak anak saya.. si Iskandar jer yang sibuk nak jumpa Afina

Kalau mak su dia telefon.. mesti tanya.. Afina.. pastu kekadang tanya saya..

"Afina ada kat umah wa ker?"
"Afina bila nak datang?"
"Iskandar nak jaga Afina, boleh tak ibu?"

Iskh... suka nau ngan Afina tu...hehehe

Masa kecik suka la kan? tunggu besar... nanti tak leh la nak dukung2... nanti dah jadi mahram..hehehe



Ini pula abang si Afina.. Naufal...

Sian dahinya.. kene pukul dengan mainan dek sepupunya belah abinya la..hehe..

Ala.. kanak-kanak..standard la.. gaduh baik.. gaduh baik.... Beza ngan Huzaiman setahun jer.. tapi pemalu yang amat si Naufal ni... payah tul nak ajak berborak...

Zulfadhli masa ni tengah tido... tu yang tak ada gambar nya..hehehe

Thursday, April 02, 2015

Nak tulis.. padam.. nak tulis padam........

Nak tulis.. padam.. nak tulis padam........

Ha..... tulis jerla....

Entah sejak akhir-akhir ni macam malas nak berblog.. rasa macam nak tutup jer blog.. tapi macam eh.. sayang nya blog hahaha....

Ingat ada blog hati tenang ker? tak tenang wooo.. sebab blog tak update.. x der citer.. pastu citer entah apa-apa la yang saya taip...

Berblog sejak tahun 2009, tapi sampai la 2015 dahni.. tak derla seglamer orang lain kan.. tapi mereka kenal la sumijelly (ok!bangga jap!) hahahaha

Dah hampir 5 tahun berblog kan??kan?? tapi okla.. kenal ramai orang.. kenal ramai ragam.. semua laman sosial yang derang ada.. saya pun ada juga.. sebab nak ikut perkembangna semasa.. tpai padahnya hanya FB, Instagram dan Blog jer aktif... twitter langsung dah tak usik..waakaka

Sumijelly.com tu pula.. dah la kene bayar hosting setiap tahun tau.. kalau x bayar nanti.. ilang dah nama sumijelly tu.. nanti tetiba orang buka jadi blog lain... seyes.. saya pernah cari 1 blog.. buka-buka jadi blog porno ko...hahahha

Tapi nak maintain blog yang ber dot com ni.. susah gak.. memerlukan duit wei.. memang la kerja.. tapi ada ketika nya rasa.. emm.. macam nak tutup jer dot com tu dan kekalkan blogspot dan teruskan aja guna wordpress jer kan... kata free.. x yah pening pala nak update ker tak kan?? hahaha

Jadi kesimpulan nya....

Emmm.... nak tutup ker tak? wakaka....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

eeeeeeeemmmmmmmmmmmm.. nanti la pikir balik.....hehehehe

[NOVEL] Kekasihku Popular

Sejak dua menjak ni rajin pula saya membaca novel.... tapi bukan beli la.. semua di pinjam di Perpustakaan Pejabat jer.... senang sikit.. dapat baca banyak novel...

Tapi sambil2 tu saya pinjam juga buku cerita tuk anak-anak...


Sinopsis Novel

KEKASIHKU POPULAR mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Rianna Lily yang kehilangan ibunya setelah perkahwinan ibu bapanya itu musnah. Naluri untuk bertemu dengan ibunya yang membuak-buak itu telah membawa dirinya pulang ke tanah air tercinta, Malaysia.

Setibanya di Malaysia, berlaku banyak rentetan peristiwa yang tidak pernah tercapai dek akal. Rentetan peristiwa yang tidak disangkakan itu terjadi setelah gadis itu bertemu dengan vokalis Rookies, Ryu Firdaus. Ryu Firdaus yang turut terpisah dengan ibunya sedari kecil setelah perceraian ibu bapanya itu mempunyai sikap yang kurang menyenangkan hati Rianna Lily. Setiap pertemuan dengan Ryu Firdaus pasti penyudahnya adalah pertengkaran. Dua-dua akan makan hati dengan kata-kata pedas dan berbisa. Kelihatan mereka ini seakan-akan kucing dan tikus, ibarat Tom and Jerry.

Macam-macam hal yang berlaku di antara mereka. Sehinggalah terjadi satu peristiwa di kelab malam di mana Ryu telah dipukul oleh seorang lelaki yang begitu ketagih dengan liuk lentok tubuh badan Rianna semasa menari. Peristiwa ini telah membuka mata Rianna akan makna tanggungjawab.

Rianna berasa sangat kesal dan sanggup mengambil peranan daripada Mimi yang sarat hamil sebagai PA Rookies untuk menebus kesalahan terhadap Ryu. Dalam menjadi PA, Rianna juga tidak melupakan tugasnya sebagai pembantu café. Menjadi pembantu café dan merangkap juga sebagai PA sememangnya tidaklah sesenang ABC mahupun 123. Pelbagai dugaan melanda dan memporak-perandakan kisah gadis kecil yang bermata hijau itu.



Okla citernya.... tak der adegan melarat2 nak baca... memang kisah remaja dalam percintaan la.. tapi jenis yang high taste la...hahahaha

Seronok baca... 

Penulis : Phidot
Harga : RM 31.90
Penerbit : SR Publications
Tarikh terbitan : 31-DEC-2013



Tapi kalau nak tahu review yang detail.... boleh la try baca kat blog ni... giler rajin dia detailkan kisah Novel ni..hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...