Sunday, June 29, 2014

PICC, Putrajaya Buffet Ramadhan 2014

 
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyediakan lebih 200 hidangan istimewa untuk umat Islam berbuka puasa sepanjang Ramadan mulai 30 Jun hingga 25 Julai ini.

Bertemakan ‘Hidangan Tradisi Warisan Budaya’, hidangan yang mendapat inspirasi daripada makanan tradisional Malaysia itu bukan saja dapat mengembalikan kenangan tetapi juga memperkenalkan makanan istimewa setiap negeri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badlishah Ahmad, berkata juadah yang disediakan sangat istimewa dan  tidak dapat dibeli di gerai biasa. Beliau berkata, PICC menawarkan makanan yang unik dan tidak dijual pada hari biasa menerusi buffet Ramadan kerana memahami kebiasaannya orang ramai akan mencari juadah sedemikian ketika berpuasa.

“Selain makanan tradisi Malaysia, kami juga menyediakan makanan Jawa dan Barat untuk menarik minat pelancong luar mencuba hidangan yang ada di sini,” katanya.













Beliau berkata, setakat ini sudah ramai menghubungi PICC untuk mendapatkan maklumat mengenai buffet Ramadan yang ditawarkan dan berharap warga Putrajaya akan turut memeriahkannya.

Katanya, PICC juga menyediakan surau bagi kemudahan pengunjung mendirikan solat tarawih berjemaah.

Selain itu, katanya, persembahan muzik juga akan diadakan bagi menghiburkan pengunjung sewaktu berbuka puasa.


“Pengunjung akan dihiburkan dengan dendangan lagu oleh Rosma Akademi Fantasia yang diiringi kumpulan pemuzik Seri Niara.

“Persembahan akan diserikan dengan muzik langgam, iaitu lagu dan muzik yang berentak rancak. Selain itu, lagu pop dan lagu berunsur ketuhanan juga akan dipersembahkan, dan 15 hari sebelum menjelang Syawal, mereka akan memainkan lagu Hari Raya untuk menaikkan suasana,” katanya.
Muhammad Anuar

 Mahmad Anuar

Pengurus Operasi Makanan dan Minuman PICC, Mahmad Anuar Othman, pula berkata antara hidangan utama yang disediakan ialah gulai tunjang, beriani PICC, kambing panggang, ayam panggang pedas pucuk paku, rendang paru, dan sambal goreng Jawa.


  



Katanya, PICC turut menawarkan pelbagai jenis nasi, air, bubur, sup dan pencuci mulut yang ditukar setiap hari.

“Selain itu, kami juga menyediakan dua hingga tiga kambing golek setiap hari sebagai tarikan kepada pengunjung yang datang ke buffet ini,” katanya yang akan bekerjasama dengan lebih 100 cef semasa buffet itu berlangsung.

Mahmad Anuar berkata, antara menu lain yang disediakan ialah cendol, bubur lambuk, sup ekor, nasi tomato, gulai ayam nangka, kek keju, kek coklat, bubur caca, hidangan berasaskan pasta, kuih koci, kuih seri muka.


Pakej berbuka puasa itu akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, dengan bayaran RM80 untuk dewasa, RM40 untuk kanak-kanak, dan tiada bayaran bagi kanak-kanak bawah  lima tahun.

Sempena minggu pengenalan pada 30 Jun hingga 6 Julai ini, pengunjung berpeluang menikmati buffet dengan diskaun 10 peratus, iaitu RM72 bagi dewasa dan RM36 untuk kanak-kanak.

Sambil menjamu selera, pengunjung juga boleh memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama duit raya sebanyak RM3,000 di samping hadiah lain bernilai lebih RM10,000 seperti TV LED 40 inci dan telefon pintar Samsung Note 3.

Acara itu terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Syawal di laman Facebook PICC.

PICC juga menyediakan hidangan moreh dari jam 10 malam hingga 12.30 tengah malam pada harga RM15 seorang, dan orang ramai boleh menghubungi talian 03-88876162 untuk tempahan.

Selain itu, PICC juga menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat yang berminat majlis itu bersama kakitangan mereka, dengan jumlah minimum 100 orang. Tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-88876000 atau layari laman web www.picc.com.my.

Wednesday, June 11, 2014

[RESEPI] Congo Bars

Sejak akhir-akhir ni.. saya rajin pula main-main bakar dalam oven..hik3

Maklumla.. tak lama lagi nak raya kan.. so tengah asah bakat untuk menggunakan kembali mixer, oven, sukatan dan juga peralatan memasak kan?hik3

Ok kali ni nak share resepi Congo Bars... ini pun cuba dari resepi kak Azlita Masam Manis.... dan yang nyata jadi ok!


Bahan-bahan :
  • 315 gm tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 gm butter
  • 320 gm gula perang - boleh kurangkan
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 250 gm chocolate chips
  • 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
  • Kepingan badam untuk taburan - optional
Cara-caranya :

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.

  1. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  2. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  3. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

********************************

Saya dah cuba resepi ni 2 kali.. dan 2-2 kali tu memang lembab kat bahagian bawahnya...

Rupa-rupanya memang dia lembab di bahagian bawahnya.. jadi saya x gemar sangatla lembab tu.. jadi saya bakar lagi sehingga perang sikit atasnya......


Kurang la sikit lembab di bawahnya... dan rasanya macam kek la sikit...hik3

Alhamdulilah.. dah ada menu tuk hari raya ni... leh la buat tuk mak saya nanti.. maklumla tahun ni saya beraya di Melaka....hik3




Friday, June 06, 2014

Seleksi Baju Kurung Murah



Baju kurung merupakan salah satu harta warisan peninggalan nenek moyang kita. Pemakaian baju kurung telah bermula sejak berkurun lamanya dan diangkat sebagai pakaian kebangsaan di negara kita terutama sekali apabila menghadiri majlis-majlis rasmi.


Lagipun ia bukanlah hanya sepasang pakaian tradisional yang biasa tetapi simbol kesatuan masyarakat berbilang kaum. Terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian baju dan bahagian kain. Baju kurung biasanya mempunyai pesak di bahagian tepi dan berpotongan sedikit longgar.


Tapi kini ramai yang selesa berbaju kurung ke pejabat malah ke majlis-majlis perkahwinan dan sekrang seolah-olah menjadi satu trend di mana semua bangsa pun dah pandai pakai baju kurung kan?


Pelbagai jenis baju kurung yang mudah di dapati di kedai-kedai dan juga butik-butik pakaian... sejajar dengan zaman yang serba moden ini... Pembelian pakaian tidak terhad di kedai-kedai pakaian sahaja malah kini mudah di dapati di internet dan juga laman-laman sosial yang lain...


Malah dengan adanya pelbagai tawaran dari penjual pakaian tidak hairan la ramai mencari baju kurung yang cantik. murah serta harganya yang berpatutan nak pula hari raya bakal menjelma tidak lama lagi.. jadi mesti ramai sedang membuat perisapan baju kurung untuk di pakai di hari raya kan?

Apa yang menarik mengenai baju kurung adalah, ianya boleh anda dapati dengan tawaran harga yang cukup berpatutan. Di mana? Tentunya di ZALORA Malaysia!  


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, luangkan masa korang untuk melayari laman web ZALORA Malaysia untuk menemui koleksi baju kurung murah yang cantik ini. Setiap koleksi baju kurung yang ditawarkan adalah diperbuat daripada jenis fabrik yang berkualiti tinggi dan pastinya memeriahkan lagi sambutan Hari Raya korang!


Jadi tak perlu susah hati jika tiada masa untuk membeli baju kurung untuk Hari Raya yang bakal menjelma nanti... sekarang hanya melayari laman web ZALORA Malaysia segalanya ada di depan mata dari baju kurung pesak. pahang, cotton dan juga moden...

Jadi jangan lepaskan peluang... cepat-cepat membeli belah sebelum stok kehabisan...

Thursday, June 05, 2014

Langkawi : Minyak Gamat Nusantara

Sambung lagi kisah langkawi weiii..hik3

Ok... kalu g langkawi tak sah tak g membeli MINYAK GAMAT.... maklumla langkawi dah sinonom dengan minyak gamat... jadi mesti la singgah walaupun tak beli...

Lagi pun nak bawa anak2 lihat tempat minyak gamat di masak... baru la namanya langkawi kan?hik3




Asap kemain dalam tu....... mendidih dalam kuali.. tapi tak tengok dekat-dekat pun... anak-anak tak mahu..takut la tu

Tapi mereka tahu la dalam tu GAMAT yang sedang di masak.


Tagline minyak gamat NUSANTARA

JANGAN PULANG TANPANYA!

Amboiii... kemain... maknanya nak suh beli la tu... tapi saya tak beli pun.. banyak sungguh minyak gamat ni kat rumah dah...



Lupa apa benda dalam tu...rasanya herba-herba yang di gunakan untuk memproses minyak gamat rasanya...

anak-anak suh ambik gambar, layankan aja.......


Masuk kedai minyak gamat semata-mata nak bergambar sahaja!!

Boleh gitu? hahahaha

Posing jap ngna  minyak gamat... jadi model tak berbayar....hahahaha


Ini pula tongkat ali....

Besar giler..... siap ada air tongkat ali kat situ... tapi tak derla minum.. kang jadi lain lak anak-anak nanti

Sangat senang nak ke sini.. sepanjang-panjang perjalanan ke sini.. terdapat banyak kedai minyak lain gak.. bukan Nusantara semata sahaja...

Jadi kalu ke Langkawi, jangna lupa singgah di mana-mana kedia minyak gamat tau!

Monday, June 02, 2014

[RESEPI] Kuah Kacang Mak

Wah..wah... lagi sebulan nak muncul Ramadan.. pastu muncul pula sang Syawal.... tak sabar rasanya kan??

Kali ni nak share resepi kuah kacang dari mak saya... tu yang letak nama kuah kacang mak...hahahah




Bahan-bahannya :

  • 500grm kacang tanah (goreng dan blend jgn hancur)

  • 10 biji Bawang merah (ikut suka nak banyak mana)*
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • Segengam udang kering*
Semua bahan bertanda * sila blend

  • 3 batang serai dititik
  • 1 senduk cili kering
Cara-caranya :

  1. Panaskan minyak.. tumis bahan blend + serai sehingga garing pastu baru tambah cili kering
  2. Tumis sampai cili betul2 masak tau....
  3. Pastu tambah air putih dan kacang blend. ..
  4. Tambah air sampai tengok tak terlalu pekat..kira sedang elok la buh atas nasi himpit. 
  5. Tambah air asam jawa + garam
  6. Tambah pula Gula merah + gula biasa
  7. Pastu rasala macam korang rasa kuah kacang yang biasa makan... x cukup manis buh la gula lg...
Haaaa......... senang tak kuah kacang nya?? senang kan? Bila dah buat tu kan.. korang mesti rasa bangga.. sebab anak-anak suka makan tau...

Macam tu la saya.. saya kene gak belajar sebab anak saya Iskandar suka makan... hehehe

Jadi resepi kuah kacang dah belajar.. jadi senang la nak masak masa raya........ senang jer wei... konpem buat sekali jadi....hik3




Langkawi : Mangrove Tour

ok..sambung la lagi kisah di Langkawi.... sepatutnya leh cepat habis..tapi asyik bertangguh jer kan.. maka macam ni la jadinya... pemalas tul kan?hahaha

Ok.. selepas dah check in dan apa bagai.. mestila ada aktivit kan..... jadi saya telah pun book 1 biat untuk menjelajah pulau.. nak ke KILIM kan... bawa anak-anak menaiki boat la katakan....


Masa ni lat jeti boat tu.... masing2 tengah tunggu boat...

Anak2 tak pernak naik boat.. jadi kira ni pengalaman naik la.. pest time la katakan..hik3



Memula tu macam cuak la sikit kat... tapi bila dah ok sikit.. rupa2nya si Huzaiman la paling tak takut sungguh....

Nak jalan sana sini.. dia ingat macam jalan kat dalam rumah kot...tak takut sungguh


Seronok juga sesekali naik boat ni....

Angin jer rasa....... sedap jer.. macam nak tido.... hik3


Tapi hari tu nasib kami kurang baik sikit...

dalam perjalanan nak ke KILIM, hujan sudah mulai turun....


Masa ni dapatla bagi ikan makan kat 1 pulau tu...

Maafla x tahu apa nama pulau tu.. tapi tu macam lubuk ikan la juga... banyak ikan...

kat sini dah mula hujan sikit... tapi tak berapa lebat... masa ni macam cakap........ ala.. hujan la pulak.. macam mana nak jelajah lagi kan?



Bila ke depan sikit... cuaca panas balik...

Tapi bila tengok awan kat belakang anak-anak tu.. gelap semacam... hati dah rasa x sedap...

Ni kalu hujan mau basah kami sekeluarga..... dan bila kami kedepan sikit... selepas lihat helang.. hujan turun selebat2nya......

Jadi saya minta pemandu boat patah balik.. sebab masa tu air bergelora.. dengan anak-anak dalam boat.. rasa macam tak sesuai...



Bila sampai kat jeti, setitik hujan pun tak der.. panas terik tau...

Ni dah basah kuyup anak beranak ni... habis basah semua baju.... jadi tak sampai 1 jam pun kami atas boat, dah patah balik... nak buat macam mana

Masa kami datang cuaca tak berapa baik... terusla balik chalet untuk tukar baju dan buat aktiviti lain lak...



Sepatutnya saya nak bawa anak-anak ke KILIM Geoforest Park ni... nak bergambar berlatar belakang kat sini...

Tapi nampaknya tak sampai juga ke sini... macam kene ulang balik jer aktiviti ni... tapi kene tunggu derang besar sikit la...

Tapi apa-apa pun memang 1 pengalaman yang tak patut di lepaskan bila ke Langkawi... singgah la ke KILIM ni.. mesti seronok.. sebab korang akan menjelajah beberapa pulau, masuk gua kelawar, bagi ikan makan dan tengok helang berkeliaran... kalu nasib baik masa tu, dapat la tengok ikan limba-lumba sekali...

Jadi kalu sesiapa nak naik boat ke KILIM, sini saya syorkan nama pemilik boat ni.. boleh hubungi dia untuk tempah boat...

Saya hari tu tempah 1 boat tuk kami sekeluarga, tak kongsi dengan orang lain sebab takut tak selesa dengan harga RM250.00 dan akan menjelajah dalam masa 4 jam ke beberapa tempat

Boleh hubungi :

Pn Zila - 0174908995
En E - 0125367984

ok... nanti kita sambung citer langkawi lagi yek....hik3

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...