Thursday, October 31, 2013

Makan Yong Tau Foo secara berjemaah......

Waktu lunch biasanya kami akan makan dikafeteria, adakala makan di luar.. yerla.. asyik makan kat kafe opis jer.. jemu gak tau..

Kekadang makan kat Pasar Tani Presint2 tu..tp setiap hari Selasa dan Jumaat jer... itu pun tak pergi tiap2 minggu pun...

Kekadang cari gak kedai makan yang rasa lom penah g... jadi ada sekali tu g makan ka Kafeteria JPN jer.. sekadar cuba2 jer.. sekali sedap pula makan Yong Tau Foo dia kat situ...


Selalu ambik bebanyak... pastu makan dalam pinggan besar...

Makan reramai rebut2 ni sedap tau... kenyang sikit...


Bila dah tinggal sikit tu, berebut2 la nak perabihkan kan...

Ko ambik tu, aku ambik tu.. dia ambik tu...hahahah.. seronok.. sambil makan.. smabil gelak-gelak...


Bila dah habis.. macam tak percaya la.. sebab tadi kemain banyak dan rasa macam ishk.. macam tak leh habis jer...

Bila dah habis... rasa alhamdulilah la.. sebab rezeki yang diberik telah habis di makan dan di kongsi bersama...

Sepinggan Yong Tau Foo yang selalu kami ambil tak lebih dan tak kurang dalam RM16.00 jer.. jadi bila bahagi 4 orang jatuh RM4 seorang.... ok la kan...

Air beli baru RM1.00 jer kan.. jadi jumlah makan tengahari dalam RM5.. yang penting sedap dan dapat bersama bila makan...hehehe

Dapat Hadiah percuma sempena Alamanda pink

Eh..eh.. hari ni hari terakhir di bulan Oktober kan?? hehehe... baru teringat nak update pasal Alamanda Pink ni..hehehehe


Tak der nak update apa pun.. cuma nak share jer... saya dapat free gift ni masa beli barang di Alamanda... tapi tak ingat T&C nya...

Rasanya belanja RM1,000 dalam hari yang sama dapat Shawl dan Pink Oktober tu kot.. kalu RM300 ke bawah dapat Pink Oktober jer rasanya.. mungkin sama macam tahun lepas yang saya dapat kot..hik3

Warna PINK kegemaran wanita.. dapat shawl dan juga pin Pink Oktober...walaupun percuma saya suka warnanya..hik3

Wednesday, October 30, 2013

Pemulangan buku sekolah dan cuti sekolah bakal bermula!

Hari ni anak saya Danial akan memulangkan buku teks nya...kali ni awal pula pulang buku TEKS nya... Bulan Oktober lak..selalunya dalam Bulan November, di akhir minggu persekolahan. Yelah..dah awal minggu November cuti sekolah bermula kan..


Kali ni hanya pulangkan Buku TEKS sahaja.... kalu 2 tahun lepas kene pulangkan sekali Buku Aktiviti sekolah...
Kalu pulang buku teks nya ok la kan.. sebab buku aktiviti tu leh gak saya gunakan untuk waktu cuti sekolah nanti... suh dia ulangkaji lagi...


Alhamdulilah... sebaik buku teks ni masih elok dan berbalut ngan cantik.. siap cakap kat Danial suapaya jaga buku ni.. sbb esok2 adik dia boleh guna balik kan..  Tahun depan Iskandar dah mula Tahun 1...


Bermula 10.11.2013, cuti sekolah bakal bermula dan ini bermakna anak2 saya akan bercuti sekolah... bila start cuti sekolah saya akan risau dengan Danial, sebab tak tau nak letak mana dia...

Kalu ikutkan tahun2 sebelumnya.. saya hantar rumah MIL saya di Kg Pandan, sebab my IR kerja kat KL, jadi pergi balik dia leh jemput dan hantar...

Untuk tahun ini, mungkin berubah sikit kot.. sebab my IR cuti berlajar, jadi mungkin ada la dalam beberapa hari dia x dapat jaga... mungkin saya akan bawa mereka ke pejabat..

Tapi kene tengok keadaan gak.. kalu tiap2 hari, risau gak.. nanti kawna pejabat ada yang bising kan.. yelah g keje bawa anak2..huhuhu

Tengokla macam mana.. saya tak pernah berpisah ngan anak dengan menghantar mereka ke KAMPUNG..ishk.. kan kampung pun.. umah nenek2 mereka sumer di KL..hahahah

#71 Wordless Wednesday – MADU saya!


#71 Wordless Wednesday – MADU saya!
#KHAULA sesuai untuk dimakan seisi keluarga....jangan pikir yang bukan2 ok!

Tuesday, October 29, 2013

Pemanggang Ajaib HIG 36cm

Masa g Langkawi hari tu, sempat la sambar 1 pemanggan ajaib dari HIG punya... sebab ramai bercerita pemanggang ajaib HIG jauh lagi murah dari pemanggang ajaib ARE IKAN....

Sebelum ni saya dah ada pemanggang ajaib dari jenama ARE IKAN tapi jenis kecik jer 28cm jer... bila dah sampai Langkawi saya ambik pemanggan ajaib HIG yang size 36cm


Besar juga pemanggang ajaib ni... dah macam kuali la pulak bila tengok...... harganya baru RM79.00 aja... ada berbagai jenis sebenarnya.. dari kecik smapai la yang besar ni..hik3

Tapi warna nya. mak iak.. merha menjala..hik3

Jadi saya cuba nak masak ayam masak lemak guna pemanggang ajaib ni...


Memula saya masakkan dulu santan dulu... dah agak2 masak, baru masukkan ayam...

Pastu saya tutup jer terus penutup dia....

dan hasilnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tadaaaaaaaa..................

masak la ayam masak lemak ni........

Okla..... jadi la masak kan...tak yah guna minyak bagai.... hik3..

Tapi rasanya saya sanggup kot lagi masak dalam periuk atau kuali dari dalam pemanggang ajaib ni... hik3

Ramai cakap boleh masak kek dalam ni kot...... tapi lom cuba.. nanti lah cuba..hik3

Monday, October 28, 2013

Mana lebih sedap? Tumbuk atau hiris?

Setiap kali masak.. kita mesti guna bawangkan?? Yela.. ada juga yang tak guna..ada la.. tapi tak banyak kan??

Saya kalu masak kekadang rajin, bawang tu saya tumbuk.. kalu datang malas saya hiris..... kalu hiris nipis-nipis jer tuk menumis..

 Tumbuk?

Hiris?

Mana pilihan korang??

Sunday, October 27, 2013

Intipati Bajet 2014


Berikut ialah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji". Lima teras utama bajet ini ialah :
  • merancak aktiviti ekonomi
  • mengukuh pengurusan fiskal
  • menggungul modal insan
  • mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar
  • mensejahtera kehidupan rakyat.
Antara intipat Bajet 2014 :
  1. Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara
  2. Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.
  3. RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.
  4. Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.
  5. RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  6. RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  7. Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion
  8. Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.
  9. Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.
  10. Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.
  11. Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
  12. Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  13. Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
  14. Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
  15. Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
  16. Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
  17. Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
  18. Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
  19. Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
  20. Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

Yang paling penting untuk di dengar dalam Bajet 2014 adalah :
  • Bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak 100 ringgit, akan diteruskan.
  • Program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai sebanyak 250 ringgit kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahanpengajian.
  • Meringankan kos yuran taska, Kerajaan akan menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam daripada 3,000
    ringgit kepada 5,000 ringgit untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah 180 ringgit sebulan.
  • Keraajaan mencadangkan pemberian bantuan yuran taska sebanyak 250 ringgit sebulan kepada ibu bapa berpendapatan bulanan
    tidak melebihi 900 ringgit yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar dibawah JKM. Langkah ini dapat memanfaatkan seramai 3,334 kanak-kanak dibawah usia empat tahun.
  • program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada isi rumah dan individu bujang akan ditambah baik. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3r ibu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgitkepada 650 ringgit.
  • Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan
    dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.
  • BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara 3 ribu hingga 4 ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah.
  • Para penjawat awam mendapat bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran
    bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.
Kalu rasa masih ada yang tidak lengkap.... boleh la lawati -->> http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub14.pdf

Friday, October 25, 2013

Ayam Goreng dari Burger King

Kat area opis saya ni... sebaik la ada Burger King... tpai kene g Cyberjaya la kan....sebaik dekat jer.. tak sampai pun 5 minit dari Presint 5 ke sana jer...


Sekarang Burger King dah keluarkan menu ayam pula........  Set lagi tau..


Saya try set 1 yang ada ayam + jagung + air sahaja.....

Ayamnya memang sedap tau!! Kalah ayam KFC tu....

Harga nya pun x derla mahal sangat... baru RM7.35 termasuk tax...

So.. Food Blogger, dah try ke makan?? huahauhua........

Pembentangan Bajet 2014 hari ini

Rasanya minggu ni ramai duk citer pasal Bajet 2014 yang akan di bentangkan oleh PM kita.


Mesti ramai tertunggu-tunggu dan ternanti2 mengenai Bajet 2014 ini.... seperti yang di laporkan oleh Utusan Malaysia mengenai Bajet 2014 yang akan di bentangkan lebih menangani kos sara hidup. Antaranya :

  • Menambah jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di beberapa buah lokasi strategi di seluruh negara.
  • Menambah lebih banyak Klinik 1Malaysia serta Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M)
  • Membina Pusat Internet 1Malaysia dan pengurangan 20 peratus caj jalur lebar .
  • Mewujudkan Pusat Jagaan 1Malaysia bagi meringankan beban ibu bapa di semua pejabat kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) sebelum diperluaskan kepada syarikat swasta
  • Pengurangan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus akan mula dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu mengurangkan kadar hutang isi rumah
Itu antara pembentangan Bajet yang bakal PM umumkan,.... sama ada ada lagi penambahan yang boleh memberi manfaat pada rakyat atau merugikan rakyat, kita nantikan pembentangan nya hari ini....

Kalu boleh... apa yang korang mahukan dan harapkan sebagai Rakyat Malaysia melalui pembentangan Bajet ini? Boleh kongsikan bersama..........

Thursday, October 24, 2013

Kemunculan Toyota VIOS generasi ke 3!

Ramai sudah tahu bahawa Toyota Vios adalah model paling laris di Malaysia dan kini telah pun memasuki generasi yang ke 3 untuk bagi tahun 2013. Sehingga kini, hampir 265,000 unit telah di jual di seluruh negara untuk generasi pertama dan kedua sejak ia di lancarkan pada tahun 2003 dan di antara  model paling popular dijual di Malaysia.

Dengan slogan ‘Value Beyond Belief’, UMW Toyota Motor telah mengumumkan harga bagi Toyota Vios baru yang telah dipertingkatkan ciri-ciri dan menawarkan lebih nilai dan kepuasan.


Toyota VIOS ini di datangi dengan 5 variasi warna iaitu :
  • White
  • Silver Metallic
  • Medium Silver Metallic
  • Atitude Black 
  • Quartz Brown Metallic
Rekabentuk Toyota Vios baru 1.5G (AT), 1.5E (AT), 1.5J (AT) dan 1.5J (MT) tampak eksklusif dan mewah manakala bagi varian 1.5 TRD Sportivo (AT) menampilkan rekaan lebih sporty dengan penambahan kit badan.

Empat varian ditawarkan, dimulai varian tertinggi 1.5TRD Sportivo dan 1.5G, diikuti kemudiannya oleh varian 1.5E dan 1.5J. Varian 1.5E dan 1.5J turut dilengkapi pilihan transmisi manual 5 kelajuan, dengan kesemua varian dilengkapi transmisi automatik 4 kelajuan standard.

Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM73,200.00
  • Vios 1.5 TRD Sportivo (A) ; RM 93,200.00
  • Vios 1.5G (A); RM 88,500.00
  • Vios 1.5E (A) ; RM 82,900.00
  • Vios 1.5J (A) ; RM77,300.00
  • Vios 1.5J (M) ; RM73,200.00



Bagaimanapun, Toyota Vios 2013 masih mengekalkan kuasa engine sama seperti sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.

Enjin dan transmisi telah dibuat lebih ringan kerana pelbagai komponen yang direka semula. Dalam reka bentuk baru yang aerodinamik, Toyota  Vios baru ini mempunyai 5 % peningkatan dalam kecekapan bahan api, walaupun kecil, tetapi ia tetap akan menguntungkan pemandu dalam jangka masa panjang dari model yang sebelumnya.



Antara ciri pada lampu depan Toyota Vios ini adalah apabila kenderan yang datang dari arah hadapan, dimana ada satu pelaras menurunkan lampu depan secara manual mengikut kesesuaian dan keperluan memandu jadi ia tidak akan menyebabkan cahaya silau kepada pemandu lain.


Berbeza dengan 2 generasi Toyota Vios yang terdahulu, kini dengan generasi baru panel meter dashboard tidak lagi berada ditengah sebaliknya berada diatas stereng seperti kebanyakan kereta.  



Bagi model 1.5 TRD Sportivo dan 1.5G terdapat fungsi Multi Information Display (MID) pada panel meter dashboard yang mempamerkan masa, odometer/tripmeter, kedudukan gear, purata kelajuan sejak mula, pengunaan minyak segera, pegunaan minyak sederhana dan juga lapangan sasar.

Untuk membantu para pemandu untuk memandu dengan lebih ekonomi, satu cahaya ECO (untuk kereta automatik sahja) akan muncul apabila kereta di pandu dalam kelajuan yang optima.


'Smart Entry System & Push Start Button' yang biasanya ditemui dalam kereta mewah dan moden, kini boleh didapati pada Toyota Vios generasi ke 3 ini, ia menyediakan kemudahan untuk pemandu.




Untuk keselesaan, model baharu ini lebih panjang 110 milimeter (mm) dan tinggi 15mm berbanding generasi sebelumnya. Walaupun jarak roda masih kekal sama, Vios 2013 meningkatkan ruang bahu, kepala dan paha untuk keselesaan penumpang.

Ruang kaki bagi penumpang belakang telah ditingkatkan 75mm sementara ruang lutut lebih selesa dengan penambahan 484mm.



Selain mencipta lebih luas bentuk dalaman nya, pereka dalaman turut menaiktarafkan tempat duduk pemandu untuk lebih selesa dan lebih yakin memandu.

Pada bahagian pintu pula telah di pertingkatkan lagi ciri yang lebih baik dengan bukaan yang dapat menghalang dari pintu kereta terkena pada kenderaan lain atau dinding dengan 3 kali bukaan untuk memudahkan keluar dan masuk.



Manakala ruangan di bahagian kaki penumpang belakang pula tiada halangan di tengah-tengah kaki menjadikan ruangan bahagian kaki tersebut lebih luas dan memberikan keselesaan untuk meletakkan barang dan sekali gus menjadikan ruangan tersebut nampak luas.


Rata-rata semua memiliki gadget yang lebih dari satu untuk dibawa kemana-mana. Kini dengan Toyota Vios yang baru ruangan simpanan barang telah ditambah berbanding dengan generasi lama.

Terdapat lebih dari 4 tempat penyimpanan yang mudah dan senang digunakan oleh pemandu dan penumpang. Malah rekaan seperti soket mengecas gadget, ruangan menyimpan majalah di belakang tempat duduk penumpang dan pemandu serta tempat meletakkan cawan dan boleh juga digunakan untuk meletakkan duit siling diletakkan berdekatan dengan pemandu memberikan lebih keselesaan.



Pada bahagian belakang bonet pula ia lebih luas dan besar dari generasi sebelumnya di mana ruangan tersebut telah di pertingkatkan dengan penambahan sebanyak 80liter kepada 506liter membolehkan 4 beg golf di masukkan ke dalam ruang belakang bonet tersebut..

Seperti semua model-model kereta yang lain, jaminan untuk Toyota Vios ini didatangi dengan 3 tahun / 100,000kms jaminan (salah satu mana yang terdahulu selepas penfataran), tertakluk kepada syarat-syarat yang di nayatakan dalam buku.

Jadi Toyota Vios generasi ke 3 ini amat sesuai untuk golongan eksekutif muda di kalangan Generasi Y  X dan mereka yang berkeluarga sederhana untuk memiliki kereta jenis ini.

Baru-baru ini saya telah pun memandu uji kereta Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT) tersebut. Kereta nya yang agak nampah mewah dan esklusif serta sporty sekali.

Tempat duduk pemandu nya memang cukup selesa terutama untuk pemanduan yang jauh dan lama.. ia agak selesa dan mengikut bentuk badan kita. Tempat duduknya boleh di selaraskan mengikut ketinggian pemandu seperti meninggikan bahagian tempat duduk untuk memudah kan penglihatan memandu di depan.

Apabila memandu dengan kelajuan yang tidak terlalu laju dan perlahan akan ada satu sistem ECO yang akan menyala sepanjang pemanduan. Ini memberikan penjimatan dalam pemanduan.

Apa yang saya suka semasa memandu dimana bunyi enjin begitu senyap sekali dan juga jika melalui jalan-jalan yang berlubang dan berbongol tidak terasa hentakan pada kerusi.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Toyota Vios ini boleh terus melayari http://toyota.com.my

BBM di Aplikasi Android sekarang!!

Yer.....yer saya tahu. sekarang ramai org perkatakan pasal BBM ni kan??

Eh. say apun sama gak. bila ramai update pasal BBM ni.. terus jer g cari kat Google Play.... nak install la kan......



Bukan susah pun nak cari aplikasi ni...... taip jer BBM.. ha keluar la yang macam kat atas tu kan? Dah keluar apa lagi install la.. hehehe

Nanti mereka akan minta alamat emel korang..... lepas tu ken ela tunggu pengesahan emel tu...

Entah la.. berapa lama akan dapat tak tau... maklumla.. kita bukan pengguna BB kan.. tetipa nak dapatkan pengesahan... konpem kene q punya...

Okla... tunggu la saya dapat pengesahan emel ... dah dapat nanti boleh la add saya,...... hahahaha

Wednesday, October 23, 2013

Bila PINTU 2 Putrajaya sesak...........

Beginila saya setiap kali pulang kerja....... sejak ada pembinaan jalan di pintu 2 keluar ni... jalan mulai sesak...

Saya balik kerja kul 5 ptg.... itu pun dah panjang sampai IOI Resort Golf Putrajaya ni..... letih woooo...

 

Dah sampai depan sikit pun.. bila tengok belakang... mak aikkkkkkk... lagi panjang rupanya...huhuhuh

Kalu kene time pulang kerja waktu hujan.. adoila. lagi la azab wei..... jadi panjang beratur tau.... sampai ada yang potong-potong barisan tau..


Jalan dari 2 lorong memula.. kemudian bila dah kat depan sikit.. jadi 4 barisan atau 5 barisan gara-gara belah kanan yang banyak memotong....

Mau tak lama org kat belakang beratur... yg teruk adalah barisan tengah la.. sebab bila sampai depan sekali... nak kene bagi laluan untuk kiri dan kanan...huhuh


Sebenarnya saya tak tau apa yang derang nak buat kat sini... sebab tak ada papan tanda menyatakan projek apa sedang berlaku...

Tapi ni gambar dah lama.... sekarang ni dah naik cerucuk kat tgh tu.. nampak gaya macam nak buat flyover lagi... tapi tak tahu la dari arah mana..

Jadi nak tak nak kene la hadap kesesakan lalulintas ni lama lagi... sebaik dah ada jalan alternatif nak ke Kajang/Bangi ni... kene lalu menghala ke Puchong dan buat pusingan di depan IOI Resort Putrajaya tu....

Situ jerla jalan yang paling senang dan elak kesesakan kan.... maklumla bawa kereta manual.. kene la lari dari kesesakan.. nak pula kalu kene yang berbukit... perghhhhhhhhh.......... ketar lutut ok!hahaha

Kuasa sebiji batu kecil..............

Kejadian ini berlaku pada Isnin lepas..... masa tu dalam perjalanan pulang ke rumah... ialah balik kerja kan...

Sedang pandu dan dah samapi area Sg Ramal Junctuion tu... tetiba datang sebijik batu terpelanting atas cermin keteeeeeee...

Dahla jalan masa tu sesak gakla ngan kereta lain.. maklumla balik kereta, nak wat macam mana dah nak terkena kan....huhuu

Saya pun apa lagi,.,.,.,. terkejut.... terus call my IR tanya pasal cermin kete kene batu..... walaupun kene nya kecik. tapi bila dah pandu tu, rekahan nya mulai menjalar menjadi besar.....

Apa lagi, balik jer rumah terus my Ir bawa g kedai kete tukar cermin terus.... ialah bahaya kan. nanti tetiba tengah pandu dia menjadi besar pastu berderai kan bahaya... kalu tak ada org tak per.. ni dah la pergi dan balik bawa anakkan..


Jadi bertukarla cermin kereta ni menjadi baru...... ini adalah kali ke 2 tukar cermin kereta... dulu masa kene cermin retak tu pada Bulan November 2011, masa tu Zulfadhli lompat terkena cermin...

Kali ni kene batu pula..... itulah kuasa batu.... walaupun kecil.. ia amat merbahaya bila terkene cermin. sebab menjadikan kita bertambah duit nak kuar beli cermin kereta.....huhuhu

Dah berhati-hati pun tetap kene kan.... itulah namanya takdir.....huhu

Tuesday, October 22, 2013

Penuh juga jadual 2-3 bulan ni..............

Rasanya rata-rata ramai ada FB kot....... kalu tak ada pun segelintir jer..... tapi saya tak penah nak buka FB untuk anak-anak...... walaupun anak-anak saya tau apa itu FB...

Kene gak marah ngan anak-anak sebab asyik layan FB..... tak dengar dia cakap... hik3...

Tapi sejak FB ni ada kalendar di mana semua hari jadi, apa-apa event yang di jemput.... terus masuk dalam kalendar FB.......penuh la kalendar FB saya ni.....

Bila tengok balik.. dari bulan Oktober - Disember.... hari-hari ada jer yang bertanda.........


 

Tapi majoriti nya yang saya tengok dalam kalendar ni penuh reminder HARI JADI la.....hahahaha... untung ada FB kan. ucap melalui FB jer..

Tak yah kirim kad, sms atau call...... dan untung lagi. tak yah bagi HADIAH betul... kasi icon jer.... dah cukup kan??

Ada yang berkongsi hari jadi sama tanpa kita sedar kan??

Oh ya.. jangan lupa.. hari jadi saya 09 Disember ni tau..... tak kira la lambat lagi. tetap nak bagi tau... kbai!

Rutin setiap pagi........

Gini la setiap pagi melayan anak-anak...........


Kene sediakan 4 cawan...... Air Nescafe 2 cawan untuk my Ir dan Danial..

Hebat tak.. Danial dah mula minum Nescafe.....wakakaka

Air Milo untuk Zulfadhli, Air susu untuk Iskandar dan kene bancuh susu botol untuk Huzaiman....

Terfikir tak.. apa yang ibunya minum setiap pagi jika dah sediakan minuman tuk ahli keluarganya??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AIR KOSONG sahaja............

Tu jer yang sempat nak teguk sementara uruskan hal anak-anak.....hik3

Monday, October 21, 2013

Akan datang : The 2014 Polo Sedan



Kereta yang akan menjadikan kegilaan bagi pemandu Rakyat Malaysia

Akan datang : The 2014 Polo Sedan dengan lebih ciri-ciri yang dipertingkatkan dengan harga yang jauh lebih murah.......

Kuih Udang Alor Gajah, Melaka

Ok. kali ni nak citer kehebatan Kuih Udang di Melaka..... hebat ker??hik3.. suka..suka jer saya cakap hebat...

Tapi setiap kali kalu balik Melaka, mesti balik dengna membeli kuih udang di Alor Gajah.... dah sebab rumah MIL saya dekat ngan Pekan ALor Gajah.. maka situ la tempat nya kan.....


 
Kredit Gambar : Kakaksepit.blogspot.com

Aisey.. lupa lak nak snap macam mana ghupanya Pasar Alor Gajah tu.......hik3.

Selalunya yang beli Kuih Udang ni, my IR... tapi disebabkan dia letih.. kali ni saya la yangg beli lak..... Kedai nya terletak bersebelahab ngan Pasar ALor Gajah jer......

Kat situ ada deretan kedai makan... maka kedai Kuih Udang tu berada di ujung sekali......


Memang penuh la kalu g kedai kuih udang ni......

Selalu beli tapau jer.. jarang kejadian nak makan sini der.... sebab nak balik cepat kan.. macam ler tak paham kalu highway tu.. kalu x jem kat senawang.. sure jem kat seremban..hik3


 Nampak tak plastik yang bersusun atas para tu...... haaa.. tu la dia kuih udang yang dah siap berbungkus.. tinggal bayar dan ambik jer...

ada 2 jenis bungkusan...... maka ada la 2 jenis harga kan.. RM6.00 dan RM12.00 jer... beza nya isi yang RM12.000 tu lagi banyak la kan...

Tapi kalu nak beli lebih kene bagi tau la.. nanti dia tambah la lagi isinya....


Waktu urusniaganya : 12 t/hari - 8.00 malam

Jadi kalu sesiapa g Melaka dekat Alor Gajah tu, leh la singgah Pekan ALor Gajah dan beli kuih udang nya.....

Try ler dulu. tak cuba tak tahu kan... sekali cuba pasti nak lagi......


Jadi saya hanya ambik RM6.00 jer.. sebab yang makan pun  x ramai... anak beranak jer kan...

Itu pun banyak juga tau. sebab selalu tak habis...hik3

Okla.. dah citer tempat makan kat Alor Gajah secara tak langsung lak.....

Walaupun saya ni selalu gak balik Melaka.... paling benci adalah x gak sempat nak merasa minum air coconut shake kat Klebang tu.... entah bila la nak ke sana...sedihkan??? huhuhuh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...