Saturday, August 31, 2013

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 56!


http://1.bp.blogspot.com/-eujFSQj3aOU/UhQ3wCYwcnI/AAAAAAAAcWY/4LzwFE397YA/s1600/logodantemaharikebangsaan562013.png


Tajuk : Tanah Tumpahnya Darahku
Lagu: Joe Farizal & Aye
Lirik: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi: Ahmad Zakaria

Mara
Kita halilintar
Tiada gentar
Puncak dunia
Malaysia
Sudah bergema

Kita halilintar
Tiada gentar
Bendera kita terus berkibar

Wira
Meggempur musuh
Biarpun lumpuh
Marak api putera puteri
Kita terus tempur

Bawa semangat
negara beradulat
Malaysiaku kepadamu
Tumpah darahku
Tanah tumpah darahku

Mara
Bawa semangat
negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu
Tumpah darahku
Tanah tumpahnya darahku (6x)


Selamat Hari Kemerdekaan semua!!!!!!!

Thursday, August 29, 2013

Tema-tema Hari Kebangsaan 1970 – 2013


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut.

Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka. Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan.
Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 56.

Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas.
Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970.

Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970     Muhibah dan Perpaduan
1971     Masyarakat Progresif
1972     Masyarakat Adil
1973     Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974     Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975     Masyarakat Berdikari
1976     Ketahanan Rakyat
1977     Bersatu Maju
1978     Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979     Bersatu Berdisiplin
1980     Berdisiplin Berbakti
1981     Berdisiplin Berharmoni
1982     Berdisiplin Giat Maju
1983     Bersama Ke Arah Kemajuan
1984     Amanah Asas Kejayaan
1985     Nasionalisme Teras Perpaduan
1986     Bangsa Tegas Negara Teguh
1987     Setia Bersatu Berusaha Maju
1988     Bersatu
1989     Bersatu
1990     Berjaya
1991     Wawasan 2020
1992     Wawasan Asas Kemajuan
1993     Bersatu Menuju Wawasan
1994     Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995     Jatidiri Pengerak Wawasan
1996     Budaya Penentu Kecapaian
1997     Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998     Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999     Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007     Malaysiaku Gemilang
2008     Perpaduan Teras Kejayaan
2009     1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010    1 Malaysia Menjana Tranformasi
2011    1 Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
2012    1Malaysia. Janji Ditepati
2013    Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Wednesday, August 28, 2013

Monday, August 26, 2013

"Kehidupan kita mungkin berbeza. Tetapi impian dan harapan kita adalah sama"

Sapa dah tengok IKLAN MERDEKA PETRONAS yang terbaru ni??

Tiap kali CNY, Hari Raya, Merdeka mesti iklan Petronas juga yang saya tunggu... memang mempunyai maksud tersendiri dan unik la...

Kali ni iklan televisyen sempena Kempen Hari Merdeka dan Hari Malaysia Petronas yang bertajuk 'Children' mengisahkan hidup empat orang individu yang mempunyai latar belakang etnik dan sosio-ekonomi berbeza – seorang posmen, petani, pekedai runcit dan pengumpul rotan.

Mereka disatukan melalui sebuah impian yang dipandukan nilai serta harapan yang sama.


Kempen PETRONAS pada tahun ini memaparkan sebuah iklan televisyen serta aktiviti untuk menanam rasa bangga terhadap negara di kalangan generasi muda.

Nilai-nilai perpaduan, keharmonian, saling hormat-menghormati dan toleransi merupakan asas kehidupan bagi setiap rakyat Malaysia dan ciri-ciri inilah yang membezakan kita secara kolektif sebagai warga negara Malaysia, tanpa mengira latar belakang dan asal-usul yang berlainan.

Sempena Hari Kemerdekaan, Petronas akan mengedarkan beg nilon mesra alam edisi terhad di stesen-stesen Petronas terpilih di seluruh negara antara 31 Ogos dan 16 September untuk memeriahkan lagi sambutan Kempen Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2013.

Korang saksikan iklan tersebut... sangat memberi makna...

Friday, August 23, 2013

The Malaysia Book of Records: Largest Number of Mothers Breastfeeding Simultaneously

Haaa............. hari sabtu ni ada acara untuk semua ibu yang menyusukan anak.,....

Hey... acara ni bukan sebarang acara tau.... siap masuk dalam MALAYSIA BOOK OF RECODS tau.....


Jadi kepada semua ibu-ibu yang menyusukan anak, yang sedang menantikan kelahiran... yang sudah beranak pinak.. yang bakal menjadi ibu buat pertama kali.... jom sertai acara ini....

Tempat : Grand Ballroom, Grand Season Hotel, Jalan Pahang
Tarikh : 24.08.2013
Masa : 9pagi - 6petang

Pendaftaran dibuka bermula pukul 12 tengahari di booth yang disediakan.

Waktu acara pecah rekod untuk penyusuan serentak akan dilakukan pada pukul 4.30 petang selama 5 minit.....

Bayaran : RM20.00 seorang
(Termasuk makan petang yang ringan, sijil penyertaan sahaja. Untuk acara harga dikira lain)
*Kanak-kanak bawah 12 tahun masukk percuma

Jadi ayuh semua hadir untuk memeriahkan acara penyusuan ini secara besar-besaran.

>> untuk maklumat lanjut KLIK SINI <<

Wednesday, August 21, 2013

Dulux menceriakan bilik anak-anak!

Wah..wah.... bagaimana suasana raya korang?? Mesti seronok kan??

Haaa...... ingat taklagi entry saya mengenai Dulux tu? Haaa..... kali ni nak citer lebih lanjut lagi mengenai cat Dulux Inspire ni la... Kan saya ada bagitahu nak cat bilik anak-anak bujang saya kan?

Jadi inilah projek yang saya lakukan masa bulan puasa yang lalu....


Lihatlah bilik anak bujang saya ni...... tak ada la banyak sangat barang nya...

Sekadar 2 meja belajar, 1 katil queen dan 1 rak penyidai baju aja.....dan seperti biasa, keliling dinding nya macam-macam kad board belajar la kan.....

Sebaikla anak bujang jer, jadi tak derla patung-patung mainan kan? Yang ada kereta mainan mereka.. tapi mereka pandai simpan dalam almari masing-masing...hik3

Jadi saya dah janjji dengan anak-anak untuk mengecat bilik mereka, teruja mereka mendengar nya... jadi apa lagi, saya suruh la mereka kemas2 sikit bilik dan alihkan beberapa barang ke tepi kan...


Apa lagi, lipat tikarla, alihkan katil la, alihkan meja belajar dan juga cabut segala kad board di dinding tu kan...

Semangat anak-anak saya bila mengemas, maklumla nanti nak ubah warna dinding bilik mereka kan?



 Ok... dah kosong dinding bilik tersebut....

Tak sabar rasanya nak lihat bilik di cat dan bertukar warna........

Kod warna cat : Glistering sea 50BG 62/133

Memandangkan kesemua anak saya ni lelaki kan, saya memilih warna biru laut la.. ialah warna biru sesuai sikit dengan lelaki ni.. tak la garang dan tak la lembut sangat, sedang-sedang elok la kan....


Jadi sebelum kita mengecat, kene la letak suratkhabar sebagai alas lantai.. supaya bila mengecat, cat yang jatuh tak terken lantai kan... jadi takla kotor lantai bilik nanti...

Ok.. dah alas lantai, kene la ada barang-barang nak cat kan... tak kan la nak cat ngan tangan kot..hik3


Macam biasa alat-alatnya berus besar untuk dinding, berus kecil untuk bahagian yang sukar nak cat, bekas tadah cat dan semestinya cat Dulux Inspire la kan......


Ok.. marila kita mula mengecat, asyik cerita jer... bila nya nak startnya kan...

Eh..eh.. saya x dapat la nak mengecat bilik ni, sumer saya serahkan kat my IR untuk mengecat. Agak terbatas sikit nak mengecat sebab Huzaiman asyik mengacau jer....


Sebaik la my IR sanggup membantu untuk mengecat bilik anak-anak....

Ishkk... tak sabar nak tengok hasil bilik tersebut....jadi saya biarkan my IR mengecat tanpa gangguan anak-anak....


Saya nak kongsi sikit dengan pembaca mengenai cat Dulux ni...semasa saya mengecat bilik ni kurang sikit berbau catnya.... selalu saya cat umah mak saya mesti kuat bau catnya...

Malah cat Dulux Inspire ni tak la pekat dan tak la cair sangat...jadi bila mengecat tu tak tumpah-tumpah la sangat kat atas helaian suratkhabar yang saya lapik tu kan....

Dan memang betul, catnya amat mudah disapu kedinding....

Sapa kata kerja mengecat ini susah dan tak menyeronokkan... dengan Dulux Inspire kerja mengeat bertambah senang dan menyeronokkan tau!


Agak senang menggunakan cat Dulux Inspire ni....mudah, cepat kering dan sapuannya sangat rata

Jadi tak mustahil la dalam masa beberapa jam sahaja bilik ini dapat di cat sepenuhnya....saya hanya menggunakan 5 liter sahaja untuk mengecat 1 bilik tidur ini....


Lihatla warna birunya.... memang ceria dan cerah kan??

Sejuk jer mata memandang bila lihat warnanya.. seolah2 melihat langit di atas... ni belum siap lagi....tengokla bahagian atas tu.. kene kemaskan lagi tu....


Pada bahagian yang sukar, my IR menggunakan berus kecil untuk mengemaskan keliling dinding tersebut...

Guna tangga sahaja untuk bahagian yang tinggi.. jangan guna meja ker, kerusi ker.. tak sesuai tau....

Ok.......... setelah beberapa jam menghabiskan diri di dalam bilik bersama cat ni.. akhirnyaaaaaaaaaaa.................


Siap juga bilik tidur anak saya dengan sentuhan baru....

Warna yang cerah dan ceria!!Dengan cat Dulux Inspire, hilang segala contengan hasil kerja anak-anak saya ni....jadi nampak la bersih dan kemas berbanding sebelum ini.

Ohya.. kalu korang rasa-rasa nak cat bilik ker, ruang tamu ker, dapur ker tapi tak tahu apa warna yang sesuai untuk di cat... jangan risau ok.. Sebab Dulux Malaysia ada sediakan pakar perunding cat yang dapat membantu korang.

Memula korang ambik gambar tempat mana yang nak di cat atau di cat semula, selepas itu masuk website --->> http://www.dulux.com.my/


Kemudian cari bahagian "Ask Our Colour consultant"

Nanti akan keluar 1 borang yang perlu korang isikan.. jangan lupa sertakan gambar yang korang nak cat tu tau dan hantar...

Lepas tu, nantikan jawapan dari pakar perunding cat melalui telefon ataupun emel dalam 5 hari waktu bekerja.

Senang bukan? haaa............ apa lagi.. boleh la mula mengecat rumah kalu dah ada pakar perunding ni kan? tak yah pening kepala nak pikir warna apa yang sesuai...hehehe


So.. macammana bilik anak bujang saya? ada perubahan tak?? adakah ia semakin cerah dan ceria??

Yang penting anak-anak saya pasti suka.. maklumla nanti sepupu-sepupunya datang beraya, boleh la tayang bilik tidur baru mereka.


Yang penting bilik anak saya tidak berbau cat selepas dicat menggunakan Dulux Inspire....

Tak sabar-sabar mereka nak tidur dalam bilik tersebut lepas di cat..... lena betul mereka tidur selepas tu.. maklumla dapat suasana yang baru pula....

Harap-harap selepas ni semangat cintakan bilik serta ingin belajar lebih rajin dapat ditanamkan dalam diri mereka... Baru la seronok berada di bilik sendiri.....


Sebelum saya terlupa Dulux Malaysia akan adakan Peraduan Aksi Cerah & Ceria dan juga roadshow bermula dari 28 Ogos hingga 24 September ini... jadi inilah peluang korang untuk menyertainya kerana hadiahnya cukup lumayan untuk para pemenang... Tapi mestilah ada caranya untuk mendapatkan hadiahkan.....

Cara 1 : Pastikan korang tahu lokasi 'roadshow' Dulux Inspire ni. Untuk mengetahu loksinya korangboleh layari di FB Dulux Malaysia 

Cara 2 : Ambil gambar dengan gaya yang menarik di trak roadshow Dulux Inspire di dalam ruang tamu yang di sediakan. Ada beberapa perbaot di situ.. jadi bergambar sakan la dengan perabot tersebut tau!

Cara 3 : Layari FB Dulux Malaysia dan klik aplikasi peraduan

Cara 4 : Muat turun gambar yang di ambil

Cara 5 : Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan korang dan dapatkan LIKE terbanyak (Pemenang akan ditentukan melalui 50% undian umum + 50% undian juri)

Hadiah : Para pemenang akan memenangi 4 x Hadiah Utama pengubahsuaian ruang utama yang bernilai hampir RM4,800.

Jadi apa lagi...cepat-epat pergi dapatkan lokasi roadshow truk Dulux Inspire tersebut di 4 buah negeri diFB Dulux Malaysia .. mana tahu hadiah itu bakal menjadi milik korang.

Dulux lebih ceria, lebih cerah

Tuesday, August 20, 2013

Kamera Kompak Lensa 3D



MENGGABUNGKAN kelajuan rakaman, prestasi tinggi, kesinambungan rakaman yang sempurna dalam apa jua keadaan, siri terbaru kamera kompak Samsung NX hadir dengan teknologi yang telah diperbaharui.

Dikenali sebagai NX300, produk berkenaan sekali lagi meletakkan standard barisan kamera kompak keluaran Samsung setanding dengan kamera yang hebat di pasaran.

Antara tumpuan utama bagi kamera tersebut adalah teknologi lensanya yang telah dinaik taraf untuk merakamkan imej pegun mahupun video dengan format 2D dan 3D.


Lensa tersebut, NX 45mm F1.8 2D/3D merupakan lensa pertama di dunia yang dicipta untuk merakamkan imej dan video dengan format HD penuh dengan kualiti 3D yang sempurna.

Siri kamera tersebut (NX) mula dilancarkan pada tahun 2010, sangat sinonim dengan reka bentuk dan inovasi sekali gus menjadikan siri kamera kompak NX antara kamera yang memiliki teknologi imej digital terbaik untuk orang ramai.

Kamera tersebut bukan sahaja menawarkan kepantasan serta ketepatan pemfokusan, malah lebih mesra pengguna melalui teknologi kamera pintar.

Menerusi teknologi tersebut, aktiviti merakam dan berkongsi imej jadi lebih mudah. Dalam pada itu, 'kekuatan' NX300 merakamkan imej 3D dengan lebih jelas, tajam dan pantas adalah dengan kehadiran penderia APS-CMOS.

Malah, kadar ISO kamera tersebut juga telah dipertingkatkan daripada ISO 100 hingga kepada ISO 25600 membolehkan NX300 merakamkan imej dengan lebih baik biarpun berada dalam kawasan yang kurang cahaya.

Tidak ketinggalan, kehadiran sistem Auto Fokus Hibrid (AF) membolehkan rakaman diambil dengan kelajuan 8.6 rangka sesaat (fps), lebih tepat dan pantas tanpa ada saat-saat penting yang terlepas.

Namun, tanpa 'enjin' imej khas DRIMe IV segalanya pasti tidak akan menjadi kenyataan.


Menerusi teknologi DRIMe IV, segala kelebihan iaitu kelajuan dan kualiti imej menjadi taruhan Samsung melalui NX300 tersebut.

DRIMe IV juga membantu memperbaiki keadaan warna dan mampu mengurangkan kesan kabur (noise) yang ketara, menyokong rakaman video HD penuh 1080p yang boleh dirakamkan dalam dua format iaitu 2D dan juga 3D.

 
Terakhir, tanpa paparan skrin yang terbaik, segalanya pasti tidak lengkap, justeru itu, NX300 juga turut dimuatkan dengan skrin paparan sesentuh seluas 3.31 inci.

Paparan yang luas tersebut memudahkan pengguna merakamkan gambar selain skrinnya juga boleh dibuka dan dilipatkan (tilt) untuk memudahkan rakaman dilakukan daripada apa jua arah.

Monday, August 19, 2013

Gelagat anak-anak berposing di pagi Raya!

Eh..ehh.. hari ni dah 12 Syawal..... masih lagi mood raya kan??

Tapi saya nak tayang gambar kerenah anak2 bila bergambar di pagi raya.....

4 orang lelaki... pepaham jerla.. nak suh derang bergambar payah tul... sorang pandang kir, sorang pandang kanan...... sorang padang depan.. sorang pandang bawah......hahahaha






Gini la gelagat mereka..... masa kecik2 belum baligh ni, mau la kan berbaju melayu sama kaler, sama patern... sama jenis..

sok-sok bila masing2 dah baligh, konpem nak citarasa sendiri... kita tengok jerla masa derang dah besar.... masa tu pening la pala ibu ngan ayah nak dengar mana satu.....hahahaha


Selamat Hari Raya!!!hik3

Friday, August 16, 2013

Selepas seminggu berhari raya!

Wah... sudah hampir seminggu kita beraya... sekejap jer masa berlalu kan.... isnin depan sekolah dibuka semula.. dan rutin harian bakal bermula seperti biasa...

Eh..eh... ramai dah upload gambar raya kat FB la.. instagram la.. kongsi bersama kengkawan.. saya pun dah upload.. tp lom update dalam blog jer...

Saya pun nak gak tunjuk gambar raya saya....hik3

Tahun ni saya beraya dengan keluarga saya di KL dahulu.....  KL pun KL la.. janjji beraya kan?hik3

Ini la keluarga besasr saya... tapi kekurangan 1 keluarga, iaitu keluarga abang sulung saya...

Dia pulang ke rumah mertua nya dahulu.. sebab kalu semua beraya serentak, bila raya ke 3 ibubapa saya tinggal berdua.. nanti sapa nak bantu mereka hidang makanan kan?

Sebagai abang sulung, dia mengalah dahulu... 


Gini la rupanya bila dah anak ramai kan....

Sorang pandang atas, bawah, tepi , kiri, kanan......adeh...... letih la......


Kami 3 beradik...... ok.. saya juga yang maintain cun ok.... kah3

Macam biasa, pas makan bersama, bergambar bersama.. berangkat la pulang ke kampung berhari raya.......


Port wajib ambik gambar, tangga kampung halaman saya.... yeah....!!

sepatutnya 14 orang anak buah.. tapi lagi 3 orang tak ada... x cukup ahli jugak...heheheh

Okla..... hari ni dah Syawal ke 9, rasanya minggu ni jer kot minggu terakhir berada di kampung... sabtu dan ahad higway mesti jem.. sebab ramai pulang ke KL...

Jangan lupa anak-anak... Isnin depan sekolah dibuka yek! Jangan malas g sekolah sudah...hik3

Wednesday, August 14, 2013

Tuesday, August 13, 2013

Hari Pertama bekerja di bulan Syawal.....

eh...eh.......... ramai masih beruti Raya ker??hahahaha


Sebelum raya saya x beruti pun.........

Selepas raya cuti 1 hari jer...sebab nak kemas umah..hik3....

Tu yang hari ni kerja balik......... sebab cuti rehat tinggal sikit...hik3..

Untung sapa yang masihh bercuti skrg ni...........

Selamat Hari Raya!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 07, 2013

Esok Hari Raya!!


Amacam semua?  Dah siap segala nya?

Dah dengar pengumuman ker? Ala...esok hari raya la...hik3


Haa... pengumuman dah keluar. .mesti la konpem esok raya...

Ingat lagi masa kecik2 dulu. .duduk depannn tv nak tunggu pengumuman. .. padahal memsng dah konpem esok raya...

Ada ker yg rya x ikut kalendar?

Okla..masing2 sibuk didapur...saya dah selamat buat rendang daging untuk juadah hari raya....

Pada semua..dikesempatan ini... saya ingin memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa sepanjang saya berblog dan berkawan...

Semoga persahabatan ini akan berkekalan sempai bila...


Salam Aidilfitri 1434H untuk semua!

Tuesday, August 06, 2013

[LIRIK] Ramadan - Maher Zain

Ishk.... esok last Ramadan...... tak sangka kita dah nak sampai ke penghujung nya... jom la laan lirik lagu dari Maher Zain.. sayu jer bila dengar.. nak-nak pula di penghujung Ramadan ni...huhuh




Lirik Lagu : Ramadan - Maher Zain


Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

**********************************

Semoga kita dapat bertemu lagu di Ramadan akan datang........... :)

Monday, August 05, 2013

[RESEPI] Biskut Dahlia aka Biskut Semprit

Semalam projek raya dah buat.. ala.. buat 1 jenis kuih jer wei.. bukan banyak. tu pun dari pagi hingga tengahari ok! penat mak nok!!hahaha

Resepi ni saya ambik dari Mat Gebu.... ishk.. suka nau guna resepi dia.. sbb mudah dan senang..hik3

Nak thau apa bahan-bahan nya?? Jom lihat


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
Huh.,... senang giler rupanya buat.... tak der la susah pun... tinggal beli bahan jer pun.. semalam dapatla buat 2 adunan.. kene pandai bentuk la bunga dahlia tu.. kalu idak tak banyak la dapat... sebab kuih ni akan kembang bila masak...hik3

Okla.. selamat mencuba yek semua!!!!!

Sunday, August 04, 2013

Projek Kuih Raya untuk sendiri........

Haaa.......wat apa tu??

Dah masuk petang pun kan.... hari ni sudah pun 26 Ramadan 1434H... macam mana persiapan?? Dah siap ker??

Orang lain sumer dah beli berbalang-balang kuih raya.. tapi saya baru sibuk nak buat kuih raya... macam terror jer buat.. padahal dah lama x buat.. jadi skill nak buat kuih tu dah tak tajam...hahaha

Selepas subuh tadi saya dah bersedia di dapur nak memasak.... sementara anak-anak belum jaga, saya buat la dulu...

Ala.. buat kuih dahlia jer


Penat woo nak bakar kuih sebenarnya...nak-nak pula bulan puasa.. lagi la tergugat iman kan??

Masa tu la rasanya kuih raya tu sedapla.. padahal kalu hari biasa... nak makan pun tentu dah tak lalu..keh3


Ok x rupa bentuk?? hahahaha..........tak reti la nak bentuk..

Puas dah uba banyak kali.. x berjaya tau..meni tul!!!

Tapi ni yg ok sikit dr sebelum ni.. lagi kembang semangkuk..kah3


Lihatla...pembantu keil sudah bangun...saya suruh dia letakkan ceri kat atas kuih sebelum dibakar....

Nak sangat tolong...tapi tolong letak ceri jerla... kalu yang lain tak boleh la kan... hik3

 Ni la yang malas kalu ajak anak tolong... suka suki jer dia nak letak 'color rice' atas kuih tu...hahahaha

Sebaik tinggal 2 tray jer..jadi layan jerla... janjji dia bahagia...

Seronok juga kan buat kuih raya ni......... dulu masa kecik2 macam ni gak la saya kot.. kaau mak saya masak kuih..hik3

Jadi saya baru ada 1 jenis kuih... emmm..cukup tak untuk jamu tetamu?? hahahahaha





Saturday, August 03, 2013

Alhamdulilah... rezeki anak-anak


Alhamdulilah........ tak sangka pula boleh menang hadiah dari Huggies dan juga Beautifulnara...

Tak jangka sebenarnya... sekadar suka-suka jer masuk.... rezeki anak-anakla... selamat bajet nak beli pampers untuk Huzaiman lepas ni...hik3

Terima kasih pada BeautifulNara, Nuffnang dan Ambi Pur serta Huggies atas pemberian hadiah tersebut...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...