Tuesday, April 30, 2013

Pantang nampak cermin........

Hahaha........ gini la kalu tak der keje....

Teman kawan pergi tengok baju.. derang tengok saya bergambar........

Habis segala cermin kat situ g bergambar............ gasak ko la......





Sebaik tak ramai orang........hahahaha......

Ada member ok jer.. tak best pula bila bergambar sengsorang kan?hahahahaha

Monday, April 29, 2013

Semalam ke Kidzania............

Semalam saya dapat juga pergi ke Kidzania, setelah berminggu-minggu membuat tempahan....

Sebenarnya saya mendapat tiket percuma atas usaha saya men'share'kan FB Group Bactore..... dah lama saya terima hadiah tersebut.... dan baru bulan ni berjaya menebusnya...hik3


Suka anak-anak saya bila bagitahu nak ke Kidzania....

Memula saya cakap nak ke Tesco jer... tapi bila sampai Bandar Utama, mata Danial sangat tajam..... dari jauh dah nampak signboard Kidzania....


Besar juga Kidzania ni... banyak sebenarnya aktiviti yang boleh di buat.....saya berada dari pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang... itu pun tak puas lagi anak2 saya menerokai nya..

Nanti saya ceritakan keseronokan dan aktiviti yang anak2 saya lakukan yek... Tak larat nak taip entry wat masa ni... sebab banyak gambar belum transfer lagi..hik3

Apa2 pun ada juga kekurangan dan kelebihan berada di Kidzania... pada yang belum pergi tu... boleh la datang dan rasainya juga... tak cuba kita tak tahu kan...

okla..tak moh banyak citer..nanti panjang lak entry saya ni... hari ni saya cuti.. ingat nak ke Pesta Buku Antarabangsa... emm.. tak tahu la dapat pergi ker tidak.. sebab saya kene bawa 2 bodyguard kecil ikut sekali...hik3

Friday, April 26, 2013

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013


Acara : Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013
Tarikh : 29 Mei – 1 Jun 2013 (Rabu – Sabtu)
Tempat : Pantai Geting, Tumpat


PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2013

1.LATARBELAKANG
  • Pesta wau telah diadakan sejak tahun 1982. Selepas itu, ianya telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti promosi pelancongan tahunan bagi negeri Kelantan.
  • Para peserta peringkat antarabangsa yang bakal mengambil bahagian pada tahun ini terdiri dari negara Austria, Kemboja, Australia, Vietnam, China, Jepun, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina, Sweden, Singapura, New Zealand, Amerika Syarikat,  Perancis dan Jerman.

2.PENGANJURAN
  • Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013 ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kelantan, Tourism Malaysia Kelantan, Persatuan Layang-Layang Kelantan (PELAYANG) dan Majlis Pelayang Malaysia. Pesta ini juga akan melibatkan jabatan serta agensi kerajaan dan pihak swasta.

3. TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh dan Tempat adalah sebagaimana berikut:
Tarikh : 29 Mei – 1 Jun 2013 (Rabu – Sabtu)
Tempat : Pantai Geting, Tumpat

4.ATURCARA MAJLIS
Aturcara majlis sebagaimana di Lampiran 1
  • Pertandingan Wau Bulan Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Puyuh Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Kucing Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Jalabudi Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Daun/Barat Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Bulan Tradisi Sobek/Cantik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Puyuh Tradisi Sobek/Cantik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Membuat Wau Tradisi Peringkat Kebangsaan (Menaik)
  • Pertandingan Membuat Wau Tradisi Peringkat Kebangsaan (Membuat)
  • Pertandingan Wau Daun 1 Pancang (Secara Tradisional) Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Bulan Besar (9 kaki) Naik Terbuka
  • Pertandingan Wau Puyuh Besar (9 kaki) Naik Terbuka.
  • Pertandingan Menaikkan Wau Bulan 5 x 5 kaki oleh keluarga pengadil
  • Pertandingan Wau Bercahaya Bebas Terbuka
  • Pertandingan Layang-layang Rokakku Challenge Terbuka
  • Pertandingan Layang2 Ciptaan 3D Peringkat IPT (Institut Pengajian Tinggi)
  • Pertandingan Wau Bulan Tradisi Peringkat Sekolah Menengah Negeri Kelantan
  • Pertandingan Wau Puyuh Tradisi Peringkat Sekolah MenengahNegeri Kelantan
  • Pertandingan Layang-layang Rokakku 5 kaki Naik Peringkat Sekolah
  • Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah Tahun 1 - 3 Negeri Kelantan
  • Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah Tahun 4 - 5 Negeri Kelantan
  • Pertandingan Layang2 Paling Kreatif/Unik Peringkat Antarabangsa
  • Pertandingan Layang2 Paling Harmoni/Warnawarni Peringkat Antarabangsa
  • Pertandingan Layang2 Train Kite Peringkat Antarabangsa
Jadi pada warga Kelantan dan yang berdekatan.... jangan lupa datang beramai-ramai untuk memeriahkan PESTA WAU ini.........

Wednesday, April 24, 2013

#57 Wordless Wednesday – Cendol

#57 Wordless Wednesday – Cendol
#sedapnyaaaaaaaaaa nak pula bila cuaca panas kan?hehehe

Marc Jacobs Set of Multipurpose Pouch + Coin Purse

Sapa pernah beli barang secara dalam talian???

Saya pernah beli.. dulu pernah beli dari LAZADA... dan alhamdulilah. barang dapat seperti yang di paparkan dalam website....

Pastu rajin beli PHOTOBOOK punya baucer... dan dah banyak kali redeem la... dan kini siap beli banyak2 sebab kawan2 pejabat pun tumpang beli sekali....

Pastu Boss opis saya berminat nak beli Marc Jacobs punya wallet....

Marc Jacobs Set of Multipurpose Pouch + Coin Purse hanya berharga RM38.00 termasuk kos penghantaran...

Dan alhamdulilahhhhhhhh..................


Berjaya terima dengna kadar yang cepat........

sebab ikutkan mereka kata akan mula mengepos selepas 2 May 2013....tapi dapat lebih awal seperti yang dijanjjikan....

Okla kan... dapat daripada tak dapat.... risau jer tak dapat..dan barang dapat lain dari yang lain...

Oh ya nak pilih barangan di Groupon atau seangkatan nya ni.. kene pandai pilih..sebab takut nanti salah beli harga yang murha pun boleh jadi murah...betul tak??

Tuesday, April 23, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013


Acara : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013
Tarikh : 26.04.2013 - 05.05.2013
Masa : 
10.00 pagi hingga 7.00 malam (Isnin - Jumaat)
10.00 pagi hingga 9.00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Tempat : PWTC

Jommmmmmmm......kita tambah buku untuk pembacaan anak2 dan juga diri sendiri...hik3

Samsung S4 akan bakal tiba........

Wahhhhh............... Samsung ni sungguh laju keluarkan produk kan.....

Kini Samsung S4 pula bakal berada di pasaran tak lama lagi.........





(kredit gambar pada Ciklily Putih)

Mesti semua tak sabar-sabar nak menantikan Samsung S4 ni.....

(kredit gambar pada Shakiddo)

Emmmmmm....dengar kata 27.04.2013 iaitu Hari Sabtu ni pelancaran nya.......

Tempat dan waktu tu tak tau la... kene tunggu la setiap hari mereka update kan........ saya pun tak tau kat mana.....hik3

Monday, April 22, 2013

80hari lagi menjelang Ramadhan........



Wah..... dah hampir tiba Ramadhan kan.........

Ishk......lagi 80hari jer......... dah bersedia semua??

Sensasi dari KOREAN sudah tiba!

KFC kalu tak keluarkan makanan baru memang tak sah kan? Kalu dah keluarkan sure la nak merasa...... nanti bila habis promosinya..x dapat la pula rasa.............


Wah... menunya nampak lain dari yang lain...

Ada sayur, ada kentang wedges, pastu ayamnya perghhhhhhh..... menarik sungguh tu..

Jadi saya pun beli la.. ada 2 jenis set, 2 ketul atau 3 ketul... di sebabkan nak merasa, ambik la juga 2 ketul dulu.......

Mana tau kalu sedapppppppp leh la ulang lagi kan?

Dan saya pun pesan........

Ok....... saya x dapat apa  ditunjukkan dalam gambar......

Sayurnya belum siap lagi, pastu di ganti dengan sayur salad biasa tu....


Ayamnya pula cukuuuuuuuuuuuuuupppppppppppppp tak puas hati ok!

Saya ingat ayamgnya macam dah salut sekali semua....... rupa-rupanya ayam spicy hanya dicurah di atasnya dan ditabur bijan sahaja..................

abcdefghijk............ tu la...........jangan mudah terpedaya dengan iklan semata2....... apa la salahnya kalu masak tu betul2... kalu semuanya rasa yang sama kan best.......

Mana la datang nya KOREAN yek?? orang sana kuat makan sambal ker? rasa manis adalah...............huuhuhu

Tapi kalu nak rasa sila la.......... tak baikla kan kita nak sekat nafsu makan orang....... at least merasa dari membaca......... jom KFC!hahaha

Sunday, April 21, 2013

[REVIEW] 2 Kalimah

Sapa dah tengok 2 Kalimah kat wayang??

Sekarang ni Astro dah tayang kar Astro First... tapi kene la langgan yek....Maklumla.. sejak tak dapat tengok wayang ni.. tengok kat rumah jerla.. jadi mengharapkan wayang dari HBO, MAX, FOX,Astro First,ABO...

Yela..saya tau, sumer dah tengok citer terbaru.. saya jer yang sibuk baru nak update... tapi tak kisah la.. janjji dapat gak tengokkan??hik3


Sinopsis Dua (2) Kalimah

Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.


Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.



Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?

2 Kalimah merupakan filem Islamik arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures (MIG)

Pelakon 2 Kalimah: Shaheizy Sam ,Nora Danish,Wan Hanafi Su,Yana Samsudin,Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar dan Mikael Andre.

*****************
Apa yang nyata citer ni ada pengajaran nya tersendiri....kira dalam ni  dia tunjuk pengajaran 3 sekali la....

Yang melakonkan watak PIAN tu ingat Piere Andrea, rupanya Mikael Andrea...siapa yek..adik dia yek??hik3

Tapi pada sesiapa yang nak tengok, boleh la layan kat Astro First yang sedang ditayangkan...leh tengok ulang-ulang...maklum la sejak Shaheizy Sam dan Yana Samsudin menang kat ABPH yang lalu,mesti ramai yang nak tengok lakonan dia kan??hik3

Saturday, April 20, 2013

Fenomena GWIYOMI..........

Eh...dah masuk petang dah...... ok... semua tengah buat apa? mesti sibuk kemas umah... lipat baju... gosok baju.....hik3
Saya pula tengah berehat2 jer....sambil berehat tengok bedio org buat gaya GWIYOMI lak...hehehe

Jom layan beberapa artis yang rajin upload gaya GWIYOMI kat KEEK ni........hahaha



Ok.........sumer cute kan??hahahaha..........

Ada ker budak opis saya ajak buat...boleh jer kalu nak buat............tapi saya konpem tutup muka......sebab muka saya x cute dan comel macam mereka........hahahaha

sebelum saya mengakhiri entry ni...layan bedio gaya GWIYOMI dari utube... ok.. yang ni ASAL punya... tapi tak tahu la betul ker tidak...


Selamat berhujung mingguuuuuuuuuuuuu semua!!!

7 hari percuma bersama HYPPTV


Ok........ dapat tengok HyppTV tanpa sekatan selama 7 hari bermula dari 18.04.2013 hingga 24.04.2013

Sempena menang anugerah di TV Connect Industry Awards 2013 kat London.....

BAGUS!!selalu la menang anugerah yek....... leh dapat tengok semua siaran....... siaran yang sedia ada pun tak menarik........ tak tau la.. kenapa bila dah buka semua siaran pun masih tak menarik nak menonton..........hahahaha

Ok...... jom sambung tengok HyppYV, ada HD ok!lawa la gambar kan..............

Friday, April 19, 2013

Sengkuang Calit

Sapa pernah makan SENGKUANG CALIT??

Dulu masa sekolah saya panggil sengkuang cina, sebab tepi jalan ada makcik tua cina jual buah dan sengkuang calit ni.....

Jadi ada sekali tu ternampak kat pasar malam seksyen 7, bandar baru bangi...tapi tak sempat nak membeli..sebab dah penuh tangan dengan makanan...

Hari ni ada pasar malam kat Seksyen 4, jadi saya ternampak lagi..........

Apa lagi terus la g beli............

Kang terlepas lagi macam hari tu...hik3...



Ok.......sempat la juga saya ambik bedio.............tapi upload kat KEEK la yek,....hik3

Penyediaan nya masih seperti dulu di mana perlu ada sengkuang putih tu, sos merah dan terakhir kacang hancur....


Dulu harga sengkuang ni RM0.50 aja.........sekarangderang jual RM2.00 ok......ada juga yang jual RM2.50...

Emmm...........makanan yang tiada nama, tapi  kini telah mula dijenamakan..... memang mahal la kan... padahal kos buat sengkuang calit ni jauh   murah dari beli......hik3..

Bezanya........ malas dan tak malas jerla nak buatkan??







Wednesday, April 17, 2013

#56 Wordless Wednesday – Jauh pukul nampak??

#56 Wordless Wednesday – Jauh pukul nampak??
#hahaha...... bola melekat, pukulan dah tinggi....


Tuesday, April 16, 2013

Kempen Alahan Protein Susu Lembu (CMPA)

Pada minggu lepas, saya dijemput menghadiri Kempen Alahan Protien Susu (Cow's Milk Protein Allergy) yang di adakan di The Gardens Hotel & Residences, Mid Valley City bersama blogger yang lain...

(kredit pada Melastikbintang.com)

Sempena Minggu Alergi Sedunia 2013 (8-14 April), Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Alergi & Imunologi Malaysia telah melancarkan Kempen Kesedaran Alahan Protein Susu Lembu (“Cow’s Milk Protein Allergy” atau CMPA) yang bertujuan meningkatkan kesedaran and mendidik ibubapa tentang CMPA di kalangan kanak-kanak. CMPA adalah alahan makanan paling lazim di kalangan bayi.

Walaupun statistik agak terhad, susu dipercayai merupakan alahan makanan yang paling lazim dialami oleh bayi di Asia dan Malaysia. Namun begitu, ia sering disalah tafsir kerana kesannya merangkumi pelbagai tindakbalas alahan.

http://parenthots.com/getfile/40c3fce2-5494-45d3-b2a4-5cc364c08bbb/cows-milk-protein-awareness-programme-2.aspx
Semasa pelancaran CMPA awareness campaign: 
(dari kiri) moderator Shazmin Shamsuddin bersama Dr Amir Hamzah, Prof Lee dan Dr Chai.
“Istilah terkini untuk alahan atau alergi yang diiktiraf oleh Pertubuhan Alergi Sedunia ialah sebarang tindakbalas hiper sensitif terhadap susu. Ia boleh dibahagikan kepada CMPA dan tidak toleransi laktosa. Kedua-dua keadaan ini adalah berbeza – tidak toleransi laktosa ialah ketidakupayaan untuk menghadam laktosa disebabkan kekurangan enzim laktase, manakala CMPA pula ditakrifkan sebagai tindakbalas alahan hiper sensitif terhadap protein susu lembu,” jelas Dr Amir Hamzah, Presiden MSAI.
Menurut kajian, CMPA boleh berlaku sejak bayi dilahirkan dan memuncak dalam tahun pertama. Ia biasanya reda dalam jangka masa tiga atau empat tahun. Namun begitu, kajian melibatkan 807 kanak-kanak yang mengalami CMPA mendapati masalah ini boleh berlarutan sehingga ke alam remaja bagi satu pertiga daripada kanak-kanak yang ditinjau, dengan 12% terus mengalami alahan terhadap susu lembu sehingga usia 18 tahun.

“Simptom CMPA di kalangan kanak-kanak boleh berlaku beberapa minit selepas susu diminum. Ia bermula dengan keradangan kulit, masalah penghadaman, keradangan yang teruk dan juga berlaku kemungkinan tindakbalas alahan yang lebih teruk iaitu anafilaksis, Ibubapa perlu mengetahui masalah yang dihadapi dan mengambil langkah yang betul untuk menangani CMPA.” kata Dr Chai Pei Fan, pakar pediatrik dan ahli Kolej Pediatrik, Akademi Perubatan Malaysia. 


Prinsip Utama Dalam Rawatan CMPA

Faktor terpenting dalam rawatan CMPA adalah penyingkiran protein susu lembu dari diet kanak-kanak tersebut. Formula gantian mungkin tidak diperlukan bagi bayi yang menyusu badan dan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas; ibu yang menyusu badan harus meneruskan penyusuan tetapi berhenti mengambil sebarang protein susu lembu.

 

Bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun yang tidak menyusu badan, susu lembu boleh digantikan dengan formula gantian, di mana formula yang dinyahhidro secara extensif (“extensively hydrolysed formula” (EHF)) merupakan pilihan utama. Tidak seperti yang disangkakan, formula berasaskan soya adalah tidak sesuai bagi kanak-kanak di bawah 6 bulan kerana kesan jangka panjang bagi kandungan aluminium dan phytoestrogen yang tinggi masih tidak diketahui.


Kempen Kesedaran Alergi Protein Susu Lembu yang dianjur MPA dan MSAI meliputi program Pendidikan Perubatan Berterusan bersama pakar penjagaan kesihatan dan lain-lain inisiatif seluruh negara untuk meningkatkan lagi kesedaran dan mendidik para ibubapa. Kempen ini disokong oleh bantuan pendidikan tanpa syarat dari Institut Sains Dumex sebagai sebahagian dari visi syarikat untuk terus memberikan nutrisi terbaik untuk meningkatkan kesihatan kanak-kanak Malaysia.

Untuk lebih lanjut, boleh la layari MPA di www.mpaweb.org.my dan MSAI's di www.allergymsai.org.

Seperti biasa, kalu pergi event tak jumpa blogger tak sah kan?



Akhirnya... dapat juga berjumpa ngan MelastikBintang....hahahaha

Terima kasih atas entry  gambar anak kak sumi tu yek..... ada juga yang cam anak siapa walaupun ko tak mention nama kak sumi...wakakaka

nah.. sila baca sini :


Makanan nya pun tidak menghampakan... sangat sedappppp........


Dapat berjumpa juga dengan ibu-ibu yang hebat. antaranya Byzura, Azza, erkk...sebelah kak ayu tak ingat nama... huhuhu *maafkan saya


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhM308W_e0wrzIdrbCVWvhBomZLqwumKIQFHnAW84zyH54NNFEj3G_zsMYj_x8VovVESIIP80YeDYpaGHFD9zplD7wI9te1K1Eewa1qdt5NLlGk1pGT0gkzixlJ7sA8hAzo8-7d5Q/s320/CMPA+Forum_Group+Pic+(1)+(1).JPG 

Sebelum pulang acara bergambar bersama-sama dengan Dr Chai Pei Fan...yeahhhh!!!

Banyak juga soal jawab berlangsung masa tu.... maklum la bila ibu2 bertanya.. macam2 soalan yang tak dijangka pun di aju......hik3

Dan..bila dah jumpa cermin dalam LIFT kami Anna dan Mila.... pantangla jumpa...maklum la nak turun dari tingkat  29.... dengan kadar lift yang lambat turun... apa lagi. ambik gambar bertubi-tubi..

Tapi letak 1 jerla.. kang muntah pula korang tgk gambar kami banyak2....hahaha...

Ok..sila cari Huzaiman mana?? hahaha..kesian dia. x nampak dalam gambar, sebab ibu dia sibuk mengila depan cermin...kah3

Undi anda adalah RAHSI0A! Selamat mengundi...........



Antara PARTI yang bertanding......

Ada 31 parti yang berdaftar dan 30 parti bebas...hik3

 
 

Jadi.. mari kita semak.... sama ada saya layak mengundi ker tidak?

Rasanya sepatutnya kali ke 3 mengundi... tapi ada sekali tu tak pergi....hahahaha. So kira kali ke 2 la mengundi kan.....hik3


Jadi pada yang tak tahu macam mana nak mengundi.....

Meh tengok.. langkah2 mengundi......


Selamat mengundi yek semua!!
Undi anda adalah RAHSIA!!

Monday, April 15, 2013

Purplelicious The Food Wagon

Selalu nampak lori ni bila lalu depan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat kat ni....

Asal lalu jer mesti kata "wei.... ada ice blended la." hahahaha

Tapi tak berkesempatna nak berhenti, sebab asyik lupa jer.... jadi ada sekali tu g ke Presint 4 terus cakap, balik nanti kita beli air lori bergerak jerla yek.....

Dan akhirnya berjaya jug amemberhentikan kereta di situ....hahaha


Betul-betul dekat ngan bulatan nak menuju ke PICC dan sebelah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat.....

Sampai sana memang tak ada orang ok! jadi dapat la tinjau2 apa menu kat situ...


 
 Oh! ada makanan juga..... ingat jual air jer......

Dah beli makanan, tak kan nak beli lagi kan.. jadi kami beli jerla ice blendad dia...


Sebanrnya Purplelicious  di rasmikan pada 17.03.2013 di Dataran Putrajaya sempeba Purple Walk....

Mungkin selepas habis acara, mereka tempatkan lori ni di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat kot...hehehehhe

Jadi inlah yang kami beli.......

 Air Manggo smoothies - RM 6.90

Ais blended coklat - RM5.90

Ok... selepas kami beli, kami blah....... jadi kalu nak tahu rasanay sedap atau tidak.......

Emmmmm.sila la g cuba dan rasa....... susah nak cakap. lain orang lain tekak nya.....hik3

Saturday, April 13, 2013

Bila Huzaiman kene GEGATA


Pagi tadi ada nampak macam merah2 kat pipi Huzaiman........ ingat kene gigt semut ker apa.......... so wat tak kisah la...

Bila petang tetetiba my IR tegur, tangan dan kaki Huzaman nampak ruam banyak. Terus tetib rasa panik kejap.......hahahaha padahal masa tu kat Tesco Semnyih sedang membeli belah barang dapur.



Sempat la ambik bedio kar KEEK..........hik3

Tu la dia.....segak semua dah menjadi kegilaan KEEK, apa2 update kat KEEK lak..... Twitter dah semakin saya tinggalkan, hanya akan guna bila tengah boring gila........hahahaa

Bila balik, singgah la ke Klinik ambik ubat kan........ Doktor kata dia kene GEGATA...........huhuhu. Alergik pada sesuatu seprti dia ada pegang benda ker, lalu kawasan memana ker... sebab kat rumah dia sorang je kene.

Tak mungkin alergik makanan kan... mesti ada la tu dia pegang...huhuhu



Gini la jadinya bila dapat yang aktif kan.............

Hengat leh duduk diam pas bubuh ubat........ mak aik.. leh dia buat jambatan badan kat kerusi ni.... selamba dia jer panjat, pastu wat rentang badan gitu...

Haih.... anak seksa ibu ok!

Jadi harap2 Huzaiman akan sembuh esok la... kalu idak... Isnin ibu akan jadi susah hati woooooooooo..........huhuhuhuh

Friday, April 12, 2013

Pesta Air Malaysia Port Dickson 2013


Acara : Pesta Air Malaysia Port Dickson 2013
Tarikh : 12.04.2013 - 14.04.2013
Tempat : Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Pelbagai aktiviti dan program seperti sukan tradisional dan moden juga akan diadakan untuk menyerikan lagi pesta itu.


“Antara acara sukan yang akan diadakan ialah bola sepak pantai tadika, bola sepak pantai (terbuka), tarik tali, futsal pantai, pertandingan jet ski, cabaran pesta pancing dan banyak lagi. “Selain itu, persembahan artis terkenal tanah air juga akan diadakan termasuklah persembahan istimewa daripada Ratu Rock, Ella.

Antara artis lain yang akan muncul dalam konsert pada 13 April itu ialah Nubhan, Lena AF, Ayu OIAM, Ani Maiyuni, Roslan Shah, Sharifah Sahora dan Kumpulan The Vella.
Semua dijemput hadir!

Menjamu Selera di Ikan Bakar Seri Empangan, Putrajaya

Beberapa hari yang lalu, saya ngan kawna opis cari kedai makan.. duk Putrajaya ni smapai tak tahu nak makan mana ok! hahaha

Memula nak ke Alamanda, tetiba bila lalu depan Empangan Putrajaya ni terus belok kereta ke kiri.....hik3


Di sini la tempat nya........ nampak macam daun kan bumbung nya?

Masa saya datang ni waktu makan tengahari, jadi tak der la ramai sangat.... tak tau la kenapa.... mungkin tempat baru atau tempat ini tersorok dan jauh dari Bandar Putrajaya.....

Ialah.. kalu dari Presint 1 nak ke sini, agak jauh juga....... macam kami di Presint 5 nak ke Alamanda, ambik masa juga ke sana.....hehehe


Masa kami sampai nampak macam dia tengah bakar, sekali bukan bakar ikan bakar pun, tapi ikan yang di salut ngan sambal dan apa2 rencah la.. di balut dengan aluminium...

Kawan opis saya sebut 'ikan pais'... hik3.. pest time saya sebut.. selama ni sebut ikan bungkus....hahahaha


Ini lah dia lauk pauk yang di hidangkan.........

Macam-macam ada... daging, ayam, ikan, udang, telur..... macam kedai makan biasa... semua ada......

Untuk makluman, menu untuk ikan bakar bermula pada pukul 5.00 petang hingga 11 malam kot... lupa pula tanya waktu tutup...hik3

Jadi waktu sebelum pukul 5.00 petang menu hidang jerla......

Ada berbagai sambal la kat situ......


Eh......ada kuih muih juga tau.........

Tak tau pula berapa seketul... mungkin RM2 - 5 ketul kot...... (saya agak jer)

Ada juga dessert Bubur Kacang hari tu......


Kami datang berlima jadi kami ambik meja bulat.. senang sikit nak berborak-borak....

Tapi syokl a sikit, sebab makan dengan angn sempoi-sempoi bahasa.... ewah.....



Maklum la duk tepi tasik kan.....hik3

Lawa la sikit pemandangan kan.........


Tengokla mereka........ amboiiii..... leka berborak pas makan....

Apa la mereka bercerita...hik3


Ni permandangan tempat makan tersebut.....

Banyak tempat, ada petak ada bulat... pilih jerla...

Best gak kalu makan reramai... leh santai2.. dekat pun dekat gak ngan opis kan?hik3


5 orang punya menu termasuk air = RM41.00

Emmm..... mahal ker murah yek?? hik3

Ingat dah nak balik, tetiba kawan sempat sambar semangkuk kecil bubur kacang.....

Harga nya RM1.50 jer... sebaik murah. dan sedapppppppp.....hik3

Sebelum balik mari kita berposing dahulu....hahaha

Konon nak ambik gambar belakang.......

Dekat sangat jurukamera g ambik... pas tu suh di undur belakang sikit

Ha..... baru la clear sikit.....

Nampak tak empangan di belakang tu..... hik3.... sebaik berpagar.... kalu tak berpagar, konpem saya ajak kengkawan buat gaya TITANIC kat ujung empangan tu...hahaha

Ok... pada sesiapa yang nak mencuba, merasa dan menlalui pengalaman makan di sana, boleh la ke sana....

IKAN BAKAR SERI EMPANGAN PUTRAJAYA
Pusat Kawalan Empangan, 
Taman Empangan, Presint 5,
62000 Putrajaya
H/P: 013-3490191, 012-4268081, 017-3368081, 012-2888340, 012-3378081
E-mail: saidiikanbakarputrajaya99@yahoo.com , rayn21r@yahoo.com

Tapi kalu nak tengok menu ikan bakar dan suasana waktu malam tu, leh la jenguk blog ni....


Banyak juga menu makan makan yang di sediakan.....  Apa-apa pun cuba dan rasa dahulu baru leh tau kan?

Selamat menjamu selera!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...