Tuesday, March 26, 2013

Sepanjang 7 jam yang dilalui….

Salam…..

Semalam adalah hari yg mendebarkan…mana x berdebar..tetiba dapat call dari Day Care Iskandar kata dia x sehat..

Muntah2 sampai kaki jadi putih…pas dapat call dalam pukul 10.50 pagi..terus balik dan pecut ke Day care Iskandar.

Sampai jer sana..dia dah lembik badan…dan muntah untuk kali yg entah ke berapa dah… keluar warna kuning…arghhhh. .saya tengok pun dah risau.

Terus bergegas ke Hospital Kajang sebab kalu pergi Klinik saya rasa mesti setakat bagi ubat tahan muntah dan air garam…tu yang saya terus ke Hospital. .mungkin Doktor boleh buat pemeriksaan lebih lanjut.

Sampai sana dalam pukul 12.00 tengahari. .terus ke Kecemasan dan menuju ke kaunter Penyaringan 1 dahulu. Kaunter Penyaringan 1 ni hanya perlu bagi butir2 penyakit. .mereka akan nilai sama ada kecemasan atau bukan kecemasan


Kemudian pergi ke kaunter 5 untuk mendaftar…adeh baru teringat. .x bawa kad pengenalan Iskandar pulak. ..jadi terpaksa la salin butir2 peribadi dengan sendirinya…

Sebaik ada buat simpanan nombor kad pengenalan anak2 dalam hp. Selepas isi borang, bayar RM1 dan dapat nombor. Masa tu nombor yang ke 2053. ..


Selepas beberapa minit nombor naik, kene pergi ke kaunter 5… untuk pemeriksaan sebelum berjumpa doktor. ..

Check suhu badan…tekanan darah dan tanya serba ringkas apa permasalahan…. selepas itu kene la tunggu di luar sebelum di panggil bertemu doktor.


Jadi di tempat menunggu inilah bermulanya ‘penantian penuh seksaan’ dan ‘sabar itu separuh dari iman’

Bila duduk di ruang menunggu yang air cond nya hangat2..dimana x rasa sejukkkkkk dan juga tiada apa2 hiburan walaupun tv chantikkkk tergantung kat ruang tamu…

Melihat juga gelagat pesakit dan juga bukan pesakit di mana yang bukan pesakit pun duduk…tapi yang sakit pula berdiri tanpa rasa bersalah nak bagi untuk yang sedang dukung anak kecik untuk duduk…


Dalam waktu menunggu tu…adalah juga Iskandar muntah2 dalam 3 kali… sampai tertidur2 la dia…
Sempat la juga saya tinggal kan dia sekejap untuk membeli makanan dan minuman serta melakukan beberapa perkara sementara menunggu nombor naik….

Selepas 3 jam…dalam pukul 3.20 petang baru lah nombor saya naik…..


Masuk jer dalam bilik pemeriksaan. .. ya allah. . punya la banyak nombor yang menunggu lagi..dan hanya ada 2 -3 doktor jer yang merawat….memang kesian doktor2 di situ.. kene menguruskan pesakit-pesakit yang ramai kan...

Bila dah lama menunggu. .apa yang korang rasa? ? Iskandar dari dah lembik badan. . Bila dah tido dan makan…kurang la sikit demamnya serta dah x muntah2 lagi… eh dah ok ker iskandar ni...hahaha

Bila dah buat pemeriksaan. . Doktor sarankan ambik ujian darah sebab takut denggi atau lain. ..tetapi kene tunggu lagi 2 jam!

Hah?? 2 jam? saya berkira-kira jap…ok..saya kata x perla… saya nak pulang sebab saya tgk anak saya dah kembali sihat cuma demam aja..dan saya mohon ubat demam sahaja. Masa tu waktu dah hampir pukul 4.30 petang dan saya jangkakan mesti selesai malam… sebab itu saya tolak sebab letih menunggu lagi…

Doktor tu minta saya tandatangan surat penolakan ambil ujian darah atas kemahuan sendiri supaya jika ada apa2 yg terjadi pihak Hospital tidak bertanggungjawab.

Masa Doktor tu tanya ada penyakit ker tidak..dan saya sebut G6PD. .barula Doktor tu panggil Doktor Pakar Kanak2 tuk dirujuk..dan dalam masa yang sama Doktor Pakar tu terus minta masukkan ‘drip’ dan terus ambik darah untuk ujian…

Perghh... lega rasanya bila terus ambik darah...hehehe


Selepas tangan Iskandar dimasukkan jarum tuk ambil darah dan masukkan air… kini kene tunggu pula keputusan ujian darah tersebut. ..

Sempat la lagi Iskandar makan dan minum lagi…tapi dah x muntah2 lagi dan selepas masukkan air dalam badan..dia nampak kembali sihat. .suhu badan dari 39′ selsius dah turun ke 37′ selsius sahaja….

Dan keputusan darah nya pun NORMAL dan tiada apa2 yang mencurigakan…. Alhamdulilah rasanya.... tu yang saya suka ke Hospital Kerajaan...hehehe


Dan selepas 2 jam….akhirnya Doktor benarkan pulang selepas puas hati dengan perkembangan Iskandar yang semakin sembuh. ..

Dapat slip ambil ubat di farmasi dan dibekalkan ubat demam dan 3 botol ubat antibotik. ..
 
Dalam pukul 7. 15 malam selesai urusan saya di Hospital Kajang…..

Kira2 7 jam juga saya berada di Hospital untuk urusan pemeriksaan dan rawatan.

Emmm. .benarla ramai yang merungut tentang perkhidmatan Hospital Kerajaan yang  yang lama terutama waktu menunggu. ..

Tetapiiiiii…walaupun lama..tetap ramai yang datang berkunjung… terutama macam saya..dari mengandung anak pertama sehinggla bersalin anak ke 4….tetap dapatkan perkhidmatan dari Hospital Kerajaan walaupun tahu hakikat nya menyakitkan…

Agak2 kenapa yek ramai yang berkunjung dan mendapatkan perkhidmatan dari Kerajaan? ?
Kenapa yek??

Ok..sekian la ngomelan saya yang panjanggggggg lebar..hik3

Monday, March 25, 2013

[IKLAN] Azzara Cottons

 Salam Semua!


Azzara Cottons Diasaskan oleh Pn Farah Nini. 

Butik ini terletak di Putra Heights, Subang Jaya.

 
  

 Mempunyai koleksi pelbagai jenis kain cotton. Antaranya, cotton voile, japanese cotton dan American cotton. Juga mempunyai koleksi kain lace dan sifon. 

Mementingkan kualiti kain bagi kepuasan pembeli.


Menyediakan tempahan jahit di butik dan secara online dan juga khidmat alteration di butik.

Pembelian secara ansuran juga diterima.


Pertanyaan lanjut boleh hubungi melalui emel atau telefon :

EMAIL : azzaracottons@gmail.com
Tel : 03 - 5192 3944 (shop)
Tel : + 6012 2122 596 / Farah
Tel : + 6019 3822 596 / Wan

SHOP ADDRESS
2A, Jalan Putra Mahkota 7/6A
Seksyen 7, Putra Heights
Subang Jaya, Selangor
Web site : http://www.azzaracottons.com/

Waktu Perniagaan:
Mon - Sun 11am -8pm

Sunday, March 24, 2013

The Mall bakal di tutup?

Semalam saya ke Parkson The Mall……

Ada jualan penghabisan stok untuk menghabiskan barangan di Parkson. ..


Dari best buy…10%..50%…70%..80% semua ada…

Tapi tak semua barang rasanya kot…. saya rasa macam jualan murah yang setiap bulan punya jer… murah lagi kot kat Sogo…


Kene pandai pilih la… memang nampak ada sale…tapi x semua barang yek!!

Sapa nak ke Parkson sila la datang…sale sehingga ke 30hb Mac 2013

 
 
Kat Ground floor pun banyak juga barangan yang murah2. ..macam kat jalan TAR la pulak…hik3

Tapi memang banyak kedai di The Mall dah tutup….. dengar kata Sunway Managment yang akan ambik alih… tapi tak tahula bila..

Dulu kat The Mall ni la saya suka datang…dulu ia dikenali sebagai Yaohan… dan ayah saya selalu bawa kami sekeluarga disini selain di Chow Kit Road.

Kemudian..masa sekolah rajin datang bersama rakan2 sebab ada permainan di tingkat 4… kira theme park kos murah la….main sampaiii habis duit belanja sekolah..hik3


Kemudian. .x sangka bila bekerja di PWTC saya menjejakkan kaki lagi disitu. … dan memang disitu la syurga membeli belah diwaktu tengahari. ..

Kini opis saya telah pun berpindah di Putrajaya. ..dan Alamanda pula yang menjadi sasaran saya sewaktu tengahari. .hik3

Pasti ramai yang ada kenangan bersama The Mall… tak tahula selepas ini kompleks membeli belah atau akan menjadi bangunan lain…

Tapi rasanya tempat ini sangat syrategik dari segi pengangkutan sebab ada Komuter dan juga LRT…

Kini The Mall menjadi salah satu sejarah dalam hidup saya… banyak kenangan disitu..hehehe

Saturday, March 23, 2013

60+ Earth Hour 2013


Acara : Earth Hour
Tarikh : 23.03.2013
Hari : Sabtu
Waktu : 8.30 malam - 9.30 malam

Kalu dah tutup sampai pukul 9.30 malam.... jawabnya tidur la yek..... tapi awas... jejaga juga, takut ada yang suka ambik kesempatan di atas kegelapan macam  ni....hik3

Selamat ber 'earth hour' yek!

Friday, March 22, 2013

Aktivit Hari Jumaat

Gini kalu keje gomen kan....... nak pula hari Jumaat, rehat kan panjang.......

Mau tak panjang, dari pukul 12.12 - 2.45 petang.... haish.. macam2 boleh buat tau!


Selalu kalu tak g ke Alamanda, akan pergi ke Pasar Tani Putrajaya, beli makanan dan minuman di sana, dan bawa pulang ke pejabat...

Sebab boleh layan movie sambil makan... maklum la bila dah berkumpul ni, layan movie lagi best wooooooo......... macam tengok kat wayang ok!hahahaha

Macam-macam movie kami layan, ada masa omputih, ada masa citer melayu....

So, korang yang rehat panjang, selalu buat apa yek? hik3

Oh ya......esok dah bermulanya cuti sekolah untuk semua pelajar sekolah, ini bermakna Danial pun bercuti.. emm. mana yek tempat nak bawa mereka? emmmmmm....tengah fikirkan dulu.hik3

Tuesday, March 19, 2013

[REVIEW] Thor

Filem lama... Tahun 27.04.2011, tapi baru tahun 2013 berkesempatan menonton di HBO...hik3

Untung la dapat tengok juga kan......... maklum la ibu yang mempunyai 4 hero ni, kene beralah sikit bab-bab wayang......hik3



Sinopsis Filem :

Film thor bermula Ketika jane foster (Natalie Portman) yang berperan sebagai ahli astrofisika yang sedang meneliti tentang badai yang terjadi di Puente antiguo, new mexico. ketika badai tersebut datang mereka mendekati badai tersebut dan terjadilah sebuah ledakan didekat badai itu dan tiba-tiba muncul sesosok lelaki didalam kerumunan badai itu yang tidak sengaja mengenai mobil jane,mereka pun panik dan segera turun dari mobil untuk melihat lelaki tersebut.

http://hazmanfadzil.com/wp-content/uploads/2011/04/filem-thor3.jpg

Tetapi jauh sebelum itu rupanya di tonsberg, norway 965 sebelum masehi dalam film thor ini diceritakan dulu umat manusia mempercayai bahwa mereka bukanlah satu - satunya mahluk yg ada di alam semesta ini dan mereka percaya disuatu dunia lain ada juga mahluk lain yg mereka sebut dewa tinggal disana di lain sisi pada dunia lain yang dingin dan gelap datanglah mahluk lain yang disebut "Frost Giant" yang merubah dunia umat manusia menjadi zaman es, tapi seperti yang mereka percayai umat manusia tidak menghadapi ancaman ini sendirian mereka di temani oleh para dewa yang pada akhirnya para kaum frost giant itu mengalami kekalahan dan sumber kekuatan yang dimiliki oleh kaum frost giant di ambil oleh para kaum dewa yang melindungi manusia, setelah perang besar itu selesai para dewa pun kembali ke asal nya yang mereka sebut dunia abadi atau asgard.di dalam asgard ini diceritakan lah bahwa mereka adalah satu - satu nya kaum dewa yang melindungi umat manusia agar alam semesta tetaplah damai tetapi seiring waktu odin (Anthony Hopkins) raja dari asgard mengatakan kepada kedua anaknya yaitu Thor (Chris Hemsworth) dan Loki (Tom Hiddleston) salah satu dari mereka harus mempertahankan kedamaian itu,

http://3.bp.blogspot.com/-QE-rWz5NrM4/Tb6-idw7QzI/AAAAAAAACWI/Kp2LvTHNRWg/s1600/thor2011ts.jpg

Tetapi dari kedua anak odin hanya salah satu yang akan menjadi raja di asgard, tetapi saat kedua nya tumbuh besar odin lebih mempercayai bahwa anaknya yg pertama thor untuk menjadi raja di asgard, pada saat pengangkatan tahta raja di asgard tiba - tiba frost giant pun datang secara diam - diam ketempat sumber kekuatan mereka disimpan, disini rupanya odin menyimpan rahasia yaitu odin mengadakan gencatan senjata dengan laufrey raja kaum jotun dan thor pun marah karena menurut thor mereka telah melanggar kesepakatan, dia mengatakan agar ayah nya segera bergerak ke wilayah jotunheim (tempat tinggal para kaum frost giant) dan memberi peringatan  tetapi ayah nya memiliki pendapat lain sehingga tidak mau mengikuti kehendak anaknya.

thor fim terbaru

Thor pun kesal lalu dia memutuskan untuk pergi sendiri ke jotunheim tanpa memberi tahu ayah nya terlebih dahulu, mereka pun pergi kesana, tetapi di ujung gerbang asgard mereka diberitahu oleh penjaga gerbang asgard yang mengatakan bila situasi tempat mereka pergi ini membahayakan asgard maka sang penjaga asgard akan menutup gerbang asgard sehingga mereka tidak bisa kembali ke asgard lagi,sesampainya di jotunheim mereka sudah diketahui oleh raja jotun dan mereka dikepung oleh frost giant tetapi sebelum bertempur mereka disuruh agar kembali ke asgard oleh raja jotun,loki pun setuju dan mengajak teman - teman nya serta thor agar kembali ke asgard, tetapi waktu mereka akan kembali raja jotun mengejek thor, thor menjadi marah sehingga langsung memukul raja jotun tersebut.

Didalam film thor terjadi lah pertempuran antara anggota thor dengan para frost giant akan tetapi karena jumlah frost giant yang banyak maka mereka memutuskan mundur,tetapi tidak dengan thor, dia masih saja menghajar para frost giant itu sendirian,pada di ujung pulau tersebut mereka menyuruh penjaga asgard untuk membuka gerbang agar mereka bisa kembali ke asgard tetapi gerbang asgard tetap tidak terbuka sehingga mereka terpojok,lalu tidak lama kemudian odin muncul dan berbicara pada raja jotun agar mengakhiri nya akan tetapi rupanya laufrey berpendapat lain dia tidak mau berdamai,lalu ketika raja jotun akan menyerang odin rupanya odin telebih dahulu menyerang nya dan menarik kembali thor berserta teman - teman nya kembali ke asgard.

Ketika sampai di asgard odin pun memarahi thor, dan thor bukannya mengakui kesalahan nya tetapi malah membantah ayahnya, thor pun dihukum turun kedunia manusia dan kehilangan segala kekuatan nya, dan untuk senjata thor mjlonir juga ikut diturunkan ke dunia manusia,  tetapi sebelum odin melemparnya ke dunia manusia ia mengatakan "siapa pun yang memegang palu ini jika dia layak maka dia akan memiliki kekuatan thor.Pada waktu thor turun kedunia manusia dia secara tidak sengaja mengenai mobil nya jane seperti pada awal film ini mulai tadi.disinilah kisah thor dimulai sebagai manusia biasa dan cara dia memperoleh kekuatan nya kembali sebagai dewa dan dapat menjaga perdamaian dunia manusia maupun asgard....

********************************************

La..........baru pasan.. sinopsis tu dalam bahasa Indonesia lak..hik3...

Tapi apa yang boleh di rumuskan.. citer ni best... anak saya Danial tengok sampai habis... dan cakap citer ni best sangat.....

Tengok...sapa kata tak leh tonton wayang bersama keluarga, tengok kat rumah jer ok.. siap baring2 gitu.....hahahahaha

Ok la.... untung kat mereka yang dapat tengok masa preview dulu..... mesti lagi gempak tengok kat wayang kan?

Jadi pada mereka yang belum lagi tengpk filem Thor ni, boleh la tengok... memang BEST!!!!!!!!!!

Thursday, March 14, 2013

Huggies Dry Pants ‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’

Bila anak dah masuk 4 ni.. kalu boleh nak buat kerja semua nak senang kan?

Ialah.. sebab dah ramai yang membantu kat rumah... Untung la Huzaiman, sebab dia jer yg paling kecik jadi ramai la abang-abangnya yang suka membantu serta tak lupa juga membuli Huzaiman.


Sekarang tinggal Huzaiman jer memakai lampin pakai buang...... yang lain semua dah besarkan... masing-masing dah pandai pakai seluar dan baju sendiri, malah makan pun sendiri......

Sejak dari zaman Danial saya memang menggunakan Huggies ni. Sangat selesa ok.

Jadi bila lahir jer si Huzaiman, saya tak perlu fikir panjang untuk memilih pakai lampin apa yang sesuai untuk dia...... terus jer beli siap2 Huggies untuk dia. Ialah masa kecik-kecik ni la kulit anak2 saya jadi sangat sensitif.... jadi penjagaan yang sempurna akan mengelakkan ruam di punggung anak2.



Kini Huzaiman dah berusia 1 tahun 7 bulan, umur ni dah pandai berjalan, melompat, memanjat dan berlari..... jadi agak susah juga nak memakaikan lampin pakai buang untuk dia.

Asal nak pakaikan lampin pakai buang ni, dia mesti lari....... adeh. penat ok nak mengejar nya.....

 
Adakala saya akan minta si abang untuk memakaikan lampin pakai buang untuk adiknya..... Ialah saya pun adakala banyak juga kerja nak dibuat, jadi minta dahulu abangnya pakaikan supaya adiknya tidak membuang air kecil dimerata2 tempat.

Sebaik Iskandar dah reti, malah dia selalu aja meng'offer'kan untuk pakaikan dan bukakan lampin pakai buang adiknya.

Tapi kalu suruh abang-abangnya pakaikan..... macam ni la rupa lampin nya..... tak begitu kemas la pula.

Selalu selepas mereka pakaiakan, saya pula akan kemaskan supaya lampin tersebut tidak luruh atau tertanggal pita pelekat nya.


Mujur ada Huggies Dry Pants, memudahkan kerja saya dan juga kerja abang-abangnya bila membantu saya.


Lihatla.... agak mudah bila Iskandar cuba menyarungkan Huggies Dry Pants walaupun ketika itu Huzaiman menangis2 ingin melarikan diri.

Dengan sekali sarung dan lepaskan ia, Huggies Dr Pants telah sedia tersarung!


Lihatla begitu senang dan mudah bila anak saya yang berusia 6 tahun mampu melakukan kerja2 menyalin dan menyarungkan Huggies Dry Pants pada adiknya! Mudah kan!!



Bila di sarungkan Huggies Dry Pants ini memang selesa la untuk Huzaiman bergerak ke sana sini. Saya pun tak perlu risau lagi jika lampin pakai buang nya terlondeh atau terbuka pita pelekat nya dengan sendiri.

Memang sangat comel bila menyarung Huggies Dry Pants ni, mengikut bentuk punggung anak, tiada kebocoran malah membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa Huzaiman  sedang bergerak aktif!


Oh ya..........untuk menanggalkan Huggies Dry Pants ni pun amat mudah! Hanya koyakkan bahagian tepinya dan sudah tertanggal.

Jadi, betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas!


Dengan adanya Huggies Dry Pants ini memang amat memudahkan saya untuk menukar lampin pakai buang Huzaiman walaupun berada di mana-mana.

Sebab itu saya sentiasa membawa Huggies Dry Pants kemana-mana. Hanya sarungkan semasa berdiri pun boleh tanpa perlu membaringkan Huzaiman, jadi kerja menukar lampin menjadi lebih senang da memudahkan kerja hariain saya!



Kenapa saya kata senang dan mudah? Cuba bayangkan tetiba lampin pakai buang anak penuh, maka memerlukan penukaran dengan serta merta, haaaa........ dengan Huggies Dry Pants korang boleh tukar tak kira walaupun anda berada....
 
Di dalam kereta? Tandas awam jauh? Di kenduri kahwin?

Apa susah,koyak, salin dan lepaskan aja

Tengok, tak perlu susah2 nak cari toliet, yang penting jangan lupa bawa sekali tisu pelembab bayi untuk membersihkan sisa-sia kekotoran di punggung anak untuk lebih keselesaan anak yek!

Tapi kalu anak membuang air besar tu kene la g toilet juga kan.. mana boleh koyak, salin dan lepaskan aja, nanti tak bersih pula....hehehe


Jadi bagaimana nak cuba ker? ker ada yang dah pernah cuba?

Haaaaaa.....pada yang belum cuba lagi, dan nak cuba dahulu Huggies Dry Pants ni dahulu boleh aja minta sample di http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx

Mana tahu selepas dah cuba korang akan tertarik dan boleh la terus beli kan?

Jadi pada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk Huggies, atau apa jua acara yang dijalankan oleh pihak Huggies, boleh layari Facebook Huggies Malaysia
 Dengan Huggies Dry Pants, anak selesa, ibu gembira!

Wednesday, March 13, 2013

Matta Fair 2013 datang lagi!!


http://2.bp.blogspot.com/-lQrNHwoSuUQ/UPFaof4mGkI/AAAAAAAADKI/YyUV0FC-0xA/s1600/matta-fair-2013.png
Acara : Matta Fair
Tarikh : 15-17 Mac
Tempat : PWTC Kuala Lumpur

Rasa sesiapa nak merangcang percutian..........boleh la pergi MATTA FAIR ni.......... mana tau dapat yang murah2 ker........ tapi kene pandai2 la pilih kan.......

Dulu tiket masuk ke MATTA FAIR RM3 sahaja....... kini tahun 2013....... harga tiket dinaikkan menjadi RM4!!!

Jadi....... sediakan duit secukupnya.......

Selamat bershopping..........!!!

Tuesday, March 12, 2013

Pengumuman 9 perkara Sistem Saraan Transformatif (SST)


Antara perkara yang diumumkan oleh Najib semalam:
  • Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52
  • 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian
  • Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu
  • Kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana - dipendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia melibatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak
  • Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi
  • Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak 3 KGT (Kenaikan Gaji Tahunan), berkuat kuasa 1 Januari 2013
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak 1 KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion
Kakitangan awam melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan pengumuman sembilan perkara terutama faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang akan dilaksanakan pada 1 Julai ini.

Menerusi pengumuman berkenaan, 1.4 juta penjawat awam akan menerima kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Monday, March 11, 2013

Sekitar di Nuffnang Bash Party yang lalu...

Ok..ok.....tau la sindrom malas semakin menular......... semakin malas pula sejak leh update entry melalui HP kan.... wah.....sangat eksyen yek!hahaha

Tak mo banyak citerla........ meh kita tengok gambar....... nak citer banyak2 pun korang bukan tau apa terjadi....... so... saya letak gambar banyak2 jerla yek..hik3

 Lokasi : LUST KL

 Staff nuffnang yang ditugaskan menerima tetamu

 Mat Tiger cuba meniaga di 'wish wall' Nuffnang

 Goodies bag yang banyak barang dalam nya. 
Antaranya : Tuala, sabun mandi, ubat pembasmi kuman tangan, krim apa ntah, badge nuffnang

Sebelum masuk kita bergambar dulu
Dari kiri : Mat Tiger,saya, Sha Lala, Fazrol

Jumpa pula Nisa Kay dan Pen Merah yang sekian lama tak berjumpa

 Suasana dalam yang telah pun dipenuhi dengan pengunjung

 Ada ruang tempat teka muzik. Saya tak masuk pun sbb bukan pandai pun nak teka..hahaha

 Kudapan yang dihidangkan sementara makan malam disediakan

 Ok..ambik lagi gambar dengan Fazrol...hik3

 Bersama Cik Lily Putih

 Bersama Rina staf Nuffnang

Bersama dengan Dyana terima kasih sudi tegur...

 2 jejaka yang pertama merebut makanan......... giler lapar ini orang ok!!hahaha

ok..sebaik ada gambar saya tengah makan........hahahaha

Pas makan masuk balik......... ambik gambar lagi la kan.......hik3

 Bersama Nicholas........ dia dah berhenti dari Nuffnang dan sekarang bekerja dengan Digi...hik3

 Bergambar bersama jejaka2 yang sangat happening...
Dari kiri : si budak jambu, <--- a="" dan="" dia="" href="http://www.tehtarikmemoirs.com/" kawan="" saya="" target="_blank">Shah

Ok.......... dah puas bergambar ngan blogger yang sempat saya tangkap untuk bergambar... sekarang masa saya pula untuk berposing bersama Sha Lala pula...hahaha


 
 Dah penat bergambar kami keluar....

Pastu bagi baucer dan dapat air buah....

 Entah apa rasa airnya..........namanya BLUEJITO MOCKTAIL...
kami kongsi berdua.......... boleh la tuk pembasah tekak kan?hik3

 Bersama Sha pula semasa di luar

Kemudian masuk balik jap....sebab nak cari mak merah ni ha..........

 Rupanya mak merah ni melepak kat tingkat atas........padanla tak jumpa..chisss

Pastu dengar bunyi orang nyanyi2 lagu Happy Birthday....

Rupa-rupanya kek dah dibawa keluar untuk diraikan...


Pas tu lepak luar balik...... sempat la bergambar reramai

 Sumer kene paksa pakai tema PINK......wakakaka

Tension saya ok....tunggu nama naik,............sekali mamat ni pula namanya yang naik........

Dapatla Lucky Draw kan.......

Sebelum balik.... bergambar dengan mereka lagi..
Dari kiri : Rayyan, Lily, Saya, errk...tak tau nama, Nisa Kay dan si budak jambu

 Jadi sebelum balik.......ambik gambar lagi kannnnnnnn...........

 Gaya sopan..........

Gaya kurang sopan...........hahahaha

"Selamat Ulangtahun yang ke 6 Nuffnang.......... semoga dapat memberikan saya lebih rezeki dan ditambahkan rezeki untuk saya di masa akan datang"

errkkkkkkkk........boleh kan ucapan gitu?hahahaha

Macam ucapan untuk diri sendiri jer kan??hik3

Ok......... tak lupa juga.....terima kasih kepada Eyriqazz yang sudi tumpangkan saya dan sha lala dari LRT ke Party Nuffnang........... lain kali leh jumpa lagi yek!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...