Thursday, February 28, 2013

Sambutan Hari Tentera Darat ke-80


Acara : Sambutan Hari Tentera Darat ke-80 
Tarikh : 2 – 3 Mac 2013 
Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan 



Mohon juga kepada semua untuk "Like Facebook" rasmi Tourism Malaysia Negeri Sembilan 

 Semua dijemput hadir memeriahkan lagi acara tersebut!

Pesta Laut Pangkor Lumut 2013 Dan Kampen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014



Pesta Laut Pangkor Lumut 2013 Dan Kampen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014


Acara : Pesta Pangkor Lumut 2013
Tarikh : 28 Februari 2013 – 3 Mac 2013 
Waktu : 10.00 Pagi  - 10.00 Malam
Tempat : Dataran Putra Lumut

Aturcara program seperti berikut :

 Semua di jemput hadir untuk memeriahkan majlis!

Acara Huggies Dry Pants ‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’ Di Mydin USJ!!

Tak tahu nak kemana hujung minggu ni?? haaa... apa kata singgah di Maydin USJ untuk Acara Huggies Dry Pants ‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’.


Acara roadshow : “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai”
Tarikh : 25 Februari 2013 ke 3 Mac 2013
Tempat : Mydin USJ, Selangor

Terdapat pelbagai  acara untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik!





 Singgahlah di booth Huggies juga untuk mendapatkan sampel percuma Huggies yek!


Huggies Dry Pants memang sesuai untuk si manja yang semakin akftif dan lasak. Dah cuba ke belum? Belum??.. kene la cuba... sebab bila dah mencubanya pasti korang tertarik sebab sangat mudah untuk menggunakan nya.. hanya koyak, salim dan lepas!! Mudah bukan?

Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa anak korang sedang bergerak dan terdapat sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

Ohya..... terdapat juga "Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies" dimana acara tersebut akan diadakan setiap hari pada masa berikut :
  • 10.30 pagi
  • 2.00 petang
  • 8.00 malam.
Dan yang terakhir sekali adalah acara penutup yang akan berlangsung pada :

Tarikh : 3 Mac 2013 (Ahad)
Waktu : 8 malam hingga 9 malam

Jadi, datanglah beramai-ramai ya dan jangna lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai acara!

Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.

Gambar menggunakan SAMSUNG GALAXY CAMERA

Ini adalah gambar yang di ambil menggunakan Samsung Galaxy Camera

Objek belakang

Objek depan

 Dalam kereta

Permandangan luar

 Menggunakan zoom.... jauh 


 
Menggunakan zoom...dekat


 

Gambar di dalam tempat tertutup

Tanpa flash


Menggunakan Flash

 
 
Gambar Makanan


Teknik Panaroma


Rakaman Video

Sebenarnya banyak lagi yang boleh digunakan menggunakan Samsung Galaxy Kamera ni. cuma saya tak berapa arif menggunakan nya.

Tapi yang nyata, setiap gambar yang saya ambil terus saya upload ke laman sosial pada bila2 masa sahaja....

Kamera ini sangat sesuai untuk mereka yang suka merakam saat yang indah untuk dikongsikan bersama kawan-kawan di laman sosial....

Wednesday, February 27, 2013

Saiful Nang sudah FAKIR


Pengumuman dari Saiful Nang FB :

Kami berharap dengan pengumuman ini, syarikat kami tidak lagi disuakan dengan tawaran-tawaran rasuah bagi mendapatkan projek bagi menjaga kesucian rezeki warga asnaf & anak yatim. Alhamdulillah, Colours of Asia Sdn Bhd (syarikat yang mengasas dan memiliki jenama CandidSyndrome International) telah hampir 8 tahun penubuhannya. Dari bermodalkan RM90 sehingga mampu memberi pulangan yang sangat baik sehingga mampu mewujudkan 4 syarikat terbitan (anak syarikat) pada masa ini dan sangat aktif dalam bidang-bidangnya. Saya dan rakankongsi saya, Azman Salikin telah menjalankan syarikat ini dengan sepenuh jiwa dan raga kami. Kumpulan syarikat Colours of Asia Sdn Bhd sudah menjadi kebanggaan kami.

Tetapi, apalah lagi yang buatkan kami lebih gembira. Dengan sedikit kecukupan yang diberi ke atas rezeki kami, dengan ini kami ingin membuat pengumuman rasmi seperti yang berikut

AKAD UMUM

Dengan Nama Allah, saya secara rasminya bersama Azman Salikin (rakankongsi) mengishtiharkan bahawa kami melepaskan keseluruhan pegangan saham kami 100% didalam kumpulan syarikat Colours of Asia Sdn Bhd beserta segala aset keseluruhannya kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (Rumah Asnaf & Anak Yatim) .

Dengan itu juga, secara rasminya kami dilantik semula menerajui syarikat ini atas kapasiti proksi dan sebagai pengurus harta asnaf & anak yatim. Perniagaan berjalan seperti biasa dan hanya pemilikan saham atas syarikat ini sahaja yang telah diwakafkan secara kekal (permanent) dan saya juga Azman masih tetap meneruskan perniagaan ini sebagai orang yang “makan gaji” sahaja.

Untuk pengetahuan umum, Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kajang & Sg. Pelek adalah pertubuhan kebajikan yang tidak pernah membuat gerakan derma sebaliknya menjadikan perniagaan sebagai wadah saraan semenjak tahun 2005 lagi. Ada yang menderma diterima dengan hati yang terbuka, walaubagaimanapun meminta-minta adalah satu pantang larang besar mereka bagi menjaga air muka warga asnaf & yatim di sana.

Dengan itu juga, kami berharap walaupun saham Kumpulan Syarikat Colours of Asia Sdn Bhd telah diwakafkan, kami tetap berjalan atas dasar merit melalui performance kerja dan bukannya atas dasar simpati. Semoga Allah memberkati semua pelanggan-pelanggan kami yang secara tidak langsung sebenarnya mensiddiqkkan apa yang pertubuhan kebajikan ini lakukan dengan bayaran yang anda berikan kepada kami atas perkhidmatan juga produk-produk kami keseluruhannya.

Dalam kata lainnya, kami mengumumkan...

ANA FAKIR!
Alhamdulillah



Saiful Nang & Azman Salikin
Pengerusi Eksekutif & CEO
Kumpulan Colours of Asia Sdn Bhd


**************************

Semoga rezeki Saiful Nang semakin bertambah...dan bertambah.. AMIN

Ekspo Buku Islam 6 di Putrajaya


Tempat : Dewan Cempaka Sari Precint 3, Putrajaya
Tarikh : 22.02.2013 – 03.03.2013
Masa : 9 pagi – 7 malam

Maklumat lanjut www.ekspobukuislam.com.

#52 Wordless Wednesday – Gathering Kaki NOVEL

#52 Wordless Wednesday – Gathering Kaki NOVEL
#seronok bila berkumpul bersama-sama

Tuesday, February 26, 2013

Entry merepek meraban..............

eh..eh....... nampaknya penyakit M sudah mula menyerang....

Kali terakhir update blog hari Isnin.. sempena hari jadi anak bujang saya......... pastu dah tak update....hahahaha

Apalah nak jadi sumijelly ni yek? pemalas tul....

Ada ker ENTRY menarik yang nak di kongsi ngann pembaca sumijelly? meh la hantarkan ENTRY yang menarik..........tertarik........ macam cerita kelakar ker, cerita seram ker, kisah benar ker...

Kalu rasa x nak nama pemilik entry di siarkan... boleh jer... nanti saya letak under "BLOGGER MISTERI"...

Saya bayar RM5 per entry...... sapa nak?? hahahahaha

Kalu nak meh emel ke :
>>SUMIJELLY99@YAHOO.COM<<

dengan TAJUK EMEL "BLOGGER JEMPUTAN"

wah..........ada ker yang nak hantar? emm....... mesti tak der kan? huhuu... ialah, siapa la saya...bukan populer pun kan...........huhuhuhuh

Monday, February 25, 2013

Selamat Hari Jadi Zulfadhli yang ke 4!

HAPPY BIRTHDAY – 3 YEARS …. 

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTUEWIj5vnrmzEpA3LM0vgKkn368kIlA4M-gIOwiqBLSmFvWu4X

Eh.. hari ni 25.02.2013? Eh... baru teringat... hari ni hari jadi anak saya yang no 3 tu. Ala...siapa lagi kalu bukan Zulfadhli... 

Wah....cepat jer masa berlalu kan?  Dah 4 tahun. tahun depan dah masuk Tadika pula.. ishk. ishk. semua dah nak sekolah. tinggal Huzaiman jer nanti.hik3

 Hadiah yang saya terima sempena hari jadi nya ialah..... dia tak nak guna BOTOL SUSU lagi!! yeahhhhh!! Alhamdulilah.........

Zulfadhli sebenarnya tak guna botol susu sepenuhnya. dia hanya akan minum menggunakan botol susu ketika di rumah dan di taska jer.....

Sebenarnya penutup botol susu dia dah pecah gara2 dia g baling botol susu tu hari jumaat lepas. pastu saya kata la kene buang. jadi tak ada botol susu extra. jadi nak tak nak kene la minum dalam cawan....

Zulfadhli sebenarnya tak guna botol susu sepenuhnya. dia hanya akan minum menggunakan botol susu ketika di rumah dan di taska jer.....

Jadi kene la tunjuk juga botol susu tu dibuang supaya dia faham... jadi selepas tu dia minum air susu nya dalam botol. Walaupun saya dah berhentikan penggunaan boto susu sepenuhnya.. tapi susu untuk dia minum tetap di teruskan. Jadi saya akan teruskan sehingga dia berusia 5 tahun. Selepas tu boleh la tak beli lagi susu tepung lagi!hik3

Jadi dalam usia 3 tahun dia dah bebas penggunaa lampin pakai buang dan sekarang 4 tahun bebas penggunaan botol susu pula.....

Semoga sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh yek sayang… AMIN!!
Selamat Hari Jadi Zulfadhli.. ibu sayang sentiasa!!

Sunday, February 24, 2013

Semalam acara di Melaka

Semalam hari Sabtu, adamajlis perkahwinan sebelah my IR.... jadi menuju la kami anak beranak ke sana..........hik3jer guna

Ohya.. nak bagi tahu gak n.i....segala gambar di bawah menggunakan Samsung Galaxy Camera kecuali gambar CENDOL... tu  Samsung Note II...keh3


Kalu nak g ke Melaka, benda yang paling menyampah adalah KESESAKAN LALU LINTAS.....


Tak der la jem mana pun............. cuma sesak sebab ada orang lalu lorong kecemasan dan menghimpit ke lorong kanan kembali.......... gara2 ada penyelenggaran jalanrasa sebelum masuk persimpangan seremban...

Kalu dah jem tu apa benda la leh buat selain bergambar dalam kereta kan??

Meh la layan gambar kmi anak beranak dalam kereta jap...keh3


 Tema berpakaian mseti sedondon...... tak boleh lari.........hahahaa... so hari tu temanya adalah MERAH.......... ishk..... teringat kat mak merah lak...hahahaa

 

Ok...........dah sampai Melaka........... lawa pelamin pengantin...hik3

Sekali baru perasan........ eh.. pengantin pun pakai warna MERAH la....... terikut tema majlis perkahwinan lak..........hahahaha

Hari tu belah perempuan warna OREN.. pun sama gak warna temanya...... baju pun kami pakai oren.......hahahaha


Lupa lak bagi tau... ini majlis perkahwinan sebelah lelaki..... iaitu sepupu my IR la yek...hik3

Kat Dewan ni memang selalu di adakan majlis perkahwinan...... sebab senang buat kat Dewan ni....... tak perlu nak bersepah2 kan kat rumah. Lagi pun kebanyakkan keluarga my IR makcik pakciknya banyak di Melaka.........hik3

Ok...lapar pula...... jom la makan yek.......

 
Wah...........kebetulan ada pulak di hidang nya CENDOL......... pergh...........sedap ok..

Tengah panas... minum cendol memang sedap......... tapi saya ni kurang sikit nak makan cendolnya..... hanya hirup airnya jerla..........

MyIR sampai repeat 2 kali........ tengok..... bertapa sedapppppppnya cendol tersebut..hik3

Lauk pauk di dewan makan........

4 jenis lauk jer..........sebaik ayam masak merah  nya sedap......... tapi kari nenas nya x berapa sedap la......huhuhuh


Suasana dewan nya x derla besar......tapiboleh menampung bilangan pengunjung...... semasa saya datang dah kurang orangnya....... datang dalam pukul 2 petang kot...... sedang elok la kann...

Pengantin pun dapat jumpa......sedara mara pun dapat jumpa kan?

Kebanyakkan mereka lepak kat luar....... ambik udara.........

Saya bersama ngan adik ipar, kakak ipar dan  juga anak  buah belah my IR..
 

Ini pula biras saya........ abang ipar saya punya isteri.........


Sumer dah kenyang dan menunggu masa nak pulang jer....

Lepas sumer dah berjumpa...... semua pun pulang kembali ke KL......sebaik masa pulang tu jalan tak jem.......... jadi best la memandu kan?


Sampai area Putrajaya, hujan turun dengan lebatnya...... jadi kami pun singgah ke Alamanda kejap....bawa anak2 jenjalan.........

Alamanda lagi?.. dah nak buat macam mana....... itu jer paling dekat ngan Bangi kan? So..next entry la yek sambung kisah di Almanda yek........hik3

Friday, February 22, 2013

[RESEPI] Sambal udang versi Sumijelly

Ok.hari tu dah share resepi Ikan Siakap Kukus kan? kali ni nak share Udang Sambal pula....

Udang ni makanan kegemaran anak saya si Danial..... kalu boleh dia suka yang pedas-pedas. Kalu tak pedas dia mesti komplen, kenapa tak pedas. Sangat suka bila anak makan masakan kita kan?

Macam kita la.. kalu mak masak mesti sedap dan power. orang lain tka boleh lawan. Jadi kini gilirna saya pula anak memuji masakan ibunya...hik3

 Bahan-bahan :
  • Udang dalam 20 ekor
  • Bawang merah dan putih di tumbuk
  • Sambal kering yg di kisar dalam 7 sudu
  • Sedikit garam
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit gula melaka
Cara penyediaan nya :


  •  Tumis bawang putih dan merah sehingga garing, kemudian masukkan  cili kering dalam 7 sudu
  • Masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan pula garam, air asam jawa, gula melaka dan masak sehingga sebati
 
  • Akhir sekali masukkan udang dan gaulkan bersama cili yang telah di perasakan tadi.
  • Masak sehingga udang masak..... selepas tu angkat dan hidang
  • Sedia untuk di makan bersama nasi panas!
  •  
    ********************************************
Ni cara saya masak.... tak menggunakan gula pasir dan juga belacan. Saya tak bubuh pun bawang besar, sebab kalu letak pun sudahnya yang makan saya sorang, jadi ada kala saya tumbuk bersama dengan bawang merah sekali... senang...

Sebenarnya ada kisah di sebalik masak sambal ni.... dulu masa baru kahwin saya tak berapa reti masak, puasla ikut arahan dan sukatan tapi bila dah masak akan rasa kelat, masin, pahit dan kadang2 tak masak.......hahahaha

Jadi saya cuba..cuba dan cuba lagi.... akhirnya kini saya tak perlu ikut sukatan langsung.... main campak2 ikut sesuka hati.. malah suami dan anak2 siap puji lagi........hahaha

Jadi pada mereka yang tak reti nak masak cili ni jangn aputus asa untuk cuba..cuba dan cuba.. dan akhir sekali niat utama kita masak untuk anak dan suami makan.... insya allah, masakan itu akan jadi lebih manis dan sedap sekali walaupun buruk bila di hidangkan!

Insya allah... itu jer tips yang boleh saya kongsikan.. ok.. nanti2 saya share resepi lain pula yek!

Festival Pengantin, PKNS Bangi



Pada sesiapa yang berkelapangan atau berdekatan boleh la ke Karnival Pengantin Bangi di PKNS Bangi bersebelahan dengan McDonalds.

Kawan saya yang mempunyai pengalaman menjadi jurufoto telah membuka booth di sana.

Nama Booth : 6ty6 Action
Booth no : P5
Tarikh : 22 - 24 Februari 2013
Tempat : PKNS, Bandar Baru Bangi

Jadi pada sesiapa yang  mempunya kelapanagan dan sedang mencari pakej jurufoto boleh la ke booth kawan saya.

Atau boleh juga hubungi mereka secara persendirian dengan menghubungi salah seorang :
  • Radzman - 0172377381
  • Razib - 0192065877 
  • Naza 0196060097

Jom mermeriahkan lagi Festival tersebut!!

Thursday, February 21, 2013

Kamera Samsung Galaxy yang unik!

Bila sebut Kamera mesti orang ingat ia kamera biasa, tapi tidak pada Kamera Samsung Galaxy ni. Sebab kameranya mempunyai fungsi andriod sama seperti telefon pintar samsung yang lain.

Bezanya ia tidak boleh membuat panggila telefon sahaja!


Begini la bentuk Kamera Samsung  Galaxy yang saya terima. Ada bateri dan charger, maklum la dah nama pun orang bagi pinjam, jadi saya dapat yang asas sahaja......hik3


Terdapat slot tempat letak SIM KAD dan juga KAD MEMORI. Sim kad tu untuk penggunaan internet. Bukan untuk panggilan call.

HDMI dan  USB cable pun ada juga... jadi boleh terus sambung ke TV untuk menonton video


Apa yang membezakan ia dengan kamera pada telefon pintar adalah dimana ia didatangkan dengan sensor sebesar 16-megapixel selain dilengkapi dengan sokongan zoom sehingga 21x.

Bagi mereka yang selesa dengan tetapan manual juga, korang boleh mengubah tetapan pada Galaxy Camera, dan membuat lebih banyak rakaman menarik melaluinya.


 
Merupakan kamera pertama Samsung yang dilengkapi bersama teknologi Connected Camera dan digabungkan dengan kelebihan ciri fotografi berprestasi tinggi.

Antaranya adalah kebebasan sambungan jaringan Internet 3G dan WiFi yang dijana oleh Android™ 4.1 (Jelly Bean) sebagai platform utama.

Kamera Samsung Galaxy juga menawarkan aktiviti merakam imej, keseronokan, menyunting, perkongsian imej berkualiti tinggi dan video 'on-the-spot' dalam satu peranti sahaja.


Bagi mengelakkan aktiviti Internet menerusi kamera Samsung Galaxy menjadi perlahan ketika waktu puncak, ia turut dilengkapi bersama teknologi Dual Band dan Channel Bonding.

Ini sekali gus memudahkan jurugambar untuk memuat naik imej ke laman sosial terkenal mereka seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan Instagram.


Untuk mereka yang dah serasi bersama fungsi Samsung yang lain, mesti tak rasa kekok bila memegang kamera ni.

Fungsinya hampir sama dengan kamera pintar yang lain, dari segi aplikasi serta setting yang lain. Semua hampir sama....

 

Boleh juga baca arahan yang terdapat di kamera ini.

Boleh tekan INFO untuk maklumat lanjut pada kamera tersebut....


Apa ang menariknya dengan kamera ini, terdapat fungsi DSLR yang mungkin seakaan dengan kamera DSLR sebenar.

Pada yang tahu fungsi DSLR mungkin akan tertarik untuk 'explore' lebih lanjut.





Terdapat banyak SMART Function yang ada di aplikasi kamera ini.. boleh pilih pelbagai mode untuk merakam gambar.


Dan yang seronok nya......... boleh zoom sehingga 21x

Wah...... menarik ker tidak?? menarik kan?  sebab lepas ambik gambar leh terus post kat FB, Twitter, Instagram dan memacam lagi la....

Hanya yang membezakan adalah tidak boleh buat panggilan telefon sahaja.. yang lain semua boleh.... jadi tak der la terganggu nak guna kamera ... kalu yang guna HP sebagai kamera ni  agak terganggu, ngah syok2 ambik gambar telefon berbunyi.....ha... kan dah terganggu...hik3

Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1899, dan tiada sebarang pakej daripada syarikat telekomunikasi tempatan buat masa ini.

Jadi sila la jenguk ke kedai2 yang mana tahu menawarkan pakej yang lumayan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...