Thursday, January 31, 2013

Waktu sekolah pagi mula terlalu awal?


Hari tu baca paper berita harian, terbaca pula bahagian ruangan bersama pembaca. Ada lah seorang pembaca dari Johor menulis... dia menulis jer, bukan merungut tau... (tu dia yang tulis la)

Mengikut apa yang di tulis dia memberitahu ;
  1. Dia terasa beban atas sesi pembelajaran sekolah yang bermula seawal 7.15pagi kerana dia perlu bangun seawal 5 pagi dan bertolak jam 6 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan membolehkan anaknya sampai ke sekolah tepat pada waktunya.
  2. Tambahan lagi, anaknya selalu tidak berkesempatan bersarapan pagi dirumah atau pun di kedai (tak pastu sama ada dia atau dia tujukan pada org lain.. sbb dia tulis macam tu kan...)
  3. Dia tidak dapat menghantar anaknya di sekolah berhampiran rumah kerana tiada siapa yang dapat menjemput dan menjaga anak nya di rumah. (ini bermakna dia hantar anak dia luar dari kawasan rumah la kot...) dan menyatakan masalah ini tidak akan berlaku jika dia tidak bekerja.
  4. Kehidupan harian nya menjadi sangat kelam kabut kerana terpaksa bangun seawal 5 pagi setiap hari dan jadi memenatkan.
Penyelesaian yang di inginkan adalah :
  1. Jadi dia mencadangkan supaya merombak semula sesi pembelajaran menjadi 1 sesi sahaja dan bermula dari jam 8 pagi kerana pelajar Universiti pun mula jam 8 pagi
********************************

Ok........ bila saya baca pun jadi macam erkkkkkkkk?? ni apa la punya penulis. Ada ke komplen pasal sesi pembelajaran sekolah. bukan dari dulu ke sekolah masuk pukul 7.15pagi..........

Jadi ini saya punya pendapat la..... eh.. pendapat sendiri ok.. :

Memula masa Danial sekolah untuk kali pertama memang saya cakap..... apa la buat waktu belajar lebih kurang nak g kerja juga..... dengan jem, sesak. Dah la tu pagi sekolah Agama, pastu sambung sekolah Kebangsaan lagi.... memang sangat kelam kabut la saya. Awal seminggu bas sekolah pun masih belum dapat scheduled waktu ambik dan hantar pelajar. Ada sekali tu Danial pulang dekat jam 8 malam ok! Padahal umah dengan sekolah nya tak jauh.. dalam 15 minit patut dah sampai.

Terus saya dan my IR tukar plan lain untuk uruskan jadual perjalanan ke sekolah Danial. Dan akhirnya ambik keputusan dengan menghantar dan menjemput dari sekolah lagi selamat dan puas hati dari mengharapkan pemandu bas yang tak tentu dapat mengawal semua pelajar kan?

Dan alhamdulilah, saya dapatkan sekolah Agama yang menyediakan transit untuk hantar dan jemput Danial ke sekolah. Jadi Danial akan makan dahulu di Seklah Agama sebelum ke Sekolah Kebangsaan dan saya hanya jemput Danial di sekolah Agama nya yang dah tentu-tentu anak kita berada di tempat yang selamat. Jadi kalu lewat balik pun tak per, sebab Ustazah tersebut tinggal di situ. Maklum la dahulu saya kerja di KL jadi keluar rumah dalam pukul 6.15 pagi dan kene sampai pejabat sebelum pukul 8 pagi.

Bab bangun tidur memula memang terasa, sebab sebelum ada anak sekolah saya masih boleh bangun tidur dalam pukul 6 pagi, kini setelah ada anak yang bersekolah, saya kene bangun seawal 5 pagi atau 5.30 pagi. Jika bulan puasa lagi awal la, dalam pukul 4 pagi untuk persediaan makanan dan barang-barang anak ke sekolah dan taska. Memula terasa... memang terasa, tetapi lama-lama dah biasa sebab memang macam tu la kita akan hadapi sehingga la habis anak-anak bersekolah. Jadi kira la sekarang Huzaiman baru 1 tahun 6 bulan jadi perjalanan saya masih jauhhhhh lagi.

Saya akan pastikan anak-anak saya minum milo dan makan roti walaupun sekeping sebelum pergi sekolah. Dan nak tahu pukul berapa anak2 saya makan? Paling awal pukul 6 pagi yek.. jadi, dalam masa menunggu waktu rehat anak saya tidak akan berasa lapar dengan cepat.

Jadi bab sarapan tu, saya rasa, Pn Alin boleh juga bekalkan anak2 makanan dan air kotak untuk anak2 nya bersarapan di dalam kereta semasa menuju ke sekolah kan? Saya rasa tak ada masalah kot bab bersarapan. Kenapa perlu bersarapan di luar jika dapat menyediakan di rumah?

Jadi penyelesaiannya........... :

RANCANG WAKTU anda........ kerana andalah penentu segala rancangan anak. Jika anda lambat, maka akan lambat la semuanya.......

Sekian sahaja luahan dari saya......
Jadi apa pula pendapat korang? jom kongsikan bersama

Wednesday, January 30, 2013

Kisah iPhone 5 dan Melastik Bintang.................

Yela.....tau la.... HP saya cap ayam jer......

Bukan macam orang tu..... CAP APPLE ok........


Ok..... yer tahu.. dia selalu mempunyai TUAH di mana-mana Majlis... dari sekecik-kecik hadiah sampai la sebesar-besar hadiah..... semua dia yang BOLOT...............

Terasa bangga juga kerana mengenali dia sebagai seorang SAHABAT..... dia juga la salah seorang BLOGGER yang rapat selain dari Jejai.... *ok.tetiba sedih teingat jai....

Mereka ni memang suka menyakat saya tak kira masa dia FB, twitter dan blog.......

Eh..tetiba tersasar lak citer..... sebenarnya ni entry sakat balik yek.....bukan entry nak promote mat tiger ni...kah3

Dan pada 28.01.2013 dia hantar WHATSAPP kat saya ok........


Tahniah Mat Tiger kerana telah pun menjoinkan diri di alam chatting pula....... hahahaha.... pasni lagi ligat la kami berchatting........

Ialah..cer bayangkan.. selama ni hantar SMS... Mat Tiger ni pula bukan jenis sikit2 punya SMS dia bagi.... bertubi-tubi... habis melambung BILL gara-gara sms dia.....hahaha

Jadi sila la gunakan kemudahan yang PERCUMA untuk berhubung dengan rakan-rakan yek........hahahahaha

Ok..sebelum saya akhiri entry ini........saya nak bagi tahu........


Saya baru tahu bahawa MELASTIK BINTANG ini adalah seorang LELAKI,...............

Mati-mati saya ingat PEREMPUAN........... muahahahaha

Tuesday, January 29, 2013

Huzaiman - 18 bulan

Cepat jer masa berlalu....... hari ni Muhammad Huzaiman dah pun berusia 1 tahun 6 bulan......




Hari ni Huzaiman akan ke klinik untuk ambik suntikan 18 bulan.

Harap-harap dia tak demam dan kuat bila berhadapan dengan jarum suntikan...hik3...

Lagi 6 bulan aja lagi, dia akan berusia 2 tahun.. cepat kannnnn........ sekarang ni, macam-macam gaya dia dah pandai lakukan.

Maklum la anak ke 4 ni ramai la yang melayannya. Abang-abang nya suka melayan dari segi memberi makanan, minuman, main dan juga menjaga nya... untung la jadi anak bongsu kan. Dimanja selalu....

Semoga anak ibu ni semakin sihat.. sihat dan sihat sentiasa......... AMIN


Menjamu selera di Mangiamo Cafe, Taman Ekuiestrian Park, Putrajaya

Update!! update!!

Lama juga tak update tempat makan di Putrajaya.......hahahaha........ tapi ni citer tahun lepas la.. tak sempat blogkan... jadi hari ni berkesempatan nak publish...heheh

Macam biasa....... jarang keluar makan seorang....... makan berjemaah lebih baik dan afdal....kerana adakala terpijak rezeki di hari makan boleh jimat belanja makan.......hahaha

Ok....... kali ni member opis ajak makan kat Taman Kuda......... ohw?? taman kuda..........hahahaha.......... Taman Ekuiestrian Park yang terletak di Putrajaya.



Nak ke sana senang aja........... sila lalu flyover yang menuju ker PICC, nanti ada traffik light selepas naik flyover. Traffik light pertama sebelah kiri g PICC (laluan  pertama) sila u-turn di situ dan terus ambik simpang kiri

Nanti akan nampak sign board menuju ke TAMAN EKUIESTRIAN PARK di belah kiri anda, dan ikut jer laluan situ. x akan sesat punya la...hik2


Peramah betul pelayan di kafe sana.... sambil buat kerja beramah tamah ngan kami di situ..

 Kami di beri menu makanan.... chantik cover menu.. gambar kuda gitu...... habis tu dah tempat makan jer di Taman Kuda kan??

Meh tengok apa menu yang ada di situ :
 
 

 

 Dah tengok menu...... kami pun buat pesanan......  sambil2 tu tinjau sekeliling kafe ni. Tak ramai orang yang datang. Sama ada tak tahu kewujudan kafe ini atau kerana belum ramai yang lapar seperti kami...hik3

Rasa ada ambik gambar suasana dalam kafe ni........tapi x jumpa pula gambar nya. mungkin terdelte kot.... jadi maafkan saya tak dapat tunjuk gambar sekeliling kafe ni.

Tapi yang nyata... luas, leh makan reramai... sebab ada meja macam leh muat tuk 10 orang kot...

Ok... dah la.. malas nak citer panjang..... meh tengok apa menu yang kami order........

Nasi Goreng Mangiano - RM 23.00 + Air Tembikai - RM5.00
Ada ayamg goreng seketul, telur goreng sebiji, keropok goreng sedikit.....

 Nasi Goreng Mangiano - RM 23.00 + Ice Blended - RM8.00
Ada ayamg goreng seketul, telur goreng sebiji, keropok goreng sedikit.....

Ishk.......... nak tayang gak ice blended korang...........sedap ok air nya.........hahahaha
 
Rasa macam nak tambah lagi.........tapi orang kata jangan tamak.... nanti kalu minum kali ke 2 mesti tak habis.......hahahaha


Fish and Chip - RM14.00 + Ice Blended - RM8.00
Ok la...... fish and chip nya besar,,,, nak menghabiskan nya memang senak gak. 
Puas ati la juga...

 Chicken Chop- RM 17.50 + Mineral Water (bawa sendiri)
Rasa black papper dia sedap. pekat, tak cair... memang licin la habis.......
Mineral bawa sendiri kalu rasa nak jimat wang anda.......hahaha


Ok liciiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnn................ tulang pun tak ada ok.

Memang buruk lantak atau kebulur kot semua.......hahaha... tapi yang nyata memang hebat-hebat makanan di sini. untuk bertukar angin sekali sekala...... boleh la datang menjamu di situ...hahaha


Masa nak ke kaunter bayaran, baru pasan ada kek pula....... ishk...... macam mengiurkan jer kan?

Tapi tak beli pun. Tengok jeww...........hehehehe


Selesai sudah makan, kene la buat bayaran kan.........

Hengat sorang jer yang ramah tamah.... rupa2 nya semua pekerja di situ memang di ajar tuk ramah tamah la........ nak membayar pun sempat lagi berborak.

Dan jang tak percaya, pekerja KERAJAAN dapat DISKAUN ok. Cuma kene tunjuk ID STAFF sahaja semasa nak buat bayaran...........hehehe

Jumlah keseluruhan = RM71.70 

Harga tersebut setelah di tolak 15% diskaun ok. Tapi kene gak bayar 10% service charge...huhuhuhuh


Kalu sempat, leh g ke belakang kefe ni. Ada gelanggang kuda ala2 pelumbaan tu.

Kalu ada kuda leh la joint sekaki tengok....... ni tidak ada....... jadi tengok rumput jerla yek......

 
Ok....sebelum balik, sempat la snap gambar di luar. Ok.. lupa bagi tau... kat luar pun ada ruang makan gak........hehehehe

Jadi tak perlu la risau kalu penuh di dalam...... bezanya korang hanya berkipas sahaja la.......

Jadi pada yang nak merasa, mencuba, menikmati makanan di situ, sila la ke  :

Presint 5
Putrajaya
62000, Wilayah Persekutuan
Malaysia

Tel : 03-88886080
Fax : 03-88888699/88888669

Waktu beroperasi : Mangiamo! Café (8am - 10pm)

Jadi selamat menjamu selera yek kengkawan!

Monday, January 28, 2013

Selamat Hari Jadi Iskandar yang ke 6!

Hari ni 28.01.2013........

Hari ni juga adalah hari lahir Muhammad Iskandar, anak kedua saya........

Tahun lepas usianya 5 tahun, kini dia sudah berumur 6 tahun.............. cepat sungguh dia membesar.....



Semakin membesar semakin kacak dah.....hehehehe

Semoga menjadi anak yang soleh yek Iskandar.... ibu, ayah, abang dan adik2 sentiasa mendoakan selalu......

Selamat harijadi, semoga panjang umur dan murah rezeki Iskandar.....

Sunday, January 27, 2013

Aktiviti semalam yang memenatkan.........

Semalam pergi Melaka............. ada kenduri kahwen sepupu my IR.... jadi dah alang2 g Melaka...............kita ronda2 Melaka la kan..... hik3

 Sejak ada instaplace.........sumer tempat saya check in.............hahahaha

 Ni gambar dalam kereta......... tema semalam warna oren........

Penat saya cari baju oren yang seakan2 baju anak saya........ akhirnya dapat juga....hik3

Sekali masa sampai kenduri kawen...... sama pula warna tema pihak perempuan.... oren juga... dah macam keluarga pihak sana lak...keh3

Temgok la anak2... kalu ada orang yang kuarkan gadget mesti berkerumun.....tak toleh kiri kanan
 Pastu kami jenjalan di kampung Jawa......

Tempat membeli belah barangan yang boleh di tawar2 sedikit harganya....
Banyak pilihan.........dari pakaian, seluar, pinggan mangkuk dan juga periuk belangga.........

Saya suka beli di sini...sebab sumer ada...... x yah g shopping mall... pakaian di sini ala2 macam harga pasar malam jer...hik3

Dan semalam sampai rumah dekat pukul 10 malam.......... perghhhhhhhhh........... memang pengsan la...berjalan sana sini... yela.. saya kalu cuti sekolah panjang2 hari tu tak der g memana pun..jadi alang2 tu bawa la anak2 berjalan kan?hehehe



Saturday, January 26, 2013

[FILEM] Adik Manja Retuns

Ok.... pernah dengar drama Adik Manja tak??

ala, pelakon nya Noor Kumalasari ngan Dharma Harun tu...... saya suka tau tengok citer tu..... citer tahun 1979 tu.masa tu saya belum dilahirkan lagi......


Kini setelah 32 tahun berlalu............

Dharma Harun kembali memfilemkan Adik Manja Retuns pula... dengan pelakon baru la.... Saya mati2 ingatkan dengan pelakon lama, tapi mungkin di olah cerita sedikit kan...


Sinopsis Filem :

Mengisahkan kenakalan para pelajar perempuan di Kolej Professional Skill hingga menyebabkan Pengetua Sofia terpaksa mengambil khidmat bekas pensyarah lelaki kolej tersebut iaitu Cikgu Azmi.Banyak cabaran yang terpaksa Cikgu Azmi hadapi bagi memulihkan para pelajar di situ terutama sekali dua kumpulan pelajar yang sering mendatangkan masalah disiplin iaitu kumpulan Bib dan kumpulan Su.

Filem ini juga memaparkan gaya hidup remaja kini yang gemarkan tarian Shuffle dan Hip-Hop.Saksikan bagaimana Cikgu Azmi menggunakan formulanya bagi memulihkan dan mendamaikan dua kumpulan pelajar perempuan berkenaan nanti.


Komen dari saya yang dah menonton :

Ishk..ishk.. memang sangat tak berbaloi sungguh kalu tengok kat WAYANG ok......cerita yang meloyakan tekak saya la......

dulu Dharma Harun tu hensem, kacak, kurus..... dah 32 tahun berlalu tu...agak2 la kalu nak muncul dalam filem sendiri kan.......

Rasanya scene dia tukar baju kat bilik dengna tuala mandi tu. tak ada pun tak per...... pastu part kentut-kentut tu.. eeee... yark....... Dah la berusia, konpem2 la kulit nya berkedut2. leh pula fokus kat kakinya......adooooooiii la. terus terpadam wajah dia masa muda-muda dulu....hahaha

Citer ni macam x ada motif nak buat filem la..... klau didramakan pun bagus jer.... wat rugi pengarah jer g shoot........tapi menampilkan perlbagai bangsa tu memang bagus... sambil2 tu... nampak la sikit kasih sayang kengkawan kan.....

Di mana susah senang pun kawan, mereka tetap tolong dengna pelbagai cara. Jadi ada juga pengajaran dalam cerita ni.....

Jadi pada yang nak beli DVD atau download tu... emmm.... better download jerla... beli DVD tu tak yah la... membazit jer.....hik3

Friday, January 25, 2013

Kes Liyana Jasmay VS Saiful Nang


Dipetik dari Beautifulnara :

Ibu kepada Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon melahirkan rasa kesalnya terhadap penyebaran gambar-gambar pra perkahwinan anaknya memandangkan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tidak lama lagi. Kata Datin Habsah kepada Sinar Harian:-
Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi. Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja. Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu.


Berikut maklum balas kenyataan penuh Saiful Nang pula :

KENYATAAN KHAS - ISU LIYANA JASMAY

TERKEJUT UNTA bila ramai yang forward kan link sebegini kepada saya http://beautifulnara.com/ibu-liyana-jasmay-kesal-gambar-pra-perkahwinan-anaknya-tersebar/

Respon saya : Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.

BIAR SAYA CERITA DARI MULA...

Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).

Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana "overslept". Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.

Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)

Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.

Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.

Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.

Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?

Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan "Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta" jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.

Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti "fotografi dijalankan oleh candidsydrom" (siap salah eja lagi selalunya).

Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi

"Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja...senang cerita"

Lalu saya jawap kepada Izuan, "Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya".

Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan

"Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS".

Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan "Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit".

Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.

Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?

Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.

Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.

Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.

Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)

Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.

Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.


SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com

*************************************************

Ok.... saya tukang copy paste jer.......hahahahaha

Semoga dengan penjelasan ini kita akan lebih jelas dan tahu apa sebenarnya yang telah terjadi.  Untuk info lanjut anda boleh layari Facebook Saiful Nang.

[REVIEW] Minyak Dagu

Hari tu berkesempatan la menonton Minyak Dagu...... tapi bukan tonton kat wayang pun.... anyak sgt handbag nak dibawa..... tengok kat rumah jerla yek......

Kali ni berkesempatan menonton Filem Minyak Dagu....


Filem seram terbaru arahan Azhari Zain akan menjengah anda di pawagam bermula 3 Januari 2012.

Minyak Dagu menggandingkan pelakon sedang meningkat, Fezrul Khan bersama Yana Samsuddin selaku pasangan utama. Barisan pelakon lain yang menjayakannya juga bukan calang-calang seperti Maimon Mutalib, Mior Hashim Manap, Kartina Aziz, Zul Suphian dan Wan Hanafi Su.

Sinopsis Filem Minyak Dagu
Mengisahkan Azman bertekad untuk membalas dendam apabila tunangnya, Emelda memutuskan tunang untuk berkahwin dengan lelaki lain. Dia berjumpa bomoh yang mengajarnya cara meletakkan sumpahan terhadap Emelda, membuatkannya menghadapi histeria pada hari perkahwinannya. Perbuatannya secara tak langsung membawa kepada kematian ibu Emelda yang mana pengebumiannya dihadiri Azman atas rasa kesal. Walaubagaimanapun, hal ini bertentangan dengan arahan bomoh, yang memberikan amaran kepadanya untuk tidak melawat si mati kerana boleh membawa padah.


 Pandangan dari saya yang sudah menonton :

Jalan cerita nya sungguh tidak mencabar langsung ok. Dan rasa macam muak lak nengok Yana Samsuddin ni. asyik2 la muka dia.... dan yg terbaru ni akan ditayangkan Wawa Semput..... macam rimas pula...

Kerana minyak punya pasal hidup menjadi rosak..... meamang boleh dibuat pengajaran pada pemuda pemudi sekarang la..... ialah, nak dapatkan pasangan hidup biarlah dengan cara yang elok dan molek la..... bukan dengan cara yang sebegini...

Agak menyeramkan juga...bab-bab hantu kuar jerla..yang lain ok jer kot.....

Tapi kalu tengok kat wayang, mesti terasa keseraman sbb sound sistem yang kuat kan? jadi kalu nak beli DVD atau download tu...boleh la teruskan hajat tu.... hik3

Jumpa, makan dan update......

Semalam ada acara makan-makan.....

Makan kat Bandar Kinrara, sempena pembukaan restoran beriani......

Saya jemput beberapa blogger untuk turut serta..... Antara yang hadir adalah Ladfeamir, Skyone, CikHelena, Kak Ayu, Yanmie, dan Yana.....



Tapi yang ada dalam gambar adalah Ladfeamir, Skyone, CikHelena,

Manakala Kak Ayu, Yanmie, dan Yana.....tiada dalam gambar tapi hadir juga masa tu...

Nanti2 saya citer yek.. sedap juga makanan disitu.. mana tau nak tukar selera, leh cuba disitu....hik3

Thursday, January 24, 2013

Malas @ tak ada masa??

Pernah tak terjadi pada korang?grrrrrrrrrrrrrrrrr

Bahan ada.....gambar ada............tapiiiiiiiiiiiiii............... malas atau tak ada masa nak menulis? sebenarnya.......  TAK ADA MASA..............hahahaha

Jadi sila la besabar sikit........ saya sedang berusaha untuk menulis kembali.........hahahahaha

Wednesday, January 23, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...