Wednesday, October 31, 2012

Keyword : Beg Sandang

Entah kenapa la hari ni....ramai nau yang mencari BEG SANDANG dalam sumijelly.com.

Nak kata saya menjual BEG SANDANG tak juga... kalu nak cari TEPUNG MAGIK ker, TEPUNG CHEEZY ker, NOREFAL ke, MIRACLE TAB ke...adalah juga saya menjual.......

Eh.. mehla beli TEPUNG MAGIK saya tu.... ramai dah cuba.... korang tak nak cuba ker? (sempat lagi promote...hehehe)


Bukan sikit yang masuk tu...... dekat 500 orang la jugak... ala.. lagi 3 orang jer.. kira 500 juga kan?? hehehe

Apa yang derang cari yek?



Yang peliknya..... leh pula masuk ke entry yang ni lak :


dan makin pelik lagi...dalam entry tu kisah BEG SEKOLAH bukan kisah BEG SANDANG...dan juga keyword dalam entry ni tak der pun saya tulis BEG SANDANG.... sbb cari dalam google tak der pun kuar...... emmm.. memang pelik tul saya rasa....

Korang rasa pelik tak?

[IKLAN] Produk MIRACLE TAB yang memang miracle!

Pernah dengar PRODUCT MIRACLE TAB ? 
Untuk pengetahuan semua, PRODUCT MIRACLE TAB ni ada beberapa barang iaitu :
  • Tab RA
  • Tab Soap ( HOT SELLING)
  • HD Glow Essence.
Produck kecantikan daripada Korea ni dah lama digunakan oleh selebriti-selebriti Hollywood dan Bollywood untuk mengekalkan wajah yang cantik dan sihat. Produk ni jugak pernah dinobatkan sebagai makanan para bidadari kayangan oleh sebuah majalah Korea.Rahsia kecantikan selebriti ni menjadi tanda tanya kerana produk ni hanya boleh didapati oleh golongan selebriti dan ternama sahaja.
http://3.bp.blogspot.com/-AlgqYVT9Efw/T5lK9LsBvoI/AAAAAAAAB_8/-hfd5rNC6aQ/s1600/SKINROUTINEII.jpg
*********************************************************************
tab soap
TAB SOAP : RM70 / 125 gram
Daripada pengeluar sama Tab EX & XY, memperkenalkan pembersih muka khusus yang direka khas untuk merawat kulit bermasalah, terutamanya berhiperpigmentasi dan jerawat, sebagai kombinasi kepada Tab EX dan XY untuk kesan rawatan yang lebih menyeluruh dari luar dan dalam.
KEBAIKAN MIRACLE TAB FACIAL SOAP :
  • Anti pigmentasi
  • Anti-jerawat
  • mengurangkan kesan penuaan
  • menghilangkan Melasma
  • Parut luka & jerawat
  • mengecilkan liang roma
  • membuang toksin kulit
  • meratakan warna & mencerahkan kulit
  • merawat kulit secara keseluruhan yang menjanjikan anda kulit yang sihat, halus, cerah berseri tanpa cela.
CARA PENGUNAAN :
  1. Untuk kesan yang maksimum yaya suggestkan guna sabun 2-4 kali sehari.Buihkan, urut kat muka & badan (ataupun kat tempat-tempat nak cerah macam ketiak ke, leher ke, atau celah-celah peha). Biarkan dalam 2-4 minit, kemudian bilaskan.
  2. Normally, dalam minggu pertama, kulit akan rasa pedih sikit. Sebabnya, sabun nak gantikan kulit bermasalah kepada kulit yang halus gebus gitu. So jangan risau ye, teruskan penggunaan sabun. Lama-lama rasa pedih tu akan hilang dengan sendirinya, muka pun akan makin lembut dan licin :) Tapi, tak semua tau yang akan rasa pedih tu, depends pada kulit masing-masing
Sebagai alternatif, sabun ni juga boleh dijadikan mask jugak tauuu. Haaa, berbaloi-baloi, satu buku sabun ni boleh guna 2 in 1 sekali gus. Pencuci muka dan mask. Gunakan seminggu 3x.
Caranya: JANGAN basahkan muka, buihkan sabun, kemudian urut lembut kat kulit. Biarkan selama 5-6 minit, kemudian
bilas.
******************************************************************
Produk minuman EX RA - RM130/20 sachet
Produk minuman EX RA. 
- Bagi sesiapa yang sebelum ni pernah consume dengan TAB EX (tablets) dan juga yang tak sempat/berkesempatan nak beli, Irine highly recommend this product. Ramai yang bagi testimoni, EX RA ni lagi better than Tab Ex yang sebelum ni :)

Kandungan EX RA:
Protein IllumiCel Complex™
menghalang pemurungan sel kulit berlaku dengan memberikan setiap satunya nutrisi yang diperlukan seterusnya membuatkannya bercahaya dan sihat. Memberikannya traslucensi dari semua lapisan kulit, membalikan setiap sinar cahaya sehinggakan kulit kelihatan seaakan bercahaya dari dalam. Spectrum cahaya bukan sahaja dibalikkan dari permukaan kulit, tetapi juga dari dalam kulit.

Protein Fruitrix Nutrients™
menyegarkan kulit dan membekalkan kulit dengan nutrisi buah-buahan semulajadi yang terbaik, menghalang radikal bebas menyerang kulit, memperbaiki jaringan kulit yang rosak, sehingga kulit tampak licin, muda dan bebas dari sebarang masalah.

Kedua-dua protein diadun dalam serbuk yang mudah larut serta partikel halus senang diserap oleh badan, seterusnya dihantar ke bahagian dalam kulit yang memberikan hasil dramatik dalam masa yang pantas.

CARA PENGUNAAN :
  • Masukkan serbuk minuman kecantikan EX Radiance Activator ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik) dan kacau.
  • Minum serta merta. Jangan guna air panas. Satu sachet selepas sarapan/sahur + Satu sachet  sebelum tidur. 
  •   Kalau nak lagi sedap, letak air dalam bekas air (tupperware), then masukkan RA. Tutup bekas and shake. Lepas tu baru tuang dalam gelas :)
    * tuang air dalam segelas air sejuk tauuu(atau suhu bilik). JANGAN AIR PANAS. Kalau suam sejuk takpe, jangan suam panas.
Bangun pagi esok tu, cuba tengok cepat-cepat muka dekat cermin, memang segar sangattt muka! Tak caya, cuba try buat dan minum EX RA ni :) Rasa EX RA ni macam air buah-buah sikit (fruits flavour). Sedap ^_^

******************************************************************
tab hd
HD Glow Essence : RM80 / 50ml

KEBAIKAN HD GLOW ESSENCE :
Produk yang paling best dan paling melengkapkan antara ketiga-ketiga barang yang terangkan satu persatu tadi. Satu lagi rahsia kecantikan kulit sihat. Yang ni lebih kepada menaikkan seri kulit kusam serta tidak bermaya. HD akan memperbaharui kulit dengan lembut, sambil memperbaiki kehalusan dan kecantikan tekstur kulit. Molekul pelembab unik yang halus dalam product ni dapat diserap jauh untuk merawat kulit disamping mengecilkan pori-pori dan bebas daripada stress serta serangan radikal. Essence pelembab dan pencerah ni mampu mengurangkan ketidaksempurnaan kulit wajah daripada bebas luka, jerawat, bintik-bintik penuaan dan kedutan serta menyekatakan warna kulit. Membantu memelihara dan menjaga sel-sel kulit walau dalam keadaan kulit yang rosak teruk. Ia tidak menyumbat pori, tiada pewarna dan pewangi tambahan. Diuji di bawah kawalan dermatologis. Jangan risau, Hd Glow Essence ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk jenis kulit yang sensitif.
CARA PENGUNAAN :

  1. Gunakan HD selepas mencuci muka (disyorkan menggunakan TAB SOAP). Titikkan HD ke tapak tangan yang bersih, kemudian ratakan ke seluruh wajah dan leher dengan perlahan-lahan
  2. HD boleh digunakan bersama toner/pelembab/krim/make-up.
** Kesan yang diterima adalah berbeza mengikut individu

Produk MIRACLE TAB yang memang miracle!

TAB SOAP : RM70 / 125 gram
HD Glow Essence : RM80 / 50ml
Produk minuman EX RA - RM130/20 sachet
**POSTAGE : SEMENANJUNG -RM 6/ SABAH SARAWAK -RM10**

Berminat??
Sila emel ke : sumijelly99@yahoo.com untuk cara-cara pembayaran dan pembelian.

#41 Wordless Wednesday – Marilah menonton mesin basuh!

#41 Wordless Wednesday – Marilah menonton mesin basuh!
#Hobi baru anak-anak selain menonton TV..hik3

Tuesday, October 30, 2012

Apabila Huzaiman demam...............

Hari  saya cuti......eh silap...... saya MC... saya kurang sihat gara-gara menyaga Huzaiman di waktu pagi.... panas nya tetiba naik tinggi........dan saya x boleh la tidur kan..kene la pantau suhu badan nya...


Risau pula..sebab dah hampir 3 hari masih belum surut demam nya... jadi nak tak nak kene gak la ke klinik lagi sekali untuk ambil ubat lain


Tu dia...sekali 4 ubat doktor bagi...... sila la telan yek Huzaiman... ubat demam, ubat sakit tekak, ubat batuk dan ubat antibiotik sekali Doktor bagi tu...

Dah la nak bagi ubat kemain susah......... meronta-ronta...hik3...

Jadi saya mohon dari pembaca sumijelly.com untuk mendoakann semoga anak saya cepat sembuh yek....!

Monday, October 29, 2012

Menjamu selera di Restoran Maritime Putrajaya Boat Club

Ok... kat Putrajaya ni banyak nau kedai makan tau. tapi tak der la tiap2 hari nak g makan dan review kan.. mana yang tak pernah review jer saya review...hik3

Ok.. kali ni nak citer pasal Restoran Maritime Putrajaya pulak... ishk.dekat nau dengna opis saya . depan jer.... eh.. silap..sebelah jerla..

Sebelah Pullman dan terletak di Pusat Maritim Pitrajaya, Presint 5...


Korang leh nampak dari jauh tertulis Pusat Maritim Putrajaya tu tau.... kalu tak nampak. memang sah la.. lapor...hahaha



Ada tempat parking di luar...... sepanjang tepi jalan tu leh la parking...... tapi kalu tka nak panas, leh parking kat bawah la.. tapi tak tau la macam mana rupanya. sbb tak pernah park kat situ..hik3

Eh.. jangna tak tahu, ada yang jalan kaki dari opis saya ke situ. adalah dalam 10 minit jer kot..eh.. lama yek 10 minit.. ok..kurang sikit.. dalam 5 minit la..hik3


Pintu masuk nya..... ok.. abaikan kak bertudung oren.. eh.. merah.. eh.. macam oren tu..sapa suh pandang semasa saya tengah snap gambar kan? haha

Ok.. pas masuk dan duduk.mesti la tengok menu kan?? Moh tengok menu di situ..

Rasa-rasa tak nampk... korang klik jerla gambar tu untuk pembesaran....hik3
















Cis.... kaco tul pelayan tu.... nak ambik gambar terakhir tu.... leh dia nak rembat menu tu. sungguh kurang sopan...

Tak perla.... janjji nampak harga nya kan??hik3


Saya makan bertiga bersama kakak-kakak di pejabat saya.....

Ok..... nak tahu apa yang di makan di situ.. meh ler tengok lagi gambar..hik3


Memula dapat air putih dengan air oren.... eleh.. air oren tu macam kita bancuh sendiri jer.... dah la tak leh tambah lagi..hahaha...

Harga : RM8.00

Kemudian datang pula "Cream of Mushroom Soup" bersama roti kecil dan butter...

Set ni datang 2... satu yang dah include dalam menu, lagi satu pesanan tambahan..hik3


RM8.50

Ini adalah "Fried Glass Noodle" macam bihun, tapi jenis yang lutsinar punya.... hehehe...

Saya pun tak pernah rasa, sebab tuan punya pinggan tak kasi rasa... wakakaka... ok tipu.. saya tak ambik ...sbb saya punya menu lagi hebat! hehehe

RM7.00

Ini adalah "Fried Banana Fritter" atau bahasa mudah.. goreng pisang bersama aiskrim...hik3

Menu-menu di atas tu, adalah menu kakak-kakak saya... jadi.. meh tengok menu saya...

Masa saya datang, mereka ada promosi iaitu Menu Mix Grill Set... dan inilah menu2 yang saya dapat...hehehe


Mix Gril : Ayam, Daging, Kambing, kentang goreng, hot dog, telur dan juga sayuran

Sos nya sikit nau. tak cukup..hik3.


Ok....... licin sungguh tu. saya yang tak pernah-pernah makan KAMBING, boleh licin makan kambing tu...... sama ada sedap @ lapar @ takut membazir sebab dah bayar...... saya pun tak tahu..hik3


Kemudian dapat Aiskrim Strwberry..... nyum..nyum..... pencuci mulut kan...hik3


dan yang terakhir pula...... air pana.. boleh pilih sama ada kopi atau tea...

Tapi saya tak minum... kakak-kakak saya yang minum.....

Meh tengok jumlah menu tuk keseluruhan nya :

RM55.50

Tak ada TAX dan juga Service Charge........kira murah la kan.....

Set Mix Grill - RM 32.00

Ini lah set yang saya makan seorang diri..........dah saya berjaya habiskan kesemuanya...... ok. memang berbaloi la kan.. sebab dapat 3 keping daging tu ..

Kira okla... kalu nak g makan jejauh susah.... sebab kekadang penuh dan tak cukup masa nak g makan kan. Kalu sekali sekala leh la.. tpai kalu hari-hari, jadi parah tu...hik3.

Jadi pada yang teringiiiiin nak g makan kat sini.. leh la terjah seperti di alamat berikut :

Restaurant Maritime Putrajaya Boat Club,
Presint 5,
Putrajaya

Jai klau rasa teringin nak cuba.. boleh la singgah di sini.



Sunday, October 28, 2012

[PRODUK] Tepung Magik

Ok.. hari ni saya nak bercerita mengenai TEPUNG MAGIK… ok.. bukan saya yang letak nama itu.. tapi pemilik tepung ini yang letak.. jadi nak tak nak kene la sebut gak Tepung Magik kan?? hehehe



Tepung Magik ni sebenarnya adalah tepung goreng cendawan. Eh.. cendawan jer ker leh goreng?? nanti duluu…….. tak habis lagi la citer…

Bukan cendawan sahaja boleh menggunakan tepung ini.. ia tepung sebaguna untuk sumer ikan, ayam, sotong, udang, tempe, bayam atau apa sahaja yang terfikir dek akal untuk kita goreng…

ok… paham dak saya tulis ni?? tak paham.. tak per.. sebelum tu, meh saya kongsikan sedikit teknik menggoreng cendawan…

teoung cendawan
Ikut teknik di atas, dia rendam dulu cendawan kan? ada sesetengah orang kata tak perlu rendam nanti cendawan tu akan jadi lembik bila kita salut dengan tepung…

Jadi terpulang pada citarasa pengguna sama ada nak rendam atau celup terus tanpa merendam atau basuh…

Nanti duluuuuuu….. lom habis promote lagi… kakak saya sudah pun mencuba dan menggunakan tepung magik ni… dan lihatlah hasilnya :

Ayam Goreng yang ranggup
(Nak berkerak? celup dgn telur jer.. lagi rangup)
Cendawan Goreng

Ikan Goreng

Tempe Goreng
Rajin tul kakak saya menggoreng.. saya?? hehehe… x sempat ambik gambar dah licin…. hahaha. Jadi macammana?? ada sedikit keterujaan tak nak membeli?? hehehe

Tepung Goreng cendawan ini mendapat gelaran tepung magik sebab kerangupanya kekal berjam-jam lamanya. Tidak seperti tepung biasa yang berada dipasaran, ianya akan cepat lemau setelah digoreng.

Kelebihannya :

  • Cepat & Mudah disediakan
  • Cendawan Goreng
  • Tidak Berminyak
  • Cendawan Tidak Melekat
  • Tanpa Telur
  • Tepung tidak digunakan dengan Banyak
  • Tidak menggunakan minyak yang banyak
  • Cendawan Goreng tidak cepat lembik (soggy)
  • Rasa macam kulit ayam KFC (ini customer yang cakap)
tepung cendawan
Untuk membelinya boleh la membuat pesanan dengan saya…
1 Peket = 475 gm
  • 1 peket RM6 + poslaju RM6 = RM12.00
  • 2 peket RM12 + poslaju RM8.50 = RM20.50
  • 3 peket RM18 + poslaju RM11 = RM29.00
Lagi banyak pesanan lagi banyak penjimatannnnnnn…… nak jimat lagi ambil secara tangan… hehehe.. by hand la.. datang sendiri jumpa saya dan ambil sendiri untuk yang tinggal berdekatan Bangi, Kajang @ Putrajaya. Jimat duit poslaju….hehehe

Oh ya.. lupa pula nak bagi tahu… produk ini adalah hasil tangan dari BUMIPUTRA 100% yang di proses sendiri dan di bungkus sendiri. Bukan beli tepung dari luar tapi bungkus dan jual tau….kira HOMEMADE laaaa….hehehe

tepung magik

Lihatlah, berapa ramai yang telah memesan dan menuggu tuan nya untuk di gunakan. Tepung ini sangat laris di pasaran……

Jadi tunggu apa lagi? Jika berminat boleh la menempah melalui emel untuk maklumat pembayaran ke :

>>sumijelly99@yahoo.com<<

>>sumijelly99@facebook.com<<

Friday, October 26, 2012

Wednesday, October 24, 2012

Lindungi Kulit Wajah Dari Sinar UV

Ingat tak kisah saya pergi ke Gambang? Yea..... pergi bersama keluarga.. dan mandi manda di tengah2 kota bersama lautan buatan manusia...hik3..


Tengok la anak bujang saya... kemain sungguh berposing bersama pelampung... tapi bila nampak ombak. langsung kuar dari pelampung...hik3


Huzaiman dan Danial pun tak lepaskan peluang... bila dapat mandi dia pulun cukup-cukup...hehehe

sudahnya selepas seharian bermain air di tengah-tengah panas.. walaupun tak panas sangat.. badan terus jadi gelap.. alahai. makin hitam anak bujang saya ni...hik3


Baru-baru ni saya dapat barangan berbentuk Losyen... iaitu Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50. Dapat 2 pek bersama dengan topi nya....

Wah... bestnya....... sebab lepas ni kalu saya nak g mandi manda di mana-mana leh la guna kan losyen ni. Sebab ia kaya dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Eh kalu bagi tau kan nak percaya kan? Ni saya tempek sebra seidikit info nya...

 
Info Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 :
Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 dirumus untuk penggunaan harian yang ringan dan berpanjangan, serta diperkaya dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Diuji secara hipoallergenik dan dermatologi, produk Banana Boat lulus Ujian Sinaran Matahari dan mempunyai perlindungan Sun-Proven® terhadap sinar matahari. Selain itu, Teknologi AvoTriplex® Banana Boat menggabungkan:
  • Avobenzone, penyerap yang berkesan terhadap sinar UVA yang mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit. Sinar UVA menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit
  • Penyerap UVB untuk melindungi dari kesan terbakar cahaya matahari. Tanpa perlindungan yang mencukupi, sinar UVB akan menembusi lapisan epidermis kulit, menyebabkan ia mudah terbakar bergantung kepada jenis kulit anda.
  • Ejen penstabilan sinar suria yang mengekalkan perlindungan berpanjangan dari pancaran matahari dan tidak mudah cair.
Tengok...... banyak tul kebaikan kalu pakai losyen ni tau... tak kan nak biarkan kulit yang cantik, mulus tu terkena sinaran matahari yang panas tu kan....

Bukan sahaja boleh guna waktu bercuti jer tau.. waktu kerja pun leh pakai. sapu sebelum pergi kerja ker, jenjalan ker.. haa.. leh la terlindung dari sinaran matahai kan... baru la senang hati nak berjalan di tengah2 panas tu kan? hehehe



Kalau rasa nak cuba bolehla beli Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 yang terdapat di semua rangkaian farmasi, kedai runcit dan pasaraya dengan harga RM32.90 (60ml) sahaja....

Peknya kecilm ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...